WISH

WISH

25 Februari, 2010

Padan muka hangpa..

Hoii....syoknya ekonomi negara meningkat...4.5%. Heboh dicanangkan kpd kita tentang pencapaian ini.
Dah lama dah macam tu...naik...turun...naik..turun...biasa laa..Macam ayaq juga..ada pasang ada surut.Ekonomi naik keee...turun kee...rakyat dok gitu juga..Bila naik, projek pun bertambah dimerata tempat untuk rakyat kononnya....yang duit negara dok lesap pun makin naik juga...
Tapi semalam tv 3 suku tunjuk gambar rakyat tidor kat kaki lima kedai,stesyen bas dan bawah titi.
 Kalau kita tengok, bangunan dibangunkan diserata negeri terutama negeri yg be enddd perintah..wow hebatnya konon..pembangunan la katakan..

Aku bukan nak cakap bab bangunannnnn....lantak pi laa...bertambah bangunan dengan banyak kee...sikit kee...tapi kali ni nak cakap bab jadi PENGEMIS.
Malaysia ni jadi makin haru...rakyat makin bercelaru dek kerana pemimpin yg dok menipu...Rakyat didahulukan...tu kat PM la ni..tapi rakyat dok rasa lama dah tentang didahulukan ni...Rakyat didahulukan untuk bayar...

Kesian dan sedih bila ada berita yg keluar...ada rakyat minta sumbangan dalam negara sendiri untuk kos perubatan bagi penyakit kronik atau bagi perbelanjaan rawatan yang mencecah ribuan,puluhan atau ratusan ribu RM...
Apa ni...? jadi macam peminta sedekah pula...Hak dok minta bantuan untuk rawatan begitu bukan ada ribuan orang pun..macam mana kita nak kata ? Tinggal dalam negara sendiri tapi tak dapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik pun...kena bayar dulu....baru boleh dapat rawatan...


Kalau rakyat tu tak dak jawatan apa..kerja buruh atau pangkat rendah...jangan harap nak dapat keutamaan..Ingat kami ni PATI ke..Buruh pun bagi sumbangan untuk negara..penoreh pun bagi sumbangan untuk negara, pegawai kerajaan pun bagi sumbangan untuk negara...tak kira le sapa dia tu..Semua rakyat negara ini memberi sumbangan untuk negara melalui kerja yang dibuatnya atau melalui barangan yang dibeli....cukai hangpa sebat juga kat buruh ni....tapi perkhidmatan hangpa abaikan...KESIAN LEE....Jangan jadi macam dobok...bila ada kaumnya sendiri yang cedera sakit nak mampuih dipelahapnya terus....jadi habuan yang sihat dan kuat....
Rakyat yang tak tau pikiaq dok sokong berbaris-barisan gitu juge...alahai negaraku..Bila la nak dapat rawatan kesihat free ni...Kerja kena buat dari muda sampai ke tua....bayar untuk negara dari dalam perut sampai masuk lubang kubur..Kalau pemimpin nak masuk lubang kubur semua freeeeeeeee...makam pahlawan konon..Taik minyak hangpa..

13 Februari, 2010

Gong Xi Fat Chai..pada kaum Tionghua

  
Selamat Menyambut Tahun Baru...kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Tionghua.
Semoga kehidupan kita semua penuh dengan kedamaian,keharmonian dan kesejahteraan.
Jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh sentimen politik yang sempit.

10 Februari, 2010

Baru dan lama...


http://4.bp.blogspot.com/_KIYwzmiqaao/Sj-w55HTLSI/AAAAAAAAAL0/mCNoxlLqFNo/s400/Gambar+Lama+rumah+2.jpg

         
Pesrsoalan untuk dijawab..
Silalah beri jawapan apakah perbezaan antara Pokok getah yang berumur 2 tahun dengan yang berumur 50 tahun ?
         Tentu banyak perbezaan...macam juga pokok padi berumur 2 minggu dengan yang berumur 2 bulan.
Bercerai dengan umno dan kemudian rujuk semula pun berbeza juga keadaannya. Umno baru dengan umno lama pun berbeza juga pendekatannya. Perdana Menteri dengan bekas Perdana Menteri pun berbeza juga cara hidup dan cara cakapnya.                           
Begitulah kehidupan..La ni umnooo dan Bee ENDDDD pun berbeza juga...bila kalah banyak semasa PRU 12 dulu. Begitu juga PAS,PKR dan DAP bila dah menang lebih banyak dari dulu.

http://1.bp.blogspot.com/_rbqlI_m1Ahg/SM6qSizWW4I/AAAAAAAAAwM/e2yhxIF5z8g/s400/Rumah+Ketua+Pemuda+UMNO+Sabah,+Japlin.jpg

                                  Rumah zaman la ni.

Tertarik aku dengan apa yang mantap PM TD katakan tentang PAS dan PR dalam majlis umnooooo di Kulim yang diadakan disebuah sekolah baru-baru ni...seperti dibawah.

Kerajaan PR tidak cekap: Mahathir

KULIM - Bagi terus memperkasakan bangsa Melayu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang dan menjayakan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim (PBSK).

