WISH

WISH

09 Mac, 2012

woii dap pi bela Lim Liong Sik tu !

DAP minta Ketua Hakim ringankan hukuman berat terhadap imam baling kasut
 
9 March 2012
 KUALA LUMPUR, 9 MAC: Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria diminta campur tangan untuk meringankan hukuman penjara setahun terhadap seorang iman Hoslan Hussein yang hanya membaling kasut dalam mahkamah.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Arifin perlu memikirkan semula tentang hukuman berat itu kerana:
  • Tindakan membaling kasut kerana marah dengan keputusan hakim telah lama berlaku pada 22 Februari lalu dan ia hanya isu “menghina” prosedur mahkamah; dan
  • Hukuman itu diputuskan oleh tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang sama sedangkan mereka tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap iman tersebut sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Hoslan membaling kasut terhadap panel hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Zulkifli Ahmad Makinuddin pada 22 Februari lalu kerana tidak puast hati dengan keadilan yang dituntutnya.
Menurut Kit Siang, hukuman itu mencerminkan seolah-olah ada konflik kepentingan serta terlalu berat bagi “kesalahan” tersebut, khususnya apabila dibandingkan dengan jenayah korupsi yang melibatkan beberapa pemimpin penting dalam kerajaan.
“Begitu juga dengan kes lain. Adakah Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional akan menghapuskan amalan diskriminasi politik serta diskriminasi terhadap petani cacat di Sarawak, Frusis Lebi, dengan mengembalikan semula bantuan kebajikan dan subsidi pertanian yang ditarik balik oleh pemimpin BN di Sarawak?
“Jika tidak isu-isu ini akan dibangkitkan dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia semakin didedahkan dengan kepincangan kepimpinan Najib yang kini sudah hampir tiga tahun.
Antara kepincangan-kepincangan kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib adalah:
  • Hukuman berat penjara setahun terhadap imam Hoslan semata-mata membaling kasut;
  • Seorang hakim Mahkamah Tinggi mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan keputuasn bertulis setebal 70 muka surat bagi kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang diletupkan mayatnya dengan bom C4 – tanpa mempedulikan tentang “motif” pembunuhan itu;
  • Diskriminasi bantuan kebajikan dan subsidi pertanian kepada Frusis Lebi semata-mata kerana beliau membantu Pakatan Rakyat sewaktu pilihan raya negeri Sarawak 2011;
  • Pendedahan demi pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC/NFCorp) yang membuktikan penyelewengan teruk dan pecah amanah wang wakyat sehingga ke luar negara, dengan dakwaan terbaru di mana para pengarah NFCorp bukan sahaja membeli hartanah di Singapura tetapi juga di Kazakhstan;
  • Penafian yang lemah oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin bahawa projek lebuh raya Kinrara-Damansara Expressway (Kides) bernilai RM2.2 bilion telah diberikan kepada firma-firma berkaitan UMNO sebagai “hadiah” kerana berajya merampas kuasa untuk UMNO-BN di Perak; dan
  • Kerajaan menyalahgunakan wang rakyat RM840 juta untuk menyelamatkan bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli, membayangkan rakyat Malaysia masih lagi membayar kerugian RM100 bilion akibat pelbagai skandal era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ini hanyalah sebahagian kecil penyalahgunaan kuasa, korupsi, kronisme, tiada ketelusan, ketidakadilan yang zalim serta pentadbiran yang baik oleh kerajaan UMNO-BN.
“Slogan-slogan indah Perdana Menteri dan segala program transformasi hanya indah khabar dari rupa,” ujarnya. – Roketkini.com

08 Mac, 2012

kemelut Kedah :.sayangnya putik tidak menjadi masak



1.            Saya merakamkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas penyelesaian yang telah berlaku di Kedah setelah melalui kemelut dalam isu perlantikan exco baru-baru ini. Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah ini.

2.            Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini.

3.            Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!

4.            Saya simpati terhadap 'tupai-tupai' yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat 'menikmati buahnya'. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan.

5.            Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Sumber Harakah Daily.

berita polis..ada baik ada jahat


Polis diserang dengan lastik
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
polis-memeriksa-motosikal-yang-dirampas-(Read-Only)
TERAP - Empat lelaki warga asing berjaya ditahan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan memiliki motosikal curi di sebuah estet kelapa sawit di Batu 10 kira-kira jam 2 petang semalam.

