WISH

WISH

16 Mac, 2012

HOT MODEL menawan dan mengancam

Jazz Hibrid serba baru
NURAINN AZHAR
16 Mac 2012(SH)
Honda Jazz
Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda) berhasrat menjual 3,000 unit Jazz Hibrid serba baru sehingga akhir tahun ini. 
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Honda akan terus memperkenalkan lebih model hibrid baru sekali gus menyasarkan jualan sehingga 10,000 unit.

“Saya melahirkan rasa gembira di atas sokongan kerajaan Malaysia memberi pengecualian cukai penuh ke atas duti import dan eksais bagi model hybrid sehingga 2013 yang secara tidak langsung mendorong peningkatan kuasa beli kenderaan ini di kalangan pengguna,” katanya. 

Menurutnya, Jazz Hibrid serba baru itu adalah model terkini dalam rangkaian ‘keluarga Hibrid’ Honda di Malaysia.

“Jazz Hibrid ini mengaplikasikan teknologi packaging dengan mempamerkan reka bentuk bergaya, prestasi lebih hijau dan versatil yang menjadi trend terkini.

“Ia dilengkapi unit enjin 1.3L i-VTEC dan bersama sistem Integrated Motor Assist (IMA) di samping mengekalkan ciri-ciri utama Jazz seperti Ultra Seat, Paddle Shift.

Manakala, terdapat ruang bahagian penyimpanan bertingkat dan kargo luas yang memberi penekanan terhadap aspek praktikal serta keselesaan,” katanya ketika majlis pelancaran Jazz Hibrid di Kepong, semalam.

Ueno berkata, antara ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan adalah enam beg udara dan fungsi Hill-Start Assist. Ia mampu meningkat keyakinan dan mengelakkan kenderaan daripada mengundur.

Katanya, model terbaru itu didatangkan bersama lima warna menarik iaitu Fresh Lime Metalic (hijau), Alabaster Silver (perak), Milano Red (merah), Crystal Black Pearl (hitam) dan Taffeta White (Putih) yang disasarkan kepada golongan profesional muda.
 
 Trend sekarang...nak jual kereta ditayangkan sekali dengan yang menawan dan mengancam.Macam parti Umno(Baru) Be End juga..nak buat ceramah ditampilkan sekali dengan artis pujaan ramai.

Bogel..kami bukan nak bagi hangpa telanjang

Felda batal pekeliling minta peneroka serah dokumen 
NORHAFIZAN ZULKIFLI
16 Mac 2012(SH)
JENGKA - Felda menarik balik pekeliling meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan, geran tanah dan buku akaun bank, yang sebelum ini dikaitkan dengan urusan penyenaraian Felda Global Venture Holding Berhad di Bursa Malaysia.

Penarikan terbabit diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa keempat di Balora Mastika, dekat sini, hari ini.

“Bagi pihak Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din,saya mengumumkan bahawa Felda menarik balik tindakan meminta salinan dokumen terbabit.

“Ini berikutan timbul pelbagai isu terutamanya melibatkan geran tanah sedangkan Felda sekadar meminta salinan geran terbabit yang nyata tidak boleh digadaikan dan digunakan untuk melakukan sebarang transaksi,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan surat pekeliling yang dikeluarkan pengurusan Felda supaya peneroka menyerahkan salinan dokumen penting termasuk gerak tanah yang didakwa mempunyai agenda tersembunyi membabitkan isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Berhad.

Namun pengurusan Felda menjelaskan tindakan itu, sebagai bentuk dikemas kini dan disimpan dalam fail peribadi peneroka bertujuan untuk persijilan Konferensi MinyakSawit Lestari (RSPO) selain dimuatkan dalam sistem E-Gis (PenetaanDigital). Manakala salinan buku akaun bank pula adalah untuk pembayaran pendapatan peneroka melalui bank.

TEBAS otak sendiri le..fikir-fikirkan...tapi 
siapakah gerangannya ADUN ni dalam Felda ?


Kes Sendiri Punya Rasa ke ?

SPR tidak tunai janjinya - anggota PSC

Anis Nazri, 16 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuktikan badan tersebut tidak menunaikan janjinya apabila bertindak menukar kawasan mengundi membabitkan kawasan Parlimen.

Biarpun ia ekoran pembetulan sempadan kawasan pilihan raya, pertukaran itu hanya boleh melibatkan kawasan yang dilingkungi Parlimen yang sama sebelum ini.

"Jika yang bertukar hanya Dun tetapi masih di Parlimen yang sama, ia tidak menjadi masalah.  Tapi, apabila membabitkan pertukaran Parlimen (dan dalam kes MB Selangor negeri), itu sudah tidak betul," tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan SPR berhubung pertukaran kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dari Parlimen Petaling Jaya Selatan di Selangor ke Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Akibat pertukaran ini, Khalid tidak lagi boleh bertanding dalam DUN Selangor dan menyebabkan beliau tidak lagi boleh menjadi MB Selangor. TEBAS lagi di LALUAN NI

hahhaha ni bukan main-main..katak hijau spesis jenis baru

Spesies baharu katak ditemui


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan spesies baharu katak di Pulau Staten, New York.


NEW YORK - Beberapa pakar biologi terkejut apabila mereka menemui spesies baharu katak di kawasan bandar raya ini.
Sejak beberapa tahun lalu, katak berwarna hijau itu disalah anggap sebagai antara spesies katak harimau bintang yang banyak terdapat di sini.
"Sungguh menakjubkan kerana terdapat spesies baharu yang tidak disedari di sebuah kota metropolitan seperti ini," kata seorang pakar biologi Universiti California Los Angeles, Brad Shaffer kelmarin.
"Ia menunjukkan masih terdapat spesies baharu dan penting yang menanti untuk ditemui walaupun di bandar raya terbesar Amerika Syarikat," tambahnya.
Menurut Shaffer, dia membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas katak itu selepas menyedari ia mengeluarkan bunyi yang berbeza daripada katak harimau bintang.
Penemuan terbaharu itu dipaparkan dalam jurnal saintifik AS, Molecular Phylogenetics and Evolution. - AFP

Hahahha...jangan dok TEBAS otak fikir yang bukan-bukan pula,aku bukan mengata kat sapa-sapa.

klon gajah..kambing beranak dulu.

Saintis klonkan anak kambing Kashmir


SEORANG pekerja memegang seekor anak kambing yang berjaya diklonkan di Universiti Sher-i-Kashmir di Alastang, India kelmarin.


