WISH

WISH

20 Januari, 2012

kes tebas keliling..


 Kes yg berlarutan selama 2 tahun..
9 Jan 2012 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan DSAI dari tuduhan meliwat tu..Kes gini pun sampai 2 tahun baru boleh bagi keputusan ?..tu pun belum selesai sepenuhnya...Rayu pula yg kata kena sondol tu..tu hak dia lantak le...tapi yang aku tak faham..pasai apa PEGUAM NEGARA yang kena buat rayuan ?
.
http://www.malaysiakini.com/news/187182

  .Bukan kah kes ni kes melibatkan individu dgn individu yang tak bersangkut pun dgn mana-mana pegawai atau agensi kerajaan ? ..ish..ish..ish..dia sudah jadi Peguam Kes Sondol menyondol ? Peguam bagi kes individu..lepas ni boleh le kita pakat minta khidmat AG kita ni..Kalau si Saiful tu boleh..org lain pun boleh lee...kan 1 Malaysia Boleh. atau dia mau TEBAS habis semua kes ke...tak mungkin..tak mungkin..atau ada apa-apa ke..?




air dlm bosi..api dlm kaco..untung Singapore

Sudah bercahaya habis ke kat negara kita ni...wah untungnya rakyat Malaysia..kalau kemana kampung pun sudah ada letrik...bab kata..air dalam besi, api dalam kaca..petik ditepi ditengah menyala..hahhaha
jual jangan tak jual..apa nak kisahnya kalau jual kat orang lain pun..janji ada untung.

 PUTRAJAYA: Malaysia is proposing to sell electricity to Singapore in an initiative that will be spearheaded by private companies. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said that both countries were working on a framework on this matter. (The Star)

 

Sinar Harian 11 Jan 2011

MALAN , Kuala Pilah – Kerana kesempitan wang, seorang warga emas terpaksa tinggal dalam keadaan gelap gelita apabila rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik sejak 20 tahun lalu, selain kediaman yang usang dan daif kerana sudah dimakan anai-anai.

Rumah Maimunah Abu Samah, 63, di Kampung Malan Ulu jauh di kawasan pedalaman dalam ladang kelapa sawit.
Walaupun mempunyai bekalan air tetapi Maimunah terpaksa mandi dalam keadaan tidak selesa, berbumbung langit dan berlantaikan tanah, selain terpaksa menggali lubang sebagai tandas....
===============================================================================
Singapore..bukan jauh manapun,seberang tu je....janakuasa tak payah dibina..pencemaran pasti kurang.kerosakan pembekal yang tanggung...silap-silap kena penalti lagi...harga ?...hangpa fikir le sendiri..jual air pun Singapore yg untung...rakyat Johor juga yang kena bayar harga tinggi..
Lepas ni..mana tanah pula yang nak diTEBASnya untuk bina loji janakuasa tu..bukan boleh bina dalam laut pun...kalau boleh bina dah tentu Singapore bina sendiri..

Pesar tentera pula mau tebas..

Maruah: Pesara tentera

saman Kuan Yew, 6 PM Malaysia

20/01/2012 5:07pm

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Kapten hari ini memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara.
Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mewakili 403 pesara ATM itu, memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Tengku Zainal dan 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral, menamakan Kuan Yew, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.
Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konspirasi dan menyalahguna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang. - BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm

Banyak lagi yang tak diiktiraf oleh para tok menteri terhadap anggota tentera...bekas-bekas tentera tentu sedar. Banyak juga hak utk tentera umpama lepas batuk ditangga..Bagi ponco nak buat lindung dari hujan panas pun kalau tarik kekaki kena hujan kat kepala dan muka..kalau tarik ke kepala kena hujan kat kai..last2 tidur mencanggung..

.nasib..nasib...dulu ramai yang dlm infantri dok kerja TEBAS hutan..dari Perlis sampai ke Sabah..nak cari komunis..Bila berhenti atau tamat perkhidmatan...satu inci tanah pun susah mau minta...
 Elok le kalau kita pakat TEBAS para pemimpin dan parti yang dok memperbodohkan kita...
Aku kira ABU je..

19 Januari, 2012

hihiiihi..Be End

Jangan jadi pekak dan buta pula...ada telinga dengar,ada mata lihat

 
 Bukan aku yg kata...
 

Ada semak..TEBAS..agar cerah dan mudah dilalui.
  

18 Januari, 2012

dah pekak..nak buta pula tu..




Apa punya otak...belum apa-apa sudah HARAM...yg jelas diharamkan oleh Islam tak di HARAMkan pulak..Kata negara kita demokrasi..tak bolehkah rakyat nak buat perhimpunan ? Bagi saja kebenaran ok lee lepas tu...nak kata haram apa pula.Kalau berlaku keganasan pihak keselamatan bertindak le..tangkap je yang buat onar tu..kemudian dakwa mereka..apa susahnya.