Polis turut menemui tujuh motosikal dan ada di antaranya dilaporkan hilang di sekitar Kulim dan Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis mendapat maklumat tentang kes motosikal curi di lokasi kejadian melalui maklumat orang ramai dan membuat pemantauan sejak lima hari lalu.

“Ketika pihak kami ke lokasi berkenaan, kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan melalui jalan berlopak kira-kira 20 kilometer.

“Kenderaan kami tiba-tiba diserang hendap oleh beberapa suspek dengan menggunakan lastik.

“Satu daripada kenderaan kami pecah cermin di bahagian kiri hadapan sebelum terbabas dan merempuh pokok. Kenderaan itu kemek di bahagian hadapan kanan,” katanya.

Menurutnya, suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan....
 
Anggota polis didakwa cabul anak kandung
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
GEORGETOWN - Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan anak kandungnya, sembilan bulan lalu.

Penjawat awam berusia 54 itu, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anaknya berusia enam tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di berek polis, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, kira-kira jam 4 petang, 10 Jun lalu.

Lelaki itu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Aini Yusof membenarkan anggota polis itu diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengendalikan pendakwaan.



21 remaja dicekup cuba lumba haram
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
BUKIT BESI – Tindakan pantas polis berjaya menggagalkan usaha sekumpulan remaja dipercayai dalam cubaan menganjurkan lumba motosikal haram, berdekatan lebuh raya, dekat sini, awal pagi semalam.

Sebaik mendapat maklumat orang awam berkaitan aktiviti tidak bermoral itu, sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Besi diketuai Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Othman Yaakob bergegas ke lokasi kira-kira jam 2.30 pagi lalu dan berjaya menahan 21 remaja difahamkan berumur belasan tahun hingga 20-an.

Kesemua remaja terbabit, masing-masing dari Al Mukhtafi Billah Shah, Ketengah Jaya dan Bukit Besi kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bukit Besi untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Lima kenderaan yang berada di lokasi berkenaan juga turut ditahan untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kembali setelah berpuas hati dengan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)..


Hahahha ...Malas nak TEBAS otak untuk mengarang hari ni. Ada manusia baik ada manusia jahat. Ada syurga ada neraka. Ada dosa ada pahala.Hidup lawannya mati.

kemelut minda lepas banjir

Hujan lebih 12 jam, Lembah Klang banjir dan satu maut
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & AHMAD ISMADI ISMAIL
8 Mac 2012
Banjir
Banjir
SHAH ALAM – Hujan yang berlarutan lebih 12 jam di Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan sebahagian besar kawasan dinaiki air manakala seramai 661 mangsa banjir di kawasan Hulu Langat terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Malah hujan lebat juga menyebabkan seorang remaja 13 tahun terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan tanah apabila tebing setinggi lima meter belakang rumahnya runtuh.

Hulu Langat adalah antara kawasan dinaiki air. Kawasan-kawasna lain termasuklah Lembah Jaya di Ampang; Kampung Attap dan Kampung Baru di ibu negara.

Jalan-jalan yang turut dinaiki air ialah Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Tesco Ampang dan Hotel Flamingo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (kawasan Chowkit), Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Pasar Seni.

Banjir juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sejak awal pagi tadi dan banyak kenderaan terkandas.

Sementara itu, mangsa-mangsa banjir di kawasan Hulu Lanat dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, hari ini.
Banjir di kawasan Hulu Langat menghala ke Bukit Belacan, Ampang dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, beberapa rumah di Kampung Sungai Putih ditenggalami air.
 
"Kejadian banjir di Lembah Jaya Utara berlaku kira-kira jam 8 malam tadi, kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
 
"Setibanya di lokasi kejadian, sebahagian mangsa diarah berpindah dan mereka ditempatkan di kawasan yang selamat," katanya.
 
Beliau berkata, seramai 28 orang mangsa telah dipindahkan ke sebuah surau di Lembah Jaya Utara oleh Pasukan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang, Ampang, Selayang, Pandan Indah, Cheras, Hang Tuah dan Bangi.
"Polis akan mengawal di lokasi kejadian sehingga keadaan kembali pulih serta mengelak kejadian kecurian daripada berlaku," katanya.
Penolong Pengarah Opererasi Negeri, Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang terlibat tinggal di Batu 11, 14 dan 18.

