WISH

WISH

27 April, 2012

hahhh..kan dah mengena..

depa pakai daftar ahli ikut dan je..macam aku dok buat la ke ?

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
 
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti..

Kalau diikutkan kepada kenyataan Pengerusi SPR ni..mungkin juga betul apa yang dikatakannya tu...dia tak tau pun tentang keahliannya sebagai ahli umno..Beliau hanya menyangkal tentang pendaftaran keahliannya,tetapi tidak menyangkal tentang keahliannya sekarang..Andainya benar keahliannya atas sebab didaftar oleh orang lain,maka ia merupakan satu kes yang amat MEMALUKAN beliau serta semua ahli dan pemimpin umno...ishhh malas nak tulis panjang-panjang lah..ringkaskan cerita...itu le tabiat umno...orang yang dikatakan cerdik macam Pengerusi SPR ni pun umnoo boleh perbodohkan...apalagi yang kurang cerdik.Kalau aku,..saman je umno tu...MEMALUKAN umat melayu..patut pun ahli umno ada seramai 3 juta orang..rupa-rupanya pemimpin peringkat cawangan dok  daftar sendiri siapa saja yang depa suka atau nampak cenderong kat umno..

Berbalik kepada kes Pendaftaran sebagai Pemilih pula macam mana ?..Tentu ada manusia yang didaftarkan tanpa kerelaan mereka atau tanpa mereka ketahui,jika diambil dari sudut kes keahlian umno ni.atau ada gerakan tertentu bagi mendaftar sebagai pengundi..Maka kes ini perlulah dibersihkan..Esok 28 April 2012, ramai le rakyat yang tak boleh diperbodohkan macam Pengerusi SPR ni akan berhimpun DUDUK BANTAH..BERSIH daftar pemilih.

Kalau dibiarkan kes begini berlarutan pasti akan bertambah semak le Malaysia yang tercinta ni..Kita kena pakat TEBAS je pimpinan yang bodoh atau suka memperbodohkan rakyat dari menjadi pemimpin atau menjadi pemerintah..Nak TEBAS tu mudah je..UNDI je parti-parti dari PAKATAN RAKYAT...PAS..PKR atau DAP.

haram di Dataran Merdeka jee..tempat lain ok


bersih 3.0
Kawalan keselamatan dipertingkatkan oleh Anggota Polis dalam menghadapi kemungkinan Perhimpunan Haram Bersih 3.0 pada esok hari, di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR - Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang penganjur dan orang awam berkumpul atau mengadakan aktiviti di Dataran Merdeka mulai esok sehingga 1 Mei.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kawasan ‘larangan’ yang dimaksudkan itu adalah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, ia bermula pada jam 12 tengah malam tadi.

"Penama yang dinamakan dalam perintah itu, penganjur dan orang awam adalah dilarang hadir, berada atau mengambil bahagian dalam perhimpunan di kawasan tersebut mulai hari yang ditetapkan,” katanya.

Mohamad berkata, polis mengambil kira isu keselamatan dan kententeraman awam di pusat bandar, khususnya di Dataran Merdeka.

Menurutnya, jika pihak berkenaan masih berdegil dan tidak mengikut perintah, ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda RM 2,000 atau kedua-duanya.

“Jika pihak berkenaan didapati mengadakan perhimpunan di tempat lain seperti KLCC yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan, ia merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang yang termaktub. Berkumpul di sesuatu lokasi untuk tujuan perarakan adalah salah mengikut Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Beliau berkata, polis mempunyai pasukan yang memadai untuk memantau perhimpunan Bersih 3.0.

“Pasukan trafik mengawal lalu lintas akan membuat lencongan jalan atau jalan itu ditutup jika perlu mengikut keadaan. Kami juga mempunyai anggota yang mencukupi bersedia untuk menangani apa yang berlaku,” katanya.
Hahahha....apa-apa sikit ambil perintah mahkamah..jadi mana demokrasinya ?..orang pi bukan nak bergaduh atau berperang cuma nak pi DUDUK BANTAH je..TU PUN BUKAN SAMPAI SEHARI ATAU SEMINGGU...setakat 2 jam je...alahai..tranfomasi sungguh kita ni.
Apa kata,lepas ni rakyat yang awam ni ambil perintah mahkamah juga supaya umno be end tak boleh guna radio dan tv yang bukan milik parti depa..seperti RTM. Kami pun ada hak juga untuk jaga kepentingan negara agar tidak disalahgunakan oleh satu pihak..Mai kita rakyat Malaysia pakat-pakat TEBAS umno dan kuncu-kuncu bagi BE END pru 13 nanti.

