WISH

WISH

13 Februari, 2010

Gong Xi Fat Chai..pada kaum Tionghua

  
Selamat Menyambut Tahun Baru...kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Tionghua.
Semoga kehidupan kita semua penuh dengan kedamaian,keharmonian dan kesejahteraan.
Jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh sentimen politik yang sempit.

10 Februari, 2010

Baru dan lama...


http://4.bp.blogspot.com/_KIYwzmiqaao/Sj-w55HTLSI/AAAAAAAAAL0/mCNoxlLqFNo/s400/Gambar+Lama+rumah+2.jpg

         
Pesrsoalan untuk dijawab..
Silalah beri jawapan apakah perbezaan antara Pokok getah yang berumur 2 tahun dengan yang berumur 50 tahun ?
         Tentu banyak perbezaan...macam juga pokok padi berumur 2 minggu dengan yang berumur 2 bulan.
Bercerai dengan umno dan kemudian rujuk semula pun berbeza juga keadaannya. Umno baru dengan umno lama pun berbeza juga pendekatannya. Perdana Menteri dengan bekas Perdana Menteri pun berbeza juga cara hidup dan cara cakapnya.                           
Begitulah kehidupan..La ni umnooo dan Bee ENDDDD pun berbeza juga...bila kalah banyak semasa PRU 12 dulu. Begitu juga PAS,PKR dan DAP bila dah menang lebih banyak dari dulu.

http://1.bp.blogspot.com/_rbqlI_m1Ahg/SM6qSizWW4I/AAAAAAAAAwM/e2yhxIF5z8g/s400/Rumah+Ketua+Pemuda+UMNO+Sabah,+Japlin.jpg

                                  Rumah zaman la ni.

Tertarik aku dengan apa yang mantap PM TD katakan tentang PAS dan PR dalam majlis umnooooo di Kulim yang diadakan disebuah sekolah baru-baru ni...seperti dibawah.

Kerajaan PR tidak cekap: Mahathir

KULIM - Bagi terus memperkasakan bangsa Melayu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang dan menjayakan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim (PBSK).

Program yang dihadiri lebih 500 orang ini dianjurkan UMNO Bahagian Padang Serai dengan jayanya.

Dalam ucapannya, beliau berkata, sepanjang 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Kerajaan Pusat, keadaan ekonomi negara dilaporkan stabil yang mana semua rakyat berbilang bangsa dapat hidup dalam keadaan sempurna selain menikmati pembangunan pesat.

Beliau tidak menafikan berlaku sedikit perselisihan faham antara parti komponen namun semua ini dapat diatasi dengan baik melalui perbincangan.

“Masalah dalaman antara parti merupakan satu perkara biasa tetapi sejak Parti Perikatan ditubuhkan, kita mampu memerintah dengan baik dan kemakmuran dapat dikecapi semua.

“BN tetap mentadbir dengan baik. Tetapi setelah BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2008, kerajaan masih dapat ditubuhkan tetapi ia merupakan sebuah kerajaan yang lemah. Ini berlaku kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti dan pengundi mengakibatkan mereka memberi sokongan mereka kepada calon parti lawan,” katanya.

Menurut beliau, punca utama mengapa lima negeri jatuh ke tangan pembangkang adalah kerana sikap penyokong parti yang tidak keluar mengundi.

Beliau mendakwa parti pembangkang tidak mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Katanya, sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) meminta rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah dan kini ternyata PR tidak mampu menerajui kerajaan dengan baik selain tidak cekap dalam menguruskan hal ehwal Kerajaan Negeri yang diperintah mereka.

“Parti pembangkang tidak bertindak cekap dan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. PR tidak berupaya memerintah dengan baik khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Kedah.

“Mereka tidak mampu melaksanakan pembangunan terhadap negeri yang mereka terajui.
Rakyat memberikan kuasa kepada PR untuk membuat pembangunan tetapi sehingga hari ini mereka masih gagal,” katanya.