"Air mula surut tetapi hujan masih tidak berhenti. Kita mula memindahkan mangsa yang terlibat sejak malam tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sani berkata, enam bot digunakan bagi membawa mangsa ke tempat perpindahan sementara.

Katanya, kawasan lain yang terlibat dalam banjir adalah kawasan Lembah Jaya dan Bukit Belacan tetapi air mula surut.

Beliau berkata, seramai 82 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya ditugaskan ke lokasi kejadian.

Lapan keluarga yang tinggal di kuarters kerani polis di Jalan Belfield, berhampiran Kampung Attap, diarah berpindah ke penempatan sementara di Dewan Flet Sri Sarawak sejak jam 12 tengah malam tadi.

Polis juga menutup laluan di hadapan rumah berkenaan sejak malam tadi. Tinjauan mendapati runtuhan tebing setinggi lebih lima meter jelas kelihatan.

Di Lembah Jaya, Ampang, lebih 400 mangsa melibatkan 150 rumah, yang tinggal berhampiran sungai di Taman Rima dipindahkan sejak malam tadi.

Mereka terdiri daripada  penduduk Kampung Melayu Ampang, Kampung Pinggir Tiga dan Perumahan PKNS di Lembah Jaya Utara;- Sinar Harian

Puak-puak yang dok kata pandai memerintah penuh dengan pembangunan dan bijak mengagihkan ekonomi negara akan menyalahkan siapa pula jika begini ?
Tentu lepas ni ada yang akan jadi mangsa serangan mulut pemimpin pejuang pembangunan. Australia yang luas terbentang luas pun kena banjir lagi teruk. Kawasan yang dilanda banjir di Australia tu bukan berada dalam kawasan yang penuh dengan bangunan macam KL. Aku rasa lepas ni akan dikatakan pula semua tak pandai mentadbir negeri dan negara termasuk Umno(Baru) Be End yang dah lebih 50 tahun memerintah dengan bijak dan pandai tapi kita masih menghadapi masalah banjir.TEBAS minda sendirilah dan kembalilah kepada Islam.

07 Mac, 2012

Kemelut Syria...akan hancur seperti Iraq ?

Pergolakan di Syria semakin meruncing.media-media barat dan Amerika banyak memaparkan kisah dan rancangan bagi membantu Syria.Terkini Presiden Obama telah mengarahkan agar tindakan "Unilateral" dilancarkan kononnya bagi membantu orang awam dalam perang saudara di Syria ini. Apakah benar rakyat Syria memerlukan bantuan tentera Amerika atau tentera Barat bagi membantu mereka ? Kongres Amerika semakin meneliti akan keperluan ini bagi memenuhi matlamat jangka panjang mereka untuk menguasai dunia.
Selepas Afghanistan dijajah, Iraq pula yang diranapkan mereka. Selepas itu negara di benua Afrika iaitu Libya pula dihancurkan. Satu persatu negara-negara yang mempunyai bilangan rakyat beragama Islam di kucar kacirkan termasuk Somalia yang nyata menunjukkan Amerika dan Barat gagal mengwujudkan keamanan.
Kenapa ?. Bagi ramai penganalisis politik menyatakan bahawa bukanlah keamanan matlamat mereka tetapi perniagaan. Perniagaan senjata,peralatan tentera serta hasrat untuk menguasai hasil bumi negara-negara tersebut sebagai langkah menguasai dunia dan manusia seluruhnya.

Banyak filem-filem mereka telah memberi gambaran tentang perkara ini. Kalau Amerika sanggup untuk menimbangkan bagi membantu menubuhkan sebuah negara lagi di rantau ini iaitu Baluchistan, kenapa ia tidak sanggup untuk menghancurkan sebuah negara lagi. Kedudukan strategik negara-negara ini di rantau Arab perlu dikuasai. Dimana pemimpin Islam kita yang berkuasa ? Baculkah mereka atau mereka lebih mencintai kehidupan dunia ini ?
Lihat saja kedudukan negara-negara tersebut dan lihatlah juga kedudukan Kaabah yang merupakan kiblat kita. Seandainya mereka berjaya menguasai laluan masuk ke Selat Hormuz maka Iran yang merupakan musuh ketat mereka akan tersepit dan perancangan strategik mereka selanjutnya pasti akan menjadi lebih mudah kerana seluruh jazirah Arab telah terkepung.
Wahai saudara-saudaraku TEBAS lah minda kita. Usah terpegun dengan berbagai slogan dan imbuhan dunia. Sedangkan kita sedang dikepung sebilangmasa dan dimana saja.Kuatkan jamaah kita,kuatkan Aqidah perjuangan kita biarpun kita lemah dari sudut persenjataan tetapi kita punyai apa yang mereka tiada yakni Allah dan SyurgaNya.

