WISH

WISH

26 Januari, 2012

dedah sampai terdedah.

Anak dedah isi perjanjian Felda Global-MB
ZULAIKHA ZULKIFLI
January 26, 2012
KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendedahkan isi perjanjian yang dibuat antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) bersama Felda Holdings untuk ditandatangani oleh Menteri Besar di setiap negeri yang antara lainnya bertujuan untuk pajakan tanah peneroka.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, pendedahan dibuat berikutan suara mereka sebelum ini tidak diendahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Anak menyarankan supaya mempertimbangkan semula usaha penyenaraian FGHV di Bursa Malaysia.

Tegasnya, penyenaraian tersebut tidak menguntungkan warga Felda sebaliknya akan memberi keuntungan kepada mereka yang berkepentingan.

"Perbincangan seolah-olah ditutup oleh pihak kerajaan dan mereka seolah-olah bersungguh-sungguh nak membuat penyenaraian yang bagi kami ini sesuatu yang tak boleh diterima sama sekali.

“Jadi memandangkan kami telah memberi masa secukupnya pada kerajaan untuk timbang pandangan kami,  maka kami akan membuat pendedahan mengenai apakah sebenarnya agenda di sebalik penyenaraian ini," katanya pada satu sidang media hari ini.

Pada 15 Januari lalu, Najib meminta peneroka Felda supaya tidak percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu.

Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.

"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.

"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda," katanya.

Selain itu, Mazlan menegaskan, perjanjian itu juga meliputi kawasan seluas 360,067 hektar tanah Felda yang diurus oleh Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) yang akan diberi kepada FGHV.

"Felda kini tidak ada apa-apa kekuatan lagi. Peranan Felda hanya sebagai simbol dan patung kerana segala urus niaga kini ditentukan oleh FGVH. Bahkan dalam perjanjian ini ada ditulis supaya Felda memberi keistimewaan kepada FGHV dengan memberi 'kenikmatan sentosa' kepada mereka. Begitu tinggi martabat mereka.

"Jika Perdana Menteri, (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Ahmad Maslan dan ( Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB) Tan Sri Isa Samad anggap kami pengkhianat kerana mendedahkan perjanjian ini, kami (Anak) bersedia untuk menghadapi risiko dan akan sahut cabaran. Tujuan kita tampilkan perjanjian ini kerana ia adalah institusi terpenting orang Melayu," tegasnya.http://www.sinarharian.com.my/nasional/anak-dedah-isi-perjanjian-felda-global-mb-1.20247

Isu KUIN :Awas jerat APCO

Laa...tak habeh-habeh lagi bab isu KUIN ni.Dah ramai yang tulis bab isu ni, tapi tak boleh juga nak senyap. Kes pelajar dengan pihak KUIN pun dah hampir senyap,tapi yang kat luar pula dok riuh macam biawak masuk dalam lau ayam.Awat la sampai lagu tu sekali.
Taras juga nak masuk campur bab ni.Aku cari le sedikit maklumat mudah-mudahan boleh mencerahkan cuaca ni.


PENUBUHAN INSANIAH
Susulan daripada usaha murni ini Dewan Undangan Negeri Kedah telah meluluskan penubuhan INSANIAH ini, pada 7hb Disember 1994 di bawah enakmen Bil 4 Tahun 1995 dan kemudiannya diwartakan pada 22hb Jun 1995.
Institusi tersebut dinamakan dengan 'Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman' atau nama singkatannya ialah INSANIAH. Nama institut ini dalam bahasa Arab pula ialah 'Al Jamiah Al Islamiah Al Hukumiah Bi Kedah Darul Aman'.
INSANIAH ketika itu , telah diberikan status (Institusi Pendidikan Tinggi Kerajaan [IPTK]) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan nombor pendaftaran K/IPTK/07 (021). INSANIAH juga mempunyai sebuah badan eksekutif yang dikenali sebagai Majlis Insaniah yang berfungsi sebagai badan yang mengelola, mengawal dan mentadbir INSANIAH. Majlis Insaniah ini, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman.
INSANIAH memulakan operasinya pada 1 Oktober 1995 dan pada ketika itu hanya menjalankan program Pengajian Islam secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang menawarkan program peringkat pengajian ijazah pertama iaitu di dalam bidang Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Tenaga pengajarnya pula pada ketika itu hanya 9 orang pensyarah yang bertaraf Profesor Madya yang terdiri daripada 6 orang daripada Universiti Al-Azhar, seorang daripada Indonesia dan 2 orang daripada Malaysia. Jumlah pengambilan pertama seramai 43 orang pada sesi 1995/1996.http://www.kuin.edu.my/v3m/index.php?option=com_content&view=article&id=84&Itemid=180&lang=bm 

pemimpin bodoh rakyat bangang ?

