RM18m for 3 former leaders’ memorials
Hai begini patut pun negara akan bankrap...untuk tugu peringatan 3 org ni pun sampai berbelas juta RM...tak kesian ke kat rakyat marhaen terutama yg sakit kronik dan perlu rawatan atau yg tiada rumah..hai rakyat didahulukan lagiii..
Tebas jangan tak tebas...ni bukan kerja yang senang ooo..ada orang tebas lalang,tebas rumput..ada yang tebas semak..kerja tebas ni nak bagi elok..tapi silap-silap tebas kena betis sendiri...naya
16 Disember, 2010
14 Disember, 2010
Tak mustahil..
PAS ramal BN adakan rampasan kuasa jika tewas PRU13
Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.
“Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan dating?” katanya lagi.
“Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang,” kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Mahfuz merujuk kepada laporan Sabtu lalu memetik Najib berkata, pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.
Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.
“Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan.
“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.
“Ini menunjukkan bahawa perdana menteri tidak percaya pada konsep pilihan raya. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan orang lain menang jika BN kalah. Ini satu tamparan kepada pengundi,” kata Ahli Parlimen PAS dari Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendesak Najib agar menjelaskan maksud kenyataan beliau, yang menurutnya sebenarnya ia satu bentuk ugutan.
“Najib perlu memberi penerangan yang jelas, jadi kita semua boleh faham. Kami mahukan satu respons terus.
“Jika beliau tidak memberikan respons, ia menunjukkan bahawa beliau tidak sedia untuk melepaskan kuasa (jika kalah),” kata Khalid.
Kini BN memiliki 138 kerusi Parlimen yang memperuntukkan 222 kerusi manakala PR pula 76 manakala enam adalah anggota Bebas dan dua lagi dimiliki Parti Progresif Sabah. TMI
13 Disember, 2010
28 November, 2010
Sempadan Pilihan Raya..ikut otak atau peraturan..
Persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilakukan sebagaimana yg diperuntukan melalui perlembagaan. Dalam jawapannya didalam sidang Parlimen, Perdana Menteri telah menjelaskan seperti berikut;
Berkaitan dengan sempadan kawasan pilihan raya dan jumlah pengundi bagi negeri Kedah semasa PRU 12 yg lalu samada selari dgn peraturan yg digunapakai.
Andaikata jumlah pemilih dan keluasan yg perlu diambilkira, maka perlulah dibuat persempadanan yang sesuai, kerana ia akan memberi kesan kepada seseorang wakil rakyat dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk didalam kawasan masing-masing.
Setiap rakyat mahukan keadilan didalam hal ini tanpa mengutamakan kepentingan politik parti yang memerintah. Ikutlah peraturan yg ada dan jangan diikut kemahuan pemimpin yang gila POWER sahaja....kerana rakyat juga mempunyai POWER.
Beliau berkata kriteria kawasan pilihan raya bagi sesebuah Parlimen di bandar ialah mempunyai pemilih berjumlah 60,000 orang ke atas, berkeluasan di antara lapan dan 49 kilometer (km) persegi manakala jumlah pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bandar ialah 25,000 orang ke atas.
Bagi kategori separuh bandar pula, beliau berkata ia perlu mempunyai keluasan di antara 50 dan 250km persegi dengan jumlah pemilih bagi kawasan Parlimen berjumlah 30,000 hingga 59,000 orang manakala jumlah pemilih DUN ditetapkan di antara 15,000 dan 24,000 orang.Rakyat sudah semakin cerdik dalam menilai sesuatu perkara. Malangnya masih terdapat pegawai kerajaan yg diamanahkan bagi menjalankan tugas-tugas tertentu seolah-olah menjadi petugas bagi parti. Lantas banyak perkara yang perlu dilaksanakan utk kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan adil telah menjadi tempang.
