WISH

WISH

29 Disember, 2009

rakyat jadi besi buruk.....

                                            

   Jet ohhhh jet....nasib engkau ke nasib rakyat....




 MIG 29  di Hungary

Ni sebahagian dari kata-kata TDM tentang nak melupuskan jet pejuang MIG 29.


Beliau mengulas keputusan kerajaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.
Ahmad Zahid memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.
Antara pesawat yang menjadi pertimbangan untuk menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya membaik pulih pesawat-pesawat berkenaan dengan menggunakan kepakaran Rusia dan India yang turut menggunakan pesawat pejuang yang sama jika tentera Udara Diaraja Malaysia (TUDM) tidak mempunyai kepakaran.
"Tak bolehkah kita baik pulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," tegasnya.
Kata beliau, banyak yang telah dibelanjakan untuk membeli dan menyelenggara jet-jet berkenaan, malah perbelanjaan akan bertambah jika kerajaan berhasrat membeli pesawat baru.


http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/29/mstar_berita/20091228181908&sec=mstar_berita

Aku sokong kenyataan TDM ni, kerana zaman dia lah MIG 29 ni dibeli. Heran juga ye..dalam keadaan ekonomi negara dok kena suntik masuk rangsangan..nak lupus pula jet pemintas ni..kemudian nak beli baru pula...aku rasa bila nak beli yang baru ni tentu jenis F18 Super Hornet dari USA tu.Semua orang tahu pasai apa nak beli Hornet tu...

F 18 E/F Super Hornet

Jika dilihat dari sejarah pertahanan negara kita, dulu TUDM guna jet Tebuan terpakai peninggalan penjajah sampai berpuluh tahun. Tak dak pun yang dikondem begitu saja. Kemudian ditukarkan kepada F5E selepas berlakunya perubahan teknologi. F 5E tu antara yang tercanggih juga dalam kelasnya walaupun tak sepenuhnya menggunakan sistem eletronik. Singapura pun pernah guna jet tu kemudian digunakan pula Sky Hawk..Malaysia pun beli juga Sky Hawk yang dok tersadai di padang pasir Arizona. Bawa balik ke Malaysia ni beberapa buah je...kondem lagi...nak jual tak boleh..US tak bagi...alahai jadi besi buruk lee.. Singapura upgradekan Sky Hawk tu jadi Super Sky Hawk...hak Malaysia dikondemkan dan yang dok di Arizona berlambak lagi...Lepas pada tu baru mai pula MIG ni...hebat..gah seantero benua..nak kena kondem lagi..Di India depa guna MIG juga..tak dengar pun depa  nak kondemkan jet tu..yang kita tau depa dok "upgrade" supaya boleh digunakan selaras dengan kemajuan teknologi yang ada. Dulu ada juga pegawai-pegawai tentera yang dihantar berkursus di India..depa habaq kereta kebal di India tu kalau kita lihat dari luar macam besi buruk...tapi bila masuk kedalam..fulamak...teramat canggih teknologinya..lebih dari asalnya.Kalau macam tu baru le boleh kita kata kreatif dan berenovasi..Ni kita kat one Malaysia ni kira beli lain jee...bila le nak maju...dok kira guna hak oghang saja...tu pun yang dah ketinggalan entah beberapa tahun.

Tanks T-72 India
http://www.brahmand.com/news/storydetails.php?newsheadid=25&nid=2539


F 5 E
Masih canggih kan...

Awat tak reti sangat ke para tentera kita tuu...yang aku tau bukan para pegawai dan anggota tentera kita yang tak reti tapi para tok menteri yang bengap atau ada agenda tersendiri.. Pasai apa aku kata macam tu..ada kah bila beli peralatan atau sebarang kenderaan, jet pejuang atau kelengkapan lain kita tak buat perjanjian yang menguntungkan kita juga...pakai dok ikut apa yang depa nak saja ke...atau ikut poket sendiri...atau lantak pi la bukan duit mak bapak sendiri.

Enjin jet yang hilang dulu kot...?

Dari pengamatan aku dan dikalangan bekas-bekas tentera, ramai dikalangan pegawai dan anggota tentera yang mampu dan berkebolehan untuk mengubahsuai sebarang senjata atau kelengkapan tentera yang ada...tapi tak diberi peluang oleh kerajaan saja.. depa bukan saja mampu ubahsuai malah kalau nak bina yang lebih canggih pun boleh. Malangnya kerajaan Malaysia ni dari dulu hingga kini (selagi berada dibawah umno be endd) aku percaya tak akan wujudkan skim insentif atau peruntukan untuk membangunkan industri pertahanan untuk keperluan sendiri...beli lebih senang dan untungggggggggg...

Alahai Malaysia ku....amat parah le kalau terus begini. Ada kekayaan pemimpin dok putar belitkan..ada keupayaan pemimpin dok sekatkan..Alamat akan jadi besi buruk juga rakyat negara ni..

28 Disember, 2009

saja-saja jee

Hari ni aku nak share beberapa keping gambar yg penuh bermakna..



 

Indahnya ciptaan Allah

26 Disember, 2009

Umno masih begitu...1

Hari ni nak dipamerkan sekeping dua gambar. Bukan nak ku ulaskan tetapi untuk tatapan mereka yang berakal..Berfikir dan memberi jawapan berpandukan fakta dan Perlembagaan....Sudah lama kita merdeka dan rakyat perlu berfikiran merdeka..Apakah umno masih begitu ? Dengan kisah berbagai cerita... Renung-renungkan gambar yang ada...milik siapakah bangunan ini..yang pasti ia bukan milik atau harta benda yang dibina menggunakan duit umno..


Gambar 1


Hak milik umno keee ?


Guna duit umno keee...

Sayang..zaman sudah berubah...dunia sudah maju...tetapi orang kata...umno masih begitu..

23 Disember, 2009

Enjin hilang...PM atau TPM yang kena.


Nampak gayanya minggu ni adalah minggu berdengung dan berdesing umpama bunyi enjin Jet pejuang je. Apa tak nye..heboh rakyat jelata dan pimpinan bercakap bab enjin jet pejuang negara lesap berdesupppppp...tu pun dah lesap sejak 2 tahun yang lalu.