              Kalau kita bandingkan antara yang berumur 2 tahun dengan 50 tahun tu, tentu banyak perbezaannya. Tapi kalau kita amati kenyataan pemimpin umnoooo dan TD sendiri dari dulu hingga kini tak berubah-rubah..asyik dok kata PAS dan parti lain yang bersekongkol dengan bee endddd tak pandai memerintah dan seumpamanya yang teruk. Tentang umnooooooo bee enddd ok saja dulu,kini hingga selama-lamanya biarpun berbillion RM lenyap dan berbagai penyalahgunaankuasa dan penyelewengan dilakukan. Contoh...ucapan pemimpin umnooo bee endd lepas kes Perak semalam..."Masa untuk bersatu,bekerja untuk untuk rakyat Perak tanpa mengutamakan fahaman politik." Tang depa macam tu depa kata..tang PAS dan PR macam lain depa kata...cuba la kata " Kita kena terima hakikat keputusan yang telah diberi oleh rakyat masa PRU..dan kita mesti bekerja untuk rakyat " macam Menteri Besar Kedah berkata semasa sidang Dewan Negeri Kedah akhir tahun 2008 dulu. Tapi nak heran apa pula dengan kenyataan begitu..inilah politik..rakyat yang nak pangkah undi mana-mana parti kena la pandai-pandai tengok la ni...jangan pandai dengar cakap pemimpin saja tanpa pandai mempertimbangkan dari sudut pelaksanaan sesuatu dasar didalam sesebuah negeri.

http://4.bp.blogspot.com/_XFNoCcMKdR8/SPlPTIRIXpI/AAAAAAAAA7k/4ez67Km86gY/s400/Copy+of+100_1891.JPG
        Kalau kita lihat pada kenyataan TD diatas pun dah boleh buat penilaiaan...(bagi yang mau pikiaq lebih jauh)....nak ukur perbezaan yang berumur 2 tahun dengan 53 tahun...lawak...lawak..

http://2.bp.blogspot.com/_egSsniDE23I/SfUYlIS6fFI/AAAAAAAABNo/kNcf1gQtcQ0/s400/Kongres+pertama+UMNO.jpg
       Dulu, masa kita baru merdeka...macamana ?...Lepas 2 tahun merdeka macamana ?..Laa lepas 53 tahun..tentu la banyak perbezaan sesuai dengan usia tu.

http://4.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/RzsqkUJNDnI/AAAAAAAAA58/IcQxiV1eIlQ/s400/demonstrasi.jpg
                                                     Gambar sebelum merdeka
http://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Sn7MqR3ncZI/AAAAAAAAIMk/D2tJwrQTgnI/s1600/gambar+penyokong+anti-ISA+1.jpg
                               






 Gambar dekad ini.



Yang tak banyak beza..tentang umnooooooooo jeee....salahguna hak awam atau kerajaan untuk kepentingannya saja.

Hangpa kena pandai guna POWER mata untuk melihat, POWER telinga untuk mendengar dan POWER minda untuk berfikir sebelum guna POWER tangan untuk memangkah.
http://3.bp.blogspot.com/_em06duMwY8Y/SlhYWB0UF-I/AAAAAAAAAUc/M3Y2BwkjjgI/s400/IMG_0105.JPG    http://i349.photobucket.com/albums/q400/alphastable2/mahathir-2-1.jpg

07 Februari, 2010

Sempurnakah Semporna..?

 Juaraa.......ya beda beduuuuuumnooo...juara...juara apa ?

