WISH

WISH

17 April, 2012

dalam semak pun jadi..


'Wang punca kurang seks'

HONG KONG: Pakar seks menggesa rakyat Hong Hong supaya meninggalkan reputasi sebagai golongan paling kurang aktif seks di Asia, dengan menikmati lebih kehidupan seks mereka dan mengatasi cabaran tinggal di bandaraya yang sempit.

"Orang mengatakan bahawa rakyat Hong Kong paling kurang pengetahuan mengenai seks di dunia. 
“Satu daripada puncanya ialah mereka tidak mempunyai tempat untuk melakukan hubungan seks,” kata pengarah bersekutu di Institut Keluarga Universiti Hong Kong, Profesor Emil Ng.Tekanan kewangan, mentaliti kepada kerjaya dan ruang terhad dilihat punca utama kepada kadar kesuburan yang disifatkan paling rendah di dunia dengan 1.04 kelahiran bagi setiap wanita, berdasarkan kepada Bank Dunia.

Ng percaya faktor lain yang menyebabkan seks terhad di kalangan penduduk Hong Kong disebabkan harga hartanah yang tinggi.

Penduduk muda Hong Kong biasanya tinggal di rumah sehingga usia mereka 20-an atau 30-an kerana mereka tidak mampu berkahwin dan berpindah lebih awal, menyebabkan ramai terpaksa tinggal dengan ibu bapa mereka di pangsapuri yang kecil.

“Hong Kong terlalu sesak dan kurang privasi untuk mereka menjalinkan hubungan intim,” kata Ng, yang menganjurkan Festival Kebudayaan Seks Hong Kong ke-5 yang berlangsung bulan lalu.
Festival itu turut disertai Persatuan Perancangan Keluarga Hong Kong dan Persatuan Pendidikan Seks Hong Kong bertujuan menggalakkan pandangan liberal mengenai seks dalam masyarakat konservatif di bandaraya selatan China itu.

Ekspo tahun ini yang disifatkan sebagai pameran perdagangan terbesar sepanjang sembilan tahun bagi industri dewasa menarik beribu pengunjung, lapor South China Morning Post.

Pasangan Hong Kong dilaporkan mengadakan hubungan seksual kurang dua kali seminggu, berdasarkan satu kajian pada 2011 yang disiarkan oleh Kolej Komuniti, City University.

Kajian membabitkan hampir 1,000 orang dewasa berusia 36 hingga 80 menunjukkan bahawa lelaki lebih berpuas hati dengan menjalinkan hubungan seks pada purata 1.9 kali seminggu, manakala 1.6 kali bagi wanita.

Ia berbanding dengan kadar tertinggi lebih tiga kali seminggu di Greece, lebih dua kali di India dan kurang sekali seminggu di Jepun, kata pengeluar kondom British, Durex di mana kajian mereka pada 2008 menunjukkan penduduk Hong Kong berada di tangga ketiga terendah di dunia dalam keyakinan seks. – AFP

Bila semua tempat dah di TEBAS jadikan hutan batu,ada berbilik-bilik pun masih tiada tempat lagi utk mereka. Di negara kita ni banyak pula tempat untuk melampiaskan nafsu. Dalam semak,celah lorong,dalam kereta, atas motor kapcai pun jadi...hinggakan sekarang bayi yang baru lahir dibuang merata-rata seumpama kertas tisu. Sampah pun dimasukkan kedalam tongnya.Betapa teruknya kita ni..apa pun jika dilaksanakan apa yang Allah perintahkan pasti akan berbeza natijahnya.

nak kalis malaikat tak boleh laaa..


Kereta kalis peluru makin banyak di Brazil


SEBUAH kereta yang dipasang dengan peralatan kalis peluru mempunyai banyak kesan lubang akibat tembakan selepas diuji di makmal firma Dupont di Paulinia pada Jumaat lalu.