Letak jawatan..Ketua jurulatih olahraga negara..gua tabek sama hang..Mungkin hang fikir ada orang yang lebih berwibawa utk melatih olahragawan kita sebab tu letak jawatan.

Harun letak jawatan


HARUN Rasheed (kanan) bersama sekumpulan atlet negara ketika bersiap sedia untuk menyertai kejohanan.


KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed meletak jawatan dengan alasan pencapaian kurang memuaskan anak buahnya pada Sukan SEA XXVI November lalu.
Harun, yang mengesahkan perletakkan jawatannya dibuat November lalu iaitu selepas berakhir Sukan SEA XXVI berkata, dia telah memaklumkan perkara itu kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
“Ya.. Saya telah meletak jawatan sebagai jurulatih olahraga negara.
“Antara sebab utama saya meletak jawatan adalah pencapaian kurang memberansangkan atlet olahraga negara pada Sukan SEA yang lalu.....http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm  

Tapi tindakan beliau ni rasanya tak akan jadi satu ikutan le kat Malaysia ni...dah berapa banyak yg rakyat desak supaya letak jawatan dari jawatan PM sampai le wakil rakyat biasa..hampeh pun tak berlaku..Yg terbaru

25 Januari, 2012

jgn tanya sumbangan negara utk anda..

Biar papa asal bergaya...negara aman kerana mereka...

pemimpin kaya kami merana.

60 per cent of Sarawak veterans live in poverty *latest!

Posted on January 25, 2012, Wednesday
KUCHING: Some 60 per cent of about 13,550 ex-servicemen in Sarawak are living under the poverty line, Sarawak Veterans Affairs Department director Lt-Col Monday Juhid said.
He added that they comprised those without a pension after leaving the service.
He said the department was intensifying its effort to register them but only managed to register 6,500 people.

 Ramai veteran tentera yang terpaksa tinggal dirumah panjang begini.

Apalah nasib sebahagian dari rakan-rakan seperjuangan dulu.. Negerinya kaya.KMnya juga amat kaya..Dulu para pemimpin sering berkata .,jgn ditanya sumbangan negara utkmu tetapi tanya apa pengorbanan kamu utk negara...jawabnya.dapat duit gaji je..masa mudanya dihabiskan utk keamanan dan kesejahteraan negara. Hutan kami yg TEBAS mencari pengganas komunis..tanah ? banyak pemimpin yang punya..kini ramai veteran tentera terdampar dalam kemiskinan
.Apa silap mereka ? Tak berusaha ? tidak berkeyakinan ? tiada kelulusan ?..pirrrrahhhh..semua alasan hangpa bagi menjijikkan telinga mendengar. Apakah veteran tentera hanya layak jadi drebar ? body guard ? Jaga ? Itu yg selalu kami dengar.. Mana 1 Malaysia.Rakyat didahulukan.?.
PRU 13 ni  TEBAS semua hutan pemimpin yg menyemakkan pemikiran dan kehidupan rakyat..Kita bina lanskap politik dan laluan baru bagi kehidupan kita...ABU.

giliran tok menteri bila pula.

Hukuman penjara mandatori kerana mengedar dadah..penjara setahun.2 tahun .sebulan malah ada sehari untuk berbagai kes. Terima rasuah RM 5 pun ada yang kena penjara sampai 3 bulan..Curi seluar pun ada yang kena sampai 6 bulan.
Dunia..dunia..