         Tanggal 5 dan 6 Feb 2010, ramai para menteri dan pemimpin umno mai ke Kedah. Maka diaturkanlah oleh Ketua Penerangan umno Kedah ni iaitu menteri yg jaga agama Islam akan mereka itu agar melakukan propaganda disetiap penjuru Kedah. dengan program kemuncaknya pelancaran "Juara Rakyat" didalam DUN Kota Siputeh oleh Timbalan Presiden umno pada 6 Feb 2010 dengan menggunakan Sekolah Men. Kebangsaan Sanglang.
        Maka hebohlah seluruh negara tentang program tersebut yg kononnya mendapat sambutan hingga 100 ribu org hadir..wow ramainya tentu sesak pekan Kerpan tu..Dari maklumat yg aku dapat tak la setara mana pun.. Program sebelah malam 5 Feb tu ada forum agama tapi tak ramai pun..Program sebelah petang 5 Feb pula anjuran pemuda umno....maka pakat kemerah la para pemuda termasuk yg belum cukup umur pakai baju merah free tu...Apa yang herankan kalau ramai pun...biasa la umno...semua orang tau cara buat depa..sampai polis pun naik pening tengok gelagat putera ke pemuda ke yg dok press motor kapcai depa hadir program tu..
 Dua tiga hari sebelum tu....pakat dok sibuk dgn bendera parti umno nak sambut TPM mai...Pemuda PAS pun sibuk juga pasang bendera nak sambut Timbalan Perdana Menteri Malaysia mai ke kawasan depa...tapi pemuda PAS sibuk pasang bendera PAS laa..tak kan nak pasang bendera umno pula..heboh juga puak pemuda umno  ni...minta diturunkan bendera PAS...haru sungguh otak umno ni...tak sedaq diri atau tak tau erti demokrasi kot atau tak tau ke yg mai tu TPM bukan atas nama Timbalan Presiden umno...atau pun depa sendiri tak iktiraf jawatan TPM tu kat dia. Kalau atas nama Timbalan Presiden dan atas nama program umno (parti) tentu depa tak buat program tu di Sekolah.....kerena depa tau mana satu hak depa mana satu hak semua rakyat...maklum le dah merentah lebih 50 tahun..tentu dah hapai semuanya dah tentang hak ni...Kalau tak tau tentang tu memang umno ni jenis ISA..atau ikut cara komunis...Aku boleh guna org lain tak boleh.
    Nak bercakap tentang anak Sabah yg jadi Pengerusi Perhubungan Umno Kedah plak...kerana org Kedah tak dak yg layak jadi Pengerusi...Tok shafie ni kata :

 ...sejak pakatan pembangkang memerintah negeri ini, tidak ada kemajuan yang dibawa, sebaliknya pelbagai masalah timbul seperti gangguan bekalan air dan masalah peluang pekerjaan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata, dalam usaha membangunkan negara, rakyat perlu bekerjasama dengan BN kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan setiap golongan terutama penduduk di luar bandar.

“Sistem pentadbiran juga sudah jauh berubah dan lebih mengutamakan rakyat... bersatulah di bawah naungan Malaysia, perlu ada semangat kekitaan untuk memainkan peranan bangunkan negara,” katanya. 

Kenyataan tok menteri ni pun haru dan dia lupa kot;

1. Masalah air bukan setakat di Kedah je berlaku..nun di Semporna pun berlaku juga....tak caya tanya orang Semporna, Sabah. Penduduk perkampungan air di Semporna tu dok mengadu air ngak cukup bah..macam org kencing je kadang-kadang.

2. Masalah tak dak kemajuan di Kedah...pelik juga..kata tak dak...nun di kawasan Semporna sendiri Jambatan ke Pulau BUm BUm mana dia ?....rakyat dok hingaq tu...umno perintah sejak merdeka lagi hingga la ni...kata peruntukan dah ada...mana hilang ? atau tunggu PRU 13 baru pecah tanah kot.
 Setidak-tidaknya di Kedah ada juga jambatan ke Pulau yg tak dak orang tu angkara kebodohan pemimpin terdahulu..

Jaswinder Kaur
New Straits Times
09-01-2006
Boom time for Bum Bum with new bridge
Byline: Jaswinder Kaur
Edition: Main/Lifestyle
Section: Main Section

SEMPORNA: They have never had to pay road tax, insurance or quit rent.

This may sound like paradise to many people but for the villagers on Pulau Bum Bum, they can't wait for it all to change.
After decades of living the simple life, they are now looking forward to an economic boom with the building of a RM100 million bridge connecting the island to the mainland.

The bridge, one of 880 projects that will be implemented under the Ninth Malaysia Plan, is set to change the way of life on the island and villagers are eager to embrace the benefits ...
http://www.highbeam.com/doc/1P1-128187764.html

Ni ada lakaran jambatan ke Pulau Bum Bum jeee tahun 2006

3. Tak dak pekerjaan...nun di Semporna tu...dulu ada industri mutiara di Pulau Bohey Dulang..la ni dengaq kata dah tak dak..hilang pekerjaan rakyat Semporna atau memang rakyat Semporna tak berpeluang bekerja disana.?