Ada yang dakwa kehilangan enjin tersebut tak dinyatakan dalam laporan audit negara yang terbaru ni. Teruk betoi kalau macam tu.

Ada yang tanya..enjin besaq duit dua kupang kee...lawak juga soalan tu tapi sinis bebbb..

Ada yang heran...enjin besaq macam tu pun boleh hilang gitu jee..

Maka tok menteri pun pakat jawab juga...PM kata dia yg suruh lapor kat polis bila tau tentang kehilangan tu..Zahid kata "Kerajaan akan ambil tindakan terhadap pengkhianat tuuu.." Seronok ooooooo...pakat dok jawab dan dok cakap.

Alahai apa nak jadi negara kita nii..udah le berbillion lesap entah kemana...ni enjin pula yang lesap..mahal pula tuu..RM 50 juta satu biji. Lawak..lawak.

Apa pun aku tabik kat oghang yang jual tu kalau depa tak terlibat dengan tok menteri dan pembesar..pandai ambil kesempatan...tau nilai enjin tu mahal...pasaran gelap kot.
Kalaulah dipasaran gelap nilainya RM 50 juta...dipasaran terbuka ni berapa lah pula nilainya.

Puak yang jual enjin ni tentu hebat...link antarabangsa..bukan calang-calang orang ni.Kena ambil tindakan segera.Malu aku ngaku rakyat negara tercinta ni.

Dari kes ni..aku nampak pak menteri macam orang bodoh pula, tak tau nak kurangkan defisit negara.Bercakap bab ekonomi dunia dan negara, enjin terpakai pun tak tau nak jadikan duit untuk negara semula.Banyak lagi kapal terbang jet pejuang yang dok tersadai tuuuuu...ikhtiar le jual..Kalau puak yang jual enjin ni boleh buat cara gelap tak kan la cara terang tak boleh...tentu ada caranya..

Rasanya lee.....kes ni keluar pun bukan pasai bab hilang tuu...tapi pasai lain..

Pasai HANG CANTAS AKU, AKU NAK CANTAS HANG..nasib kau lee..sapa nak kena kita tunggu dan lihat jee...entah-entah jadi macam kes TUYA tuu..

Perubahan Minda


Tanggal 22 Disember 2009, satu majlis dialog penduduk telah diadakan bersama ADUN Alor Mengkudu YB Dr.Ismail Salleh dengan beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berkait langsung dengan permasalahan penduduk. Majlis yang telah diadakan di Taman Putra Jaya, jalan Tanjung Bendahara telah dihadiri oleh MKK serta wakil-wakil penduduk Taman perumahan yang ada di Kawasan tersebut.

Para penduduk telah diberi peluang meluahkan keresahan tentang perkhidmatan agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya mereka perolehi dengan sebaik mungkin.Jabatan dan Agensi yang terlibat adalah PDRM,JPS,JKM,JKR dan sudah tentu sekali wakil dari MBAS.

Kesimpulan yang dapat diambil...rata-rata penduduk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan MBAS terhadap mereka sebagai pembayar cukai. Ia bukanlah masalah baru yang dibangkitkan tetapi merupakan masalah yang diwarisi dari Kerajaan Kedah yang dibawah kepimpinan yang lalu. Apa pun yang dibangkitkan kini merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terus oleh para kakitangan kerajaan atau agensi berkaitan biarpun kepimpinan kerajaan telah bertukar, kerana itu adalah tanggungjawab mereka.

Pemimpin negeri adalah orang politik dan mereka hanya pembuat dasar kepada negeri tersebut. Dasar yang dibuat sudah tentulah berpandukan Dasar perjuangan parti masing-masing. Pelaksana atau penguatkuasaan kepada Dasar yang dibuat adalah Kakitangan Kerajaan itu sendiri.Inilah perkara yang perlu diketahui oleh semua rakyat. Kakitangan kerajaan mestilah bertindak secara profesional selaras dengan profesion mereka. Mereka tidak boleh bertindak mengikut dasar yang berbeza dari Dasar Kerajaan yang sediada, kerana mereka hanya pelaksana.

Dari apa yang ku amati semasa dialog tersebut, didapati para pegawai kerajaan kelihatan mula memahami dasar kerajaan sekarang,walaupun terdapat sedikit sikap lama dalam memberi jawapan kepada penduduk. Sungguhpun demikian diucapkan syabas kepada pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Alor Mengkudu serta wakil-wakil Jabatan/Agensi Kerajaan yang turut serta bagi mengetahui keluhan penduduk serta menyampaikan sedikit maklumat tentang Jabatan/agensi masing-masing.


Rakyat/penduduk janganlah meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi kepada Kerajaan dibawah pimpinan sekarang untuk menyelesaikan segala masalah dalam masa yang singkat. Pimpinan kerajaan kini mewarisi masalah negeri yang terkumpul sejak 50 tahun yang lalu.Sudah tentulah ia akan mengambil masa untuk menyelesaikan sebaik mungkin untuk Kesejahteraan rakyat Kedah mengikut keutamaan.

Apa yang aku lihat, keutamaan Kerajaan Negeri Kedah sekarang adalah untuk merubah struktur pemikiran Kakitangan Kerajaan itu sendiri, bagi menjadikan mereka seorang insan yang bertanggungjawab terhadap negerinya dan bukan terhadap parti yang disokongnya, kerana mereka dibayar upah atau gaji dalam menjalankan tugas mereka.Upah atau gaji yang mereka perolehi adalah bersumberkan dari hasil mahsul dan cukai dari negeri serta penduduknya dan bukanlah dari parti-parti politik yang ada.


Fasa kedua Kerajaan Negeri Kedah ini pula,dilihat sebagai usaha merubah arus pemikiran penduduk Kedah kearah pemikiran yang konstruktif dan merdeka. Pemimpin yang ada bukan mengajak menyokong parti mereka secara totok tanpa memikirkan buruk dan baik. Mereka mengajak rakyat membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum rakyat diajak memberi keputusan didalam Pilihan raya. Minda yang hidup dengan hati yang tulus pasti akan menzahirkan keputusan yang positif.Biarpun terdapat gulungan yang memikirkan tentang keuntungan dan perut sendiri.

