WISH

WISH

26 Mei, 2010

MB Kedah - Isu Bubar DUN..Awat BN nie gagal matematik kaa..




Bab ni mungkin orang kata hujjah lawak..tetapi inilah realiti yang sedang berterusan dilakukan oleh pemimpin umnooooo sejak dulu. Pemimpin umnooo sering bercakap tentang sesuatu fakta yang kerap kali bercanggah dari apa yang dilaporkan oleh pihak agensi kerajaan melalui penyata atau laporan penggal/tahunan.

Umum melihat ia hanyalah mainan politik,tetapi pada hakikatnya ia memperlihatkan kebodohan diri dan cara bawa pemimpin untuk memimpin masyarakat atau rakyat. Andainya mereka yang mampu berfikir secara kritis,pastilah mereka dapat melihat halatuju yang akan dibawa oleh gulungan pemimpin yang menganggap rakyat seolah-olah orang bodoh.

Kata YB Senator Shahrizat Jalil; ".....negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang...." Apakah dalam sistem demokrasi kita ini ada parti yang mendapat undi majoriti dan boleh membentuk barisan exconya tidak dapat memerintah dan kuasa pemerintahan itu diberi kepada parti yang kalah atau dipanggil parti pembangkang ?

Fikir-fikirkan...gunakan Power minda yang ada..Jangan kita turut menjadi gila Power juga kerana kita ada "The most Powerfull" yang telah menentukan takdir kita.

18 Mei, 2010

Sibu ooo Sibu...

PRK P212 Sibu telah berlalu..
Keputusannya DAP menang dengan majoriti 398 undi..Tahniah kepada DAP dan semua petugas PR serta kepada para pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab mereka.Aku pun turut kesana bersama-sama tiga orang rakan menjalankan tanggungjawab kami.
Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tempoh menjalankan tugas di Sibu..Berbagai isu dan pendekatan digunakan oleh parti yang bertanding.Macam biasa Be ends dgn hal wangnya dan keegoannya.Pembangunan dimana-mana pun depa kata hasil dari be end...Malas nak tulis banyak. Pakat tengok gambar-gambar ni dah kot..






Ni depan pusat pembuangan undi Kg Bawang Assan...air pasang..bukan banjir.


 
Ni jambatan kat perkampungan Rumah Panjang Bawang Assan..lebih 50 tahun usianya..

Ni bahan kempen be end...kalau kat Semenanjung jangan harap boleh dok terpasang disitu.


Apa pun aku respect juga kat orang Sibu...bandarnya bersih...pasarnya juga bersih...Sungainya...hehehe...macam pemimpin ameno kata dulu kat Kelantan laa...air sungai macam air teh susu...

05 Mei, 2010

Umno...Otak bersimpoi..kata berbelit..

Hai lama juga dok menyepikan diri aku ni..sampai ada kawan-kawan yg dok kejan suruh tulis masuk blog aku ni.Aku kata tak dan..sibuk...sampai tak tau nak tulis apa..tapi hari ni aku tulis juga laa...sebab tertarik dengan gelagat umno be end.

La ni di Kedah depa dok sibuk dengan soalan YB Nasir Mustaffa dlm sidang DUN Kedah baru-baru ni yang berkaitan dgn kuasa sultan dan had kuasa kerajaan pusat dlm hal agama...itu jee..soalan yg ringkas dan padat..budak sekolah pun boleh faham..tapi umno dok kira kata itu mempertaikan kuasa Sultan pula...apa la punya otak macam ni..bersimpoi-simpoi keee...patut pun orang melayu umno masih berfikiran ditakok lama.

Persoalannya disini, aku nak tanya juga...salahkan seorang rakyat atau bukan rakyat Kedah atau Malaysia bertanya untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan kuasa seseorang Sultan atau Menteri ? Derhakakah seorang anak jika bertanya kpd bapa atau ibunya tentang apa yg dibuat oleh mereka dlm mengurusi rumah tangga dan keluarga mereka ?

Apa yang aku nampak..otak umno ni dok gitu jee dari dulu hingga kini...tak berubah jadi lebih baik pun..makin teruk ada laa...boleh ambil contoh mudah jee...yg kata otak dan tindakan org umno ni tak berubah...dulu masa menuntut kemerdekaan org Melayu guna masjid dan surau untuk bercakap tentang perjuangan ini selain dari hal agama. Kemudian selepas merdeka org melayu masih menggunakan dewan orangramai, masjid dan surau untuk bercakap tentang mengisi kemerdekaan...kemudian apabila zaman sudah berubah, org melayu mula bercakap tentang berbagai aspek diberbagai tempat...parti-parti politik pula menggunakan berbagai pendekatan untuk menarik sokongan rakyat..Dalam mencari sokongan ni..umno terus guna dewan orangramai,siaran radio dan tv hak milik kerajaan (bukan milik parti) dari dulu sampai sekarang. Ada dewan orangramai diatas tanah kerajaan dan dibina dari duit kerajaan digunakan sampai sekarang sebagai pejabat umno atau pejabat pemimpin umno atau kegiatan umno. Pihak parti lain khususnya yg dipanggil pembangkang tak boleh guna. Ohhh malas dah nak bercakap bab zaman ni..

Lebih baik kita bercakap macam mana nak ajak anggota masyarakat supaya mempunyai minda yang berfikiran jauh..menggunakan minda dan perasaan yg ada untuk menilai sesuatu perkara dengan rasional atau hujjah atau fakta yang jelas dan bernas dan bukan mengajak mereka untuk terus berada dalam zaman sebelum ini. Dizaman dulu para pemimpin melayu sering berkata " Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"...jadi dimana pula kata-kata ini hendak diletakkan sekarang ? Kerana sekarang Raja atau Sultan bukan lagi pemerintah mutlak kepada negara atau negeri. Semua dasar negara atau negeri ditentukan oleh Perdana Menteri dan anggota kabinetnya atau Menteri Besar/Ketua Menteri dan anggota Exconya. Sedangkan kuasa para Sultan atau Raja telah dihadkan sejak zaman penjajahan British yang kemudiannya diteruskan hingga kesaat ini dengan berbagai pindaan. Siapakah yang bertanggungjawab meminda dan meluluskan perkara yang berkaitan bidang kuasa ini ? Sudah tentu pemimpin umno dan  bn yang menggunakan kata "MANDAT RAKYAT" yang diperolehi melalui pilihan raya.

Tindakan umno sekarang seolah-olah mengajak rakyat untuk kembali kebelakang yang sudah rosak angkara mereka sendiri.Bagi aku pemimpin umno ini adalah gulungan yang "hipokrat" tidak berpendirian dan tidak berprinsip.

Mai kita tengok perihal hidup sang haiwan..singa,harimau atau sebagainya..kalau berebut nak jadi ketua kumpulan...siketua yang sediada atau pencabarnya akan berlawan sesama depa saja tanpa mengajak pengikut depa dalam kumpulan tu untuk mempertahan atau merampas kedudukan Ketua.Mana yang kalah akan membawa diri mencari koloni lain untuk dikuasai atau kalau yang tua membawa diri dan mati keseorangan. Itulah hakikatnya kehidupan yang perlu direnungi dan diambil iktibar dari setiap yang dijadikan oleh Allah yang Maha Pencipta dan The Most Powerfull.

Aku nak pinjam kata-kata dalam iklan di tv.." Dunia sudah maju zaman sudah berubah"...Pakat-pakat pikiaq laaa....PAS pun bukan macam dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...