4. Masalah letrik nun di Semporna tu...bila nak selesai..rumah air tu perlu bahhh..rakyat Sabah bah...atau pendatang yg ramai disana tu...sebab tu dibiarkan begitu.

oooo banyak lagi bah....kalau nak cerita..bab kemiskinan lagi banyak di Semporna tuu...

Alahai org Kedah..kalau hangpa dok ikut sedap dengaq cerita tok-tok menteri gini..maka macam lee..tak guna mata untuk melihat...tak guna telinga untuk dengaq...tak guna kemudahan untuk cari maklumat....sama le macam tak guna akai utk pikiaq...ada POWER tak tau guna..Depa yg jadi menteri ada POWER dan pandai salahguna POWER memperbodohkan rakyat dengan hujjah jeee...lepas tu pakat ikuttt...berbaris-baris.Gunakan POWER hati Kecil yang ada tuu untuk buat keputusan nak ikut org mcmana pun..Jangan jadi Bodoh tapi tak dengar cakap orang lain yang untuk kebaikan semua...bukan sekadar untuk kebaikan diri sendiri..
hehehe..... carilah nikmat untuk semua..





01 Februari, 2010

Kepala BABI punya cerita...

Lempar kepala babi: Polis temui petunjuk

SUBANG JAYA 31 Jan. - Polis Selangor sudah menemui petunjuk berhubung suspek yang terlibat dalam kes lempar kepala babi di Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, petunjuk itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan buat masa ini kerana ia boleh mengganggu siasatan.
"Petunjuk itu diperoleh selepas kita mengambil keterangan daripada hampir 10 orang termasuk ahli jawatankuasa masjid yang menjumpai kepala babi itu serta beberapa orang awam.
"Selain itu kita juga mendapat petunjuk tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang masjid itu," katanya.

Dulu seingat aku dalam tahun 90an telah berlaku beberapa kes "kepala babi" yang dilemparkan kemasjid termasuk di Kedah. sampai sekarang ni rasanya aku belum dengar lagi orang yang melakukannya dihadapkan kemahkamah. Entahlah mungkin aku lupa kot.Ni mai lagi kes begini...macam plot cerita lama juga. Harap-harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan dan hukuman yang setimpal. Jangan setakat dapat petunjuk jee...lepas tu petunjuk jadi kelabu pula..kemudian terus senyap kes ni. Bila boleh jadi pengajaran kepada orang lain.

Dalam hidup kita ni..ada pemimpin dan ada pengikutnya. Orang kata..Pemimpin jangan berkepala batu...keras kepala..ikut suka aku saje..nak menyondol apa saja..aku punya suka laa...takut nanti jadi macam BABI yang kepalanya bermulut muncung menyondol kesana kesini.Yang pengikut pula janganlah ikut "Membabi Buta" tanpa menilai baik dan buruknya yang dibawa oleh pemimpin.Akhirnya jadi macam babi juga. Berbadan bulat gedempol tapi terpaksa makan bahan yang terbuang,sisa orang lain atau cacing-cacing saja. Nak makan gitu pun susah kena sondol dan sedut sana sini...asalkan ada tempat boleh disondol dan disedut..janji dapat makannn. Aku takut jadi macam nasib BABI juga yang akhirnya dimakan oleh orang bukan Islam saja. Kalau jadi macam kes sekarang lagi tak berguna..Kepala BABI dibuang ketempat yang tak sepatutnya...lagi menambahkan kebencian masyarakat yang berfikiran waras Walau berpangkat setinggi mana atau handsome seadanya tetap dipanggil kepala Babi juaaaaaaaaaaa..

Jilbab,Niqab dan Kepala...

Tertarik aku satu isu yang melibatkan umat Islam seluruh dunia. Hangat dihebohkan melalui media massa yang ada termasuk di negara tercinta ini tentang langkah tindakan yang akan diambil oleh Perancis dan diikuti oleh Itali.Semuanya atas nama keadilan dan hak asasi manusia kononnya.
          Mereka lantang bercakap tentang cadangan untuk mengharamkan pemakaian "jilbab" atau niqab bagi wanita muslim dinegara mereka.Apa hak mereka yang bukan Islam untuk bercakap tentang hak asasi manusia lain mengikut hukum Islam ? Apakah umat atau wanita Islam sahaja yang perlu dijaga atau diberi hak kebebasan mengikut acuan fahaman mereka ? Adakah tindakan mereka ini pula betul supaya umat Islam mengenepikan hukum yang mesti diparktikkan dengan mengikut hukum yang dikehendaki oleh mereka ?. Dimana pula hak umat Islam ?.Apakah umat Islam tidak mempunyai kebebasan atau Hak Asasi sendiri ? Jika diperhatikan sudah tentu mereka ini mahu manusia lain mengikut kemahuan atau kehendak mereka semata-mata. Jika semuanya mengikut kehendak mereka mungkin itulah yang dikatakan Hak Asasi Manusia biarpun yang wanitanya bertelanjang...lelakinya berbogel.

