Amboi..depa dok serang kami saja noo...baru 1 penggal dan 1 projek yang dihebohkan gagal..hangpa hingaq bagai nak runtuh Wisma Darul Aman..Biasa la..niaga..ada untung ada rugi..kadangkala kena tipu..meniaga teloq ayam pun ada yg kena tipu..tambah pula meniaga dengan nilai juta-juta RM.
Dalam hidup ni mana ada yg sempurna..tambah pula kalau masih baru memerintah..ada la yang ambil kesempatan..apa pun yg berlaku ia masih baik dari dok buat 1 lagi projek kerajaan barisan nasional...gah bagaikan depa saja yang pandai dan boleh..sebaliknya..harga projek berlipat kali ganda..tak rugi kan..pandai sungguh depa..rakyat dok tengok nganga saja depa pun nganga juga tapi masyukkkk..
Oghang tak mau nak dedah sangat bab buruk hangpa tu..tapi kalau gini punya gaya, elok le didedahkan juga tentang kerugian yg depa buat dulu..
Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul
Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN)
yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama
dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara
2011.
Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan
empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan
Negeri menanggung beban hutang yang banyak.
“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali
ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan
kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung
beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan
udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional
Park.

Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint
venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani
antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd
pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah
Permodalan Kedah Berhad (PKB).
“Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda
(51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat
yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.
“Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan
tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan
biayai kos dan pelaksanaan pembangunan,” katanya.
Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah
keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan
miliknya.
“Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of
Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan
Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan
miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu,” katanya.
Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika
memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.
“Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai
semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra
Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable,”
katanya.
Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian
pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries
Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih
oleh SKS Reality Sdn Bhd ).
“Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan
keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta
(2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu,” katanya.
Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya
diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.
“Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan.
Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat,
sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana
syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri
Besar sebelum ini.
“Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan.
KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB,” katanya.
Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta
kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri
Kedah.
“Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar
sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan syarikat itu. Kita terpaksa tebang
balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development,
atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.
“Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada
pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri
tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah
itu masih hak dia,” katanya.
Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah
pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di
mana dua geran untuk satu tapak.
Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional
Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan
PKB.
“Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding
untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi
perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan,” katanya.