nah aihh..kena pecat pasai hidung sendiri

Dipecat selepas bedah hidung
2012/03/07

GAMBAR Anwar al-Balkimy sebelum menjalani pembedahan (kiri) dan ketika beliau terlantar di hospital.
GAMBAR Anwar al-Balkimy sebelum menjalani pembedahan (kiri) dan ketika beliau terlantar di hospital.
Ahli parlimen Mesir didapati bersalah buat pembedahan plastik

KAHERAH: Seorang ahli parlimen parti Islam paling konservatif di Mesir meletak jawatan di parlimen kerana menipu selepas menjalani pembedahan hidung, mendakwa kecederaan di wajahnya yang berbalut adalah akibat dipukul selepas keretanya dilarikan.
Anwar al-Balkimy yang mewakili parti Al-Nour, manakala anggotanya dikenali sebagai Salafi yang terkenal tegas dalam mematuhi ajaran Islam yang melarang pembedahan kosmetik kerana ia mengubah ciptaan Allah.
Parti itu berkata kelmarin bahawa al-Balkimy sudah meletak jawatan dan Al-Nour dipaksa mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf yang memalukan parti itu.

“Berikutan insiden yang amat dikesali membabitkan ahli parlimen parti Al-Nour, Anwar al-Balkimy, ketua parti, Emad Abdel-Ghafour, pergi ke hospital dengan sepasukan anggota parti untuk menyoal beliau,” katanya.

Parti menambah bahawa ia mendapati dakwaan serangan ke atasnya tidak benar.
Jurucakap Al-Nour, Nader Bakar dipetik dalam laman rasmi kumpulan itu di Facebook berkata al-Balkimy dipecat daripada parti.
“Berdasarkan apa yang dikatakan pihak berkuasa hospital, kami memutuskan memecatnya daripada parti. Beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya,” kata Bakar, menambah bahawa al-Balkimy memohon maaf.

“Kami cuba membawa nilai sosial baru dalam politik berdasarkan prinsip Islam,” beliau menambah. “Al-Balkimy mungkin mengalami gangguan emosi.”

Media tempatan sejak beberapa hari lalu menyiarkan gambar al-Balkimy yang berbalut teruk sehingga hanya mata, mulut dan dagu berjambang kelihatan.

Media Mesir melaporkan, al-Balkimy mendaftar masuk di sebuah hospital di sini 28 Februari lalu untuk menjalani pembedahan plastik pada hidungnya manakala pada hari berikutnya beliau mendaftar di hospital kedua, di mana doktor berkata beliau mendakwa dipukul dan dirompak. – AP

Kat Malaysia ni entah berapa banyak bohong dah yang kita dengar. Sampai bab duit rakyat berbilion RM pun masih jadi menteri lagi...tanah rezab Melayu hilang tak berganti pun banyak tapi masih jadi wakil rakyat lagi. Tak termasuk yang dok bohong orang kampung atau pengundi tentang berbagai hal.Apalagi yang dok berlakun bela Melayu bela Islam,padahal dok bela perut sendiri saja.

Di negara lain mereka sanggup TEBAS pemimpin begitu,di negara kita alahai cacamerba.TEBAS lah otak sendiri untuk mencari kebenaran bagi menjaminkan tindakan kita kearah untuk kepentingan Islam,negeri serta negara. Jangan biarkan diri kita di TEBAS oleh gulungan yang mementingkan diri sendiri atau kelompoknya sahaja.

mai tengok filem ni pula dpd filem hantu

Filem tentera Uthmaniyah dapat sambutan hebat

AFP
TIGA orang melihat poster filem Fetih 1453 di sebuah pawagam di Ankara pada 27 Februari lalu.