26 April, 2012

nak besar..tegang terus mati


PAIGE (kiri) bersama rakannya.
PAIGE (kiri) bersama rakannya.
SWANSEA (Wales): Seorang ibu yang dilanda kebimbangan melampau implan payu daranya akan pecah, ditemui mati di rumah saudaranya, lapor media semalam.
Kakitangan awam, Paige Goldup, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan perkampungan Godre'rgraig dan dikejarkan ke Hospital Morriston.

Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan nyawanya dan disahkan meninggal dunia minggu lalu.

Media melaporkan, Paige, 24, dimasukkan implan silikon rosak ke payu daranya dan dijadual menjalani pembedahan untuk membuang bahan itu tidak lama lagi, Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu dipercayai mengambil ubat berlebihan sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Saudara Paige berkata, ibu muda itu menjalani implan payu dara lebih dua tahun lalu.

Katanya. implan berkenaan dihasilkan sebuah syarikat Perancis, PIP, yang menjadi perhatian baru-baru ini ekoran skandal kecuaian dalam penghasilan produk berkenaan.

Sementara itu, Paige mengaku dia tertekan kerana amat bimbang implan berkenaan pecah dalam payu daranya.

Menulis di Twitter, Paige berkata, dia adalah antara pengguna implan PIP yang tertekan dan terpaksa mengisi borang perubatan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan membuang bahan berkenaan.
“Saya harap klinik berkenaan melakukan pembedahan itu segera dan menanggung kosnya.

“Ia sangat menakutkan saya,” katanya. - TS

Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan Allah kepada kita..sungguhpun dibolehkan untuk berusaha tetapi ada yang tidak sepatutnya dilakukan..Tetapi tentang ajal dan maut seseorang atau sesuatu ni..sudah ditetapkan Allah sejak azali lagi,jangan dok TEBAS otak nak cari jalan tak mau mati.Begitu juga dengan kekuasaan seseorang atau sesuatu pihak atau puak, tentu ada waktu yang ditetapkan oleh Allah.Ingatlah bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...Seandainya kita merancang, Allah jua telah merancangnya untuk kita...perancangan Allah jua yang akan berjaya.

HOT n NEW..tidienn...

pesta pondan Siam


Pondan calon pilihan raya

2012/04/26

BANGKOK: Seorang pondan mendapat tumpuan ramai di Thailand apabila mencatat sejarah sebagai orang yang pertama di kalangan golongan berkenaan untuk mendaftar sebagai calon pilihan raya Wilayah Pentadbiran Nan. 

“Saya yakin pengalaman dan kemampuan saya akan berguna dalam pembangunan wilayah Nan,” kata Yonlada ‘Kirkkong’ Suanyos, 30, kelmarin.
Walaupun dianggap sebagai muka baru dalam politik, Yonlada, sudah terkenal sebagai presiden Persatuan Wanita Trans Thailand.
Sejak beberapa tahun lalu, Yonlada berkempen supaya diberi hak untuk berpolitik. Selain itu dia turut memiliki perniagaan barang kemas sendiri selain mengendalikan stesen televisyen satelit. 

Tahun lalu, Yonlada dinamakan oleh pertubuhan media sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh dalam di kalangan masyarakat Thailand. 

“Saya percaya golongan pondan dan golongan homoseksual akan memberi sokongan kepada saya,” katanya. 

Selepas menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 16 tahun, Yonlada adalah wanita secara fizikalnya tetapi dokumen rasmi masih menggelarnya lelaki. 
Beberapa personaliti hiburan turut menyokong kempen Yonlada untuk jawatan kaunselor Nan. 

Penyelaras projek bagi Yayasan M Plus, Pongthorn Chalearn, berkata kehadiran Yonlada dalam pilihan raya di Nan akan meningkatkan kepelbagaian politik. 

“Sudah lama lelaki menguasai politik negara ini. Yonlada mempunyai peluang baik untuk menang kerana mendapat sokongan padu di utara wilayah itu. Ibunya pernah menjadi ketua komuniti Ban Suan Tan,” katanya. 

Yonlada bertanding sebagai calon nombor satu di bahagian pilihan raya satu di Tambon NaiWiang. Pencabarnya ialah Pawat Sattayawong and Suchart Jitbanjong, kedua-duanya lelaki. – Agensi



Kalau kat Malaysia nan 1 ni..agak-agak nak jadi macamana ?..Sapa yang nak TEBAS sapa pula..Kalau tak bagi masuk jadi calon..itu hak kebebasan mereka juga..Sendiri tebas minda sendiri..Dalam Islam ada yang wajib..ada yang sunat..ada yang harus dan ada yang haram.

25 April, 2012

sapa yang nak runtuh ?


