WISH

WISH

13 Mac, 2010

ASK...Aku sudah Kena.

                  Hari ni orang dok sibuk bab ekonomi yang semakin tak menentu..Pm kata ada peningkatan kpd ekonomi negara tahun ni..Harga minyak mentah juga tak menentu...naik..turun...naik..turun..sampai la harga satu tong berada diparas 80 USD..Rasa-rasanya harga minyak dalam negara akan turut mengalami perubahan juga.
                 Dalam dok sibuk dengan rakyat didahulukan...bermacam-macam kisah pilu telah berlaku dalam negara. Dari kes pembunuhan..kemalangan ngeri..cerai berai rumah tangga dan berbagai lagi. Dalam banyak-banyak kisah sedih tu, ada satu hal yang aku tertarik...bila tok menteri dalam negeri rasa hairan tentang betapa ramainya pendatang asing yang berada didalam negara tercinta ini. Berbagai komen dan cadangan yg didengar untuk kawal atau mengawasi Pendatang ni..tapi semuanya jadi macam cerita lawak...alahai tok menteri..hang jadi pak lawak rupanya...

Ni bab di Kedah pula..bab Saham Amanah Kedah (ASK)..nasib saham amanah ni jadi sama juga macam dinegeri lain...dok terkemut-kemut nak naik..masa mula buka dulu..alahai terbeliak biji mata depa tengok..wow..beli satu unit dgn harga RM 1.00..dapat untung beberapa puluh sen...la ni lepas 15 tahun...alahai...boleh kata AKU SUDAH KENA...harga yang seringgit dulu dah tinggai berapa kupang jeee...
Hoiii...bila mau naik..dah tunggu sampai satu dekad lebih ni....tak nampak perubahan baik langsung.Nasib la org Kedah...nasib laa rakyat Malaysia dlm hal ni.Nak jual balik pun tak laku..dah la tu...jadi rugi pula... Alahai pegawai -pegawai kat ASK..hangpa dok buat apa ?..Tak dak usaha ke nak pulihkan harga tu..ataupun lantak pi laa...peduli apa..bukan duit aku kot nooo...Janji aku terima gaji tiap-tiap bulan.Jenoh le kerajaan Kedah dok bayaq gaji kat depa berpuluh ribu sebulan....melenggak lah hangpa..duit makcik pakcik yg dok terperap dlm ASK tu makin susut lee...Lebih baik hangpa pi kerja lain laa...tak payah dok kat ASK tu..duit kerajan yg berpuluh ribu tu dilaburkan ketempat lain lagi baguih...labur bela ikan keli kee...labur untuk tanam nenas ke..buat jeti baru kat nelayan kat kola-kola sungai lagi baguih..
          Kalau dok macam ni...nanti hangpa akan kata balik kat kerajaan Kedah laa...tak dak inisiatif nak cari duit atau nak naikkan semula harga saham tu...sedangkan hangpa yang bertanggungjawab langsung dalam hal ni...apa nak heran kan...saham amanah dinegeri lain pun macam tu juga...alahai...nasib rakyat didahulukan...saham juta-juta hak depa...saham kupang-kupang hak rakyat...arasanya..ni lee..hasil dari pencapaian diutamakan....

25 Februari, 2010

Padan muka hangpa..

Hoii....syoknya ekonomi negara meningkat...4.5%. Heboh dicanangkan kpd kita tentang pencapaian ini.
Dah lama dah macam tu...naik...turun...naik..turun...biasa laa..Macam ayaq juga..ada pasang ada surut.Ekonomi naik keee...turun kee...rakyat dok gitu juga..Bila naik, projek pun bertambah dimerata tempat untuk rakyat kononnya....yang duit negara dok lesap pun makin naik juga...
Tapi semalam tv 3 suku tunjuk gambar rakyat tidor kat kaki lima kedai,stesyen bas dan bawah titi.
 Kalau kita tengok, bangunan dibangunkan diserata negeri terutama negeri yg be enddd perintah..wow hebatnya konon..pembangunan la katakan..

Aku bukan nak cakap bab bangunannnnn....lantak pi laa...bertambah bangunan dengan banyak kee...sikit kee...tapi kali ni nak cakap bab jadi PENGEMIS.
Malaysia ni jadi makin haru...rakyat makin bercelaru dek kerana pemimpin yg dok menipu...Rakyat didahulukan...tu kat PM la ni..tapi rakyat dok rasa lama dah tentang didahulukan ni...Rakyat didahulukan untuk bayar...

Kesian dan sedih bila ada berita yg keluar...ada rakyat minta sumbangan dalam negara sendiri untuk kos perubatan bagi penyakit kronik atau bagi perbelanjaan rawatan yang mencecah ribuan,puluhan atau ratusan ribu RM...
Apa ni...? jadi macam peminta sedekah pula...Hak dok minta bantuan untuk rawatan begitu bukan ada ribuan orang pun..macam mana kita nak kata ? Tinggal dalam negara sendiri tapi tak dapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik pun...kena bayar dulu....baru boleh dapat rawatan...


Kalau rakyat tu tak dak jawatan apa..kerja buruh atau pangkat rendah...jangan harap nak dapat keutamaan..Ingat kami ni PATI ke..Buruh pun bagi sumbangan untuk negara..penoreh pun bagi sumbangan untuk negara, pegawai kerajaan pun bagi sumbangan untuk negara...tak kira le sapa dia tu..Semua rakyat negara ini memberi sumbangan untuk negara melalui kerja yang dibuatnya atau melalui barangan yang dibeli....cukai hangpa sebat juga kat buruh ni....tapi perkhidmatan hangpa abaikan...KESIAN LEE....Jangan jadi macam dobok...bila ada kaumnya sendiri yang cedera sakit nak mampuih dipelahapnya terus....jadi habuan yang sihat dan kuat....
Rakyat yang tak tau pikiaq dok sokong berbaris-barisan gitu juge...alahai negaraku..Bila la nak dapat rawatan kesihat free ni...Kerja kena buat dari muda sampai ke tua....bayar untuk negara dari dalam perut sampai masuk lubang kubur..Kalau pemimpin nak masuk lubang kubur semua freeeeeeeee...makam pahlawan konon..Taik minyak hangpa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...