SAO PAULO - Semakin ramai golongan sederhana mengubahsuai kereta mereka supaya menjadi kalis peluru di Brazil.
Ia dilakukan bagi melindungi diri daripada tembakan perompak di persimpangan lampu isyarat di sini dan semasa kesesakan jalan raya di ibu kota Brazil, Brasilia.
Firma bahan kimia, DuPont memperkenalkan fiber kevlar dan kaca SentryGlas yang kalis peluru serta dipasang pada kenderaan untuk golongan sederhana di Brazil pada tahun 2008.
Kit kalis peluru itu boleh dipasang pada kereta Chevrolet, Honda dan Kia.
Selain kenderaan persendirian, kit itu akan dipasang pada teksi bagi memastikan keselamatan penumpang menjelang Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio de Janeiro.
Seorang pemuda, Alexandre Sarafian, 25, memutuskan untuk membeli peralatan kalis peluru itu untuk sebuah kereta Kia Sportage milik ibunya.
"Ia adalah untuk mengelakkan keganasan," katanya.
Peralatan kalis peluru itu dijual pada harga AS$12,000 (RM45,933) yang seberat 90 kilogram dan mengambil masa hanya 15 hari untuk dipasang. - Reuters

16 April, 2012

negara ni harta sapa ni ?

aksi penampilan sulung diatas pentas PAS
Depa buat negara ni macam harta pak depa....kata TS Kadir Sheikh Fadzil kat pemimpin umno(baru) malam tadi..betoi ka gitu ? Mungkin juga betoi sebab depa berbelanja utk negara la ni kira berbillion-billion RM bukan ratus-ratus juta RM lagi.Sebab apa pula berbillion-billion...ooo mungkin sebab komisennya pula ratusan Juta RM...
Rakyat kena cerdik dalam hal  pilih pemimpin..sejak dari MB Kedah zaman Syed Ahmad Shahbuddin.
Kedah tak pernah mencapai tahap pendapatan yang boleh dibanggakan...kini rakyat Kedah wajib berbangga dengan pendapatan negeri ini yang TERBAIK hingga saat ini. Sebab apa pula ?..Sebab diperintah oleh PR yang telus dan bijak mengurus serta mentadbir negeri.
Kita kena kekalkan PR sebagai parti yang memerintah Kedah  PRU 13 nanti...dan pastikan juga supaya PR juga mengambilalih tampok pemerintahan di Putrajaya...tu antara isi ceramah bekas orang lama Umno ni.
tak ramai mana pun..mana nampak yg dibelakang tuu.
Alamak..awat sampai tahap ni pula...tentu ada sesuatu kepada PAS dan PR yang tiada didalam umno Be End.

15 April, 2012

anak VIP mana pula yang tibai nii


Cemburu punca penyanyi dibelasah

MIKAEL ADAM yang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd. Rafie Michel, 23, yang dilapor cedera selepas dibelasah di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang kelmarin dipercayai kerana cemburu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian itu bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan cemburu.
“Kita juga sudah mengenal pasti suspek terlibat yang merupakan anak orang kenamaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi kelmarin, Mikael Adam yang berada di dalam keretanya bersama dua rakan didatangi suspek secara tiba-tiba sebelum menariknya keluar lalu ditumbuk sehingga terjatuh dan mukanya dipijak.
Mohamed Zulkarnain berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.KOSMO
Anak orang kenamaan mana pula yang tibai dia ni...tak habeh-habeh dengan kerenah budak-budak ni.

syoknya kerja goyang kaki dapat 3 juta


MINDEN: Seorang pesara Jerman yang menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini menghantar e-mel kepada 500 rakan sekerjanya memberitahu mereka bahawa dia tidak melakukan apa-apa tugas selama 14 tahun.
Ucapan terakhir lelaki berusia 65 tahun itu ialah menghebahkan kepada rakan sekerjanya mengatakan dia meraih lebih 600,000 pound (RM3 juta) tanpa menggerakkan satu jari pun.

“Sejak 1998, saya datang ke tempat kerja tetapi bukan ada di pejabat dalam erti kata sebenar. Jadi, saya memang telah bersedia untuk bersara - Selamat Tinggal,” tulisnya.


Namun, dia tidak terfikir e-mel itu bukan hanya berlegar di pejabat di North Rhine-Westphalia saja, tetapi ia turut didedahkan kepada media. “Saya tidak mahu katakan apa-apa lagi,” katanya kepada akhbar tempatan ketika petugas media menemuinya di depan pintu rumahnya di Minden.