Ni..bila ada rakyat yang tak puashati nak tunjuk rasa ketidakpuasan hati kat pemimpin negara disekat dengan berbagai alasan dan halangan..come on men...be a smart guy or leader..Sekarang bukan macam zaman dulu..mau bendung otak manusia dengan alasan bodoh.Manusia dulu pun cerdik..cuma suasana saja berbeza.

Dulu lain sekarang lain..Macam umno juga..dulu perjuangannya dilihat berbeza dari cara sekarang....alahai..begini tahap pemikiran Ketua Pemuda umnooo..patut kena TEBAS le umnoo ni..Kalau biar lama-lama..alamat makin tumpul le otak Melayumnoo...PRU 13 nanti undi je parti lain..

 Kalau TEBAS tu..kena le TEBAS sekali dengan Be End yang dah semakin senget.
kerana

2:18





 Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). 
(Al-Baqarah :18) 

Hoii...orang bukan ugut..tapi nak bagitau kat pemimpin je..dah kami hantar Wakil ke Parlimen dan suruh depa bercakap..hangpa tak mau ambil kisah..dok kira cara hangpa je...mana tahan..
KAMI BUKAN LEMBU

Kereta Akhirat ?

Wow...mana mau TEBAS cari duit..
nak beli mcm ni..

Semak..Semak..lihat pun jadi lee.




1.  Bugatti Veyron Super Sports
Harga cuma $ 2.4 juta jee

Yg terpantas memecut 0-60 hanya dlm 2.5 saat
Kelajuan hingga 267 mph








Harga $1,850,000.00
Kuasa pecutan 0-60 dlm 3.4 saat.
Kelajuan hingga 217 mph.






3.  Koenigsegg Agera R
Harga cuma $1,600,000.00
Pecutan 0-60 mph dlm 2.8 saat
Kelajuan hingga 260 mph.boleh memcecah hingga 270 mph.







4.  McLaren F1 $970,000.00
  Pecutan 0-60 mph dlm masa 3.2 saat
 Kelajuan hingga 240 mph.





 



5.   . Ferrari Enzo $670,000.00
Pecutan 0-60 mph dlm masa 3.4 saat
Kelajuan maksima 217 mph. 








Harga cuma $667,321.00
Pecutan 0-60 dlm 3.5 saat
Kelajuan 215 mph+ 





 




Harga cuma $654,400.00
Pecutan  0-60 mph dlm 2.7 saat.
Kelajuan hingga 257 + jee.






8.  Ascari A10 
Harga boleh tahan juga $650,000.00
Pecutan 0-60 mph hanya dlm 2.8 saat.
Kelajuan maksima 215 mph jee.



 



Harga tak mahal mana pun $555,000.00
Pecutan 0-60 mph dlm 3.2 saat
Kelajuan maksima 248 mph +.

 



Harga sikit murah  cuma $545,568.00
Pecutan : ??
Kelajuan 245 mph boleh + lagi 




Urusniaga dalam matawang USD laa...kira sendiri berapa RM daa..
LEMBU LAGI MAHAL...????
Mau naik tikar terbang je aku nii..
Ada orang boleh naik kereta lembu setiap hari.
Ada lembu boleh tidur kat kondo
DUNIA...DUNIA

29:64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). 

 ( Al-Ankabut : 64 )
 

17 Januari, 2012

Dajjal nak mai dah......

Berita panas dan menakutkan...aku tak dengar pun berita dari radio atau tv Malaysia..Mungkin aku lena masa siaran berita tu...hahhaha

Gi baca sendiri kat sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Jika benar apa yang berlaku..kena pakat-pakat TEBAS otak lagi...apo kebendenye yang berbunyi tuu...Entahlah..yang aku tau Dunia semakin tua...kiamat semakin dekat..Yg dok kerja menipu,kena berhenti menipu le...bertaubat sebelum terlambat...yg dok buat dosa Dedah aurat setiap masa pun kena bertaubat...yg solatnya sekejap ada sekejap tiada pun kena bertaubat...Mulakan hidup baru kita dengan Islam yg Syumul..


Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya;
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1.   hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2.   hadith: “Tiada  kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.”,
3.   hadith: “Sesungguhnya  setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4.   hadith:  “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5.   hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.
 
Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.”  Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW. pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.

Aman yg tak selamat..

Negaraku Amannnnnnnn....??????????????

"Saya rasa selamat apabila melihat anggota polis ada dimerata tempat"..Itu kata seorang warga kita yang ditemuramah oleh pemberita.Begitu juga dengan pelancung luar.
Wah berbangganya depa dengan perkhidmatan PDRM ini...hinggakan rasa selamat.boleh keluar rumah hingga kepagi...atau duduk dirumah bersantai lena nyenyak hinggakan dimasuki pencuri atau perompak.
Lantaran tranfomasi negara, maka timbullah pula rondaan bersama Polis dan ATM ditengah bandar...untuk menjamin keselamatan penduduk.

Maka banyak juga le kenyataan para pimpinan negara serta polis tentang tugas mereka itu..antaranya.