SRINAGAR, India - Sekumpulan saintis di wilayah Kashmir yang dikuasai India telah mengklonkan seekor anak kambing Kashmir dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan haiwan yang sukar ditemui itu.
Kambing Kashmir hidup di beberapa bahagian Banjaran Himalaya dan dataran Tibet.
Bulu kambing itu yang dinamakan bulu pashmina digunakan untuk membuat baju panas Kashmir.
Mengulas tentang kejayaan projek tersebut, seorang saintis, Riaz Ahmad Shah berkata, klon seekor anak kambing Kashmir betina yang lahir pada 9 Mac lalu itu akan membolehkan program pembiakan kambing berkenaan dilakukan di beberapa kawasan lain di Banjaran Himalaya bagi tujuan komersial.
Menurutnya, klon anak kambing betina itu dinamakan Noori yang bermaksud cahaya.
Pasukan saintis yang diketuai oleh Riaz di Universiti Sher-i-Kashmir mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan klon kambing tersebut. - Agensi
  Semua dok sibuk klon saja..dari buah-buahan hingga ke binatang diklonkan oleh manusia. Bagi manusia perempuan yang mandul atau bermasalah untuk mengandung pula dah ada ibu tumpang dan sebagainya untuk dapatkan anak. Selepas ni tak mustahil klon manusia pula akan diusahakan seperti dalam filem-filem omputih. Silap-silap haribulan terklon pula macam Hitler...haa jenuh la masa tu..bangsa yahudi akan bertambah pening. Kalau di Malaysia,takut diklonkan manusia jenis bercakap lembut gusi dari lidah atau kaki rasuah serta seumpamanya.

15 Mac, 2012

Tips TGNA...pasti wanita cemburu

Tips Nik Aziz untuk dapat zuriat yang baik


Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, 14 Mac 2012




(Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap di majlis ceramah keibubapaan di KTC)


KOTA BHARU, 14 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tips istimewa kepada para pemuda untuk mendapatkan zuriat yang baik iaitu mencari isteri yang solehah.

“Isteri yang solehah dapat menerbitkan kebahagiaan rumah tangga di samping dapat mendidik anak-anak menjadi soleh,”ujarnya.

Sambungnya, isteri yang soleh lebih penting dari memilih kedudukan atau kekayaannya kerana apa yang ada itu adalah hak isterinya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam semalam.

Katanya, anak-anak bukan sahaja perlu diajar, sebaliknya turut diselangi dengan pendidikan.

Katanya, nasihat tidak akan sampai dengan sempurna pada anak-anak sekiranya mereka hanya diajar tanpa diterapkan dengan pendidikan bagi memudahkan golongan ini memahami setiap perkara yang diajar.

Tuan Guru bagaimanapun berkata, mereka bukan sahaja perlu dididik ketika berusia enam atau tujuh tahun sebaliknya sebelum mereka dibenihkan lagi.

“Suami isteri perlu menjaga akhlak serta membaca doa-doa yang diajar Rasulullah sebelum dan sewaktu ingin bersama pasangan masing-masing.

“Ianya amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya waktu itu bermulanya percambahan zuriat,”ujarnya lagi.

Lebih 500 orang ibubapa termasuk kanak-kanak menghadiri program itu yang turut diadakan pertandingan hafazan kanak-kanak (lelaki).
Harakahdaily

mai tangmana pula buku panduan nii..

KDN pantau buku panduan pilihan raya
ARHIZA AHMAD
14 Mac 2012(SINAR)
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
aku pantau 1 persatu sampai tinggal 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya agensi asing oleh PKR yang menerapkan ‘kempen kebencian’ untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik .

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

“Kami tahu mengenainya, dan pemantauan sedang dilakukan, terutama yang berkaitan dengan keselamatan orang awam dan negara, tugas kerajaan serta KDN adalah memastikan keselamatan terjamin.

“Walaupun PKR telah mengaku mereka menggunakan sebagai panduan tetapi sekiranya ia melibatkan keselamatan kami memandang serius mengenainya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, menegaskan bahawa mereka mengguna buku itu sebagai panduan bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Hishammuddin bila ditanya mengenai pengakuan Nik Nazmi itu, beliau berkata, walaupun pengakuan telah dibuat tetapi penelitian perlu dilakukan kerana tidak mahu berlaku ‘berbalas pantun’.

14 Mac, 2012

mai layan lagu ni sat


Malek Nor: aku sokong hudud.

Kalau laksana hudud, saya pertama sokong - Malek Nor

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, 14 Mac 2012



(Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC)

KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang  yang ada  termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.

Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.

“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.

“Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,”ujarnya.

Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.

saman keatas khairy jamaluddin

Mahkamah Tolak Rayuan Khairy
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Rabu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda penyataan tuntutan dalam saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
apa aku nak kisah kalau ditolak pun
Panel tiga hakim dianggotai Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Khairy untuk mengetepikan keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang membenarkan Anwar meminda penyataan tuntutannya.
Hakim Zaleha yang mempengerusikan panel berkata, mahkamah tidak dapat menerima hujah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Khairy bahawa pindaan itu akan mengakibatkan perubahan kausa tindakan daripada fitnah bertulis kepada fitnah lisan.
Bagaimanapun, beliau memerintahkan Khairy diberi kebebasan memfailkan penyataan pembelaan yang dipinda dalam tempoh 21 hari mulai hari ini (Rabu), selain membenarkan Anwar menjawabnya dalam masa dua minggu dari tarikh ia diserahkan.
Anwar memfailkan saman terhadap Khairy pada 7 September 2007 dan mendakwa defendan, yang ketika itu timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnah beliau pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007.
Ketua pembangkang itu mendakwa fitnah yang dilafazkan Khairy disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.Khairy mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan keputusan Penolong Kanan Pendaftar pada 18 Mac tahun lepas.
Pindaan itu adalah berhubung perkataan fitnah yang dikatakan dilafaz Khairy.
Terdahulu, peguam Anwar Gobind Singh Deo berhujah Anwar berbuat demikian sebagai mematuhi keperluan undang-undang bagi menentukan tuntutan itu teratur sebelum kes itu didengar.
Beliau berkata, pindaan itu tidak akan mengubah kausa tindakan kerana intipati dakwaan kenyataan fitnah tidak berubah. - BERNAMA