“E-mel itu bukan untuk tatapan umum,” katanya. Lelaki yang tidak didedahkan identitinya dan bekerja sebagai juruukur sejak 1974 itu berkata, situasi terbabit berlaku kerana kesilapan majlis perbandaran yang melantik dua orang untuk satu tugas dan rakannya melakukan semua tugas itu. - Agensi

pabila sampai ajalnya


Mati mengejut ketika peras ugut


DI RESTORAN makanan laut inilah salah seorang daripada dua suspek yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk melakukan peras ugut menemui ajal akibat serangan jantung dalam kejadian di Kampung Atas tinggi, Pasir Mas Kelantan Isnin lalu.


PASIR MAS – Kedatangan dua lelaki berwajah bengis yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk memeras ugut seorang pengusaha restoran makanan laut berakhir dengan kejadian tidak diduga apabila salah seorang suspek mati mengejut akibat diserang penyakit jantung.
Kejadian mengejutkan pukul 8.30 malam Isnin lalu di Kampung Atas Tinggi di sini itu mengakibatkan rakannya turut diberkas selepas dia gagal melarikan diri akibat ‘menggigil’ melihat mangsa yang tidak sedarkan diri selepas melakukan penyamaran dan peras ugut.
Difahamkan, kedua-dua suspek belum sempat mengambil wang tersebut kerana kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan peras ugut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, suspek telah datang ke restoran itu untuk memeras ugut pemilik dan pekerja premis itu.
Katanya, belum sempat wang diambil, salah seorang suspek kemudian rebah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian hingga membuatkan pemilik dan pekerja restoran serta rakan suspek panik.
Sedarlah bahawa malaikat maut pasti menjengah kita..pabila ajal sudah tiba tidak kira dimana jua kita berada,pasti nyawa akan dicabut jua. Beruntunglah kita andainya ketika itu,kita dimatikan dalam keadaan beriman.

13 April, 2012

Hot New Singer...


Aura penyanyi warga emas


Woww...hebat lebih hebat dari penyanyi kita...nampak juga bertudungnya.


JIKA tidak menyanyi atau membuat persembahan, nenek-nenek berbakat ini menghabiskan masa dengan kerja-kerja pertanian dan penternakan.


DENGAN memakai kasut yang diperbuat daripada kulit pokok limau, sekumpulan wanita warga emas dari Rusia mengemaskan gerak tari mudah sambil diiringi lagu yang mempesonakan. Mereka yang menetap di kaki Gunung Ural itu mahu mencipta kemasyhuran di pentas hiburan.
Biarpun kurang mendapat publisiti, kumpulan muzik dari pedalaman yang dinamakan Buranovskiye Babushki (Nenek-Nenek Buranovo) itu telah terpilih untuk mewakili Rusia dalam pertandingan nyanyian Eurovision.
Persembahan mereka menerusi lagu Party for Everybody berjaya menawan hati masyarakat. Kumpulan itu merupakan calon pilihan untuk memenangi pertandingan yang bakal berlangsung di Baku, Mei nanti.
"Kami tidak tahu berapa usia kasut ini. Ia telah dibaik pulih beberapa kali sebelum ini sehingga terdapat lubang di dalamnya, tetapi saya tetap selesa menari dengannya," kata Valentina Pyatchenko, 74.
Berumur dalam lingkungan 43 hingga 76 tahun, kebanyakan wanita berkenaan menetap di rumah-rumah kayu di kawasan perkampungan mereka di Buranovo.
Bagaimanapun, kilauan pentas Eurovision telah hadir di kampung mereka. Di dewan tempat mereka melakukan latihan, sijil penyertaan pertandingan itu digantung berhampiran notis aktiviti hiburan hujung minggu mereka.
Mereka juga dijadualkan berlepas ke Moscow untuk melakukan persembahan untuk sebuah yayasan yang diketuai oleh wanita pertama Rusia, Lyudmila Putin. Bagaimanapun, kemasyhuran yang dikecapi itu langsung tidak mengubah diri mereka.
Bukan bintang
"Kami tidak melihat diri kami sebagai bintang. Kami hanyalah warga emas dari Buranovo. Semua orang cakap kami bintang popular dan kami rasa ia agak lucu," kata Yekaterina Shklyayeva, 74.
Wanita-wanita berkenaan pernah bekerja dalam pelbagai bidang sebelum ini. Ada antaranya bekerja sebagai pemerah susu lembu, guru, penjaga pusat asuhan kanak-kanak, pekerja kedai buku, kontraktor, petani dan pekerja kilang.
Selepas bersara, mereka dilihat lebih selesa bercucuk tanam dan menternak kambing, ayam serta arnab. Mereka juga gemar memelihara kucing serta anjing.
"Mereka tidak melihat perkara lain dalam hidup selain daripada kerja. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan apabila melihat mereka bahagia," kata ketua kumpulan, Olga Tuktareva, 42.
Tinggal bersendirian, Pyatchenko mempunyai seorang anak lelaki yang sering membantunya menjaga ayam. Wanita itu hanya mempunyai sebelah tangan selepas terlibat dalam kemalangan. Biarpun pernah melalui kehidupan yang sukar, Pyatchenko tetap bersemangat menyertai Eurovision.

