WISH

WISH

19 April, 2012

nak TIBAI pulak dahhh..

Umno yang Be End semakin gelabah puyuh dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat walaupun rakyat telah disumbat dengan berbagai imbuhan dalam tempoh setahun ini setelah lebih 50 tahun merdeka dalam kecelaruan dari berbagai sudut kehidupan.
Penggal ini tumbuh PERKASA yang kononnya bagi membela Melayu yang gagal dibela oleh parti Melayu iaitu Umno,sedangkan pengasasnya dulu adalah pimpinan Umno jua. 




Maka bergemalah suara perkasa ni dalam menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu tentang kegagalan yang dibuat oleh umno dan mereka yang berada didalam perkasa selama lebih 50 tahun ini.






Pada masa yang sama,sebuah lagi pertubuhan yang terdiri dari orang Melayu/Islam yang juga sekutu kuat umno telah menghentam Perkasa seolah-olah PEKIDA ini hero melayu sebenar. Ramai orang Melayu sedar tentang sejauh mana perjuangan mereka didalam Pekida ni.


Dalam kesibukan mencari pengaruh politik,maka tumbuh pula sebuah parti baru setelah kecewa dengan parti lamanya. KITA yang diasaskan oleh Dato' Zaid Ibrahim yang dulunya beliau adalah seorang pemimpin Umno dan kemudiannya menyertai PKR. Belum pun boleh berlari KITA sudah kelihatan semput diawal perlumbaan sehinggakan hendak dibubarkan oleh pengasas sendiri.Maka bercelarulah KITA ni.



Selepas itu wabak SPRING ni menular pula kepada PAS,maka terpecatlah keahlian PAS bekas Naib Presiden PAS satu ketika dulu iaitu Dato' Hassan Ali. Maka tumbuh pula satu lagi pertubuhan bagi membela Islam,Melayu dan Raja ni.Bukan main rancak pertubuhan JATI ni dalam menghentam PAS,tetapi pada masa yang sama kesemua pertubuhan diatas telah mendedahkan kegagalan umno be end dalam membela orang Melayu,Islam dan rakyat negara ini. liputan dari media massa arus perdana turut memainkan peranan dalam mengkucar-kacirkan pemikiran orang Melayu demi untuk survival politik umno yang semakin be end.


Sementara itu sebuah parti yang baru ditubuhkan juga iaitu Parti Cinta Malaysia masih lagi terkinja-kinja mencari rentak untuk menari dipentas politik Malaysia. PCM dengan slogan Kami Cinta Malaysia ini telah diasaskan oleh mereka yang kecewa terhadap parti mereka terdahulu. PCM ini pun mungkin akan menjadi seperti KITA atau beberapa parti yang lebih senior dahulu,yang entah kemana sekarang ini.


Pemimpin umno kini dilihat boleh duduk goyang kaki,kerana parti-parti serpihan dan NGO baru ni sudah mula menjalankan tugas mereka dalam menghentam parti-parti dari Pakatan Rakyat. Tetapi kesenangan mereka masih belum terjamin kukuh kerana rakyat Malaysia bukan lagi seperti dizaman Jepun atau darurat. Arab Spring membuatkan mereka tergamam kerana fenomena ini merebak keserata negara. Lantas ABAI diwujudkan bagi menyaingi ABU,tetapi malangnya ABAI ini hanya wujud dipondok telefon atau hentian bas yang kurang pengunjungnya.


PAS semakin memperkukuhkan kewibawaannya dimata rakyat Malaysia. Sokongan dari berbagai kaum dan agama semasa PRU 12 dulu terus dimanfaatkan agar mereka terus memberi sokongan kepada PAS dan PR. Maka kelab penyokong PAS sebelum ini dinaik tarafkan menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).  Dewan ini kini bertanggungjawab untuk menghimpunkan para pencinta keadilan,kedamaian dan ketelusan dari kalangan bukan Islam untuk bersama PAS dengan slogan PAS For All. Kini keahlian dan sokongan melalui DHPP ini dilihat semakin meningkat.