SEMUANYA TERLETAK DI HATI DAN PERASAAN MASING-MASING.

17 Disember, 2009

umno kata legaaaa....rakyat kata bodohhhhh...

Dalam situasi yang genting kepada umno dan bn, nasib masih menyebelahi mereka.Umno dan bn masih boleh bertahan lagi untuk seketika atau mungkin untuk masa yang lebih panjang.Bermula dari One Malaysia dan beberapa pendekatan mereka menyebabkan rakyat negara ini merasa terlepas dari beberapa kekusutan minda politik mereka.

Dalam masa yang sama PR yang mendapat semakin mendapat sokongan rakyat melalui PRU ke 12 yang lalu cuba memberi tekanan terhadap survival politik umno dan bn, dengan harapan umno dan bn akan tumbang segera selepas Mac 2008. Bermula dengan ancaman 16 September DSAI yang kelihatan mengancam umno bn. Tetapi langkah mengelak yang diambil oleh umno dan bn telah menyebabkan terjahan DSAI tersasar. Maka berbagai telahan telah dilemparkan keminda pengundi/rakyat yang tertunggu-tunggu saat rebahnya kolonial tanahair ini.

Umno dan bn kemudiannya mengambil langkah serangan yang bertubi-tubi terhadap PR. Akhirnya kecundang juga PR di Perak angkara langkah sumbang yang diambil oleh pimpinan dan wakil rakyat PR di Perak. Semangat umno dan bn meningkat semula walaupun berjaya dengan langkah haram di Perak.

Kemudian berlakulah pula gelombang baru Pilihan raya Kecil. Dari satu negeri ke satu negeri yang memperlihatkan kecendorongan minda rakyat terhadap pembaharuan politik Malaysia.Keputusan PRK telah menggambarkan apa yang diidamkan oleh PR bakal berlaku segera walaupun terlepas peluang di PRK Batang Ai dan Bagan Pinang.

Kini umno dan bn semakin menggasak minda rakyat dengan berbagai pendekatan bagi mendapatkan semula sokongan majoriti yang lebih dari rakyat dengan harapan mereka akan kembali berkuasa dalam keadaan seperti sebelum PRU 12.

Kerajaan negeri dibawah PR terus diasak melalui berbagai sudut sehinggakan kelihatan sesak nafas dibuatnya. Dalam keadaan sesak ini PR kelihatan masih utuh dan mampu mengkucar kacirkan umno dan bn yang berada dalam kekalutan. Umno dan bn terpaksa bergelut menstabilkan diri angkara kekalutan dalaman parti masing-masing.

Dua hari yang lalu merupakan satu lagi peluang keemasan yang ada buat PR bagi mengaibkan umno dan bn. Malangnya peluang tersebut telah gagal direbut baik oleh MP PR. Peluang dalam undi terhadap "Budget" negara yang telah dibentangkan oleh PM sebelum itu. Berbagai telahan dibuat oleh pengundi samada yang menyokong PR ataupun bn. Jawapan dari MP juga telah diberi terutama dari PR terhadap kegagalan mereka menggunakan peluang yang ada. Umno dan bn boleh tersenyum lebar walaupun mereka sebenarnya rasa tersekat nafas...alahai nasib baik..

Kesinambungan itu, rakyat mula melihat kedua-dua pihak untuk menilai. PR kah yang patut terus disokong atau bn ?..Ahli Parlimen kedua-dua pihak dilihat mempunyai kebodohan atau keangkuhan masing-masing. Kepada puak bn sudah tentulah diperkatakan mereka memang angkuh dan tidak mengetahui keutamaan rakyat sejak dulu lagi. Kepada pihak PR pula bagaimana hendak diperkatakan. Hilang sudahkah sifat keperihatinan dan tidak tahu meletakkan keutamaan apabila melihat kepada pernyataan yang dibuat. Mengeluh lah para pengundi yang menaruh harapan yang tinggi terhadap komitmen AP yang mereka pilih...JANGAN ULANGI kesilapan ini lagi..Ambillah pendekatan Asak dan terus mengasak terhadap lawan sekiranya mau berlawan..jangan diberi peluang untuk lawan mengambil angin walaupun kita juga keletihan kerana itu sebahagian dari prinsip dalam perjuangan ini.

Jangan biarkan diri tuan puan Yang Berhormat tidak dihormati oleh pengundi. Apatah lagi dikalangan para petugas parti yang bertungkus lumus bagi memenangkan parti dengan tuan puan sebagai wakilnya.Jangan biarkan diri Yang Berhormat disibukkan oleh godaan keperluan diri. Ingatlah kadangkala SATU KEBAIKAN BOLEH MENUTUP SEPULUH KEBURUKAN dan ada ketikanya SATU KEBURUKAN BOLEH MENIMBUS SERIBU KEBAIKAN.

Jadikan insiden ini sebagai yang terakhir dalam kehidupan anda sebagai Yang Berhormat. Kalau boleh tidur di Markas kenapa tak boleh tunggu di Parlimen untuk kepentingan rakyat ?

16 Disember, 2009

Biar busuk umnooo tu mereput..

Tertarik juga membaca artikel yang diutuskan oleh Sdr Idris Samad dalam Blog Kedah Lanie berkaitan Kemelut umno Kedah.

Heran pun ada..setelah lebih 50 tahun umno ni wujud kemelut kepimpinan sering menjadi fokus utama parti Melayu ni. dari satu kes ke satu kes..dari sorang Ketua ke sorang ketua yang lain...tak habeh habeh..Dari satu sudut baguih le kepada parti lawan...lantak pi la umno nak jadi apa pun...makin lama biar makin busuk macam TD kata tuu..Apa pun aku seronok melihat kebusukan tu...biar sampai reput mudah untuk dilenyapkan.

TD ni pula lagi satu hal..kata oghang dia dah jadi nyanyok juga macam yang diminta oleh Almarhum mantan Presiden PAS dulu..nyayok dia nyanyok politik..