FAKTOR usia tidak menghalang anggota kumpulan Buranovskiye Babushki untuk mencipta kemasyhuran.


jejak janji ditepati negaraku berpendapatan tinggi.


Penghuni jambatan
Sumber myMetro

TIDUR...dua orang gelandangan tidur 
di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.

TIDUR...dua orang gelandangan tidur di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.
KUALA LUMPUR: “Dulu nampak seorang saja yang tinggal di bawah jambatan itu, kini selepas sebulan berlalu ada dua orang berada di tempat sama,” kata pemandu bas henti-henti, Sulaiman Razak, 35, apabila ditanya mengenai gelandangan yang menjadikan jambatan berdekatan Jalan Bangsar, di sini, sebagai rumah mereka.
Katanya, amat membimbangkan jika perkara itu berlanjutan kerana selain memberi pandangan tidak elok, kehadiran mereka juga boleh membahayakan masyarakat awam lebih-lebih lagi apabila tidak mengetahui status kesihatan gelandangan terbabit.

“Saya perasan sejak tiga bulan lalu ada seorang gelandangan di bawah jambatan itu berteduh siap dengan khemah buatan sendiri dan bantal, tetapi baru-baru ini ada seorang lagi mungkin rakannya turut tinggal bersama.

   
  • FotoTERBIAR...pakaian orang gelandangan yang ditinggalkan di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.
  • FotoTEMPAT TINGGAL...tempat tidur dua gelandangan di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.
“Tidak mustahil jika tiada tindakan diambil, selepas ini tambah seorang lagi rakan mereka. Lama-kelamaan kawasan itu tidak selamat buat pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, tambah merisaukan apabila keadaan itu boleh membahayakan orang awam yang melalui kawasan terbabit pada waktu malam kerana jalan itu sunyi dan gelap selain jauh dari penglihatan orang ramai kerana jambatan berkenaan terletak di tengah jalan raya.

Tinjauan ke kawasan berkenaan pada waktu pagi mendapati mereka tiada di tempat berkenaan kerana keluar mencari makan dengan merayau-rayau di kawasan sekitar dan keadaan di situ bersepah dengan sampah-sarap.

Malah, terdapat dua tempat tidur berasingan yang masing-masing beralaskan kotak dan baju sebagai bantal selain beberapa pakaian dan dua unggun api yang dibuat bagi mengelakkan cuaca sejuk pada waktu malam.

Sementara itu, penjawat awam, Norlaila Junaidy, 28, berkata, sikap tidak mempedulikan keadaan sekeliling sama ada daripada segi keselamatan atau pandangan orang awam membuatkan segelintir gelandangan tidak kisah menjadikan bawah jambatan sebagai tempat tinggal, malah ia perkara biasa bagi mereka.
“Setiap kali hendak buat pusingan U di Jalan Bangsar, saya pastikan kereta berkunci dan tingkap dinaikkan kerana khuatir berlaku perkara tidak diingini seperti mereka menerjah ke arah kereta.

“Walaupun kehadiran dua gelandangan terbabit tidak membahayakan orang awam, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dihubungi memberitahu, isu berkenaan akan dikaji dan dipanjangkan kepada pihak atasan untuk dinilai sebelum langkah seterusnya diambil.
-myMetro
Ohhh..negaraku yang semakin maju..duit RM 500 cukup untuk beli payung..itu sudah baik..mana ada negara yang boleh buat gini..mungkin inilah Jejak Janji diTepati.

Hoii...Maslan kalau hang bodoo pun..