Program yang dihadiri lebih 500 orang ini dianjurkan UMNO Bahagian Padang Serai dengan jayanya.

Dalam ucapannya, beliau berkata, sepanjang 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Kerajaan Pusat, keadaan ekonomi negara dilaporkan stabil yang mana semua rakyat berbilang bangsa dapat hidup dalam keadaan sempurna selain menikmati pembangunan pesat.

Beliau tidak menafikan berlaku sedikit perselisihan faham antara parti komponen namun semua ini dapat diatasi dengan baik melalui perbincangan.

“Masalah dalaman antara parti merupakan satu perkara biasa tetapi sejak Parti Perikatan ditubuhkan, kita mampu memerintah dengan baik dan kemakmuran dapat dikecapi semua.

“BN tetap mentadbir dengan baik. Tetapi setelah BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2008, kerajaan masih dapat ditubuhkan tetapi ia merupakan sebuah kerajaan yang lemah. Ini berlaku kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti dan pengundi mengakibatkan mereka memberi sokongan mereka kepada calon parti lawan,” katanya.

Menurut beliau, punca utama mengapa lima negeri jatuh ke tangan pembangkang adalah kerana sikap penyokong parti yang tidak keluar mengundi.

Beliau mendakwa parti pembangkang tidak mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Katanya, sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) meminta rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah dan kini ternyata PR tidak mampu menerajui kerajaan dengan baik selain tidak cekap dalam menguruskan hal ehwal Kerajaan Negeri yang diperintah mereka.

“Parti pembangkang tidak bertindak cekap dan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. PR tidak berupaya memerintah dengan baik khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Kedah.

“Mereka tidak mampu melaksanakan pembangunan terhadap negeri yang mereka terajui.
Rakyat memberikan kuasa kepada PR untuk membuat pembangunan tetapi sehingga hari ini mereka masih gagal,” katanya.

              Kalau kita bandingkan antara yang berumur 2 tahun dengan 50 tahun tu, tentu banyak perbezaannya. Tapi kalau kita amati kenyataan pemimpin umnoooo dan TD sendiri dari dulu hingga kini tak berubah-rubah..asyik dok kata PAS dan parti lain yang bersekongkol dengan bee endddd tak pandai memerintah dan seumpamanya yang teruk. Tentang umnooooooo bee enddd ok saja dulu,kini hingga selama-lamanya biarpun berbillion RM lenyap dan berbagai penyalahgunaankuasa dan penyelewengan dilakukan. Contoh...ucapan pemimpin umnooo bee endd lepas kes Perak semalam..."Masa untuk bersatu,bekerja untuk untuk rakyat Perak tanpa mengutamakan fahaman politik." Tang depa macam tu depa kata..tang PAS dan PR macam lain depa kata...cuba la kata " Kita kena terima hakikat keputusan yang telah diberi oleh rakyat masa PRU..dan kita mesti bekerja untuk rakyat " macam Menteri Besar Kedah berkata semasa sidang Dewan Negeri Kedah akhir tahun 2008 dulu. Tapi nak heran apa pula dengan kenyataan begitu..inilah politik..rakyat yang nak pangkah undi mana-mana parti kena la pandai-pandai tengok la ni...jangan pandai dengar cakap pemimpin saja tanpa pandai mempertimbangkan dari sudut pelaksanaan sesuatu dasar didalam sesebuah negeri.

http://4.bp.blogspot.com/_XFNoCcMKdR8/SPlPTIRIXpI/AAAAAAAAA7k/4ez67Km86gY/s400/Copy+of+100_1891.JPG
        Kalau kita lihat pada kenyataan TD diatas pun dah boleh buat penilaiaan...(bagi yang mau pikiaq lebih jauh)....nak ukur perbezaan yang berumur 2 tahun dengan 53 tahun...lawak...lawak..

http://2.bp.blogspot.com/_egSsniDE23I/SfUYlIS6fFI/AAAAAAAABNo/kNcf1gQtcQ0/s400/Kongres+pertama+UMNO.jpg
       Dulu, masa kita baru merdeka...macamana ?...Lepas 2 tahun merdeka macamana ?..Laa lepas 53 tahun..tentu la banyak perbezaan sesuai dengan usia tu.

http://4.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/RzsqkUJNDnI/AAAAAAAAA58/IcQxiV1eIlQ/s400/demonstrasi.jpg
                                                     Gambar sebelum merdeka
http://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Sn7MqR3ncZI/AAAAAAAAIMk/D2tJwrQTgnI/s1600/gambar+penyokong+anti-ISA+1.jpg
                               






 Gambar dekad ini.



Yang tak banyak beza..tentang umnooooooooo jeee....salahguna hak awam atau kerajaan untuk kepentingannya saja.

Hangpa kena pandai guna POWER mata untuk melihat, POWER telinga untuk mendengar dan POWER minda untuk berfikir sebelum guna POWER tangan untuk memangkah.
http://3.bp.blogspot.com/_em06duMwY8Y/SlhYWB0UF-I/AAAAAAAAAUc/M3Y2BwkjjgI/s400/IMG_0105.JPG    http://i349.photobucket.com/albums/q400/alphastable2/mahathir-2-1.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...