Polis dan ATM ronda cegah jenayah di Pulau Pinang

25/07/2011 8:51pm

GEORGE TOWN 25 Julai - Program Rondaan Bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilancarkan di negeri ini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kerjasama strategik antara polis dan tentera itu akan dilakukan pada sebelah siang untuk pencegahan jenayah menerusi rondaan jalan kaki, rondaan berkereta, ops payung dan sekatan jalan raya.
Beliau berkata, daerah Barat Daya Pulau Pinang merupakan daerah keenam dipilih selepas kejayaan program itu di Taiping, Ipoh, Port Dickson, Seremban dan Kota Bharu.
"Masyarakat perlu tahu adanya sistem rondaan polis bersama ATM dan kami yakin dengan adanya program seumpama ini akan dapat mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kemasyarakatan PDRM dan ATM Rondaan Bersama Mencegah Jenayah di sini hari ini. - Bernama

APAKAH AMAN BAGI SESETENGAH RAKYAT ITU..HANYA APABILA TIADA PEPERANGAN..HURU HARA ANTARA KAUM ATAU DEMONTRASI ?
Kalau beginlah rupa pemikirannya,alangkah bahagianya pemimpin umnooo be end kerana rakyat sendiri TIDAK TAHU pengertian AMAN yang sebenarnya.
Padahal setiap hari ada saja berita tentang ROMPAKAN,PEMBUNUHAN,ROGOL,PENCABULAN,PENDERAAN didalam negara kita yang kecil ini.

Woii...hangpa kena faham sebaliknya pula,bila polis ada dimerata ceruk tempat..tu laa maknanya negara kita tidak AMAN belum SELAMAT dari jenayah...ada faham? Ni besi tutup lubang kumbahan pun kena kebas....Handphone pun kena rembat kalau dok letak atas meja masa makan kat kedai..Rumah yg cantik,besar atau kecil pun kena buat pintu besi tambahan..Lembu pun lesap....AMAN ke GINI..?


Apapun situasi ini menggambarkan bahawa DASAR Pemerintahan yg ada GAGAL untuk mengwujudkan keamanan jiwa kepada seluruh penduduk negara..DASAR ini sudah tentu merangkumi semua aspek.antaranya..Dasar Pendidikan..Dasar Sosial..dasar Hiburan..Dasar Perundangan..Dasar Pembangunan DAN MACAM-MACAM DASAR LAGI LAH.

Jadi, pakat-pakat TEBAS otak sikit  bagi cerah untuk fikir.Jangan dok kira kalau tak ada peperangan,demontrasi maka AMAN le kita.
Macamana nak bagi AMAN ?...tunggu hari lain pula le aku cerita.

16 Januari, 2012

Gambar ciput Konvensyen PR Kali Ke 3..

Bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar Kedah. 
Pada 14 Februari 2012 bersamaan 14 Safar 1433 H.


Mula dgn persiapan lee.















Nak gambar lagi..pi tangkap sendiri.....hahahhaa....
aku syok2 je....janji nak TEBAS umnooo be endddddddd.

hali-hali kencing itu Islam..

Ketika dunia Arab sedang bergolak dengan musim perubahan politik dari satu negara kesatu negara,terhambur pula berita yang sungguh menjijikkan pada akal manusia yang normal..Berita dengan tajuk yang hangat "KENCING". Kisah tentera amerika laknatullah kencing mayat pejuang taliban. Wah...dah main kencing-kencing pula..dulu main dera-dera bagi telanjang saja..wow makin maju peradaban mereka..celaka punya manusia..bangkai haiwan pun manusia yang beradab tak kan berbuat demikian.

Bila dah keluar berita ni,ramailah para pemimpin dan manusia bercakap termasuk yang mengaku Islam..kurang ajar..biadab dan sebagainya...TAPI adakah kita masih boleh berdiam diri kalau ada dikalangan kita umat Islam yang kencing Islam itu sendiri ?..Ada pemimpin yang sanggup berkata demikian..

Ada yang bercakap umpama tidak pernah mendengar tentang Hukum Hudud ini..


Ni standard pemimpin melayu/islam woii.... bab agama sendiri pun dok kira dengan bab ekonomi..haiya manyak cilaka punya olang..lu olang hali-hali kencing sama Islam talak takut kaa...



Ni lagi satu olang..bini olang nombok satu...hali-hali keleja mau kencing Islam maaa...lamai lagi loo itu pompuan Melayu ini macam...Haiya apa mau bikin..macamana mau bikin...lu mau ikut kaa..


kalau lu ikut..lu pun KENCING sama ISLAM loo..



Gua mau ingat lu olang saja maa....kasi TEBAS ini macam punya olang loo..Mau kata Melayu pun susah loo..sebab selalu cakap itu bahasa omputih saja...mau cakap Islam pun susah maa...sebab ini macam punya fesyen sama dengan olang bukan Islam loo....Haiyaaa..TEBAS...TEBAS...TEBAS maaa..

12 Januari, 2012

Mau Tebas Be enddd...