ANKARA - Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.
Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.
Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).
Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.
Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.
"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.
Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.
Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.
Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul. - Agensi

Umno(Baru)...Durian runtuh Daun getah luruh ?

Selepas beberapa minggu isu di Kedah berada dipersada berita, baru semalam pemimpin tinggi umno(Baru) mula menjampok.Sebelum ini hanya pemimpin cebisan mereka sahaja yang berani bersuara cuba mengambil kesempatan atas isu ini. Itu pun dalam keadaan berani berani takut kerana mereka sendiri yang lebih berkecamuk dan cempera atau menghadapi krisis kepupusan kepimpinan terutama di Kedah sendiri.Kepimpinan veteran mereka di Kedah mula terasa dicabar oleh gulungan muda dan antara yang dibualkan oleh akar umbi umno(Baru) adalah Mukhriz Mahathir.
 
Semalam bersuaralah Timbalan Presiden Umno(Baru) tentang isu di Kedah sebagaimana yang disiarkan melalui akhbar Sinar :
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin Pas sendiri tidak yakin Azizan boleh mentadbir dengan baik kerana krisis di negeri itu masih belum selesai.
“ Dia (PAS Pusat) tidak yakin dengan Menteri Besar, kerana di Johor, kita tidak ada jawatankuasa pemantau kerana dalam perlembagaan di peringkat negeri kuasa diberi kepada MB,  ini memberi gambaran krisis disana belum selesai.
“Tugas Azizan lebih mencabar dan pemimpin PAS sendiri tidak yakin beliau boleh mentadbir negeri dengan baik, jadi adakan jawatankuasa, tapi apa bidang jawatan kuasa, yang mungkin boleh mencampuri urusan MB, saya tidak tahu,” katanya selepas Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan Perasmian Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, dekat sini, hari ini.
 
Nampak gayanya ulasan Timbalan Presiden Umno(baru) ni pun macam kurang yakin je..nak tojoh kuat-kuat takut terkena pintu almari misteri yang usang dan bertaburan jatuh kain baju masalah dalaman sendiri. Manakan tidak jika dilihat kepada pergerakan antara kedua-dua pemimpin tertinggi Umno(Baru) ni. Ia kelihatan seolah-olah kedua-duanya tidak yakin sesama sendiri bagi memperkukuhkan kuasa umno(Baru) Be End dalam situasi rakyat yang semakin bermaklumat. Selepas Timbalan ke suatu negeri Presidennya pula turut kesana atau selepas Presidennya ke situ Timbalannya pula yang menyusul.Mereka kelihatan bersaing sesama sendiri dalam mencari pengaruh dalam persiapan menghadapi Perhimpunan Agung Tahunan Umno(Baru) tahun ini yang dirasakan akan mempunyai agenda pemilihan barisan kepimpinan setelah ditangguhkan beberapa kali sebelum ini.
Generasi Y Umno(Baru) pula dilihat sedang memerhati tindak tanduk pemimpin tertinggi mereka ini.Cakap-cakap politik di ceruk kampung mula kedengaran tentang perebutan jawatan didalam Umno(Baru) kali ini.Kepada mereka ia merupakan musim durian runtuh. Inilah masa untuk mereka meletak harga secara timbangan berat atau secara borong mengikut bakul disamping ada juga yang meletakkan harga sebiji-sebiji. Tetapi sebelum dapat durian tu nak kena TEBAS le dulu semak samun didusun..kan itu adat berdusun durian.
Dalam gegak gempita paluan gendang  perang oleh Presiden dan Timbalan Presiden mengemis sokongan  rakyat dan ahli sendiri,tiba-tiba suara Naib-Naib Presiden mereka tidak kedengaran seolah-olah menyepi diri. 
Hai ada apa-apa ka..ehemmm.ehemmm..Zahid kemana? Hishamuddin pula dimana? Shafie ?
Hahaha mungkin mereka sedang menunggu musim daun getah luruh.Bila daun sudah berguguran maka nampaklah segala ranting dan dahan dengan lebih jelas. Semasa itu jugalah akan nampak dahan dan ranting mana yang sudah reput. Ranting kecil akan jatuh ditiup angin tapi dahan yang besar perlu dipangkas segera takut nanti akan jatuh menimpa pangkalnya sekali dan alamat cederalah pokok dan lambatlah pula untuk sembuh dan ditoreh bagi mendapatkan susunya. Tapi susu tu pun bergetah.
TEBAS jangan tak TEBAS

06 Mac, 2012

kalau macam ni tak gila kuasa laa..