Dulu DSAI kena bertahun-tahun juga...Ada kes sorang budak pompuan yg kena rogol oleh pembesar..yg perogolnya bebas yg kena rogol kena tahanan pula.
  Aku heran juga..dah berpuluh tahun ni tak pernah dengar menteri ke..exco ke yang kena hukum penjara. Wah hebat semuanya..BERSIH semuanya..gua caya lu menteri-menteri negaraku.  Lu orang semua memang amanah le..hehehe..hinggakan masuk jamban pun kami kena bayar.
 Ni cadangan yang terbaru;
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan menggenakan hukuman penjara mandatori ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut di jalan raya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
 Siap le kita semua..sapa yg cuai memandu..silap-silap haribulan penjara...Tapi tok-tok menteri yg cuai memandu negara samada sengaja atau tidak macam mana oii..hingga lesap berbilion RM duit negara..Cuai yang ni sapa pula kena tanggung...Rakyat semua kena tanggung woii.
 Tapi keadaan gini bukan tak boleh ubah..insysAllah boleh..mudah je..bukan perlu tukar kerajaan pun cuma TEBAS saja pemimpin kerajaan kita dari umnoo be end sekarang ni masa pru 13 nanti..

bila tiba pru ..Wanita jadian vs YB jadian


QS.23.12-15
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.



Tetapi ada juga manusia yg masih belum puashati akan kejadiannya..maka tukar le rupa dan bentuk..macam jin dan syaitan juga kot.. hai ada ramai manusia lelaki yg sanggup tranform  wanita jadian..macam cerita tranformer kot.


Tapi dalam dok sibuk bab manusia Wanita Jadian ni..ada lagi yg syok juga untuk dinilai..Masa semakin hampir dengan pilihan raya..Dulu-dulu pun macam tu juga..La ni dekat PRU 13 makin rancak le..Masing-masing sedang cuba Tranform menjadi manusia yang prihatin..berbudi luhur.dermawan dan macam-macam lagi laa..ni yg aku kata nak jadi YB Jadian..
Bagi puak sebelah sinumnoo,macam biasa la..sibuk dengan berbagai program..bermacam sumbangan. Ada sumbangan kerajaan dikatakan sumbangan partinya..entah le..mungkin ada yg guna duit bukan milik parti atau milik sendiri utk tunjuk dermawannya.



23 Januari, 2012

Cabar memanjang..Umno(Baru) vs DAP

 Pemuda BN cabar DAP buktikan ramai ahli Melayu

23/01/2012 6:15pm

IPOH 23 Jan. - Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai ahli daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang ahli Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'.
"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai ahlinya yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini hari ini.
Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keahliannya daripada orang Melayu.
"...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya. - BERNAMA

22 Januari, 2012

Macam pokok Galak Tua...



Isteri makin berumur makin ‘hot’
Habislah. Itu saya boleh kata kepada kawan-kawan yang mahu guna isu ‘kedinginan’ isteri untuk berkahwin lagi. Hari ini, alasan itu sudah tidak relevan lagi. Ini berikutan laporan American Journal of Medicine baru-baru ini yang menyatakan, kepuasan seksual bagi wanita sebenarnya semakin meningkat seiring pertambahan usia.
Malah, jangan tidak percaya bahawa mereka mendapat lebih kuasa pecutan VROOOOMMM setelah melepasi usia 40 tahun. Dan satu lagi kejutan, separuh daripada mereka yang berusia antara 40 hingga 100 tahun, masih aktif melakukan seks. Kajian itu juga mendapati, prestasi lelaki sebaliknya semakin menurun dengan peningkatan usia.

Jika kepada kawan-kawan, saya sudah katakan ‘habislah’, kepada kaum wanita, saya mahu ucap selamat untuk mereka kepada satu motivasi baru, yang sekali gus adalah penangkis bagi suami-suami yang mahu menggunakan alasan itu.

Barang kali selama ini wanita sendiri sudah terlalu dimomokkan dengan propaganda hal kedinginan mereka di ranjang apabila usia meningkat kepada 40-an, sekali gus menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, hilang motivasi sehingga mempercayai bahawa mereka sememangnya tiada kemampuan untuk terus berprestasi berbanding zaman berbulan madu dahulu.
Ingat semula waktu itu, ‘karan’ (arus elektrik, mengikut istilah orang kampung saya) sentiasa mengalir dalam tubuh sepanjang masa, setiap ketika, tidak kira di mana. Malah lebih hebat lagi kerana ‘karan’ yang sebenar hanya mengalir apabila suis lampu dihidupkan sedangkan ‘karan’ dalam tubuh pengantin baru akan lebih tinggi voltannya apabila lampu dipadam. Itulah bezanya.