Apa pun yang terjadi kepada umno dan kuncu-kuncunya dalam be endd perlulah diambil iktibar oleh PAS secara kelompok dan juga individu. harap-harap PAS tak jadi macam tuu..moga-moga pimpinan dan ahli PAS tak terikut budaya busuk membusuk umno tu..Pemimpin PAS perlulah menjadi pimpinan masyarakat bukan pimpinan parti atau negeri saja baru boleh menjadi parti pilihan untuk menggantikan umno menerajui negara tercinta ini...kena pikiaq lee dan bertindak segera macamana nak jadi pemimpin masyarakat tu. Ada berbagai kaedah dan pendekatan sesuai dengan Islam ini.

Kata oghang...hati mau baik..mulut mau manis.Jangan berpura-pura..bercakap biar terus terang..ikhlas..berpendirian teguh. Berjanji mesti ditepati. InsyaAllah akan dapat jadi pemimpin masyarakat yang disegani..

Apa pun biar umno terjun dengan harta warisan depa...biarkan...biarkan..Bagi oghang Melayu yang dok dalam umno tu sedaq-sedaq...pikiaq-pikiaq lah..Kalau rasa panas ditengah terik mentari cari lah tempat yang boleh berteduh, tempat yang boleh memberi kedinginan agar otak jadi segar...badan jadi sihat..

Nii petikan dari apa yang diutuskan oleh sdr Idris Samad...syabas..Harap boleh tulis juga bab PAS.

ADA 15 kawasan Parlimen di Kedah. Ada 15 ketua bahagian Umno di Kedah. Ada 15 ragam dan mereka ini, berpuak-puak – yang nyata, ada orang Perdana Menteri, ada orang bekas Perdana Menteri dan ada orang – makan keliling!Tentunya rencana ini mengejutkan. Tetapi dalam Umno Kedah, ramai pemain wayang kulit. Masing-masing mahu menjadi tok dalang. Keikhlasan, mereka letak di bawah tapak kasut.
Di Pejabat Umno negeri, masing-masing membina kubu mempertahankan kepentingan. Masing-masing mengampu boss, untuk mencari makan dengan Umno. Malangnya, apabila melihat pokok sudah hamper tumbang, masing-masing melompat ke pohon yang dilihat lebih kukuh dan rending.

Inilah budaya mereka dalam Umno Kedah! Bercakap banyak, memberi alasan memang kegemaran mereka, bekerja malas dan akhirnya bila kalah pilihan raya masing-masing salah menyalah antara satu sama lain.

Ketika Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar, mereka bernaung di bawah ketiak Osman. Bila mereka dengar Osman hampir jatuh, mereka berbondong-bondong meninggalkan Osman dengan mencari tempat naungan baru.

"Pelik apa dengan Osman jika akhirnya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu bertanding sebagai perwakilan G7 ke Kuala Lumpur dicantas?,” kata seorang pemerhati politik dari UUM.

Dr. Mahathir meninggalkan kepimpinan Umno bahagian Kubang Pasu selepas 22 tahun mengetuainya. Sebelum Dr. Mahathir, bahagian ini diketuai Osman. Osman pun orang Kubang Pasu ketepikan, sama seperti mereka menyingkirkan Dr. Mahathir.

Yang menyingkirkan Dr. Mahathir bukan musuh dari luar tetapi adalah bekas Setiausaha Politiknya, yang diamanahkan menjadi ketua bahagian selepasnya. Begitu sekali politik Umno Kedah, hanya kerana Dr. Mahathir sudah hilang kuasa dan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno.

Suatu ketika, apabila ada berita mengatakan Tan Sri Sanusi Junid mahu dilantik menjadi MB Kedah, orang Umno Langkawi menumpaskan Sanusi sebagai ketua bahagian itu. Mereka tidak mahu mendengar nasihat Dr. Mahathir padahal ketika itu, Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Bagi mempertahankan egonya, Dr. Mahathir tetap melantik Sanusi menjadi Menteri Besar walaupun Sanusi bukan di kalangan ketua-ketua bahagian di Kedah. Malahan, Sanusi turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Maka jadilah Sanusi ketua kepada ketua-ketua bahagian walaupun Sanusi bukan dari kalangan ketua bahagian.

Siapa yang Sanusi lantik menjadi Setiausaha Badan Perhubungan? Sanusi lantik Setiausaha Politiknya, Dato' Rozai Shafian. Padahal, kebiasaannya, penjawat jawatan setiausaha perhubungan adalah dari kalangan ketua bahagian. Namun, Sanusi merubahnya!

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/12/kemelut-umno-kedah-dalam-mencari-ketua.html

14 Disember, 2009

Zaman Tonggek dah berlaluuuu..

ahana orang politik naik angin

Orang sekarang memang mudah naik angin. Tidak terkecuali arena politik tanah air yang orang-orangnya turut disampuk virus mudah naik angin.

Sidang Dewan Negeri Pulau Pinang minggu lalu 'panas' apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim dituduh 'tonggek' punggung kepada barisan orang kerajaan.

Kata Azhar, dia 'tonggek' punggung bukan kerana ada mala fide atau berniat jahat, sekadar mahu mengambil beg di bawah meja.

Akan tetapi apabila orang politik dijangkiti virus mudah naik angin, hal yang sekecil itu boleh jadi pembakar suasana. Macam puntung rokok yang tunggu masa nak terpadam, dicampak masuk ke dalam limpahan petrol.

Namun apa yang berlaku di Alor Setar beberapa minggu sebelum itu, lebih mudah buat orang tertawa.

Rakan sejawatan Azhar di Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar, naik angin apabila keluar arahan daripada Speaker DUN supaya semua wakil rakyat tanda tangan buku kehadiran setiap kali datang sesi sidang.

Ketika bercakap kepada wartawan, Mahdzir melepas rasa kurang senang dengan kata-kata yang dilaporkan: "Kami bukan budak sekolah!"

`Saya fikir, dengan kewibawaan, pengalaman, sikap diplomatik dan kebijaksanaan yang sedia ada pada diri Mahdzir sebagai bekas Menteri Besar, dia tidak akan berkata begitu jika bukan kerana naik angin.