Otak orang kita ni mudah terpengaruh dengan berbagai gaya bahasa. Apatah lagi jika sesuatu itu keluar dari mulut seorang pemimpin negara atau pemimpin yang dikenali.Disebabkan itu jugalah maka negara kita dapat dijajah oleh benggali putih hampir 500 tahun dan hingga kini terdapat juga kata-kata dari mereka yang berpendidikan tinggi bahawa "Negara kita bukan pernah dijajah". Semuanya berkisar kepada kepentingan politik.
Kini pabila Pakatan Rakyat sedang berkempen untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi mendapat mandat untuk memerintah Malaysia,maka para pemimpin Umno(Baru) Be End mula rasa tergugat dengan perkembangan kini.Maka lahirlah kata kepada PR "Gila Kuasa".
         
Hari ini melalui akhbar Sinar Harian ada disiarkan tentang pergolakan politik di Kelantan. Ia berkisar tentang Umno(Baru) Kelantan. Berita pertama mengenai KuLi setelah beliau menyatakan hasrat untuk bertanding lagi pada PRU 13 nanti meski pun bukan sebagai calun Be End.

Maka gerombolan didalam umno(Baru) bahagian Gua Musang pun menjadi sibuk semula menuntut KuLi supaya berundur secara terhormat kerana banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh KuLi dilihat oleh mereka sebagai tidak berpihak kepada umno.Mereka memohon agar diberi peluang kepada muka baru walaupun umur sudah tua. Kalau begini kisahnya...bukankah juga boleh dikatakan GILA KUASA ?

Berita kedua pula berkaitan Mustapha Mohamad dengan kenyataannya seperti berikut:

Apa maknanya pula hingga menawarkan diri untuk bertanding di dua kerusi ?.1 Parlimen dan 1 DUN..
Kalau menang kerusi parlimen maka beliau akan menjadi ahli parlimen atau menteri jika Be End masih mendapat majoriti mandat dan jika turut memenangi kerusi DUN dengan umno mendapat majoriti mandat juga maka akan jadi MB Kelantan kerana beliau Pengerusi Perhubungan Umno(Baru) Kelantan.Jika beliau kalah di kerusi parlimen maka beliau hanya menjadi ADUN atau MB jika umno menang. Jika beliau kalah di kerusi DUN sahaja dengan PAS masih mendapat sokongan rakyat maka beliau akan menjadi Ahli Parlimen.

Jika beginilah cita-cita beliau atau cara pemimpin umno nak dipanggil apa pula ?
Pakat-pakat TEBAS otak sendiri lee...nak panggil apa, tapi aku panggil GILA KUASA juga. 
PR memang memerlukan kuasa untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia sebagaimana umno Be End yang memerlukan kuasa untuk mendera rakyat.


kalau macam ni boleh la nak saman..tu pun belum tentu lekat

Fitnah tauke tudung saman RM1 juta

SHAH ALAM: Seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.
gambar hiasan je.
Pengasas Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim, 32, dan suaminya, Azman M Salleh selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Adnan Seman@Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, jam 11 pagi semalam.
Berdasarkan writ saman, mereka menamakan pemilik perniagaan tudung Fareeda di Bandar Baru Bangi, dekat sini, Faridah Zakaria sebagai defendan.

Antara lain, plaintif mendakwa defendan menerusi fanpage facebook “Fareeda.. Nyata Jelita” yang memiliki 100,000 peminat, secara berniat jahat memaparkan status atau kenyataan berunsur tidak benar dan fitnah.
Terkilan dengan tindakan itu, plaintif menghantar e-mel kepada defendan memohon supaya semua status dan kenyataan itu dipadamkan, tetapi tidak mendapat maklum balas.
Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan daripada peniaga Butik Mama yang memberitahu mereka diugut defendan menerusi e-mel dan SMS daripada berniaga produk syarikatnya.