bukan setakat fesyen

Saintis cuba klonkan gajah purba


LAKARAN artis menunjukkan beberapa ekor gajah purba. - Reuters


SEOUL - Pasukan saintis Rusia dan Korea Selatan memeterai perjanjian bersama semalam untuk mewujudkan semula gajah purba yang dikenali sebagai mammoth.
Gajah itu hidup sekitar 10,000 tahun dahulu.
Perjanjian bersama itu ditandatangani Timbalan Rektor Universiti Persekutuan Timur Laut Republik Sakha, Vasily Vasiliev dan pelopor teknologi pengklonan Korea Selatan, , Hwang Woo-Suk daripada Yayasan Penyelidikan Bioteknologi Sooam.
Saintis-saintis sel stem kini berminat untuk menghidupkan semula gajah tersebut selepas beberapa bangkai mamalia berkenaan ditemui di Siberia.
Mengulas mengenai projek tersebut, pihak yayasan itu menyatakan, ia akan bermula pada tahun ini jika Universiti Rusia itu dapat menghantar bangkai gajah tersebut.
Institut Genom Beijing turut terlibat dalam projek itu.
"Misi pertama dan paling sukar adalah untuk memulihkan sel-sel gajah itu," kata seorang penyelidik yayasan tersebut, Hwang In-Sung.
Rakan-rakan sekerjanya akan menyertai beberapa saintis Rusia untuk cuba menemui tisu gajah itu dengan gen yang masih baik.
Para saintis itu akan menggantikan nukleus sel telur gajah biasa dengan sel gajah purba tersebut.
Kaedah itu akan dapat menghasilkan embrio gajah purba.
Embrio itu kemudian dimasukkan ke dalam rahim gajah betina sebelum dilahirkan sebagai anak gajah tersebut. - AFP

Aduh..dah tiada kerja lain..semakin tua semakin kembali  kezaman silam dah manusia ini. Patut pun Nabi SAW telah memerintahkan kita supaya belajar menunggang kuda dan memanah. Kalau dilihat pada fesyen-fesyen pakaian pun dah tahu bahawa kita kembali kepada fesyen dahulu. INsaf dan bertaubatlah kita atas segala kesalahan yang dilakukan samada secara sedar atau tidak sebelum tiba saat nyawa bercerai dari badan.

13 Mac, 2012

Malaysia tewas lagi kepada Myanmar

Setiap kali tiba PRU negara kita,tarikh sebenarnya menjadi tandatanya semua rakyat Malaysia. Tempoh penggal ke 12 ini akan berakhir pada 07 Mac 2013. Hingga kini tarikh PRU13  masih menjadi teka teki. Begitulah majunya negara kita hinggakan tarikh penting bagi negara menjadi rahsia seolah-olah ia merupakan RAHSIA BESAR kerajaan yang boleh mengancam keselamatan negara sekiranya dimaklumkan tarikhnya seperti negara lain. Mungkin tranfomasi ini belum dibuat oleh PM atau pihak parti memerintah sehingga menjadikan para kakitangan kerajaan juga turut menjadi pusing.
Terkini,dalam kesibukan negara kita dibawah Umno(Baru) dan Be End dengan tranfomasinya,sebuah negara yang berada dibawah junta tentera telah mengumumkan bahawa PILIHAN RAYA bagi negara itu akan diadakan pada 01 April 2012. 


Myanmar nampaknya telah mendahului negara kita yang dicanangkan sebagai negara yang semakin maju dirantau ini. Sudahlah dalam pertandingan bola sepak pun kerapkali kita kecundang kepada pasukan Myanmar dewasa ini,kini makin ketinggalan pula kita dalam hal politik.
kalau gulungan ni berarak tanya..mungkin akan terjawab kee?
Malu rasanya bila para pemimpin negara sering berkata kita ini telah maju dalam serba serbi sedangkan mengenai tarikh pilihan raya pun macam main teka kacang je.Apatah lagi bila disebut negara Islam contoh.
.Berita lanjut sila kehttp://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2012/02/201223141639797384.html

Terengganu...mega serba serbi

Bekas stadium ni nak jadi mega juga?

JPP rancang projek mega majukan Terengganu
2012/03/13

KUALA TERENGGANU: Beberapa projek mega membabitkan peruntukan besar sedang dirancang oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri tahun ini bagi memajukan Terengganu.

Pegawai Kemajuan Negeri JPP, Ahmad Shahrom Yasin, berkata antara perancangan projek itu ialah pembinaan Sekolah Sukan di Gong Badak mmembabitkan peruntukan awal sejumlah RM25 juta dan pembinaan pusat tahanan dan latihan untuk penagih dadah di Besut yang membabitkan kos anggaran RM20 juta.
Katanya, tender bagi kedua-dua projek berkenaan akan dikeluarkan pada April ini sebelum pembinaannya dijadualkan bermula tidak lama lagi.
"Lain-lain projek yang akan dilaksanakan, berdasarkan sistem pelan yang disesuaikan mengikut keadaan, bagi tempoh dua tahun lagi ialah menaiktaraf 52 surau sekolah di seluruh negeri Terenganu membabitkan peruntukan kos RM4 juta.

"Selepas dua tahun nanti, peruntukan bagi projek berkenaan seperti pembinaan sekolah sukan akan dinilai semula dan kosnya akan ditambah mengikut kesesuaian," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Bersama Media anjuran Unit Komunikasi (UKOM) Kerajaan Negeri Terengganu yang turut dihadiri Pengarah UKOM, Shamsuddin Sulong di sini, hari ini. - BERNAMA 

Wow..mega sungguh sekolah,surau dan pusat tahanan tu..Tapi projek tu macam tiada kerajaan negeri jee..atau kerajaan negeri dibawah umno(Baru) Be End tak tau mentadbir hingga pihak JPP yang terpaksa mengambilalih tugas. Kalau ada JPP pula macam Terengganu diperintah oleh PR saja. Daripada dok gitu lebih baik bagi mandat kat PR je PRU 13 nanti.

Kedah : dia ni bukan setakat pening tapi..