Ini kerana, apa yang timbul itu adalah perkara yang sangat kecil, sangat remeh, sekadar disuruh tanda tangan buku kehadiran sidang Dewan Negeri.

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/12/ulang-tayang-ddun-penang-dengan-mee.html

mee tonggek pun mee tonggek lah....kalau dulu sepiring dua kupang jee...budak sekolah yg ramai dok pekena mee tonggek tuu..kat depan cathay di Aloq setaq...la nii depa tak main dah harga tuu...tonggek depa la kat Penang tu...juta-juta..dah lesap tanah oghang melayu...mungkin punca dia kerana budak sekolah yg jaga hak melayu tuuu...alahai nasib le oghang melayu kalau masih dok lagu tuuu...mai laa pakat-pakat berubah...iklan kat tv tuu ada kata "dunia sudah maju zaman sudah berubah"..tak kan laa nak ubah sokongan pun susah..

Polis...Jangan Ikut Suka Aku

Misteri kehilangan Jafrin terjawab

KUALA KEDAH – Akhirnya misteri kehilangan seorang lelaki menghidap penyakit mental yang pernah dilaporkan Sinar Harian siaran 3 Disember lalu terjawab apabila lelaki itu, Jafrin Che Amat, 41, yang hilang hampir 14 hari dikatakan ditahan polis kerana disyaki penagih dadah.

Abang iparnya, Arshad Osman berkata, mereka dimaklumkan mengenai kemunculan Jafrin di tempat kerjanya oleh kawan-kawan yang bekerja berdekatan tempat kutipan duit parkir yang disewa mereka di Alor Setar kelmarin.

Menurutnya, setelah menerima panggilan dari kenalan terdekat mereka itu, dia sekeluarga bergegas pergi ke tempat kerja Jafrin dan mendapati adik iparnya itu kembali namun, dalam keadaan tidak terurus dan fizikalnya yang semakin kurus.

“Semasa kami semua bertemu kembali Jafrin, dia hanya memakai seluar pendek dan kemeja merah yang dipakainya pada hari terakhir sebelum kehilangannya.

“Jafrin memaklumkan sepanjang 12 hari kehilangannya sejak Aidiladha ketiga itu, dia ditahan polis untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar ketika berada di tempat kerjanya,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Padang, di sini.

Arshad berkata, mereka gembira apabila pencarian mereka selama 12 hari itu berakhir namun, ia menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis yang dikatakan menahan Jafrin tanpa memaklumkan kepada mereka.

Menurutnya, mereka semua menghabiskan masa dan wang serta tenaga mencari Jafrin di serata tempat sehingga ke Perlis tanpa mengetahui bahawa adik iparnya rupanya berada dalam lokap dalam tempoh itu.

“Sejak laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Kedah pada 30 November lalu, pihak mereka tidak memaklumkan sebarang perkembangan kehilangan Jafrin, apatah lagi mengenai tangkapan ini.

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/12/isu-jafrin-bukan-hilang-tapi-masuk.html

Pada aku kes ini perlu menjadi kayu pengukur kepada PDRM khususnya dan Kementerian Dalam Negeri amnya dalam menangani masalah rakyat. PDRM yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk seluruhnya perlu bertindak dengan lebih profesional. Siapa pun yang ditahan atas apa pun sebabnya perlulah dilihat pada tatacara kerja yang ditetapkan. Dari kes ini, ia memperlihatkan keangkuhan pihak PDRM sendiri, seolah-olah PDRM menjalankan tugas Ikut Suka Aku (ISA). Ini tidak patut. Apatah lagi dengan keadaan seseorang yang ditahan itu.

Persoalannya tidak berpengalamankah pihak PDRM dalam menguruskan hal demikian. Tidak tahu menilaikah pihak PDRM terhadap seseorang yang ditahan?. Kita perlu ingat bahawa setiap rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik dan sewajarnya dari setiap agensi kerajaan biarpun parti mana yang memerintah atau siapapun mereka itu.

Ayuh jadikan negara dan negeri kita sebuah tempat yang selamat dan sejahtera.

10 Disember, 2009

Prihatin seorang YB..

Gambar YB Dr. Ismail ( berbaju kotak) bersama MKK Batu 5 serta keluarga simati di Taman Desa Damai.


YB Dr. ismail bersama MKK Batu 5 dan keluarga simati di Batu 6, Jln Spg Empat.


Tanggal 8 Disember 2009, aku bersama YB Dr.Ismail Salleh ADUN Alor Mengkudu yg juga EXCO Kerajaan negeri Kedah telah menziarahi keluarga kaum Tionghua dlm DUN beliau yg kematian bapanya. Kami telah berada dirumah tersebut bersama ahli keluarga yang terbabit mulai selama lebih kurang satu jam setengah.

Sebelum itu beberapa bulan yg lalu, kami juga telah menziarahi satu keluarga Tionghua yg kematian ibu bapa mereka di Taman Desa Damai. Pasangan warga emas itu dikatakan pasangan dua sejoli sehidup dan semati..Alkisah mereka itu, si suami telah mengalami kemalangan jalanraya ketika sedang menunggang motosikalnya, kemudian telah dimasukkan ke hospital. Si isteri pula telah menunggu suaminya dihospital selama beberapa hari. Ajal maut ditangan tuhan, siisteri yg masih sihat telah menghembuskan nafasnya yg terakhir dahulu..selang dua hari kemudian sisuami pula yg meninggal. Mereka kemudiannya telah disemadikan bersama oleh kaum keluarga mereka.

Sapa kata PAS tidak menghormati kaum lain ?..Bukti PAS For All.

02 Disember, 2009

Pertahanan Negara...Rahsia kesemua ?

Pakatan mahu Kementerian Pertahanan beri taklimat dasar kementerian
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Jawatankuasa memantau hal ehwal Kementerian Pertahanan di bawah Pakatan Rakyat meminta kementerian berkenaan mengadakan satu taklimat mengenai dasar-dasar pertahanan kepada semua ahli parlimen khususnya jawatankuasa berkenaan.

Ahli Parlimen Machang dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, taklimat itu penting kerana isu pertahanan merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia serta membuka ruang kerjasama yang sihat di antara Pakatan dan kementerian.