Dan saya percaya, dengan terdedahnya hasil kajian menerusi jurnal ini, ramai wanita baru tersedar bahawa mereka selama ini seperti diperdaya lelaki. Sama ada benar diperdaya atau tidak, itu saya tak pasti.
Gambar hiasa jee.

Namun apa yang rasakan, wanita juga mungkin turut memperdaya diri mereka sendiri. Walaupun secara biologi, mereka masih berkemampuan seperti dalam laporan itu yang menyatakan seluruh responden dalam usia purata 67 tahun mengaku masih mampu terangsang, mempertahankan lubrikasi malah mencapai orgasma ketika bersama suami, namun yang barang kali menjadi masalah bagi mereka adalah berkaitan dengan fokus.

Sudahlah tidak ada keyakinan, mereka juga gagal memusatkan fikiran bukan hanya ketika di ranjang malahan juga dalam kehidupan harian. Setelah mempunyai anak, perhatian mereka kepada suami mulai menurun. Tidak lagi bersikap romantik malah ada yang menolak ketika diajak untuk beromantik. Alasan yang diberi, malu pada anak-anak!

Malah ada juga yang terus mengangkat faktor usia sebagai alasan bahawa tidak lagi sesuai untuk berkelakuan seperti anak-anak muda. Walhal alasan itu diberi hanya ketika usia baru menjangkau pertengahan atau lewat 30-an. Inilah yang sering membuat suami meradang. Tidak! Jangan sangka ini masalah saya tetapi inilah isu yang sering saya dengar menerusi rungutan kawan-kawan di meja teh tarik, di pejabat malah di masjid.

Kerana itu, menerusi tulisan ini, saya harap wanita bukan sahaja mendapat motivasi baru dari segi keyakinan psikologi bahawa secara biologi, mereka sebenarnya masih mampu untuk berprestasi tinggi. Dalam bahasa orang sekarang, masih ‘hot’!

Jadi, tidak perlulah untuk membohongi diri bahawa zaman romantik untuk mereka sudah berlalu apabila menjelang usia 40 tahun. Alangkah ruginya jika tempoh ‘hot’ itu disingkatkan hanya antara usia 25 hingga 35 tahun sahaja. Malah ada juga yang memberi alasan malu jika ‘terpaksa’ hamil.
Nah! Jika tidak mahu hamil, tentu sahaja ada caranya, bukan?

Tiba-tiba saya teringat pada Mek Wok Kundor di Terengganu yang bertemu jodoh dengan suami ke-23, Md Noor Che Musa pada 2009. Ketika itu, usia Mek Wok 107 manakala, Md Noor, 37. Dan saya masih ingat lagi antara kata-kata Mek Wok: “Kalau tidak mampu layan suami, takkan saya kahwin lagi ...”

Hehehehe..macam pokok Galak Tua..makin tua makin merah daunnye...jadi jangan le dok pi TEBAS bagi habis..yg penting hidup bahagia..aman sentosa dan diberkati Allah.

anak soleh..

Mandikan ibu, isteri setiap hari
Wartawan Sinar Harian
January 22, 2012
mandikan ibu& isteri
SEBERANG MARANG –Kehidupan seorang warga emas, Lijah Salleh, 91, dan menantunya, Romelo Ngah, 54, di Kampung Atas Bukit, Jalan Lama di sini, amat menyayat hati apabila mereka berdua hanya mampu duduk dan berbaring akibat uzur dan lumpuh.

Namun, kedua-dua wanita kurang bernasib baik ini amat beruntung kerana Nordin Ali, 54, anak Lijah dan suami kepada Romelo seorang yang bertanggungjawab dan sabar melayani karenah ibu dan isterinya itu.

Malah, Nordin bukan sahaja menguruskan keperluan isterinya yang lumpuh sejak lebih sebulan lalu malah turut perlu menjaga ibunya, Lijah, yang mengidap penyakit nyanyuk dan uzur sejak lebih kurang lima tahun lalu.