Hari ni aku baca dalam surat khabar kosmo. Terjumpa 1 berita menarik yang memaparkan bentuk pemikiran tahap CIPAN..antara yang paling berkesan kepada aku adalah kenyataan beliau :  
1.....pembangunan yang dilakukan di negeri pakatan pembangkang sebenarnya telah dilaksanakan oleh KERAJAAN PUSAT yang diterajui oleh bn."
2....kerajaan Pakatan gagal MEMBERI SUBSIDI MINYAK DAN TOL.
3.  CABAR..Pakatan Rakyat TURUNKAN HARGA MINYAK DI KAWASAN YANG DIPERINTAH.


Kalau berpandukan kenyataan-kenyataan depa,boleh kita katakan otak pemimpin umno yang bertaraf menteri ni BODOH,BENGAP macam otak LEMBU...jangan marehhh ye..ATAU memang jenis depa ni NAK MEMPERBODOHKAN RAKYAT.
Hoii...sudahlah Maslan oii..kalau iye pun bagi la nampak cerdik sikit.
Entahlah..kalau ada lagi rakyat Malaysia nak pilih gerombolan Be End bagi jadi pemerintah, Jenuh TEBAS minda lagi nak bagi puak-puak yang sering di TIPU ni jadi cerdik.

12 April, 2012

andainya kutahu..

Pasti ada sesuatu kepada PAS yang menyebabkan mereka sukakan PAS

Pasti ada sesuatu kepada PAS yang menyebabkan mereka irihati kepada PAS
Kan sudah kukatakan..pasti ada sesuatu didalam PAS yang tiada didalam umno(Baru)

Ku usik-usik minda agar dapat ku TEBAS.

Anak 10 pun ketat lagi kalau gini..


Bentuk semula vagina


Stefano Salvatore (kanan) dan Jimmy Ang pada majlis memperkenalkan teknologi laser V2LR di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PENGECUTAN vulva-vagina atau juga dikenali sebagai atrofi vullva-vagina merupakan sebahagian simptom biasa pada wanita yang sedang melalui tempoh menopaus.
Kelemahan tisu sekitar vagina, kerengsaan, kekeringan dan rasa sakit di sekitar tisu vagina merupakan antara gejala yang dirasai akibat dari pengecutan tersebut.
Keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan terutama ketika hubungan kelamin yang secara tidak langsung menjejaskan keintiman antara suami dan isteri.
Pakar Runding Bidang Uroginekologi di Klinik Obstetri dan Ginekologi Universiti Insubria di Varese, Itali, Profesor Stefano Salvatore, berkata, atrofi vagina berlaku disebabkan kekurangan kolagen pada lapisan kulit dalam vagina yang dikenali sebagai membran mukosa pada bahagian vagina.
Katanya, keadaan itu menyebabkan vagina kering sehingga menimbulkan ketidakselesaan ketika hubungan intim suami dan isteri.
Begitupun katanya, gejala itu kini boleh diatasi menerusi cara biostimulasi iaitu menggunakan teknologi laseri Vulvo-Vaginal Laser Reshaping (V2LR).
Teknologi tersebut berupaya mengembalikan fisiologi vulva-vagina kepada keadaan asal sebagaimana ketika usia muda.
"V2LR digabungkan dengan teknologi laser unggul yang baru, iaitu teknologi Pulse-Shape-Design (PSD) yang direka khas untuk merangsang penghasilan kolagen dalam mukosa vagina.
"Selain itu, teknologi ini juga boleh memulihkan keadaan tisu vagina melalui sistem pengimbas HiScan V2LR dalam keadaan yang selamat lagi selesa," katanya.
Beliau berada di Kuala Lumpur bagi memperkenalkan V2LR di negara ini hasil kerjasama antara syarikat tempatan NeoAsia (M) Sdn. Bhd. dan DEKA, sebuah syarikat dari Florentine, Itali.
Menurut Salvatore, V2LR merupakan rawatan tidak invasif iaitu rawatan yang tidak membabitkan pembedahan serta penggunaan sutur atau kokot.
Teknologi ini boleh membaiki ciri estetik yang telah berkurangan akibat perubahan pada vulva-vagina.
"Rawatan ini tidak menyakitkan cuma pesakit berasa sedikit tidak selesa. Malah mereka boleh kembali kepada kehidupan seperti biasa sejurus selepas rawatan
"Lebih penting rawatan ini pasti akan menjadikan hubungan intim antara suami dan isteri dapat ditingkatkan," katanya.