Ceramah pra Konvensyen Pakatan 13 Jan

Aziz Muda,
PETALING JAYA, 11 Jan: Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah, pada 14 Januari ini, ternyata berbeza berbanding konvensyen pertama dan kedua di Shah Alam dan Kepala Batas pada 2009 dan 2010 lalu.

Jika pada konvensyen pertama dan keduanya tidak terdapat program pra konvensyen, pada kali ini acara tersebut turut disusun oleh pihak penganjur.

Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Induk Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberitahu, program tersebut akan diadakan pada malam 13 Januari (Jumaat) bermula jam 9.00 malam di setiap kawasan Parlimen di Kedah.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat, di sini, hari ini yang turut dihadiri AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Naib Presiden PKR, N Surendran dan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; beliau menjelaskan, kesemua program yang disusun itu merupakan program ceramah yang melibatkan tokoh-tokoh penting Pakatan Rakyat. 

Bagi ceramah di kawasan Langkawi yang akan diadakan di Surau Kuala Melaka, Dun Ayer Hangat, penceramah terbabit terdiri daripada Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Di kawasan Jerlun yang akan diadakan di Markas UPU Kerpan, Ayer Hitam, penceramah terbabit terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah dari PAS negeri Kedah.

Bagi kawasan Padang Terap yang akan diadakan di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, penceramah terbabit terdiri daripada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Manakala ceramah di kawasan Pokok Sena yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Pekan Pokok Sena, penceramah terbabit terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Fuziah Salleh dari PKR.

Ceramah di kawasan Kuala Kedah yang akan diadakan di Markaz PAS Telok Bagan akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanifa Maidin, Rafizi Ramli dari PKR dan Ngeh Koo Ham dari DAP.

Bagi kawasan Pendang yang melibatkan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, R Sivarasa dari PKR dan Mohamed Hanipa Maidin, program ceramahnya akan diadakan di Tapak Pasar Sehari di Tanah Merah.

Sementara ceramah bagi kawasan Sik yang akan diadakan di MTD Belantik di Pekan Sik pula, penceramah terbabit terdiri daripada Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi PKR Terengganu, Tuan Azan Ismail dan Ustazah Aishah Ghazali dari PAS negeri Kedah.

Di kawasan Jerai, ceramah yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Dr Xavier Jayakumar dari PKR dan Dr Ismail Salleh dari PKR akan diadakan di Sungai Tok Pawang di Bedong.

Untuk ceramah di kawasan Merbok yang akan diadakan di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, penceramah terlibat terdiri daripada Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Nga Kor Ming dari DAP dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dijadualkan menyampaikan ceramah di Sungai Petani yang akan diadakan di Taman Seri Pinang, Sungai Petani.

Bagi ceramah di kawasan Baling yang akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Abdul Wahid Endut, bekas Menteri Kesihatan, Dr Chua Jui Meng dari PKR dan M Kulasegaran dari DAP, program ceramahnya akan dilangsungkan Malau, Kuala Ketil dan Pekan Baling.

Program ceramah di Padang Serai pula akan diadakan di Dewan Chee Tean Khor di Padang Serai dengan penceramah terbabit terdiri daripada Datuk Husam Musa dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dari PKR.

Bagi program ceramah di kawasan Kulim Bandar Baharu yang akan dilangsungkan di Dewan Bandaran Kulim membabitkan tiga orang penceramah yang terdiri daripada AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Tony Pua dari DAP.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7525-ceramah-pra-konvensyen-pakatan-13-jan

11 Januari, 2012

tebas pencacai sekali dgn tuan..

Dah dua hari keputusan kes perbicaraan DSAI diumumkan..tak bersalah dan dilepaskan..Hari ni beberapa berita dipamerkan melalui media cetak seperti Utusan Malaysia dengan tajuk muka depannya " Peserta Bawa Bom"..

 .Aduhhh..kenapa begitu sekali tajuknya ?..hanya dengan mendapat maklumat dari SUMBER POLIS sahaja..maka diberinya tajuk berita tersebut...ni seolah-olah menunjukkan bahawa memang puak-puak yang pi nak dengar keputusan perbicaraan tu nak letupkan orang lain atau pun nak letup diri sendiri...memang tak masuk akal kalau penyokong DSAI bawa bahan letupan kemudian letupkan selepas keputusan diumumkan...macam main mercun kot...

Ni..sebahagian dari yang ditulis dalam akhbar tu..yang menunjukkan kata dari SUMBER POLIS.

Bom milik peserta perhimpunan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.
Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.
Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.
“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.
“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.
“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini...

Kalau diamati berita ni...bagi orang kampung aku..depa kata  BERITA BANGANG dari pemberita Pencacai...
Kalau ikut Sumber orangramai pula macamana ? ..woi pemberita..hang pi tanya pula orangramai tu...apa depa nak kata.....Memang pun yang tu bom buatan sendiri...tapi sapa yang buat..? Belum apa-apa rakyat biasa juga dituduh..alahai...standard berita dan sumber macam kemucut tengah padang...patut kena tebas....kalau ya pun nak tebas otak org supaya sokong umnooo be enddd..tulis le berita yang menunjukkan umnooo be enddd tu elok..molek..tak rasuah..tak seleweng..tak salahgunakuasa atau dana negara.


