WISH

WISH

21 Februari, 2012

tentera depa...negara kita.

Rasa teruja juga bila baca berita gini. Dalam masa yang sama rasa sedih juga kerana masalah dinegara kita. Banyak karenahnya jika nak buat gini.

KAMRA, Pakistan – Di dalam sebuah kompleks tentera udara kawalan ketat yang membina jet-jet pejuang dan sistem senjata api, tentera Pakistan kini mempunyai empayar komersial tambahan, iaitu komputer tablet iPad versi tempatan.
Pengeluran komputer itu melibatkan kerjasama jurutera-jurutera Pakistan dan perkakasan komputer.
Jurutera-jurutera penerbangan memasang komputer tablet iPad versi tempatan itu, PACPAD 1 di sebuah pangkalan tentera udara di Kamra, utara Pakistan.
“Asalnya iPad, salinannya ialah PACPAD 1,” kata Mohammad Imran yang meletakkan produk itu di kedai kecil komputer dan telefon bimbitnya di sebuah pusat beli-belah di Rawalpindi tidak jauh dari sini. Komputer itu menggunakan satu sistem yang dihasilkan Google, Android 2.3 secara percuma.
Pada harga AS$200 (RM607.79), PACPAD 1 murah lebih separuh harga daripada komputer Apple atau Samsung dan komputer tablet keluaran China di pasaran.
Nama singkatan PAC adalah merujuk kepada Kompleks Aeronautikal Pakistan.
Hanya beberapa ratus produk itu telah dibuat setakat ini walaupun kumpulan baharu komputer tersebut akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi.
“Industri pertahanan cuba untuk menunjukkan kehadirannya dengan melakukan lebih daripada hanya untuk mengeluarkan senjata,” kata penulis kajian penglibatan tentera dalam perniagaan, Ayesha Siddiqa. – AP

Kat negara luar tentera depa boleh bantu hasilkan berbagai peralatan untuk kegunaan dlm negara..kat negara kita hehehehe...beli berbagai peralatan luar utk kegunaan kita...Lepas ni..silap-silap akan beli pula peralatan macam ni...mana tau kan...ataupun dibeli lebih canggih lagi dgn harga yang lebih mahal kerana "spec"nya yang tiada dinegara lain...Hahahha..macam kapal selam atau jet pejuang.

mak pak juga yang salah..


Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010.