Populariti Penasihat Umum PKR dilihat oleh Umno Be End sebagai satu batu penghalang terhadap rencana mereka. Setelah gagal dengan gerakan ABAI,maka rakyat disumbat dengan berbagai imbuhan yang dilihat sebagai rasuah politik era ini. Berbagai isu dan kes yang melibatkan pimpinan umno be end semakin terbongkar dari masa kesemasa.
Umno mengambil kesempatan dengan kedudukan mereka terus menggasak rakyat dengan program bagi menagih simpati. Program Jelajah Janji ditepati mula dihamburkan seperti program-program mereka terdahulu dengan menggunakan semaksima mungkin jentera kerajaan. Mungkin juga Jelajah ini akan tinggal jejak seperti tinggalnya patung Francis Ligth di Pulau Pinang.


Risau mereka semakin menjadi sasau akan populariti DSAI dan Pakatan Rakyat. lantas dicetuskan pula sebuah lagi Ngo bagi mengelirukan rakyat. Mai pulak TIBAI ( Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang dterajui oleh puak-puak yang pernah bersama Umno Be End dan juga PKR sebelum ini. Entah apa yang diperjuangkan orang mereka ini pun masih menjadi tanda tanya. nak berpolitik atau nak menjatuhkan maruah diri seseorang..pakai nak tibai je janji umno be end boleh berkuasa dan janji perut kenyang kot.


Aku tak kira TIBAI ke ABAI ke...janji aku TEBAS je..tak kira dimana tak kira siapa asalkan Umno BE END.

18 April, 2012

KUIN : Jawapan kat tok det dan komentar.


Kuin: Kerajaan Negeri yakin mampu bayar pinjaman RM330 juta

18 April 2012
Azizan- MB Kedah
ALOR SETAR - Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah diberitahu kerajaan negeri bersedia membayar Bank Islam sebanyak RM44.8 juta selama 13 tahun bagi melunaskan pinjaman RM330 juta untuk membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri mempunyai sumber dan mampu menjelaskannya mengikut jadual.

"Pinjaman yang dibuat dengan kerajaan persekutuan bagi membina Blok E Wisma Darul Aman (pusat pentadbiran negeri) akan selesai Disember ini. Selepas itu wang RM25 juta setahun yang digunakan bagi tujuan itu akan diguna pula untuk membayar Bank Islam.

"Saya yakin kita mampu dan baki hampir RM20 juta lagi akan diperoleh daripada sumber lain," kata Azizan di  Dewan Undangan Negeri semalam.

Beliau menjawab soalan Md Zuki Yusof (Pas-Kuala Ketil) yang ingin mengetahui bagaimana cara kerajaan Kedah membayar balik hutang dan kos penyelenggaraan Kuin kerana banyak pihak meragui kemampuannya.

Azizan berkata, kos penyelenggaraan dan operasi Kuin akan ditampung melalui yuran pengajian keuntungan operasi anak-anak syarikatnya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) yang meragui kemampuan kerajaan negeri berkata bagaimana ia dapat menampung kos operasi dan penyelenggaran Kuin sangat besar sedangkan kompleks sementara univerisiti di Mergong, Alor Setar menghadapi masalah pengurusan.

"Dua hari lepas saya dapat surat bahawa Kuin gagal melunaskan hutang berjumlah RM60,000 dengan sebuah klinik penelnya. Bagaimana kerajaan hendak tanggung kos operasi yang besar jika hal sekecil inipun berlaku," katanya ketika mengajukan soalan mengenai perkara sama.

Sementara itu, Mahdzir ketika membahaskan Usul Ucapan Tahniah kepada Sultan Kedah Sempena Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, berkata, masalah berkaitan Kuin perlu diberi perhatian oleh semua pihak tidak kira di pihak kerajaan negeri atau pembangkang memandangkan Kuin adalah institusi pendidikan 'milik Kedah'.

"Kami (pembangkang) juga sokong Kuin dan mahu Kuin jadi institusi unggul. Apatah lagi Canselornya adalah Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong. Bajet kalau ada kena beri kerana jika persepsi terhadap Kuin lemah akan memberi imej buruk kepada Kuin," katanya.

Azizan dalam sesi penggulungan pula berkata beliau akan melihat kelemahan-kelemahan yang ada dalam operasi Kuin.

Persidangan hari ini turut meluluskan usul Rang Undang-undang Peruntukan Tambahan (Emolumen) bagi Tahun 2012 dan Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2012 serta usul cadangan peruntukan kepada Pemangku Sultan atau Jemaah Pemangku Sultan serta Elaun Khas kepada Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah berikutan pelantikan Sultan Kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...