Sumber lain tak boleh kata ka...Otak pencacai memang patut kena tebas...sekali dengan tuan pencacai kita tebas pru 13 nanti.

10 Januari, 2012

Tebas otak...

Tricks


Gempar!!! Menjelang PRU 13, Negeri Kedah Darul Aman Akan Diserbu - 14 Januari Akan Terjawab???


 ALOR SETAR, 10 Jan 2012 – Di jangka 100 ribu rakyat akan hadir ke Rapat Rakyat Perdana dan ceramah sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 termasuk 4000 pemerhati serta perwakilan dari setiap parti pada 14 Januari ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

“Untuk konvensyen kali ke-3 ini, Kedah dipilih sebagai tuan rumah, sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang,” maklum Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Dato’ Ir Haji Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Pengarah Sekretariat Konvensyen pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon hari ini.

“Konvensyen kali ini bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat, antaranya YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim kit Siang,” katanya.

“Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti YB Anthony Loke dari DAP, Tuan Haji Mustafa Ali dari PAS dan YB Saifuddin Nasution dari PKR.

“Kita juga berpeluang mendengar ucapan ‘Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia’ dari jemputan utama yang terdiri dari Dato’ A. Samad Said wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari wakil Akademik serta lain-lainnya yang mewakili Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta tidak ketinggalan wakil dari Sabah dan Sarawak,” jelasnya lagi. 

Tambah beliau lagi, disebelah petang, ucapan pergulungan pimpinan yang mewakili setiap parti dalam Pakatan Rakyat akan diadakan dan antara mereka yang akan memberi ucapan termasuklah YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Karpal Singh, YAB Lim Guan Eng dan YB Mohamed Azmin Ali. 

“Pada sebelah malam pula kita menjangkakan kira-kira 100 ribu kehadiran untuk ‘Rapat Rakyat Perdana’ yang bermula dengan solat maghrib, solat hajat dan munajat. Di samping itu kuliah maghrib akan disampaikan oleh Dato’ Dr. Harun Din.

“Ceramah umum akan bermula pada pukul 9.00 malam dan serentak dengan itu juga kita akan mengadakan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat pilihanraya umum ke-13,” sambung beliau.

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi sambutan konvensyen, kita akan adakan pra-konvensyen pada malam 13 Januari. Antara acaranya akan diadakan ceramah serentak di 15 kawasan parlimen dan melibatkan 40 pemimpin Pakatan Rakyat. 

Konvensyen Pakatan Rakyat Kali ke-3 tersebut akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang dan akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. 

Turut hadir semasa sidang akhbar Haji Sanusi Mohamad Nor setiausaha Sekretariat konvensyen, Ustaz Musodak Haji Ahmad Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Vincent Chee wakil DAP Kedah, Ustaz Rosli Azmi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Mohd Azam Awang Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar.

Tebas jangan tak tebas.

Makin hampir dengan pilihan raya makin jadi haru BIRU. Tu yang dikatakan politik kot.Masing-masing kalut nak popularkan diri.Semua nak tebas buat laluan sendiri kot. Dulu masa pru 12 Ibrahim Ali laluan tok En ni nampak semak je..tengok kiri kanan,depan belakang semua dah naik semak..Jadi dah tak mau melompat ikut jalan yg semak dia ni pun menebas buat lorong ikut bulatan PAS. Bila dah jadi MP dok rasa laluannya tak payah dok susah-susah tebas maka boleh la dia melompat ikut suka. Akhirnya bina la kepok sendiri yang dinamakan Perkasa..Alahai haru biru lagi melayu dibuatnya.

Dalam dok kalut..sorang lagi MP Melayu lompat pula jadi bebas..



MP ni orang panggil Zul sembilan sepuluh. Sebab 9 yang dicakapkannya, 10 yang tak boleh dipercayai..hahhaha bukan aku kata..tapi yang kenai rapat dengannya.Entah la..pakat-pakat tebas otak sendiri la pikiaq.






Dalam dok sibuk dengan kes DSAI,meletup pula kes Dato' Hassan Ali pula...akhirnya pakar motivasi ni dipecat oleh PAS...


Tu yang dikatakan pakat-pakat menebas....selalunya orang menebas tu nak bagi elok laluan yang nak diikuti..kalau dok tebas nak bagi semak lagi.dan tak tau pula cara menebas...lebih baik tak payah la..aku takut kena betis sendiri....hahhahahaha..tebas...jangan tak tebas..

08 Januari, 2012

Minta Duit Zakat..Boleh kot..?

Seminggu dua ni bab Madrasah Salihiah kat Jalan Kancut, Aloq Setaq ni dah jadi tajuk utama dlm banyak blog. Tup tup kerajaan negeri Kedah dibawah PR digasak terutama PAS.Ramai juga naik pening terutama gulungan yang dok ikuti berita melalui tv 3/4 atau media cetak yg kian ketinggalan.

