WISH

WISH

30 Mac, 2010

looooo...tak habeh lagi bab ayaq niii...

Hai...al-kisah ayaq di Kedah ni tak habeh-habeh lagi.ADUN dari Langkawi tu minta kerajaan Kedah supaya jangan dok tuding jari kat umno dan bee endd atas masalah yg sedang berlaku..Dia kata ini berpunca dari kegagalan kerajaan la ni menguruskan dengan baik...sedangkan zaman bee end umnooooo dulu tak berlaku pun masalah ni katanya.
Alahai YB..awat la hang bercakap macam tu.Jangan la bercakap macam oghang tak dak ilmu pengetahuan..Hang tu Ir beb..buat apa la hang jatuhkan air muka sendiri dengan hujjah kuno ni. Kalau hang tak tau..kami nak habaq bagi hang tau..

1.  Prasarana berkaitan air disediakan sejak zaman bee enddd daaa...dek perancangan zaman tuu...mungkin hangpa buta tak nampak peningkatan jumlah rakyat yg semakin meningkat...pasang pai air besaq batang betis jaa....nak supply masa tu untuk beribu orang jee...laa ni dah meninggkat untuk berpuluh ribu...boleh kembang kee paip tuu..

2.  hang kata zaman bee endd tak dak masalah....mungkin dirumah hang saja atau dirumah besaq-besaq yang ada tangki air melebihi 250 gls..rumah oghang kampung mana ada tangki daaaaaa...bila kemarau hang pun tau laa nasib depa..bukan boleh selesai dlm sehari dua bab prasarana tu.

3. Kata tak dak masalah...kalau ada diatasi segera..betoi kaaa....aku pun heran juga kat hang ni YB dan pemimpin umnooooooo...bab tangki air yang besaq-besaq disetiap taman perumahan hang tak nampak kaa...tangki yang tak berfungsi sejak tujuh tahun lalu pun berlambak juga..Tangki besi yang boleh digunakan lagi diganti dengan stainless steel pun ada...tapi lepas ditukar tak berfungsi juga...tu sejak zaman hangpa perintah lagi...hak ni nak kata apa pulak..

Alahai...la ni hujan sudah mula turun mencurah-curah...lepas ni banjir akan melanda dibeberapa kawasan yang memang sejak dulu berlaku...nak kata apa pulak lepas ni...sebab tak pandai urus air hujan pula kot...supaya turun kat tasek atau sungai jeee.. atau kat hutan.. Sungai tu tak diperlebar atau diperdalamkan...dibawah tanggungjawab JPS dan MADA..Ni agensi bawah sapa nii...Hai serba tak kena....akhirnya rakyat juga yang didahulukan jadi mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...