Dah mai pula dah..teknologi baru bab ni. Manusia diberikan akal untuk berfikir,la ada gulungan yang dok pikiaq hala kesitu pula...pakat ketat habeh la...dah tak tau mana satu janda mana satu anak dara le lepas ni. Dunia..dunia...Bab syurga dan neraka tak mau nak pikiaq ka ?
Hangpa nak tau lebih lagi TEBAS KAT SINI

dimana suamiku


Ustazah hamil rayu suami pulang

SITI KHOLIJAH bersama Ainun Mardhiah (kanan) dan Adni Nawar melihat gambar Nasrul yang hilang sejak Disember tahun lalu di Kuala Nerang semalam.


KUALA NERANG - Seorang ustazah bimbang dengan nasib suaminya yang tidak pulang selepas keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital di Alor Setar pada Disember lalu.
Siti Kholijah Ramli, 31, memberitahu, kebiasaannya suaminya, Nasrul Mohd. Fadli Saat, 33, sampai di rumah kira-kira pukul 5 petang, namun pada 20 Disember tahun lalu dia tidak pulang.
"Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sempat bersalam dengan saya dan anak-anak sebelum pergi bekerja dengan menunggang motosikal kira-kira pukul 7.15 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambutan di sini semalam.
Siti Kholijah mendirikan rumah tangga dengan Nasrul yang berasal dari Selayang, Selangor pada tahun 2005 dan mempunyai dua orang anak iaitu, Ainun Mardhiah, 6, dan Adni Nawar, 2.
Apakah sudah hilang kasih sayang seorang suami dan seorang ayah ? Atau sudah tiada berperasaan tanggungjawab..atau mungkin telah berlaku tragedi seperti yang sering didengar sekarang ? Ataupun jika terdapat perselisihan faham..bermaaf-maafan lah..sedangkan nabi mengampunkan umatnya dan Allah jua mengampunkan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat.

Gempa...hati tak bergegar kee.


Gempa turut gegar Semenanjung

ORANG ramai keluar dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town.


KUALA LUMPUR – Dua gegaran dalam tempoh hampir dua jam yang berpunca daripada gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia semalam mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk di beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.
Gegaran pertama berlaku kira-kira pukul 4.50 petang dan disusuli pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan penghuni di kediaman tinggi dan berhampiran pantai di negara ini meninggalkan rumah masing-masing.
Antara negeri yang merasai gegaran tersebut ialah Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Di pulau pinang, perkhidmatan feri yang menghubungkan Butterworth dan Goerge Town telah dihentikan pada pukul 8.30 malam berikutan gegaran kedua pada 6.45 petang tetapi disambung semula 45 minit kemudian setelah amaran tsunami ditarik balik.
Bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang dibuka seperti biasa.
Seorang penduduk flat Bukit Gedung, Siti Nur Zuriani Zaini, 25, memberitahu, orang-ramai lari lintang-pukang sebaik menyedari gegaran berlaku.
“Bayangkan bunyi gegaran itu sangat luar biasa seperti tanah sedang bergerak manakala pintu dan perabot rumah pula bergoncang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Syukur tiada sebarang kemalangan..rumah aku pun bergoyang tapi aku tak sedar kerana aku lenaaa..letih..lebih kurang jam 7.oo malam terasa lagi sekali gegaran susulan kat rumah aku..Ketahuilah bahawa BUMI ini sudah terlalu tua..semakin hampir kepenghujungnya..Umur kita lagi singkat dari umur bumi,jadi kena pakat-pakat TEBAS diri sendiri dan bertaubat atas segala kemaksiatan dan kesalahan yang dilakukan dan berdoalah agar kita dimatikan dalam keadaan beriman. 

11 April, 2012

hoi kawan ! lu geng sapa aa


Polis tumpaskan Geng Kangkang


Zull Aznam Haron (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan susu tepung yang dicuri pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Kangar, semalam. - UTUSAN/faizal abu hassan


KANGAR 10 April - Jika sebelum ini kumpulan penjenayah menyasarkan kenderaan atau barang kemas namun tidak bagi sekumpulan penjenayah di sini, dikenali sebagai Geng Kangkang yang menjadikan susu tepung berjenama untuk dicuri.
Kumpulan itu bagaimanapun tumpas selepas polis memberkas lima daripada 10 ahli kumpulan itu, iaitu 13 jam selepas mencuri susu tepung pelbagai jenama dari dua kedai runcit di sini antara pukul 3.30 dan 4.05 petang, 5 April lalu.
Selain negeri ini, kumpulan tersebut dipercayai turut aktif mencuri susu tepung dari pasar raya di sekitar Lembah Kelang.