“Saya tidak sanggup meninggalkan ibu dan isteri tanpa perhatian dan penjagaan, walaupun keluar sekejap kerana bimbangkan mereka.

“Setakat ini belum ada jabatan atau agensi tampil memberi bantuan namun, bagi menambah pendapatan sesekali saya keluar juga bekerja untuk memperoleh pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga ini,” katanya yang hanya bekerja kampung.

Nordin berkata demikian ketika menerima kunjungan pihak Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang diketuai Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah.

Atas kasih sayang yang begitu mendalam, Nordin juga memandikan ibunya dan isteri selepas menunaikan solat subuh setiap hari seterusnya menyediakan sarapan sebelum melakukan rutin hariannya demi tanggungjawab yang terpikul di bahunya sebagai anak serta suami.

21 Januari, 2012

Tahun naga, rezeki melimpah..hasil balak Kedah bertambah .




Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Tionghua...
Alhamdulillah..dengan berkat kesungguhan..ketelusan dan berhemah..dan atas limpah kurnia Allah Yang Maha Pemurah   pendapatan negeri Kedah Darul Aman untuk tahun 2011 telah meningkat lebih lagi dari tahun lalu.
Dengar-dengar habaq pendapatan dari hasil balak bagi tahun 2011 mencapai RM 80 j
Sama-sama kita tunggu pengumuman dari pihak kerajaan negeri..insyaAllah..kalau berita ni benar...Apa pun Tahniah kepada pimpinan Kedah dan kepada kakitangan kerajaan serta seluruh rakyat Kedah yang sanggup bersabar.
Puas juga nak TEBAS bagi negeri Kedah dapat sebanyak tu...dok tunggu sampai lebih 50 tahun baru boleh dengaq pendapatan dari hasil balak mencecah lebih dari RM 50j.
Kalau rasa nak bagi semak semula aku tak tau la..hangpa bagi le undi kat umnooo yang dah makin be end..Kalau rasa nak lihat lebih cerah dan elok...hangpa TEBAS perabih le calon-calon dari umno be end tu masa PRU 13.

20 Januari, 2012

kes tebas keliling..


 Kes yg berlarutan selama 2 tahun..
9 Jan 2012 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan DSAI dari tuduhan meliwat tu..Kes gini pun sampai 2 tahun baru boleh bagi keputusan ?..tu pun belum selesai sepenuhnya...Rayu pula yg kata kena sondol tu..tu hak dia lantak le...tapi yang aku tak faham..pasai apa PEGUAM NEGARA yang kena buat rayuan ?
.
http://www.malaysiakini.com/news/187182

  .Bukan kah kes ni kes melibatkan individu dgn individu yang tak bersangkut pun dgn mana-mana pegawai atau agensi kerajaan ? ..ish..ish..ish..dia sudah jadi Peguam Kes Sondol menyondol ? Peguam bagi kes individu..lepas ni boleh le kita pakat minta khidmat AG kita ni..Kalau si Saiful tu boleh..org lain pun boleh lee...kan 1 Malaysia Boleh. atau dia mau TEBAS habis semua kes ke...tak mungkin..tak mungkin..atau ada apa-apa ke..?




air dlm bosi..api dlm kaco..untung Singapore

Sudah bercahaya habis ke kat negara kita ni...wah untungnya rakyat Malaysia..kalau kemana kampung pun sudah ada letrik...bab kata..air dalam besi, api dalam kaca..petik ditepi ditengah menyala..hahhaha
jual jangan tak jual..apa nak kisahnya kalau jual kat orang lain pun..janji ada untung.

 PUTRAJAYA: Malaysia is proposing to sell electricity to Singapore in an initiative that will be spearheaded by private companies. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said that both countries were working on a framework on this matter. (The Star)

 

Sinar Harian 11 Jan 2011

MALAN , Kuala Pilah – Kerana kesempitan wang, seorang warga emas terpaksa tinggal dalam keadaan gelap gelita apabila rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik sejak 20 tahun lalu, selain kediaman yang usang dan daif kerana sudah dimakan anai-anai.