Sehubungan itu, jawatankuasa itu akan menghantar satu surat rasmi kepada Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secepat mungkin berhubung perkara itu.

"Sekembali Menteri Pertahanan dari Langkawi, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau dengan segera dan ini bukan permintaan baru. Sewaktu saya bertugas di Kementerian Pertahanan dahulu, kementerian ini pernah mengadakan taklimat kepada Pemuda Umno Malaysia," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Menurutnya juga, taklimat berkenaan tidak bermaksud kementerian berkenaan perlu mendedahkan semua rahsia sulit mengenai kementerian yang sangat penting kepada negara itu tetapi ada perkara yang wajar diketahui oleh rakyat.

"Kita tahu dasar pertahanan terbahagi kepada dua iaitu dasar pertahanan yang sulit untuk kementerian dan pegawai tentera dan dasar pertahanan terbuka yang boleh dikongsi bersama oleh rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Saifuddin membidas kenyataan Zahid dalam sebuah akhbar yang mendakwa isu-isu kementeriannya yang dibangkitkan wakil rakyat Pakatan semasa perbahasan di peringkat parlimen adalah bersumberkan maklumat yang separa benar yang diperoleh daripada internet.

"Saya akui internet menjadi senjata yang lumayan dengan maklumat.Contohnya mengenai ucapan menteri pada bulan sembilan lalu yang dimuatkan dalam laman portal rasmi Kementerian Pertahanan.

"Beliau (Zahid) menyebut sebanyak 16 unit pesawat MIG29 tersadai.Fungsi MIG29 untuk lakukan kerja pemintasan.Tapi kos untuk membiayai operasai MIG walaupun tiada musim perang sekarang ini ialah sebanyak 260 juta setahun.Tersadainya MIG29 akan menjimatkan 260 juta.

"Itu pengumuman rasmi menteri dalam laman portal kementerian pertahanan.Jadi untuk menjimatkan kos tidak perlu menjalankan operasi penerbangan.Bayangkan kalau peperangan berlaku MIG tidak berada dalam siap sedia,"

"Ini sumber sahih yang kami dapat.Adakah sumber dari laman portal itu juga separa benar?"soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga ahli jawatankuasa itu mahu nasib bekas perajurit negara dibela kementerian itu.

"Sepanjang sepuluh bulan setengah menjadi Menteri Besar saya didatangi bekas perajurit yang tiada tanah untuk membuat rumah, hanya dapat pencen 300 sebulan dan anak-anak masih bersekolah.

"Kami nak nyatakan bahawa hal ehwal bekas tentera merupakan tanggungjawab kepada kementerian itu sendiri," tegasnya.

Beliau juga berkata, kementerian berkenaan seolah-olah mengabaikan kebajikan bekas pejuang negara.

"Jika diambil perhatian pula, hanyalah kepada pegawai kanan sahaja.Mereka yang dapat manfaat daripada tabungan-tabungan,apa sahaja program yang diadakan. Kakitangan bawahan menanggung penderitaan yang amat dasyat," katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa berkenaan ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong.

30 November, 2009

Renungan buat pejuang....

Allah tidak mungkir janji

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjinya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izin-Nya,

sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu, dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurnia-Nya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada orang-orang yang beriman. (Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkan-Nya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu), dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (ali-'Imran: 152-155)

Al-Maraghi berkata: Allah SWT telah mengotakan janji-Nya kepadamu, iaitu janji yang disampaikan melalui rasul-Nya kemenangan menewaskan musuh ketika kamu dapat menumpaskan mereka melalui bantuan dan pertolongan Allah SWT. Rasulullah SAW sudah pasti menjanjikan kepada mereka pada saat itu (Perang Uhud), sekiranya mereka mematuhi perintahnya.

Hanya Allah SWT yang memiliki segala kurniaan dan bersifat pemurah terhadap mereka yang beriman kepada-Nya dan juga kepada rasul-Nya. Perbuatan mereka banyak yang diampuni meskipun wajar dikenakan pengajaran dan hukuman.

Ini kerana perbuatan mereka menimbulkan kerugian kepada jiwa orang lain dan meninggalkan kesan yang negatif akan tetapi Allah SWT telah membersihkan hati mereka, sehingga mereka menjadi orang yang ikhlas, taat, lagi pasrah dengan sepenuh hati.

Sebab Nuzul ayat ke-152

Al-Wahidi dari Muhammad bin Ka'ab, katanya: Ketika Rasulullah SAW kembali ke Madinah, setelah mengalami apa yang dialaminya dalam perang Uhud, berkatalah sahabat-sahabatnya sesama mereka: Dari mana kita terima malapetaka yang seperti ini padahal Allah ada menjanjikan kita kemenangan?

Kata-kata mereka tersebut telah mendapat jawapan dengan turunnya ayat ini yang maksudnya seperti berikut: "Allah telah menepati janji-Nya kepada kamu yang dijanjikan-Nya dengan perantaraan utusan-Nya Muhammad SAW janji untuk mengalahkan musuh, iaitu ketika kamu memerangi musuh habis-habisan dengan kemudahan dan pertolongan Allah serta keizinan-Nya dapat kamu kalahkan musuh sekiranya kemu mematuhi perintah Rasul atau utusan Allah tersebut".

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Al-Suddi mengatakan dari Abdul Khair dari Ali bin Abdillah bin Mas'ud ia berkata: Aku tidak menyangka bila ada seseorang dari sahabat Rasulullah SAW yang menghendaki dunia. Sehingga turun kepada kami ayat yang menceritakan tentang perang Uhud.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan ada di antara kamu juga orang yang menghendaki akhirat.

ii. Hamka berkata: Yang dituju oleh ayat ini, ialah pasukan pemanah yang berada di lereng bukit, yang lemah hati sehingga timbul perbantahan antara yang hendak meninggalkan penjagaan kerana memburu rampasan dengan yang setia mengikut perintah Rasulullah SAW supaya tetap di tempat walau apa pun yang terjadi.