Polis buru ketua 'Man Kuchai'





KUALA LUMPUR 10 April - Suspek lelaki yang meloloskan diri dari lokap tahanan sementara Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak Jumaat lalu pasti tidak dapat tidur lena kerana polis kini meningkatkan usaha untuk memburunya.
Operasi besar-besaran kini dilakukan polis bagi mengesan dan menangkap Mohd. Rezuan Abd. Rahman, 32, pemegang kad pengenalan bernombor 801213-05-5591 dan beralamat terakhir di Nombor 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterpreneurs Park, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek merupakan ketua kumpulan 'Man Kuchai', amat dikehendaki kerana dia seorang yang ganas dan mampu mencederakan orang awam ketika melakukan jenayah.
Berdasarkan rekod polis, kata beliau, suspek sepatutnya dibicarakan atas empat kesalahan jenayah yang melibatkan kes rompakan.
...

Geng penyamun masuk perangkap


MOHAN SINGH (tengah) menunjukkan sebahagian barang kes yang dirampas daripada Geng Snooke dan Geng Wan Toncet pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Penglibatan sekumpulan lelaki bergelar Geng Snooke yang giat menyamun, meragut dan mencuri di daerah Cheras berkubur apabila lima anggota kumpulan itu diberkas baru-baru ini.
Suspek-suspek berusia antara 24 dan 25 tahun itu ditahan selepas polis menyiasat laporan seorang wanita yang diragut penjenayah berkenaan di Batu 6, Jalan Cheras pada pukul 11.30 malam, 28 Januari lalu.
Kelima-lima suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru di sini pada pukul 1 pagi, 3 April lalu. Dua daripada mereka positif ganja.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui beberapa senjata dan barangan dipercayai hasil samun, ragut dan curi.
"Antara barangan yang dirampas termasuk sebilah sabit, sebilah parang, dua bilah pisau, lima buah telefon bimbit, beberapa buah komponen motosikal, nombor plat palsu, beg sandang, kad akses hotel, enam buah motosikal dan tiga buah kereta," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Haiya...berapa banyak geng daa.lu mana punya geng maa..kangkang ?..lentang ? tongggek ? Libas atau sapu ؟
Talak masuk mana-mana maa...gua geng baik loo..Itu politik lu mau geng mana maa ? Geng Tok jib kaa..atau geng Yidin ?
Talak mana-mana geng maa...gua geng BULAN maa.


tudia..memang sah Malaysia negara keduaku


IPOH: Sebuah flat usang di kawasan Anjung Tawas Damai, Tasek, di sini, mendapat jolokan ‘flat awek bohsia’ apabila dikesan menjadi sarang maksiat berikutan dihuni lebih 300 wanita warga asing dari pelbagai negara.
kesian kat rakyat yg tak berumah
Flat berkenaan menjadi perbualan penduduk setempat berikutan kediaman itu seolah-olah dijajah pendatang warga asing yang menyewa serta menghuni sejak lebih setahun lalu.

Malah, kehadiran lelaki warga asing yang kerap berkeliaran terutama pada waktu malam di flat itu turut menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang tempat itu dijadikan ‘sarang’ kegiatan tidak bermoral.
Susulan aduan dan laporan diterima daripada penduduk, Jabatan Imigresen menyerbu flat berkenaan jam 10.45 malam kelmarin.

Ketua Unit Operasi Jabatan Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, operasi bersepadu itu disertai Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Menurutnya, pihak berkuasa terlebih dulu mengepung kawasan flat setinggi lima tingkat itu sebelum memeriksa setiap unit kediaman berkenaan.
“Hasil pemeriksaan itu mengejutkan apabila flat itu dihuni 349 wanita warga asing pelbagai negara.“Kebanyakan wanita warga asing ini didapati menyewa beramai-ramai di flat berkenaan dan bekerja di kawasan kilang dan bandar berhampiran,” katanya.

Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, semua wanita warga asing itu memberikan kerjasama dan diarahkan berkumpulan di padang berhampiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati 377 warga asing ditahan untuk pemeriksaan. Mereka yang diperiksa ialah 28 lelaki dan 349 orang wanita.


“Pemeriksaan mendapati 23 individu ditahan berasal dari Indonesia, 61 (Kemboja), 58 (Vietnam) dan 235 (Myanmar),” katanya.


Menurutnya, Imigresen bagaimanapun tidak membuat sebarang tangkapan berikutan semua warga asing ditahan memiliki dokumen serta pas yang sah tinggal di negara ini.


“Operasi ini sebagai persiapan dan persediaan penyelarasan kerjasama antara agensi penguat kuasa sebelum operasi besar-besaran di bawah Penguatkuasaan Program 6P bermula selepas tamat tempoh pemutihan.


“Imigresen mempergiatkan operasi seumpama itu di seluruh negeri ini bagi memastikan negeri ini tidak menjadi pusat kehadiran pekerja warga asing,” katanya.- Sumber METRO




Liwat : sapa pula yg kena ?


Lelaki Mati Dipercayai Dipukul Objek Tajam Selepas Diliwat
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki mangsa liwat ditemui mati di sebuah bilik hotel terkemuka di Jalan Ampang di sini pada Selasa dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.
Mangsa R.Rajesh, 37, ditemui pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang ketika memeriksa bilik yang dihuni mangsa di tingkat lima setelah dia didapati tidak mendaftar keluar dari hotel berkenaan.
Lelaki dari Georgetown, Pulau Pinang itu telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada petang Isnin dan sepatutnya mendaftar keluar pada 2 petang tadi.
Polis ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusan hotel, dilaporkan menemui kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa dan percaya mangsa telah diliwat.
Menurut sumber polis, imej seorang suspek lelaki yang memasuki bilik hotel mangsa dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup hotel itu dan suspek dipercayai telah meninggalkan bilik berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pada Selasa tidak menolak kemungkinan suspek mengenali mangsa.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

10 April, 2012

Panas..panas ! TS Kadiaq mula dahh.


Kadir Sheikh Fadzir jumpa pimpinan PAS
(Kunjungan khas...TS Kadir bertemu dengan Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan kanan PAS di Pejabat Agung malam tadi)

KUALA LUMPUR, 10 April: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mengumumkan keluar dari Umno Mac lalu, mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi.

Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu dilihat tiba bersorangan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut kira-kira jam 8 malam.

Beliau disambut Timbalan Presiden Mohamad Sabu serta Naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut serta AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Asmuni Awi, Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan serta Setiausaha Politik Presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Perbincangan antara kesemua mereka bermula kira-kira jam 8.15 malam sejurus Tuan Guru Presiden tiba.

Pelbagai topik dibincangkan khususnya isu politik tanah air berkaitan kepincangan pilihan raya.

Perbincangan itu berakhir kira-kira jam 10 malam.

Sebelum ini, Abdul Kadir menggemparkan politik negara apabila beliau yang lebih 50 tahun menyumbang keringat dalam Umno, mengumumkan keluar dari parti itu.

Beliau yang pernah menjawat jawatan menteri penerangan itu mendakwa bertindak demikian selepas hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno BN pada masa ini.

Sebelum keluar Umno, beliau ada mendakwa perjuangan Umno BN hari ini sudah terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya.

Beliau juga mendakwa Umno menggunakan taktik menabur wang sama ada untuk membeli undi pilihan raya dan sewaktu pemilihan parti.

Kritikan dan kelantangan beliau itu kemudiannya mengundang kecaman hebat dari pemimpin Umno sehingga beliau bertindak keluar parti.

Terdahulu, beliau turut dibawa meninjau bilik mesyuarat serta pejabat pimpinan PAS di tingkat 5 sebelum mengadakan pertemuan di luar pejabat Presiden di tingkat 4.
Menariknya, Abdul Kadir yang kini sebagai Timbalan Presiden NGO Amanah Merdeka (Amanah), buat kali pertama akan muncul berceramah di pentas PAS pada satu program besar di negeri Kedah 15 April ini.

Ceramah tersebut akan diadakan di Kupang sempena lawatan rasmi Presiden PAS ke Kedah.

Beliau akan berceramah sepentas dengan Abdul Hadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak serta Mahfuz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...