Peranan Jawatankuasa Pemandu Mengelirukan

ALOR SETAR: Peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan PAS pusat bagi memastikan pelaksanaan manifesto PAS Kedah membuktikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang diterajui parti itu gagal menunaikan janji yang disenaraikan dalam manifesto parti berkenaan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata apabila melihat senarai jawatankuasa berkenaan serta skop peranan mereka, beliau tidak melihat ada tindakan serius menyelesaikan keadaan, tambahan lagi jawatankuasa itu dianggotai 'pemandu' dari luar yang tidak memahami selok-belok politik Kedah.
"Benarlah seperti Barisan Nasional (BN) sebut sebelum ini PAS Kedah gagal menunaikan janji manifesto sehingga jawatankuasa berkenaan perlu memantau kerajaan negeri supaya dapat melaksanakan apa yang dijanjikan.
"Apabila PAS mahu memantau kerajaan PAS supaya melaksanakan manifesto, mereka mengesahkan keresahan rakyat tentang kegagalan PAS Kedah mentadbir negeri dengan baik," katanya di sini, Selasa.
  
Bekas TMB Kelantan pengerusi JK Pemandu 

KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS menghidupkan semula Jawatankuasa Pemandu yang pernah dibentuk sebelum ini dengan melantik bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengerusi.
Empat lagi anggota adalah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, AJk PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Naib Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, dan Pengerusi Lujnah Undang-undang PAS Pusat Asmuni Awi.
Pelantikan itu diumumkan oleh Mustafa dalam sidang media lewat petang tadi selepas mengadakan mesyuarat bulanan PAS Pusat di Pejabat Agung Jalan Raja Laut.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu menegaskan Jawatankuasa Pemandu sebenarnya telah diwujudkan sejak tahun 1990 dan ia bukan badan eksekutif tetapi sebagai badan penasihat.
"Pemandu ini kadang kala aktif kadang kala tidak aktif, jadi kita aktifkan semula hari ini. Pemandu ini tidak boleh ganggu mana-mana petadbiran negeri," katanya.
Jawatankuasa Pemandu ini terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, jawatankuasa tersebut tidak meneruskan peranan ini.
Selain memberi nasihat, jelas Mustafa jawatankuasa ini berfungsi antara lain memantau pelaksanaan manifesto negeri sama ada di negeri yang menang atau kalah dalam pilihan raya.
"Setiap kali adanya PRU, kita ada manifesto sebagai janji kepada rakyat, jadi jawatankuasa pemandu memantau pelaksanaan manifesto tersebut," katanya.
Malah katanya, jawatankuasa ini bukan dikhususkan untuk negeri Kedah sahaja tetapi untuk semua negeri yang PAS ada terlibat.
"Termasuk juga boleh memberikan pandangan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.
Sebelum ini, pelbagai tafsiran liar sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan jawatankuasa pemandu yang dibentuk PAS.
Jawatankuasa Pemandu berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS bukan untuk pimpinan tertentu sahaja tetapi untuk semua.
Sesetengah media melaporkan kononnya PAS membentuk jawatankuasa ini untuk mengurangkan kuasa MB Kedah.

 Ishhh..ishh...ADUN Bakar Bata ni bukan setakat pening tapi dah mengigau kot..Memantau pelaksanaan dengan memastikan pelaksanaan manifesto tu lain maksudnya.Kalau pantau pun dikata gagal,apa jadi pula dengan yang tak dipantau. Umno(Baru) dan Be End sejak dulu siapa yang pantau ?  Boros,salahguna dan sebagainya masih berleluasa.

Parlimen : najib mengelat

Parlimen Kecoh Pembangkang Tidak Puas Hati Jawapan Najib



Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Hari pertama sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat bagi penggal kelima kecoh apabila beberapa wakil rakyat pembangkang menyatakan kemarahan kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kekecohan berterusan apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) turut bertikam lidah dengan wakil pembangkang bagi mempertahankan Najib.
Ketegangan mula dicetuskan Datuk Mahfuz Omar (PAS), kerana Najib tidak menjawab soalan tambahan ketiga yang menyentuh mengenai status 36 orang penjawat awam yang sudah menandatangani skim saraan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sudahpun dimansuhkan.
Kerajaan pada 8 Mac lalu mengumumkan pemansuhan SBPA dan skim saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambahbaik.
"Saya hairan mengapa diperingkat awal Kabinet tidak mengkaji tentang ketidakadilan SBPA. Bagi saya ini menunjukkan kelemahan Kabinetsehinggga tidak dapat menangani daripada awal hingga menimbulkan keadaan yang memalukan.
"Kerajaan perlu nyatakan berapa ganjaran pencen yang telah diberikan kepada mereka dan berapa jumlah gaji yang telah diterima oleh golongan premier ini," soal Mahfuz.
Bagaimanapun Najib tidak menjawab soalan berkenaan namun hanya menyifatkan soalan Mahfuz itu mempunyai motif tertentu.
"Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Tapi kerajaan kita (Barisana Nasional) nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam," katanya.
Jawapan ringkas Najib mengundang kemarahan beberapa wakil rakyat pembangkang.
Beberapa ahli parlimen BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilihat mencelah mempertahankan tindakan Najib.
"Sakit otak...sakit otak...sakit otak," kata Mohamed Nazri berulangkali kepada wakil rakyat pembangkang.
Ketegangan berkenaan akhirnya memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua ahli parlimen pembangkang dankerajaan duduk.
Malah Pandikan Amin turut mengingatkan kepada semua wakil rakyat agar tidak mengemukakan soalan tambahan yang lebih menjurus kepada kepentingan politik berbanding rakyat secara keseluruhannya.
"Ini sudah penggal kelima, berapa kali saya mahu ulang bahawa soalan-soalan ahli yang berhormat tidak boleh untuk kepentinganpolitik sesuatu pihak," katanya.
(mStar Online)

auww paramugaria..mesti penuh flight



Mak nyah diterima sebagai pramugari

PRAMUGARI mak nyah Chayathisa Nakmai CHAYA (kanan) sedang bertugas dalam sebuah pesawat PC Air pada Jumaat lalu.