Menurutnya, bagi kategori luar bandar dan pedalaman pula, ia terletak dalam kawasan kurang daripada 250km persegi dengan jumlah pengundi Parlimen di bawah 30,000 orang manakala jumlah pemilih DUN kategori itu berjumlah di bawah 15,000 orang. - Bernama
Berkaitan dengan sempadan kawasan pilihan raya dan jumlah pengundi bagi negeri Kedah semasa PRU 12 yg lalu samada selari dgn peraturan yg digunapakai.
KEDUDUKAN PEMILIH NEGERI KEDAH PRU 12
| Bil | DUN/Parlimen | JP |
| 1 | N 01 AYER HANGAT | 16.072 |
| 2 | N 02 KUAH | 13.495 |
| | P 004 LANGKAWI | 29.597 |
| 3 | N 03 KOTA SIPUTEH | 19.771 |
| 4 | N 04 AYER HITAM | 25.742 |
| | P 005 JERLUN | 45.056 |
| 5 | N 05 BUKIT KAYU HITAM | 24.992 |
| 6 | N 06 JITRA | 28.331 |
| | P 006 KUBANG PASU | 53.323 |
| 7 | N 07 KUALA NERANG | 18.037 |
| 8 | N 08 PEDU | 17.366 |
| | P 007 PADANG TERAP | 35.403 |
| 9 | N 09 BUKIT LADA | 23.365 |
| 10 | N 10 BUKIT PINANG | 24.202 |
| 11 | N 11 DERGA | 22.064 |
| | P 008 POKOK SENA | 69.631 |
| 12 | N 12 BAKAR BATA | 22.695 |
| 13 | N 13 KOTA DARULAMAN | 15.087 |
| 14 | N 14 ALOR MENGKUDU | 21.175 |
| | P 009 ALOR SETAR | 58.957 |
| 15 | N 15 ANAK BUKIT | 26.213 |
| 16 | N 16 KUBANG ROTAN | 28.817 |
| 17 | N 17 PENGKALAN KUNDOR | 28.102 |
| | P 010 KUALA KEDAH | 83.142 |
| 18 | N 18 TOKAI | 31.117 |
| 19 | N 19 SG.TIANG | 30.229 |
| | P 011 PENDANG | 61.346 |
| 20 | N 20 SUNGAI LIMAU | 25.189 |
| 21 | N 21 GUAR CHEMPEDAK | 18.211 |
| 22 | N 22 GURUN | 22.339 |
| | P 012 JERAI | 65.739 |
| 23 | N 23 BELANTEK | 19.016 |
| 24 | N 24 JENERI | 21.323 |
| | P 013 SIK | 40.339 |
| 25 | N 25 BUKIT SELAMBAU | 34.977 |
| 26 | N 26 TANJONG DAWAI | 29.466 |
| | P 014 MERBOK | 64.443 |
| 27 | N 27 PANTAI MERDEKA | 27.784 |
| 28 | N 28 BAKAR ARANG | 27.574 |
| 29 | N 29 SIDAM | 20.926 |
| | P 015 SUNGAI PETANI | 76.284 |
| 30 | N 30 BAYU | 29.197 |
| 31 | N 31 KUPANG | 25.726 |
| 32 | N 32 KUALA KETIL | 23.861 |
| | P 016 BALING | 78.784 |
| 33 | N 33 MERBAU PULAS | 26.832 |
| 34 | N 34 LUNAS | 32.386 |
| | P 017 PADANG SERAI | 59.216 |
| 35 | N 35 KULIM | 28.598 |
| 36 | N 36 BANDAR BHARU | 23.397 |
| | P 018KULIM/BANDAR BHARU | 51.995 |
Andaikata jumlah pemilih dan keluasan yg perlu diambilkira, maka perlulah dibuat persempadanan yang sesuai, kerana ia akan memberi kesan kepada seseorang wakil rakyat dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk didalam kawasan masing-masing.
Setiap rakyat mahukan keadilan didalam hal ini tanpa mengutamakan kepentingan politik parti yang memerintah. Ikutlah peraturan yg ada dan jangan diikut kemahuan pemimpin yang gila POWER sahaja....kerana rakyat juga mempunyai POWER.
Langgan:
Catatan (Atom)