Rumah Maimunah Abu Samah, 63, di Kampung Malan Ulu jauh di kawasan pedalaman dalam ladang kelapa sawit.
Walaupun mempunyai bekalan air tetapi Maimunah terpaksa mandi dalam keadaan tidak selesa, berbumbung langit dan berlantaikan tanah, selain terpaksa menggali lubang sebagai tandas....
===============================================================================
Singapore..bukan jauh manapun,seberang tu je....janakuasa tak payah dibina..pencemaran pasti kurang.kerosakan pembekal yang tanggung...silap-silap kena penalti lagi...harga ?...hangpa fikir le sendiri..jual air pun Singapore yg untung...rakyat Johor juga yang kena bayar harga tinggi..
Lepas ni..mana tanah pula yang nak diTEBASnya untuk bina loji janakuasa tu..bukan boleh bina dalam laut pun...kalau boleh bina dah tentu Singapore bina sendiri..

Pesar tentera pula mau tebas..

Maruah: Pesara tentera

saman Kuan Yew, 6 PM Malaysia

20/01/2012 5:07pm

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Kapten hari ini memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara.
Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mewakili 403 pesara ATM itu, memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Tengku Zainal dan 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral, menamakan Kuan Yew, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.
Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konspirasi dan menyalahguna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang. - BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm

Banyak lagi yang tak diiktiraf oleh para tok menteri terhadap anggota tentera...bekas-bekas tentera tentu sedar. Banyak juga hak utk tentera umpama lepas batuk ditangga..Bagi ponco nak buat lindung dari hujan panas pun kalau tarik kekaki kena hujan kat kepala dan muka..kalau tarik ke kepala kena hujan kat kai..last2 tidur mencanggung..

.nasib..nasib...dulu ramai yang dlm infantri dok kerja TEBAS hutan..dari Perlis sampai ke Sabah..nak cari komunis..Bila berhenti atau tamat perkhidmatan...satu inci tanah pun susah mau minta...
 Elok le kalau kita pakat TEBAS para pemimpin dan parti yang dok memperbodohkan kita...
Aku kira ABU je..

19 Januari, 2012

hihiiihi..Be End

Jangan jadi pekak dan buta pula...ada telinga dengar,ada mata lihat

 
 Bukan aku yg kata...
 

Ada semak..TEBAS..agar cerah dan mudah dilalui.
  

18 Januari, 2012

dah pekak..nak buta pula tu..




Apa punya otak...belum apa-apa sudah HARAM...yg jelas diharamkan oleh Islam tak di HARAMkan pulak..Kata negara kita demokrasi..tak bolehkah rakyat nak buat perhimpunan ? Bagi saja kebenaran ok lee lepas tu...nak kata haram apa pula.Kalau berlaku keganasan pihak keselamatan bertindak le..tangkap je yang buat onar tu..kemudian dakwa mereka..apa susahnya.

Ni..bila ada rakyat yang tak puashati nak tunjuk rasa ketidakpuasan hati kat pemimpin negara disekat dengan berbagai alasan dan halangan..come on men...be a smart guy or leader..Sekarang bukan macam zaman dulu..mau bendung otak manusia dengan alasan bodoh.Manusia dulu pun cerdik..cuma suasana saja berbeza.

Dulu lain sekarang lain..Macam umno juga..dulu perjuangannya dilihat berbeza dari cara sekarang....alahai..begini tahap pemikiran Ketua Pemuda umnooo..patut kena TEBAS le umnoo ni..Kalau biar lama-lama..alamat makin tumpul le otak Melayumnoo...PRU 13 nanti undi je parti lain..

 Kalau TEBAS tu..kena le TEBAS sekali dengan Be End yang dah semakin senget.
kerana

2:18





 Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). 
(Al-Baqarah :18) 

Hoii...orang bukan ugut..tapi nak bagitau kat pemimpin je..dah kami hantar Wakil ke Parlimen dan suruh depa bercakap..hangpa tak mau ambil kisah..dok kira cara hangpa je...mana tahan..
KAMI BUKAN LEMBU

Kereta Akhirat ?

Wow...mana mau TEBAS cari duit..
nak beli mcm ni..

Semak..Semak..lihat pun jadi lee.




1.  Bugatti Veyron Super Sports
Harga cuma $ 2.4 juta jee

Yg terpantas memecut 0-60 hanya dlm 2.5 saat
Kelajuan hingga 267 mph








Harga $1,850,000.00
Kuasa pecutan 0-60 dlm 3.4 saat.
Kelajuan hingga 217 mph.