BANGKOK - Seramai empat mak nyah diambil bekerja sebagai pramugari PC Air dalam kempen pengambilan pekerja baharu syarikat penerbangan berkenaan di Thailand.
"Saya suka kerja yang membolehkan saya menonjolkan kebolehan. S suka memakai seragam yang cantik," kata seorang pramugari mak nyah, Phuntakarn Sringern, 25, yang lebih dikenali sebagai Mew semasa mula bertugas dalam penerbangan ke Hong Kong pada Jumaat lalu.
Rakan sekerjanya, Chayathisa Nakmai, 24, yang juga seorang mak nyah berkata, dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari.
"Namun, syarikat penerbangan hanya menawarkan jawatan pramugari dan pramugara kepada wanita dan lelaki, orang seperti kami tidak diterima. Kini, segalanya sudah berubah," Chayathisa.
Penampilan mereka yang sama seperti pramugari lain menyebabkan penumpang tidak menyedari bahawa Mew dan rakan-rakannya ialah mak nyah.
Semasa pesawat berada di udara, beberapa penumpang penerbangan tersebut turut mengambil kesempatan bergambar dengan mereka.
"Oh, saya tidak tahu mereka mak nyah. Mereka nampak cantik dan sopan," kata seorang penumpang yang menamakan dirinya Bay ketika ditemu bual pemberita.
Thailand memiliki budaya toleransi terhadap orientasi seksual dengan mak nyah dianggap sebagai jantina ketiga di negara itu. - AFP

Bagus juga gini,kalau di negara kita ada paramugaria tentu ramai juga gulungan mak nyah ni tak payah dok cari makan kat lorong-lorong, ataupun dilatih mereka yang berminat untuk menjadi pendakwah tentu penuh sesak setiap program kuliah yang yang diberi oleh gulungan ni. Kita kena TEBAS minda lagi untuk mencari sesuatu kelainan bagi mendahului orang lain demi untuk kebaikan tanpa mengguris perasaan orang lain..

12 Mac, 2012

konspirasi pembunuhan Osama ?

Isteri Cemburu & Timbalan Berpaling Tadah Punca Kematian Osama Bin Laden



Osama bin Laden
RAWALPINDI (Pakistan): Osama bin Laden dikatakan menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya sebagai seorang yang nyanyuk serta berada dalam keadaan yang bercelaru malah terbunuh kerana dikhianati oleh isterinya yang cemburu serta timbalan yang berpaling tadah iaitu Ayman al-Zawahiri.
Maklumat ini didedahkan oleh bekas jeneral angkatan tentera Pakistan, Brigadier Jeneral Shaukat Qadir yang telah diberikan akses untuk memasuki rumah persembunyian Osama oleh ejen-ejen perisikan Pakistan.

Jeneral Shaukat mendedahkan bahawa beliau telah menghabiskan masa selama lapan bulan untuk menyiasat Osama. Dan beliau telah diberi akses untuk menemui Osama oleh kerana hubungan baiknya dengan PanglimaTentera Darat Pakistan, Jeneral Ashfaq Kayani.Bekas Brigadier Jeneral itu juga mendedahkan bagaimana pihak berkuasaPakistan menggunakan ejen perkhidmatan rahsia mereka iaitu Inter-Services Intelligence (ISI) untuk menyoal siasat isteri-isteri Osama.

"Al-Qaeda sebenarnya telah membuat keputusan untuk mengenepikan Osama sejak tahun 2003 lagi setelah mendapati Osama menjadi semakin nyanyuk iaitu kesan yang dihadapinya akibat sejenis penyakit pada saraf dalam otak.“Penyakit yang dihadapinya itu juga telah menjadikannya seorang yang berfantasi dan ini menyebabkan timbalannya sendiri iaitu Ayman al-Zawahiri merancang untuk menghapuskannya," kata Shaukat sepertimanayang dilaporkan oleh agensi berita AFP.

Rumah setinggi tiga tingkat yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad dimusnahkan. Osama telah terbunuh dalam satu serangan mengejut oleh komando-komando Amerika dalam satu operasi sulit pada 2 Mei 2011.Serangan itu dilakukan tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa Pakistan.
Pada 25 Februari lalu, pihak berkuasa Pakistan telah memutuskan untuk memusnahkan kediaman sulit Osama yang didiaminya selama lima tahun tanpa disedari oleh masyarakat sekeliling.Menurut Shaukat, beliau telah menggunakan rangkaiannya semasa berkhidmat di dalam tentera untuk menjejaki Osama termasuk memasuki kawasan berbahaya di sempadan Afghanistan yang tidak dikawal olehu ndang-undang.Shaukat bersara dari perkhidmatan tentera pada tahun 1998.
Jelas Shaukat lagi, Osama bergerak secara sulit dari beberapa tempat persembunyiannya di Utara Pakistan sebelum Al-Qaeda memutuskan pekan Abbottabad di pinggir Rawalpindi sebagai tempat yang paling sesuaiuntuk dijadikan rumah persembunyian tetapnya.Mereka kemudiannya telah membina sebuah banglo dengan pagar dinding yang tinggi untuknya, dua orang isterinya dan anak-anaknya.Di kediaman baru itu, Osama tinggal di sebuah bilik besar di tingkat tiga dengan isteri mudanya, Amal Abdulfattah, seorang warga Yemen yang dikahwininya pada 1999.Bersama Amal, kata Shaukat, Osama mempunyai dua orang anak yang dilahirkan di Abbottabad.


Shaukat berkata, selama beberapa tahun, Osama dan isteri-isterinya itu tinggal sebumbung tanpa sebarang masalah sehinggalah Mac tahun lalu apabila isteri pertama Osama, Khairia, seorang warga Arab Saudi tiba di Abbottabad.Osama dan Khairia hidup terpisah sejak 2001.Pada masa itu, menurut Shaukat, Khairia telah melarikan diri dari Afghanistan ke Iran dan tidak mengikuti Osama dan isteri-isterinya yang lain melarikan diri ke Pakistan.Shaukat berkata, pihak berkuasa Iran membebaskan Khairia pada tahun 2010 dan dia hidup bersama puak Al-Qaeda di Afghanistan sebelum dibawa oleh Al-Qaeda untuk menemui Osama di Pakistan.

Paparan video yang disiarkan secara eksklusif oleh ABC News pada 2 Mei 2011 yang menunjukkan bahagian sebuah bilik di dalam rumah yang dipercayai didiami oleh Osama bin Laden sebagai tempat persembunyiannya. Pemimpin al-Qaeda ditembak mati pada hari berkenaan.Dan dua bulan selepas kedatangan Khairia di Abbottabad, komando-komando Amerika menyerbu rumah persembunyian Osama dan membunuhnya.Shaukat percaya, Khairia lah yang mengkhianati Osama dengan bantuan orang kepercayaan Osama sendiri yang berpaling tadah.
"Segala-galanya bermula sebaik sahaja Khairia tiba dari Afghanistan. Semua orang bermasalah dengan dia. Sebelum dia tiba, dua lagi isteri Osama hidup bersama tanpa masalah tetapi berubah apabila dia tinggalbersama mereka,” kata Shaukat.