Pihaknya sekali lagi menghantar e-mel kepada defendan untuk membantah tindakan itu dengan menyatakan produk tudung miliknya tidak meniru produk Fareeda.
Selain itu, plaintif memohon defendan menghentikan semua dakwaan yang dikemukakan tanpa bukti dan ugutan terhadap peniaga, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

Plaintif seterusnya mendakwa perkataan fitnah di facebook itu bermaksud pihaknya tidak jujur meniru reka bentuk produk defendan dan melanggar haknya yang didaftarkan dengan Pendaftar Harta Intelek.

Dakwanya, ia juga bererti pihaknya mengamalkan cara tidak jujur dan menipu dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Menurutnya, ia juga bermaksud defendan mendorong dan menghasut orang ramai untuk memulau, menarik diri atau menjauhi perniagaannya.

Selain itu katanya, ia bererti plaintif adalah individu korup, tidak jujur, tidak bermoral dan tidak tahu malu.

Oleh itu, pihaknya memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dengan faedah empat peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.: Sumber Metro

dulu main-main video..la mau main saman-saman la pula

Mana bukti ?..nanti aku saman hang baru tau..
Sebelum ni Hassan JATI dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menyaman Mahfuz Omar.Hari ni kita dengar pula berita Menteri pula yang nak saman  Mahfuz kerana dikatakan memfitnah kementerian yang diterajuinya.Shabery Cheek berkata  Ke­men­terian Belia dan Sukan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahfuz, sekiranya dia masih mengemukakan dakwaan tiada asas.

“KBS mungkin kemukakan saman, sekiranya Pas terus asak dengan dakwaan tidak berasas. Dia cakap KBS taja Jati RM30 juta. Sebagai Ahli Parlimen, saya rasa Mahfuz faham, banyak prosedur perlu dilalui untuk dapat RM30 juta bagi menaja 2,000 siri ceramah Hasan di seluruh negara.


“Walaupun saya tidak pernah jumpa Hasan, saya dengar cerita dia masih mengasak saya, bila saya nafi, dia kata saya penipu. Mungkin dah jadi darah daging dia sebab tiada benda baru untuk asak saya. Sekiranya ini berterusan, saya akan mempertimbangkan untuk saman,” katanya.


Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mahfuz meminta penjelasan KBS mengenai unit yang dinamakan cawangan strategi urat saraf kerana ia tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Nah aihhh...Menteri nak saman Ahli Parlimen dan ADUN pula...ni dikira berita panas.Akan jadi rekod dalam 1 Malaysia ni. Menteri nak guna proses undang-undang untuk lawan pihak lawan yang menuduh kementerian yang diterajuinya atas kepentingan rakyat...Ni kira serangan-serangan politik bukan serangan atas hal peribadi. Hang jawab je la cara politik..ataupun jawab dalam sidang DEWAN segala tuduhan tu dengan baik..Ni nak guna proses undang-undang,politik taik minyak apa.Depa tu WAKIL RAKYAT..depa tanya atau kata bagi mewakili rakyat...hang pun wakil rakyat dan menteri yang bertugas untuk rakyat dan negara. Hang jawab le secara berfakta supaya rakyat keseluruhannya boleh menilai siapa betul siapa salah atau siapa tipu siapa buat fitnah.
Bila rakyat dah dengar baru rakyat boleh buat keputusan siapa yang depa nak pilih..Tu baru dikatakan politik dan berpolitik.Hangpa kena ingat..tu baru sorang dua wakil rakyat yang tanya...kalau rakyat yang berjuta pula tanya hangpa nak jawab atau ambil tindakan macamana pula ?...Kalau rakyat yang berjuta pula timbang untuk saman Menteri macamana ? Apa yang menteri buat semuanya betul ke ?.
Jadi pakat-pakat TEBAS otak la...sapa yang cerdik dan siapa yang kurang cerdik.Lepas tu pakat-pakat buat keputusan le...siapa yang hangpa nak pilih siapa yang hangpa nak sisih. Orang tua-tua dulu ada memperingatkan kita.."kalau tak bercakap orang tak tau kita ni cerdik atau bodoh,tapi bila kita mula bercakap baru terserlah yang kita ni bodoh.".

Sebagai rakyat dan pengundi kita saman pemimpin politik yang memperbodohkan kita atau menipu kita pada hari mengundi nanti..mudah je.
 ataupun ABU (Asalkan Bukan UBN )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...