Maka ayat ini memberi peringatan kepada setiap pejuang menegakkan jalan Allah SW agar membetulkan niat sejak mula berjuang sehingga selesai perjuangannya.

iii. Quraish Shihab berkata: Ayat ini mengingatkan bahawa Allah SWT telah memenuhi janji-Nya kepada kamu seperti ketika berkecamuknya perang Badar, dan pada saat-saat awal perang Uhud.

Perlindungan itu dianugerahkan-Nya ketika kamu mengikuti tuntutan Allah SWT dan Rasul SAW. Perlindungan iu berterusan sehingga sampai pada saat kamu lemah, iaitu takut atau lemah dalam mengambil keputusan sehingga mendahulukan meraih kenikmatan duniawi/harta rampasan perang atas ketaatan kepada Rasul dan berselisih dalam urusan itu, masing-masing ingin mendahului yang lain untuk meraihnya, serta mempertahankan posisi kamu walau apa pun yang terjadi.

Namun demikian, perbaiki dan tingkatkan kualiti keimanan kamu dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah SWT telah memaafkan kesalahan kamu, dalam perang Uhud itu di atas kemurahan-Nya semata-mata, setelah Dia mengetahui penyesalan kamu. Dan Allah SWT mempunyai kurniaan yang banyak atas orang-orang mukmin.

iv. Al-Sonhaji berkata: Di antara pertengkaran itu kerana ada yang berkata: Tak payahlah kita bertahan di sini lagi, kerana musuh sudah dikalahkan. Dan setengahnya pula berkata: Janganlah kita melanggar perintah Rasulullah SAW atau menderhakai pemimpin pasukan kita.

Namun kebanyakan mereka melanggar perintah tersebut, maka ketika itu juga terhentilah pertolongan Allah dan terputuslah bantuan-Nya.

Ini kerana Allah menjamin akan menjanjikan pertolongan-Nya hanya dengan dua syarat sahaja. Pertama: takwa dan kedua: sabar di dalam ketaatan.

Dengan adanya kedua syarat inilah yang dapat mengekalkan adanya pertolongan Allah SWT

Iktibar dan fiqh ayat ke-153

i. Menurut Ibn Jarir, pendapat yang paling tepat kebenarannya adalah pendapat yang mengatakan bahawa maksud firman Allah SWT yang bermaksud: "Kerana itu Allah SWT menimpakan ke atasmu kesedihan atas kesedihan".

Maka Allah menimpakan terhadap kegembiraan kamu hai orang-orang yang beriman dengan diharamkannya ghanimah orang-orang musyrik kepada kamu dan diharamkannya kemenangan dan pertolongan terhadap mereka.

Dan musibah yang menimpa kamu, terbunuh dan lukanya pada hari itu terjadi setelah Allah memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai dengan sebab derhaka kamu akan perintah Rabb. Juga keingkaran kamu terhadap perintah Nabi kamu, juga kesedihan kerana prasangka kamu bahawa Nabi kamu telah dibunuh di samping desakan musuh terhadap kamu dan posisi mereka yang lebih tinggi terhadap kamu.

Ayat ini boleh difahamkan bahawa Allah SWT menimpakan kesedihan kepada kamu sebagai lanjutan daripada kesedihan yang sebelumnya, Rasulullah SAW hampir dibunuh akibat beberapa luka yang dialami.

Orang musyrik pula meraikan kemenangan sehingga kamu diserang perasaan gelisah serta saling menyalahkan antara satu sama lain. Situasi ini menyebabkan kamu terlepas harta rampasan yang menjadikan sifat tamak itu hilang sama sekali.

ii. Hamka berkata: Ayat ini merupakan peringatan kepada mereka yang lari tatkala melihat kaum musyrikin telah maju kembali; melihat 70 syuhada telah bergelimpangan, sehingga Nabi SAW sendiri dan beberapa orang yang setia mengawal Baginda, telah mereka tinggalkan. Sedangkan antara yang mengawal itu ada juga perempuan.

Ketika mereka lari, Nabi SAW menyeru kepada mereka: "Jangan lari wahai hamba Allah! Aku adalah Rasulullah. Siapa yang kembali, syurgalah untuk dia". Tetapi yang lari itu, terus lari juga tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan dan mereka tidak mempedulikan lagi panggilan Nabi SAW.

Pada hujung ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT amat mengetahui apa jua pun yang kamu kerjakan, besar sekali kesannya kepada jiwa mukmin. Ayat ini akan menghilangkan kecurangan dan penipuan kepada diri sendiri sebagai gejala mental yang mulai lemah.

iii. Quraish Shihab berkata: Ayat ini menggambarkan sekelumit kesalahan yang mereka lakukan dimaafkan oleh Allah SWT. Mereka diperintahkan untuk mengingatkan perintah itu.

Ingatlah, ketika sebahagian besar kamu lari menyelamatkan diri menuju ke kota Madinah, ataupun lari meninggalkan medan pertempuran, dan ketika itu mereka lari tanpa menoleh seseorang pun akibat rasa takut dan keinginan menyelamatkan diri sedangkan Rasul pada ketika itu masih lagi bertahan di medan pertempuran.

iv. Al-Sonhaji berkata: Allah menyuruh mengingati kembali peristiwa yang berlaku dalam peperangan Uhud itu, iaitu pada ketika mereka melarikan diri ataupun naik ke atas gunung kerana dihambat musuh, dengan tidak menoleh lagi kepada sahabat, maka pada waktu itulah Rasulullah SAW memanggil mereka dari belakang dengan seruan: "Kemarilah wahai hamba Allah, saya Rasulullah, siapa yang balik ke mari akan memperolehi syurga"!

Itulah seruan supaya meneruskan perjuangan dan mematuhi kembali akan perintahnya.

Iktibar dan fiqh ayat ke-154:

i. Ibn Kathir berkata: Demikianlah golongan orang-orang munafik tersebut, ketika orang-orang musyrik keluar pada saat itu, mereka terlalu yakin bahawa saat itu merupakan kemenangan bagi mereka, sedangkan Islam beserta pemeluknya telah binasa.