Salah seorang anak Osama bernama Khalid (yang dilahirkan oleh seorang lagi isteri Osama dari Saudi) mengesyaki sesuatu tentang Khairia dan memberi amaran kepada bapanya.“Dia (Khalid) menyatakan kebimbangannya tentang keselamatan Osama kepada ayahnya sendiri tetapi Osama hanya menjawab jadilah apa nak jadi...” kata Shaukat.Bagaimanapun Osama cuba memujuk isteri-isterinya yang lain agar melarikan diri demi keselamatan mereka sendiri tetapi mereka enggan.
Menurut teori konspirasi Shaukat, Al-Qaeda sendiri memperalatkan Khairia sebagai umpan kepada Amerika untuk menjejaki Osama.Pihak Amerika akhirnya berjaya memintas panggilan-panggilan telefon Khairia dan menjejaki panggilan itu ke rumah persembunyian Osama.
Dan mereka akhirnya datang bukan untuk menangkapnya tetapi untuk menghapuskannya.: - Sumber mStar


Sejarah berkaitan konspirasi dan kekuasaan pasti berulang dari zaman kezaman.Samada terhadap seseorang yang baik atau seseorang yang zalim atau jahat. Konspirasi demi konspirasi pasti diatur bagi memenuhi kehendak dan berlaku kepada hampir disemua negara dan bangsa sejak manusia diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencipta. "
Seringkali pembunuhan ini dilakukan oleh mereka yang dengki,iri hati terhadap seseorang itu sebagaimana yang diperingatkan kepada kita melalui kisah Habil dan Qabil yang merupakan tragedi pembunuhan yang pertama didalam kehidupan manusia.TEBAS lah minda kita dan jadikan hati kita bersih dari sifat-sifat tersebut dan terangilah kehidupan kita dengan cahaya keimanan semoga kita tidak terperangkap dengan godaan nafsu yang merupakan musuh utama kita.


11 Mac, 2012

kemelut umno..kerana wanita dan wang ?

Sapa pandai-pandai kata aku letak jawatan..ni hangpa nampak ni
Orang sebelah utara selalu berkata "kerana 2 t dunia jadi kalut..duit dan ****t"
 
Umno Nafi Terima Surat Letak Jawatan Shahrizat
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Ahad menafikan bahawa pihaknya telah menerima surat perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno.
"Tiada... tiada (surat perletakan jawatan) setahu saya.
"Saya ada bercakap dengan dia (Shahrizat) pada Isnin lepas tetapi (kandungan) tak boleh cakap (dedah)," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada Umnosudah menerima surat perletakan jawatan Shahrizat.

Isu perletakan jawatan Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pergerakan Wanita Umno timbul apabila beliau dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembu daging di Gemas, Negeri Sembilan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, beliau akan mengumumkan kedudukan Shahrizat secara teratur pada waktu dan masa yang sesuai.
Ditanya sekiranya Shahrizat meletak jawatan, Tengku Adnan yang juga SetiausahaAgung BN berkata "kita terimalah".
"Parti akan terus bergerak sekiranya beliau (Shahrizat) meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita. Kita ada Naib Ketua Wanita dan Jawatankuasa Wanita Pusat yang boleh bergerak. Dalam parti, tiada individu yang akan menjadi jaguh kerana kita mengamalkan konsep bermuzakarah," katanya.
Apabila ditanya sama ada Shahrizat akan memberi implikasi kepada BN, khususnya pada Pilihanraya Umum ke-13, Tengku Adnan berkata, individu harus sedar apa yang harus dibuat demi kepentingan parti.
"Sebagai seorang Ketua Pergerakan Wanita Umno, seorang pemimpin yang matang, beliau seharusnya berfikir. Adakah beliau membawa mudarat kepada parti? Beliau mesti memutuskannya sendiri. Jika ya, saya berpendapat beliau perlu berundur," katanya.
"Ini terpulang kepada diri sendiri. Beliau (Shahrizat) menang sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno kerana dipilih dan bukan dilantik manakala jawatan sebagai Menteri merupakan hak mutlak Perdana Menteri untuk membuat keputusan," katanya.
Shahrizat yang dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti menasihati Shahrizat agar melepaskan jawatan untuk mengelakkan dirinya menjadi bebanan kepada BN, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta agar 'jangan terlalu sayang kepada jawatan". - BERNAMA

 Tang parti lain depa yang paling sibuk,letak jawatan le...tak pandai mentadbir lee..tiada pengalaman le dan berbagai lagi.Tapi sepanjang tempoh ni umno(Baru) semakin menghadapi kemelut. Bukan sekadar kemelut perebutan jawatan dalam parti,malah kalut dengan berbagai persoalan yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Kenapa ? Adakah kerana jawatan atau kerana fulus ? Atau kerana hendak mempertahankan hak rakyat ?Atau kerana dasar perjuangan ?
Pakat-pakat TEBAS minda sendiri lee..Tu yang dikatakan ada mata lihat,ada telinga dengar,ada akal fikir.Lepas tu buat lee keputusan bila hari mengundi nanti demi untuk kesejahteraan kita bersama. Umpama pakai kain juga, jika yang sama je dari jenama yang sama je berpuluh tahun tentu akan lusuh dan koyak atau bosan asyik-asyik jenama tu je macam jenama lain dah tiada untuk dipilih. Lumrahnya manusia sentiasa ingin sesuatu yang baru dan yang lebih baik atau yang terbaik. Orang yang kurang waras pun kalau kita amati akan menukar pakaian atau selera makannya kalau hari-hari asyik diberi yang itu je.
PRU 13 nanti,kita pakat cuba dengan yang baru pula. Ubah sekarang,selamatkan Malaysia dari keboroson,ketidakadilan dan sebagainya.
 Jangan jadi seperti gulungan yang seolah-olah merasakan mereka tiada kuasa untuk melakukan perubahan atau yang tiada kemahuan dengan kalam
"mereka buat mereka tanggung lee". Tetapi setiap hari yang ditanggung sendiri dilupakan serta dibebelkan entah kepada siapa.


mama mama saya mahu kawin

Nikah jalan terbaik

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
Zarina Ann Julie
Zarina Ann Julie
DALAM kehangatan orang memperkatakan aksi panasnya yang disiarkan majalah FHM Indonesia dan perang twitter bersama penyanyi berasal Singapura, Aliff Aziz, pelakon yang sering diulit kontroversi, Zarina Ann Julie atau Zarina, 25, memberi perkhabaran baru yang pastinya cukup mengejutkan.
“Saya mahu bernikah dan ia akan berlangsung dalam waktu terdekat ini,” katanya yang mahu berkongsi cerita bersama pembaca Selebriti Metro Ahad.
Foto   

Bagaikan tidak percaya akan apa yang diperkatakan kerana sebelum ini tidak pernah pula timbul cerita gadis berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini sedang asyik menyulam cinta.