Berpoligamami tidak boleh.... bersetubuhan dengan yang bukan isteri atau suaminya dengan kerelaan boleh saja...tidak salah.Hidup berpasangan wanita dengan wanita atau lelaki dengan lelaki tidak mengapa...Hak Asasi Manusia. Aku punya suka kot.. Lebih teruk dari manusia purba. atau lebih teruk dari haiwan yang ada kepala tetapi tiada akalnya.
              Aku tertarik dengan isu ini jika digabungkan dengan yang sedang berlaku di Malaysia. Umno dengan lantang bersuara untuk menjaga Islam dari dulu hingga kini. Bukti penjagaan umno keatas Islam memang banyak hinggakan sudah semakin banyak yang tidak dapat dibezakan mana satu umat Islam dan mana satu bukan Islam atau kafir didalam Malaysia dari sudut pakaian. Umno kini dilihat hanya mahu menjaga "Allah" dari digunapakai oleh penganut kristian. Selebihnya biar dilondehkan atau dibogelkan depa tak kisah. Hingga saat ini aku belum terjumpa satu kenyataan oleh pemimpin negara Islam one Malaysia ini bercakap tentang Hak Asasi Islam dan menentang cadangan atau hasrat pemimpin negara eropah itu. Kalau mengikut ajaran Islam " cubit paha kiri paha pun terasa". Pemimpin one Malaysia lebih suka bercakap tentang penjagaan "global warming" agar manusia dapat hidup dalam keadaan suhu yang nyaman.

            Hingga saat ini juga,rakyat Islam di Malaysia dimomokkan dengan kes "kepala" haiwan. Sebelum ini kes "Kepala Lembu" kini timbul semula kes "kepala babi"yang sudah bertahun-tahun berlalu. Waduhhhhhhh...makin pusing kepala mau mencari jalan penyelesaian yang sengaja dan sudah lama dikusutkan.Apa pun punca busuk sesuatu itu datangnya dari "kepala juga". Kalau ikan busuknya bermula dari kepalanya. Kalau manusia juga hilang kewarasannya dari "kepala" juga. Kalau rumahtangga berantakan juga dari kepala rumahnya..Kalau negara berkecamuk sudah tentu berpunca dari kepala negara juga. Semuanya ini fakta sejarah kehidupan manusia.Jadi kalau mahu hidup dalam suasana yang damai dan sejahtera, pastikan "kepala" kita berfikiran waras...berfikiran jauh bukan sekadar untuk hidup diatas bumi ini...betul dalam tindakan dengan panduan kehidupan dari Yang Maha Penciptanya.Kalau ada "kepala" yang berfikiran tidak waras...songsang...penipu atau seumpamanya...perlulah dibuangkan atau diganti, macam kepala keretapi yang sudah lama...selalu rosak kalau nak repair pun jadi lebih mahal dari yg baru.
  Gunakan POWER didalam Kepala dan POWER didalam Hati untuk buang kepala yang gila POWER.

18 Januari, 2010

Dirgahayu Tuanku Sultan Kedah


    
  Sekilan rakyat Kedah Darul Aman merafak sembah menyucapkan tahniah dirgahayu diatas ulangtahun kelahiran ke 82 Tuanku Sultan Kedah semalam. Rakyat Kedah juga turut berdoa agar Tuanku Sultan diberi kesihatan yang baik untuk terus memayungi negeri yang tercinta ini.
Sempena dengan sambutan ulangtahun tersebut, Tuanku Sultan telah menyampaikan titah ucapan yang agak menarik untuk ditatapi oleh semua..

