WISH

WISH

28 April, 2011

Rangkaian Temberang Melayu

Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah
M Faqih   
KUALA KRAI, 28 April: Mungkin ramai terpengaruh dengan laporan media yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah yang diteroka penduduk di Kampung Jeram Panjang, Mukim Manjor. Lebih-lebih lagi apabila dipaparkan visual lelaki dan perempuan tua menangis seperti disiarkan RTM melalui slot berita perdana, baru-baru ini.
Tahukah anda, tidak pernah berlaku sebarang rampasan tanah seperti didakwa media massa, sebaliknya penduduk terbabit didakwa menceroboh hutan simpan kekal (HSK).
Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, penduduk yang menceroboh HSK tersebut telah diberi beberapa kali peringatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, namun mereka tidak mengendahkan.
Katanya, HSK di mana-mana negeri sekali pun tidak boleh diceroboh kerana ia merupakan zon penampang.
“Jabatan Perhutanan Negeri sejak dari awal lagi melarang penduduk meroboh kawasan tersebut. Renjer Hutan sudah beberapa kali memberi amaran dan menghalang mereka namun tidak diendahkan.
”Sebaliknya seramai 18 penduduk berdegil dan menanam pokok getah di kawasan HSK di Mukim Manjor,” katanya di sini.
Menurutnya juga Jabatan Perhutanan melaksanakan program penanaman getah jenis klon di kawasan tersebut bagi tujuan melestari alam sekitar termasuk di kawasan yang diceroboh penduduk.
Kata beliau syarikat yang mendapat tender menanam getah jenis klon di kawasan tersebut telah menandakan kawasan yang akan dilaksanakan program berkenaan.
“Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk, Jabatan Perhutanan telah memanggil kesemua 18 orang yang menceroboh kawasan HSK terbabit.
“Perjumpaan itu diadakan awal tahun ini bertempat di Taman Tengku Anis, Cabang Tiga Sungai Syam yang mana saya juga hadir. Selain itu anggota polis dari Balai Polis Laloh, Renjer di Manek Urai dan Jabatan Perhutanan Negeri.
“Pada perjumpaan tersebut syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakan program menanam getah klon bersetuju membayar pampasan kepada penduduk mengikut batang getah yang ditanam.
“Penduduk yang hadir bersetuju dan telah menerima bayaran mengikut bilangan pokok getah yang ditanam. Namun hari ini mengapa pula media cuba membohongi perkara sebenar yang berlaku,” ujarnya.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan penduduk yang mengusahakan kebun getah dan dusun buah-buahan di Kampung Jeram Panjang mendakwa tanah diteroka sejak 40 tahun lalu dirampas kerajaan negeri.
Dilaporkan 30 penduduk berdepan dengan kerugian apabila pokok getah yang mereka tanam akan ditebang bila-bila masa sahaja bagi membolehkan pembangunan Ladang Rakyat dijalankan.
Oleh itu Arifabillah bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas media yang menyembunyikan fakta sebenar sehingga memperlihatkan kerajaan negeri merampas tanah rakyat.
“Saya sungguh kecewa dengan laporan akhbar dan televisyen yang menyembunyikan cerita sebenar. Ini bukan pertama kali berlaku.
“Isu ini sengaja diputar belit oleh pihak ketiga yang mengharap mendapat imbalan politik secara tidak bermaruah,” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, pihaknya tidak pernah melaksanakan projek perladangan di kawasan berkenaan.
Katanya, apa yang disiarkan media adalah tidak benar sama sekali dan perkara itu disahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri.

BILA LA OGHANG MELAYUMNOO NAK CERDIK KALAU MEDIA UTAMA NEGARA MACAM NII....PUAK-PUAK MEDIA NI PUN..PATUT LA OGHANG PANGGIL DEPA PENCACAI..

27 April, 2011

Makin lama makin menjadi ?

Pilihan raya umum negeri Sarawak telah berlalu..Suka duka politik terus berlaku.Ada yang menang ada yang kalah..Pemimpin Bn kata depa menang..rakyat masih menyukai Bn untuk memerintah bumi kenyalang itu..PR pula menambahkan kerusi...pemimpin PR kata..rakyat semakin menolak be end..Taib Mahmud masih menjadi KM, semakin bertambah tempohnya..menjadi lebih lama dari TDM menjadi PM..lebih lama dari tempoh Mubarak di negara Mesir...mau cipta rekod lah gayanya di Malaysia ini...makin tua makin menjadi kata setengah orang..


Apapun dari keputusan PRU Negeri ini menunjukkan perubahan sedang berlaku..perubahan  minda rakyat..walau disogok dengan berbagai umpan..dan diasak dari berbagai media..
.terutama melalui 
 RAKYAT SEMAKIN CERDIK..
Kawasan bandar telah memperlihatkan kematangan minda rakyat...hasil dari maklumat yg diperolehi dari masa kesemasa dan hasil dari pemerhatian mereka terhadap tindakan dan perlaksanaan dasar yang dibuat oleh pihak pemerintah..
Bagi penduduk di kawasan luar bandar, masih lagi asyik dengan lagu lama mereka..majoriti dikalangan penduduk luar bandar terutama di kawasan pendalaman masih dibelenggu dengan pemikiran lama...MENOLAK BE END bererti menentang Kerajaan...inilah juga yang menjadi senjata ugutan jentera  be end dengan dibantu oleh sebilangan  kakitangan kerajaan yang berfikiran kuno..





 Orang Iban kata...SAPU MALAYSIA...betul kot..



Jadilah resmi padi..semakin tunduk semakin berisi..
Apa pun keputusan yang telah berlaku merupakan pilihan jua bagi sesetengah rakyat yang tidak mau mengubah nasib mereka...tetapi ANAK MUDA semakin berubah angin...harap-harap perubahan ini semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia agar PR menjadi pilihan mereka semasa PRU 13 nanti...
BELUM CUBA BELUM TAU..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...