3.  Koenigsegg Agera R
Harga cuma $1,600,000.00
Pecutan 0-60 mph dlm 2.8 saat
Kelajuan hingga 260 mph.boleh memcecah hingga 270 mph.







4.  McLaren F1 $970,000.00
  Pecutan 0-60 mph dlm masa 3.2 saat
 Kelajuan hingga 240 mph.





 



5.   . Ferrari Enzo $670,000.00
Pecutan 0-60 mph dlm masa 3.4 saat
Kelajuan maksima 217 mph. 








Harga cuma $667,321.00
Pecutan 0-60 dlm 3.5 saat
Kelajuan 215 mph+ 





 




Harga cuma $654,400.00
Pecutan  0-60 mph dlm 2.7 saat.
Kelajuan hingga 257 + jee.






8.  Ascari A10 
Harga boleh tahan juga $650,000.00
Pecutan 0-60 mph hanya dlm 2.8 saat.
Kelajuan maksima 215 mph jee.



 



Harga tak mahal mana pun $555,000.00
Pecutan 0-60 mph dlm 3.2 saat
Kelajuan maksima 248 mph +.

 



Harga sikit murah  cuma $545,568.00
Pecutan : ??
Kelajuan 245 mph boleh + lagi 




Urusniaga dalam matawang USD laa...kira sendiri berapa RM daa..
LEMBU LAGI MAHAL...????
Mau naik tikar terbang je aku nii..
Ada orang boleh naik kereta lembu setiap hari.
Ada lembu boleh tidur kat kondo
DUNIA...DUNIA

29:64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). 

 ( Al-Ankabut : 64 )
 

17 Januari, 2012

Dajjal nak mai dah......

Berita panas dan menakutkan...aku tak dengar pun berita dari radio atau tv Malaysia..Mungkin aku lena masa siaran berita tu...hahhaha

Gi baca sendiri kat sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Jika benar apa yang berlaku..kena pakat-pakat TEBAS otak lagi...apo kebendenye yang berbunyi tuu...Entahlah..yang aku tau Dunia semakin tua...kiamat semakin dekat..Yg dok kerja menipu,kena berhenti menipu le...bertaubat sebelum terlambat...yg dok buat dosa Dedah aurat setiap masa pun kena bertaubat...yg solatnya sekejap ada sekejap tiada pun kena bertaubat...Mulakan hidup baru kita dengan Islam yg Syumul..


Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya;
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1.   hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2.   hadith: “Tiada  kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.”,
3.   hadith: “Sesungguhnya  setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4.   hadith:  “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5.   hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.
 
Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.”  Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW. pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.

Aman yg tak selamat..

Negaraku Amannnnnnnn....??????????????

"Saya rasa selamat apabila melihat anggota polis ada dimerata tempat"..Itu kata seorang warga kita yang ditemuramah oleh pemberita.Begitu juga dengan pelancung luar.
Wah berbangganya depa dengan perkhidmatan PDRM ini...hinggakan rasa selamat.boleh keluar rumah hingga kepagi...atau duduk dirumah bersantai lena nyenyak hinggakan dimasuki pencuri atau perompak.
Lantaran tranfomasi negara, maka timbullah pula rondaan bersama Polis dan ATM ditengah bandar...untuk menjamin keselamatan penduduk.

Maka banyak juga le kenyataan para pimpinan negara serta polis tentang tugas mereka itu..antaranya.

Polis dan ATM ronda cegah jenayah di Pulau Pinang

25/07/2011 8:51pm

GEORGE TOWN 25 Julai - Program Rondaan Bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilancarkan di negeri ini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kerjasama strategik antara polis dan tentera itu akan dilakukan pada sebelah siang untuk pencegahan jenayah menerusi rondaan jalan kaki, rondaan berkereta, ops payung dan sekatan jalan raya.
Beliau berkata, daerah Barat Daya Pulau Pinang merupakan daerah keenam dipilih selepas kejayaan program itu di Taiping, Ipoh, Port Dickson, Seremban dan Kota Bharu.
"Masyarakat perlu tahu adanya sistem rondaan polis bersama ATM dan kami yakin dengan adanya program seumpama ini akan dapat mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kemasyarakatan PDRM dan ATM Rondaan Bersama Mencegah Jenayah di sini hari ini. - Bernama