Madrasah tu yg tak pernah orgramai tau kewujudannya dah jadi popular seluruh negara hingga keluar negara. Orangramai sebelah Aloq Setaq ni pun ramai yg tak tau..Apa taknya..sebab papan tanda didepan tu ditulis pejabat syarikat Takaful.

Sebelum timbul isu ni,puak2 yg dok nak pertahankan madrasah ni pun rasanya ada yg tak pernah jijak kaki masuk solat disitu...tu depa punya pasai la .Depa mungkin pi solat kat Masjid Zahir yg tak jauh dari situ. Majlis Agama Islam Kedah, Tok Mufti dan Majlis Fatwa dah keluarkan kenyataan masing-masing dah bab ni. Pakat-pakat pikiaq la.
Tapi ada juga puak yg masih tak puashati, nak juga supaya madrasah  ni dikekalkan dan berusaha hingga bawa ke mahkamah...entah le macam madrasah tu hak milik depa...oooo maaf silap aku..tu bab kemuliaan Islam patut pun depa pulun sakan sangat walaupun yg dok pulun tu setengah tu tak ketahuan keluloi..La depa tubuh badan bertindak selamatkan madrasah ni..nak himpun duit RM 1.48 juta utk beli balik tanah dan bangunan tu...
Nak beli utk sapa pulak ?  Kalau berjaya tebus, nak letak atas nama sapa ? Nak letak atas nama individu tak boleh sebab duit orgramai...dah tentu kena letak atas nama pemegang amanah..Nak letak atas nama pemegang amanah pun...orang yang berkenaan yg nak dijadikan Pemegang Amanah tu tentulah kena yang beramanah...ish..ish..penin..pening. Dulu dok bawah MAIK..tapi mungkin MAIK ni tak amanah kot sebab tu boleh disewa kpd Syarikat yang jalankan perniagaan Insuran tu..untung MAIK.duit sewa dapat (kalau masuk kat MAIK lee..)duit ganti rugi pun dapat) entah le pakat-pakat pikiaq sendiri laa..



Tapi..kan umnooo be end tu suka bela rakyat ?..Tambah pula Umno pembela agama dan bangsa..tentu rakyat didahulukan. Tengok...semua sekolah,hospital dan lain-lain tu..semua umno yg buat...waaaa...duit umno banyak ooo..ni RM 1.48 juta jee..tak dak hal punya le..kecik punya kes...ni bab nak jaga maruah Islam ni...bab lembu pun RM 250 juta boleh bagi..kalau tanya Jamil Khir ..rasanya duit Zakat boleh digunakan la..nak selamat maruah Islam ni.
 
Alaa..nak kisah pa..pemimpin umno semua dermawan ooo...tengok kat sebelah Pekan Rabu tu...ada tulis Bakti Mendahului janji.tentu umnoo Kedah bagi punya...tak payah le buat iklan gini..Kan banyak pertubuhan yang sokong tu...kalau aku..tak payah  minta derma kat orangramai..malu la.
Manusia yang berakal tentu ada Power Minda untuk pikiaq...mana yang betul mana yang salah.Sapa yang patut ditolong ..sapa yang patut disanggah. Tapi jangan lupa ada lagi  yang Maha Power yang lebih mengetahui.

Hoi...ambil tau bab Kg aku buat pa..

Kedah La: Pengerusi BBSMS dok kalut Salihiah, kat kampung di...: Oleh: Saiburi Sudin SS tak jemu untuk terus berbahas isu madrasah Salihiah sepertimana Nabi Musa tidak jemu-jemu menangani karenah kaum Ba...

05 Januari, 2012

bancuh: nenong....nenong...nenong....lekaih download dokum...

bancuh: nenong....nenong...nenong....lekaih download dokum...: dari blog rafiziramli.com Pihak penyiasat dari Bukit Aman telah menghubungi saya untuk memberikan keterangan berkenaan siasatan terhadap...

01 Januari, 2012

Terselaknya Tirai 2012 .



Tirai tahun masehi 2012 dibuka dengan tindakan mahasiswa yang mengadakan demontrasi aman di UPSI. Malah tirai 2012 ini juga memperlihatkan bagaimana pihak berkuasa (PDRM) menangani tindakan ini. Semuanya mendedahkan kepada umum yg mahu menggunakan Power minda masing-masing bagi menilai tahap demokrasi dan kematangan rakyat Malaysia.

Demontrasi Mahasiswa ini adalah rentetan daripada tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan AUKU.Akta ini merupakan satu sekatan terhadap para mahasiswa dalam mengembangkan minda mereka dialam kehidupan nyata. AUKU dilihat sebagai satu bentuk doktrin pemikiran terhadap gulungan pelajar institusi pengajian tinggi yg menjuruskan kepada sistem ala komunis atau diktator. Pelajar hanya dikehendaki untuk belajar..masalah politik atau masalah pemerintahan usah difikirkan. Habis belajar,lantak lah engkau..nak jadi apa..

