WISH

WISH

02 Julai, 2008

ALTANTUNYA VS LIWAT

Kes wanita Monggol telah berlalu.Dah beratus ribu mungkin berjuta wang negara dihabiskan untuk perbicaraan kes tersebut.Akhirnya senyap...bagaikan tiada keputusan.Dalam sibuk mengikuti kes,masyarakat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga bahan petroleum yang melibatkan kenaikan harga barangan lain.Masalah global dikatakan oleh pimpinan negara,maka terpaksalah kita semua menghadapinya.
Dalam sibuk naik harga,kerajaan tidak mampu menampung kos kenaikannya..demikian kata orang yang power dalam negara. dalam tak mampu tampung kos itu diberi pula rebat kepada rakyat yang ada kenderaan dibawah 2.0 cc dan motosikal. Rakyat yang ada basikal atau tiada kenderaan macamana pula..Itulah nasib kita.
Nasib bagaimana lagi bagi rakyat Malaysia apabila rebat ini dibayar melalui Pejabat Pos,bukan melalui JPJ atau BSN atau agensi kerajaan yang lain.Persoalannya apakah agenda disebalik pembayaran melalui pejabat pos ini?.
Sedang sibuk rakyat dengan harga naik ini..lenyaplah pula kes Altantunya dari media dan timbul pula kes liwat versi baru melibatkan DSAI.Heboh diperkatakan oleh rakyat..Tapi kita perlu cerdik,jangan lupa tentang "harga naik". Itu yang lebih utama bagi rakyat dalam menghadapi suasana sekarang. Kos sara hidup semakin meningkat..Untung Petronas juga semakin meningkat..untung orang ada power pun dijangka meningkat.
Semuanya ini kerana masing-masing nak jaga power dan masing-masing nak rebut power. Kita sebagai rakyat tentu juga ada power dalam menentukan "power" dalam negara..Pandai-pandailah kita gunakan untuk kesejahteraan negara. Akhir sekali..kita kena ingat bahawa ada lagi Yang Maha Power,(bukan Kapten Power) tapi Allah Yang Maha Berkuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...