Paling akhir apabila dia dikatakan didekati Aliff tetapi entah di mana silapnya, ia menimbulkan ‘ribut’ antara mereka apabila berlaku perang twitter selepas jejaka yang popular menerusi lagu Sayang-Sayang itu menafikan pernah keluar dengan Zarina.

“Maaf, cerita saya dan Aliff sudah ketinggalan. Saya tidak mahu lagi ambil pusing mengenainya. Biarkanlah dia. Apa yang penting, amaran sudah diberikan.
Sekiranya dia membuka mulut mengenainya lagi saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Zarina menjelaskan, sekarang ini dia mahu memberikan tumpuan kepada urusan pernikahan yang sedang rancak dilakukan. Apatah lagi kebelakangan ini, perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid di Ipoh dan Ular terbitan KRU Studios.

“Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan dibuat ini, saya tidak lagi dikaitkan de­ngan kontroversi yang boleh mengaibkan. Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi,” katanya.
Foto
Bercerita mengenai siapakah jejaka yang berjaya bertakhta di hatinya itu, Zarina bagaimanapun enggan mendedahkan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Cukuplah sekiranya saya katakan dia kenalan lama. Perkenalan kami bermula sebagai rakan perniagaan. Jujur saya katakan, antara kami tidak ada perasaan cinta, tetapi saya percaya ia akan datang selepas kami bernikah.

“Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami.
Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum. Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang dengki menyebarkan pelbagai cerita.

09 Mac, 2012

woii dap pi bela Lim Liong Sik tu !

DAP minta Ketua Hakim ringankan hukuman berat terhadap imam baling kasut
 
9 March 2012
 KUALA LUMPUR, 9 MAC: Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria diminta campur tangan untuk meringankan hukuman penjara setahun terhadap seorang iman Hoslan Hussein yang hanya membaling kasut dalam mahkamah.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Arifin perlu memikirkan semula tentang hukuman berat itu kerana:
  • Tindakan membaling kasut kerana marah dengan keputusan hakim telah lama berlaku pada 22 Februari lalu dan ia hanya isu “menghina” prosedur mahkamah; dan
  • Hukuman itu diputuskan oleh tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang sama sedangkan mereka tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap iman tersebut sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Hoslan membaling kasut terhadap panel hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Zulkifli Ahmad Makinuddin pada 22 Februari lalu kerana tidak puast hati dengan keadilan yang dituntutnya.
Menurut Kit Siang, hukuman itu mencerminkan seolah-olah ada konflik kepentingan serta terlalu berat bagi “kesalahan” tersebut, khususnya apabila dibandingkan dengan jenayah korupsi yang melibatkan beberapa pemimpin penting dalam kerajaan.
“Begitu juga dengan kes lain. Adakah Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional akan menghapuskan amalan diskriminasi politik serta diskriminasi terhadap petani cacat di Sarawak, Frusis Lebi, dengan mengembalikan semula bantuan kebajikan dan subsidi pertanian yang ditarik balik oleh pemimpin BN di Sarawak?
“Jika tidak isu-isu ini akan dibangkitkan dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia semakin didedahkan dengan kepincangan kepimpinan Najib yang kini sudah hampir tiga tahun.
Antara kepincangan-kepincangan kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib adalah:
  • Hukuman berat penjara setahun terhadap imam Hoslan semata-mata membaling kasut;
  • Seorang hakim Mahkamah Tinggi mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan keputuasn bertulis setebal 70 muka surat bagi kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang diletupkan mayatnya dengan bom C4 – tanpa mempedulikan tentang “motif” pembunuhan itu;
  • Diskriminasi bantuan kebajikan dan subsidi pertanian kepada Frusis Lebi semata-mata kerana beliau membantu Pakatan Rakyat sewaktu pilihan raya negeri Sarawak 2011;
  • Pendedahan demi pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC/NFCorp) yang membuktikan penyelewengan teruk dan pecah amanah wang wakyat sehingga ke luar negara, dengan dakwaan terbaru di mana para pengarah NFCorp bukan sahaja membeli hartanah di Singapura tetapi juga di Kazakhstan;
  • Penafian yang lemah oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin bahawa projek lebuh raya Kinrara-Damansara Expressway (Kides) bernilai RM2.2 bilion telah diberikan kepada firma-firma berkaitan UMNO sebagai “hadiah” kerana berajya merampas kuasa untuk UMNO-BN di Perak; dan
  • Kerajaan menyalahgunakan wang rakyat RM840 juta untuk menyelamatkan bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli, membayangkan rakyat Malaysia masih lagi membayar kerugian RM100 bilion akibat pelbagai skandal era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ini hanyalah sebahagian kecil penyalahgunaan kuasa, korupsi, kronisme, tiada ketelusan, ketidakadilan yang zalim serta pentadbiran yang baik oleh kerajaan UMNO-BN.
“Slogan-slogan indah Perdana Menteri dan segala program transformasi hanya indah khabar dari rupa,” ujarnya. – Roketkini.com

08 Mac, 2012

kemelut Kedah :.sayangnya putik tidak menjadi masak



1.            Saya merakamkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas penyelesaian yang telah berlaku di Kedah setelah melalui kemelut dalam isu perlantikan exco baru-baru ini. Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah ini.

2.            Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini.

3.            Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!

4.            Saya simpati terhadap 'tupai-tupai' yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat 'menikmati buahnya'. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan.

5.            Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Sumber Harakah Daily.

berita polis..ada baik ada jahat


Polis diserang dengan lastik
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
polis-memeriksa-motosikal-yang-dirampas-(Read-Only)
TERAP - Empat lelaki warga asing berjaya ditahan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan memiliki motosikal curi di sebuah estet kelapa sawit di Batu 10 kira-kira jam 2 petang semalam.