Bagi pihak yang mempertahankan AUKU..mereka berpandangan para pelajar IPT hanya perlu belajar tentang ilmu dlm jurusan yang mereka ambil sahaja supaya mereka dapat menjadi pelajar yang berjaya disamping kerana ibu bapa menghantar mereka ke IPT dengan tujuan untuk belajar...Inilah bentuk pemikiran diktator yang ingin mengawal pemikiran rakyat..Apakah dengan mempunyai kelulusan demikian sudah terjamin seseorang itu dapat menjadi seorang yang berjaya ? Lihatlah berapa ramai orang-orang yang dikatakan terpelajar, lulusan Universiti yang menjadi pemimpin yang lebih teruk dari gulungan yang dikatakan tidak terpelajar ?..Apakah semua pemimpin yang korup,seleweng,kaki botol,kaki berhibur dan pemboros itu terdiri dari gulungan yang menentang AUKU atau semua bentuk Akta yang bertentangan dengan demokrasi ? Piiiiiirahhhhhhhhh..kata segolongan masyarakat yang lain.

Persoalan...?????

Adilkah..sekiranya para mahasiswa ini dikatakan mengganggu ketenteraman awam,sedangkan mereka juga tahu erti demokrasi ?.
 
Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan,” menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider.


“Ini isu lama, masyarakat selalu cuba menjadikannya isu, sama seperti perhimpunan Bersih 9 Julai lalu,” katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang bersih.

 
Apakah dengan tindakan ini dapat menjadi satu bentuk didikan kepada generasi muda untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka dimasa mendatang ?

Anak muda..dikaulah bakal pemimpin dimasa depan..suarakan pandangan anda asalkan tidak yang merupakan kemungkaran dan kemaksiatan...Kayuhlah sampan dan bahtera perjuangan anda selagi mana Islam tidak diperkecilkan.

Gunakan sepenuhnya Power muda anda bagi meniup dan membawa angin perubahan.

28 Disember, 2011

Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah: Dewan Ulama bantu pandu kerajaan, kukuhkan sokonga...

Dewan Ulama bantu pandu kerajaan, kukuhkan sokonga...:
Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR:

.

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Kedah hakikatnya turut berperanan membantu mengukuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah yang diterajui PAS.


Menurut Ketuanya, Sheikh Mohamad Abdullah, Dewan Ulama telah berusaha sedaya boleh membantu kerajaan ini dari aspek memaham dan mendorong kerajaan ini untuk berjalan sebagaimana dikehendaki oleh Islam.

“Antaranya kita menunjukkan usaha sedaya boleh agar tidak terlibat dengan rasuah, supaya memberi kebajikan kepada rakyat melalui bantuan dan penyediaan kemudahan sehingga rakyat merasa mereka mendapat perhatian dari kerajaan.

“Memanglah hasrat kerajaan ini mahu melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam, tetapi setakat dapat dilakukan sehingga sekarang, inilah sebenarnya yang dapat dilaksanakan ketika ini.

“Dengan demikian, Dewan Ulama pula bergerak memahamkan rakyat terutama orang Islam mengenainya apabila mereka tidak dapat melihat secara zahir sedangkan di sana hakikatnya terlaksana tuntutan itu. Kita banyak mengadakan daurah tarbawiyah ke lapangan memberi kefahaman ini,” terang beliau kepada Harakah.

Menjelaskan dokongan golongan agama kepada kerajaan negeri, akuinya tidak semua perkara dapat memuaskan hati mereka.

Perkara itu jelasnya, mungkin kerana melihat pelaksanaan di peringkat awal yang belum berjalan sebagaimana dikehendaki.

“Walaubagaimanapun, insya-Allah kini perkara itu semakin difahami, mereka bersama kerajaan dan menyedari bahawa terdapat banyak halangan. Umumnya, mereka melihat tidaklah kerajaan ini mengabaikan Islam tetapi dikekang faktor halangan,” jelas beliau.

KedahLanie.info: Gerakan 5B porak porandakan UMNO Kedah

Gerakan 5B porak porandakan UMNO Kedah

TOK DET & MUKHRIZ JUMPA NAJIB MINTA BUANG MAT BASHAH

Oleh: Mat Kering Bakag Bata







Satu Kedah dah tahu cerita ini. Syeikh Mukhriz Mahdir Al-Hafiz dan Tok Det Khalid dilaporkan mengadap Presiden Umno sebuah parti tua yang sedang nazak nyawa2 ikan... Depa minta Tok Mat Bashah disingkirkan. Pasai apa pulak? Sebab Mat Bashah kini dah jadi liability pada UMNO/BN Kedah. Bila orang tengok UMNO Kedah dipimpin oleh Mat Bashah maka orang tak nampak apa2 perubahan pada UMNO/BN. Orang tak nampak Mat Bashah layak jadi MB kalau BN menang dan BN jugak tak ada harapan langsung nak menang kalau Mat Bashah pimpin UMNO.. Maka Najib didesak singkirkan saja Mat Bashah, selamat UMNO!