Itulah keadaan orang-orang yang diresapi rasa ragu-ragu jika mereka menghadapi masalah dan mereka mempunyai sangkaan yang buruk.

ii. Dari al-Zubair r.a katanya: Saya melihat dari saya bersama-sama Rasulullah SAW pada waktu itu kami sedang mengalami ketakutan yang amat sangat. Tiba-tiba Allah SWT menurunkan perasaan mengantuk kepada kami.

Demi Allah benar-benar saya ada terdengar kata-kata Mu'attib bin Qusyair pada ketika itu saya sedang mengantuk seolah-olah bermimpi dia sedang berkata: Kalau urusan pertolongan dari Allah itu ada pada kita, masakan kita terbunuh di sini.

iii. Dari Abu Talhah diceritakan: "Kami diserang oleh perasaan mengantuk yang teramat sangat pada saat kami bersiap sedia dengan senjata (memakai pedang) sehingga ada antara kami pedangnya jatuh lalu diambilnya lagi, masih lagi terjatuh. Begitulah gambaran yang dapat dijelaskan dalam perkara ini".

iv. Al-Zubair berkata: "Aku sendiri pernah bersama Rasulullah menyaksikan keadaan kami sewaktu dilanda ketakutan yang amat sangat. Lalu Allah SWT menurunkan perasaan mengantuk kepada kami.

Demi Allah aku masih mendengar suara Mu'attib Ibn Qushair, padahal kami dalam keadaan mengantuk. Aku mendengar suaranya bagaikan dalam mimpi.

Ketika itu Mu'attib berkata: "Sekiranya kami tidak mengambil bahagian dalam perang ini, nescaya kami tidak akan berperang di sini".

v. Hamka berkata: Setelah puncak ketegangan itu terlepas, kaum muslimin telah dapat mengumpulkan kekuatan kembali, berkumpul sekeliling Rasulullah SAW sudah nyata bahawa Rasul SAW tidak tewas sebagaimana yang disiarkan oleh pihak Quraisy.

Segala rasa cemas pun hilanglah dan bersedia kembali menghadapi segala kemungkinan, sekalipun akan meneruskan perang, jika Quraisy menyerang, kerana bangga akan kemenangan mereka. Kerana hati telah bulat kembali, maka ada antara mereka yang mengantuk lalu tertidur. Mengantuk dan tertidur datang, tandanya hati telah tenteram.

vi. Quraish Shihab berkata: Salah satu bentuk sangkaan jahiliah yang boleh jadi terdetik di dalam benak mereka yang terlibat dalam perang Uhud adalah dugaan bahawa kemenangan akan diperolehi tanpa usaha, cukup dengan nama Islam yang mereka sandang dan agama yang benar, pasti menang walau tidak diperjuangkan. Atau bahawa kemenangan pasti diraih kerana seorang mnusia agung seperti Muhammad SAW berada bersama mereka.

Ini semua adalah jenis-jenis sangkaan jahiliah yang mengabaikan prinsip-prinsip sunnatullah, prinsip sebab dan akibat. Bahkan melupakan bahawa bantuan Allah SWT akan hadir jika upaya manusia telah tercurah, itupun dengan syarat ketabahan dan ketakwaan.

Iktibar dan fiqh ayat ke-155:

i. Al-Qurtubi berkata: Dikehendaki siapa yang berpaling di kalangan orang musyrikin pada hari peperangan Uhud.

ii. Al-Maraghi berkata: Ayat ini mengisyaratkan bahawa salah satu daripada peraturan yang menyentuh akhlak dan tingkah laku manusia. Malapetaka yang menimpa diri mereka khususnya dan masyarakat umumnya hanyalah sebahagian kesan tabii (yang berpunca daripada sebahagian mereka.

Ia juga bermaksud agar manusia menghilangkan perasaan putus asa dalam diri mereka serta memberikan harapan baik terhadap sangkaan mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan mengampuni semua dosa sama ada kecil atau besar apabila mereka bertaubat dan memohon keampunan.

iii. Hamka berkata: Di dalam ayat ini disebutkan, bahawa pertempuran di Bukit Uhud itu disebut di dalam ayat 41 surah al-Anfal, pertempuran angkatan perang Islam dengan musyrikin di padang Badar, yang jua disebut pertempuran antara dua angkatan.

Angkatan yang pertama memperjuangkan hak dan kebenaran yang pimpin oleh Rasulullah SAW, manakala angkatan yang kedua mempertahankan yang batil yang dipimpin oleh Abu Sufyan. Maka ayat ini memberi peringatan, jika ada dari kalangan tentera Islam yang berpaling daripada tugasnya, maka mereka telah diperosok ke dalam kekalahan kerana menurut hawa nafsu yang menginginkan harta rampasan perang.

iv. Al-Sonhaji berkata: Ayat ini ditujukan kepada pasukan kaum Muslimin dalam peperangan Uhud yang telah tewas di serang musuh, mereka lari lintang pukang meninggalkan Baginda SAW.

Pada saat itu Baginda hanya dipertahankan oleh sebilangan kecil daripada tentera-tentera Islam yang seramai 13 orang, lima daripadanya Muhajirin dan selebihnya daripada Ansar.

Mereka yang meninggalkan Nabi SAW itu telah digelarkan sebagai orang yang berpaling, kerana meninggalkan Nabi SAW dan pertahanan mereka disebabkan oleh pujukan syaitan yang menggelincirkan mereka untuk berbuat dosa dan menyalahi perintah Nabi SAW. Setengah dari mereka tidak berani menemui Nabi SAW kerana merasa dirinya telah bersalah.

Ada yang sampai tiga hari baru menemui Baginda dan ada pula hari itu juga telah datang menemui Baginda yang masih berada di Gunung Uhud seperti Saidina Umar al-Khattab r.a.

Sebenarnya, apa yang telah mereka lakukan pada hari itu sepatutnya mendapat hukuman di dunia dan di akhirat. Tetapi kemudiannya, Allah SWT telah mengampunkan dosa mereka sama ada yang besar mahupun yang kecil dan tidak menyegerakan seksaan-Nya ke atas orang-orang yang telah berdosa.

Semoga Allah SWT tetapkan hati kita dalam keimanan dan dijauhkan dari tipu daya syaitan. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...