APAKAH AMAN BAGI SESETENGAH RAKYAT ITU..HANYA APABILA TIADA PEPERANGAN..HURU HARA ANTARA KAUM ATAU DEMONTRASI ?
Kalau beginlah rupa pemikirannya,alangkah bahagianya pemimpin umnooo be end kerana rakyat sendiri TIDAK TAHU pengertian AMAN yang sebenarnya.
Padahal setiap hari ada saja berita tentang ROMPAKAN,PEMBUNUHAN,ROGOL,PENCABULAN,PENDERAAN didalam negara kita yang kecil ini.

Woii...hangpa kena faham sebaliknya pula,bila polis ada dimerata ceruk tempat..tu laa maknanya negara kita tidak AMAN belum SELAMAT dari jenayah...ada faham? Ni besi tutup lubang kumbahan pun kena kebas....Handphone pun kena rembat kalau dok letak atas meja masa makan kat kedai..Rumah yg cantik,besar atau kecil pun kena buat pintu besi tambahan..Lembu pun lesap....AMAN ke GINI..?


Apapun situasi ini menggambarkan bahawa DASAR Pemerintahan yg ada GAGAL untuk mengwujudkan keamanan jiwa kepada seluruh penduduk negara..DASAR ini sudah tentu merangkumi semua aspek.antaranya..Dasar Pendidikan..Dasar Sosial..dasar Hiburan..Dasar Perundangan..Dasar Pembangunan DAN MACAM-MACAM DASAR LAGI LAH.

Jadi, pakat-pakat TEBAS otak sikit  bagi cerah untuk fikir.Jangan dok kira kalau tak ada peperangan,demontrasi maka AMAN le kita.
Macamana nak bagi AMAN ?...tunggu hari lain pula le aku cerita.

16 Januari, 2012

Gambar ciput Konvensyen PR Kali Ke 3..

Bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar Kedah. 
Pada 14 Februari 2012 bersamaan 14 Safar 1433 H.


Mula dgn persiapan lee.















Nak gambar lagi..pi tangkap sendiri.....hahahhaa....
aku syok2 je....janji nak TEBAS umnooo be endddddddd.

hali-hali kencing itu Islam..

Ketika dunia Arab sedang bergolak dengan musim perubahan politik dari satu negara kesatu negara,terhambur pula berita yang sungguh menjijikkan pada akal manusia yang normal..Berita dengan tajuk yang hangat "KENCING". Kisah tentera amerika laknatullah kencing mayat pejuang taliban. Wah...dah main kencing-kencing pula..dulu main dera-dera bagi telanjang saja..wow makin maju peradaban mereka..celaka punya manusia..bangkai haiwan pun manusia yang beradab tak kan berbuat demikian.

Bila dah keluar berita ni,ramailah para pemimpin dan manusia bercakap termasuk yang mengaku Islam..kurang ajar..biadab dan sebagainya...TAPI adakah kita masih boleh berdiam diri kalau ada dikalangan kita umat Islam yang kencing Islam itu sendiri ?..Ada pemimpin yang sanggup berkata demikian..

Ada yang bercakap umpama tidak pernah mendengar tentang Hukum Hudud ini..


Ni standard pemimpin melayu/islam woii.... bab agama sendiri pun dok kira dengan bab ekonomi..haiya manyak cilaka punya olang..lu olang hali-hali kencing sama Islam talak takut kaa...



Ni lagi satu olang..bini olang nombok satu...hali-hali keleja mau kencing Islam maaa...lamai lagi loo itu pompuan Melayu ini macam...Haiya apa mau bikin..macamana mau bikin...lu mau ikut kaa..


kalau lu ikut..lu pun KENCING sama ISLAM loo..



Gua mau ingat lu olang saja maa....kasi TEBAS ini macam punya olang loo..Mau kata Melayu pun susah loo..sebab selalu cakap itu bahasa omputih saja...mau cakap Islam pun susah maa...sebab ini macam punya fesyen sama dengan olang bukan Islam loo....Haiyaaa..TEBAS...TEBAS...TEBAS maaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...