Bila Mat Bashah tahu permainan jahat rakan sepasukannya apa lagi... mengamuk sakanlah. &$@/:;#%^*+¥£€><~|...pendekkan cerita perang besarlah UMNO Kedah kini kerana berebut nak jadi calon, nak jadi MB. Menang pun tak tau lagi, harapan nak menang pun gelap gelemat. Hampir semua kajian yang dibuat oleh badan professional di Kedah termasuk oleh pihak UMNO menunjukkan BN sukar untuk menang di Kedah. Tapi UMNO dah berperang macam dah menang 36 kerusi.

Hai teruk sungguh UMNO ni.. pakat dok pasang angan2 mcm mana nak khekah reta meredak kerajaan negeri Kedah demi kepuasan nafsu serakah duniawi depa.

Golongan macam ni rakyat Kedah nak angkat balik jadi kerajaan? WAI'IYAZUBILLAHIMINZAALIK.

(Apakah Gerakan 5B? = Gerakan Buang Bashah Bertanding Bakar Bata)


HAHHAHA...MAKIN MEROYAN PUAK PUAK NI..JGN JADI SAWAN BABI SUDAH LA..TAKUT SEQHONDOI  MERATA AYAQ ACAQ..APA PUN KPD ANAK KEDAH....A.B.U.

Kedah setuju hapus hutang pinjaman

ALOR SETAR, 27 Dis: Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) bersetuju melupuskan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu.

Ustaz Azizan berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk melupuskan hutang tersebut khususnya yang gagal membayar balik pinjaman akibat kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan sumbangan kepada SKJ(C) Keat Hwa dan Sin Min di Wisma Darul Aman.

“Ianya bererti kita tidak akan meminta lagi wang kepada penjamin pelajar tersebut untuk membayar hutang itu. Ianya adalah atas dasar kemanusiaan kepada mereka yang tidak mampu membayar,” katanya dipetik Warta Darul Aman.

Tindakan prihatin itu sekaligus meringankan beban peminjam dan penjamin yang selama ini terpaksa menanggung beban menjelaskan hutang tersebut.

21 Disember, 2011

Pertahan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’

Pertahan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’

KURANG AJAR COW..

Sudah lama juga dok layan kat FB...seronok juge...ada berbagai gaya bahasa dan berbagai ejaan...semuanya dgn niat nak lawan hujjah..Entah sedar atau tidak,ada juga puak-puak yg mengaku pembela Melayu menggunakan bahasa melayu yang tunggang langgang...Hai mungkin ini kebanggaan Umno(Baru).

         Dalam kerancakkan berpolitik timbul pula sekelompok manusia yang MENGAKU Melayu menghantar Kek berbentuk TAIK (najis) manusia kepada seorang Ketua Menteri..Maka riuh rendah media massa dengan berita yang berbagai nada terutama media arus perdana.Maka berkatalah puak-puak pejuang bangsa Melayu "padan muka hangpa..Ketua Menteri ni layak terima mcm tu je..kerana dia seorang Cina"
Maka berbanggalah puak-puak yang mengaku Melayu ini dgn "TAIK" yang dibawa.

Hatta bertanya pula gulungan muda "cerdikkah MELAYU TUA ini'? Sudahlah menghantarnya ke pejabat Kerajaan Negeri sendiri kemudian dimakannya kek TAIK itu sendiri..Ohhhh memang mereka ini gulungan MELAYU tua yang penuh beradab sopan dan santun sebagaimana dilaungkan didalam perjuangan mereka.

Sekonyong-konyongnya berlaku pula peristiwa sekelompok gulungan muda yang terdiri dari para mahasiswa dan mahasiswi yang membantah tentang AUKU dan menuntut kebebasan mereka. Maka dibawanya mereka "Memo" untuk diserahkan kepada seorang Timbalan Menteri ke bangunan PWTC yang dibanggakan oleh Umno(Baru) dan terjadilah pula peristiwa menurunkan bendera bergambar Presiden Umno(Baru) yang Ketiga.



Riuh rendah pula media massa arus perdana tentang peristiwa ini. Maka terpacul keluarlah akan bahasa "KURANG AJAR" kepada gulungan muda ini.Berbagai gesaan dibuat termasuk memecat yang terbabit dari pusat pengajian seolah-olah tiada peraturan didalam negara.
Dalam riuh rendah ini timbul pula sekelompok pemuda Melayu memberi amaran kepada pemuda Melayu yang menurunkan bendera bergambar itu dan diancam mereka akan diLUDAH. Maka terkenallah pula kelompok pemuda MELAYU ini sebagai Panglima Perang LUDAH.

Rentetan peristiwa sudah tentu memberi makna yang berbagai mengikut cara fikir masing-masing.
Apa pun mereka yang mempunyai POWER Minda yang terbaik dapat menilainya dan menjawabnya..Siapa yang beradab dan siap yang kurang adab atau kurang ajar.

Kepada orang muda...kamulah pewaris negara..ditangan kamulah jua POWER penentu halatuju negara.
Teruskan perjuangaN...tapi jangan lupa masih ada lagi Yang Maha Power.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...