Polis turut menemui tujuh motosikal dan ada di antaranya dilaporkan hilang di sekitar Kulim dan Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis mendapat maklumat tentang kes motosikal curi di lokasi kejadian melalui maklumat orang ramai dan membuat pemantauan sejak lima hari lalu.

“Ketika pihak kami ke lokasi berkenaan, kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan melalui jalan berlopak kira-kira 20 kilometer.

“Kenderaan kami tiba-tiba diserang hendap oleh beberapa suspek dengan menggunakan lastik.

“Satu daripada kenderaan kami pecah cermin di bahagian kiri hadapan sebelum terbabas dan merempuh pokok. Kenderaan itu kemek di bahagian hadapan kanan,” katanya.

Menurutnya, suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan....
 
Anggota polis didakwa cabul anak kandung
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
GEORGETOWN - Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan anak kandungnya, sembilan bulan lalu.

Penjawat awam berusia 54 itu, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anaknya berusia enam tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di berek polis, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, kira-kira jam 4 petang, 10 Jun lalu.

Lelaki itu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Aini Yusof membenarkan anggota polis itu diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengendalikan pendakwaan.



21 remaja dicekup cuba lumba haram
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
BUKIT BESI – Tindakan pantas polis berjaya menggagalkan usaha sekumpulan remaja dipercayai dalam cubaan menganjurkan lumba motosikal haram, berdekatan lebuh raya, dekat sini, awal pagi semalam.

Sebaik mendapat maklumat orang awam berkaitan aktiviti tidak bermoral itu, sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Besi diketuai Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Othman Yaakob bergegas ke lokasi kira-kira jam 2.30 pagi lalu dan berjaya menahan 21 remaja difahamkan berumur belasan tahun hingga 20-an.

Kesemua remaja terbabit, masing-masing dari Al Mukhtafi Billah Shah, Ketengah Jaya dan Bukit Besi kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bukit Besi untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Lima kenderaan yang berada di lokasi berkenaan juga turut ditahan untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kembali setelah berpuas hati dengan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)..


Hahahha ...Malas nak TEBAS otak untuk mengarang hari ni. Ada manusia baik ada manusia jahat. Ada syurga ada neraka. Ada dosa ada pahala.Hidup lawannya mati.

kemelut minda lepas banjir

Hujan lebih 12 jam, Lembah Klang banjir dan satu maut
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & AHMAD ISMADI ISMAIL
8 Mac 2012
Banjir
Banjir
SHAH ALAM – Hujan yang berlarutan lebih 12 jam di Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan sebahagian besar kawasan dinaiki air manakala seramai 661 mangsa banjir di kawasan Hulu Langat terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Malah hujan lebat juga menyebabkan seorang remaja 13 tahun terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan tanah apabila tebing setinggi lima meter belakang rumahnya runtuh.

Hulu Langat adalah antara kawasan dinaiki air. Kawasan-kawasna lain termasuklah Lembah Jaya di Ampang; Kampung Attap dan Kampung Baru di ibu negara.

Jalan-jalan yang turut dinaiki air ialah Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Tesco Ampang dan Hotel Flamingo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (kawasan Chowkit), Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Pasar Seni.

Banjir juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sejak awal pagi tadi dan banyak kenderaan terkandas.

Sementara itu, mangsa-mangsa banjir di kawasan Hulu Lanat dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, hari ini.
Banjir di kawasan Hulu Langat menghala ke Bukit Belacan, Ampang dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, beberapa rumah di Kampung Sungai Putih ditenggalami air.
 
"Kejadian banjir di Lembah Jaya Utara berlaku kira-kira jam 8 malam tadi, kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
 
"Setibanya di lokasi kejadian, sebahagian mangsa diarah berpindah dan mereka ditempatkan di kawasan yang selamat," katanya.
 
Beliau berkata, seramai 28 orang mangsa telah dipindahkan ke sebuah surau di Lembah Jaya Utara oleh Pasukan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang, Ampang, Selayang, Pandan Indah, Cheras, Hang Tuah dan Bangi.
"Polis akan mengawal di lokasi kejadian sehingga keadaan kembali pulih serta mengelak kejadian kecurian daripada berlaku," katanya.
Penolong Pengarah Opererasi Negeri, Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang terlibat tinggal di Batu 11, 14 dan 18.

"Air mula surut tetapi hujan masih tidak berhenti. Kita mula memindahkan mangsa yang terlibat sejak malam tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sani berkata, enam bot digunakan bagi membawa mangsa ke tempat perpindahan sementara.

Katanya, kawasan lain yang terlibat dalam banjir adalah kawasan Lembah Jaya dan Bukit Belacan tetapi air mula surut.

Beliau berkata, seramai 82 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya ditugaskan ke lokasi kejadian.

Lapan keluarga yang tinggal di kuarters kerani polis di Jalan Belfield, berhampiran Kampung Attap, diarah berpindah ke penempatan sementara di Dewan Flet Sri Sarawak sejak jam 12 tengah malam tadi.

Polis juga menutup laluan di hadapan rumah berkenaan sejak malam tadi. Tinjauan mendapati runtuhan tebing setinggi lebih lima meter jelas kelihatan.

Di Lembah Jaya, Ampang, lebih 400 mangsa melibatkan 150 rumah, yang tinggal berhampiran sungai di Taman Rima dipindahkan sejak malam tadi.

Mereka terdiri daripada  penduduk Kampung Melayu Ampang, Kampung Pinggir Tiga dan Perumahan PKNS di Lembah Jaya Utara;- Sinar Harian

Puak-puak yang dok kata pandai memerintah penuh dengan pembangunan dan bijak mengagihkan ekonomi negara akan menyalahkan siapa pula jika begini ?
Tentu lepas ni ada yang akan jadi mangsa serangan mulut pemimpin pejuang pembangunan. Australia yang luas terbentang luas pun kena banjir lagi teruk. Kawasan yang dilanda banjir di Australia tu bukan berada dalam kawasan yang penuh dengan bangunan macam KL. Aku rasa lepas ni akan dikatakan pula semua tak pandai mentadbir negeri dan negara termasuk Umno(Baru) Be End yang dah lebih 50 tahun memerintah dengan bijak dan pandai tapi kita masih menghadapi masalah banjir.TEBAS minda sendirilah dan kembalilah kepada Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...