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6383081.aspALOR SETAR- Corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dipuji oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada titah ucapan baginda sempena menyambut Hari Keputeraan ke-82 di Istana Anak Bukit, semalam.

Baginda bertitah, corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendukung tinggi prinsip keadilan tanpa mengira kaum dan agama itu amatlah dipuji dan rakyat diingatkan agar terus memelihara suasana aman damai yang membolehkan taraf hidup rakyat ditingkatkan tanpa ada sebarang ancaman atau gangguan terhadap keselamatan.

Baginda bertitah, kemudahan asas seperti prasarana, kemudahan kesihatan dan pelajaran telah disediakan di semua kawasan penempatan yang utama dan golongan yang kurang bernasib baik turut diberikan bantuan kewangan bagi meringankan perbelanjaan sara hidup.

“Skim Kifalah yang dilancarkan yang pada tahun ini dengan memberi bantuan sejumlah RM500 kepada kepada keluarga termiskin yang meninggal dunia akan dapat membantu meringankan beban bagi membiayai kos pengurusan jenazah kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” titah baginda.

Baginda bertitah, pembinaan rumah kategori rumah mampu milik yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada semua pihak untuk memiliki rumah yang sempurna dan mengurangkan rakyat mendiami kawasan setinggan yang tidak mempunyai kemudahan asas.

Baginda bertitah, Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberi peruntukan dan melaksanakan Projek Tebatan Banjir yang mampu mengurangkan ancaman banjir dengan segera demi faedah dan kesejahteraan rakyat.

Di akhir titah ucapan, baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Pasukan Keselamatan yang berusaha gigih bagi memastikan keamanan negeri sentiasa terpelihara....

  Dirgahayu Tuanku...

Apa menarik sempena Ulangtahun kali ini ialah mengenai anugerah Pingat dan Bintang Kebesaran. Jelas jika diperhatikan penganugerahan tersebut tidak dimonopoli oleh pihak parti memerintah sebagaimana lazimnya berlaku. Jika dulu sudah tentulah mereka yang menerima anugerah yang membawa gelaran Dato' dan seumpamanya ramai yang terdiri dari kalangan pimpinan umno/ bn...Ketua Bahagian laa..Setiausaha Bahagian laa dan dari berbagai jawatan lagi dalam umno yang memperolehi anugerah tersebut...
Kali ni berbeza..tiada Yang Dipertua Kawasan/Setiausaha Kawasan ( Jawatan setaraf dlm Bahagian umno) yang mendapat anugerah seperti zaman umno dulu.Kalau nak kira dari sudut kelulusan apa kurangnya yang ada didalam PAS..apalagi jika nak dibandingkan dari sudut keperibadian,sudah tentu jauh lebih baik dari umno. Kalau nak kira dari sudut pengorbanan untuk negeri pasti yang dari umno lebih tertinggal..

Aku bukan nak bangkitkan tentang sapa dapat atau tak dapat, bagi orang PAS tak jadi masalah tentang Pingat atau Bintang..Allah Maha Mengetahui..penghargaan dari Allah yang terlebih tinggi...Aku cuma nak terangkan bahawa Pimpinan Kerajaan dibawah PR atau PAS ni tak mau masuk campur urusan tu. Para pegawai dan pihak berkenaan boleh buat kerja depa tanpa tekanan politik. Pandai-pandailah depa buat kerja ikut bidang tugas masing-masing. Kalau depa buat dengan adil maka bertambahlah pahala depa, bukan setakat pahala saja bertambah tapi akan tambah dihormati oleh manusia. Kalau depa tu tak berlaku adil akan mendapat penghinaan dari Allah dan juga manusia...ni janji Allah yang Maha POWER.

Yang jelas..MB Kedah tak mempengaruhi depa dalam pengagihan untuk hanya sebutir Pingat atau Bintang yang belum tentu menjaminkan tempat duduk didalam syurga..Ketelusan ini yang perlu dilihat oleh segenap lapisan masyarakat. Biarpun POWER ada ditangan tetapi bukan digunakan untuk perkara yang belum tentu boleh membahagiakan diri,masyarakat serta negeri samada didunia atau diakhirat. Syabas...dan Dirgahayu Tuanku.
Buat renungan

"Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani."
( Al-Anfaal ; 70)

"Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."

(Az-Zumar : 7)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...