PM Dijangka Umum Durian Runtuh Untuk Peneroka Felda 8 Mei
Durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada para peneroka Felda sebelum penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dijangka diumumkan pada 8 Mei ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata pengumuman dijangka dibuat semasa program perdana menteri bersama peneroka di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.
"Durian runtuh ini dalam dua bentuk, wang tunai dan saham. Kita tunggu dan lihat berapa banyak akan diberikan," katanya semasa berucap dalam perjumpaan dengan peneroka Felda Lubok Merbau dekat sini Selasa- BERNAMA

Nah aih...belum apa-apa lagi dah dapat untung..tu baru nak disenaraikan ke bursa saham...bila dah disenaraikan nanti tentu lagi banyak untungnya laa..gitu le selalunya harapan dan perkiraan dlm nak main saham ni. Tapi aku takut jadi macam saham "Labu Peram" yang popular satu ketika dulu...ramai yang tersungkur. Yang ni pun rasanya akan hadapi gitu juga..kerana pasaran saham ni macam air laut juga..ada pasang ada surut. Bila air pasang dan saham naik tentu heboh dicanang dapat untung..tapi bila surut hingga ke buku lali nanti pun akan heboh juga....pemegang-pemegang saham kena tanggung.Maka akan berkatalah sipenerajunya."begitu la adat main saham ni."Ingat-ingat le,dulu tanah tu hangpa yang dok pi TEBAS hingga cerah...bila dah cerah ada la puak lain nak pi TEBAS bagi percerah keuntungan yang hangpa dok dapat. Aku takut durian runtuh ni bertukar jadi Tanah Runtuh je kerana dalam main saham ni ada "Rimiser" yang dok kerja kendalikan saham kita...saham naik dia dapat bayaran..saham jatuh pun dia dapat bayaran juga.


24 April, 2012

tudiaa..udang disebalik mee


melibatkan 10 Syarikat dibawah PNB dan Khazanah
 NAJIB   mempengerusikan   mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalannya,  Tan Sri  Muhyiddin Yassin.
hangpa jangan bagi jadi macam kes MAS dan PERWAJA tau..
Peluang firma Bumiputera berpotensi ambil alih: PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata 10 syarikat masing-masing lima di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Bhd akan dilupuskan untuk diserah milik kepada syarikat Bumiputera lain menerusi tender terbuka.

Perdana Menteri berkata, PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan bukan teras untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan terbukti mempunyai kemampuan untuk mengambil alih dan memajukannya lagi.
“Syarikat berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi memandangkan ia perlu menerusi proses mendapatkan keputusan daripada Lembaga Pengarah,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikannya selama kira-kira dua jam di sini, semalam.
Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata, keputusan turut dicapai untuk menambah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi. 

“Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa syarikat yang tersenarai berjaya menjadi sebagai syarikat utama dalam bidang masing-masing,” katanya. 

Sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera. – BERNAMA 



Tentu ada udang disebalik mee...takkan kerana kuah kurang sedap kot atau nak bagi sedap lagi..Kalau dah sedap tu kena ajak kawan-kawan sama makan,baru dikatakan adil. Jangan-jangan hangpa nak TEBAS dan KEBAS buta jee nii ? Ooo tranfomasi ekonomi..sebelum dihukum oleh rakyat.

23 April, 2012

nak demo pun pi berlatih woo..tim.menteri kata

Parti politik didakwa biaya pelajar kita jalani latihan demonstrasi di luar negara

BATU PAHAT: Dua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendedahkan, sebuah parti politik menaja mahasiswa untuk mempelajari dan berlatih cara mengadakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.

Tujuan utama kumpulan itu adalah bagi menimbulkan kekacauan dan provokasi kepada pihak berkuasa seterusnya menarik perhatian media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Sebelum dihantar mengikuti kursus ‘demonstrasi jalanan’ itu, mahasiswa itu dipujuk bagi mengikuti perjuangan parti politik berkenaan.
Mereka yang mendedahkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi pada satu majlis pertemuan minggu lalu, berkata seorang pelajar IPTA yang digantung pengajian dan sering kelihatan......(Petikan dari Berita Online hari ni)


Nak tergelak dengar tok-tok menteri melayumnoo...setakat tu je otak depa....ni aku paparkan beberapa keping gambar tentang demo...rasanya depa tu dulu pun kena pi berlatih juga 








Woii...nak berdemo ni mudah je..pi ramai-ramai..himpun ramai-ramai suarakan apa tujuan habis cerita...kalau puak lain tak kacau...tak jadi apa masalah le..yg dok jadi haru biru bila ada yg dok ganggu...Kalau ada demontrasi yang berlaku kacau bilau tu bukan depa pi nak buat demo...tapi memang pi nak buat kacau..selalunya yang dok pi kursus atau berlatih tentang sesuatu yang melibatkan orangramai ni adalah POLIS,TENTERA atau egensi yang berkaitan.
Entahlah...tok menteri oii...memang otak hangpa kena TEBAS lagi le bagi nampak lebih maju le..Rakyat yang cerdik pasti akan TEBAS umno bagi BE END pru 13 nanti..sayonara la hangpa dari kekuasaan tu. Hanya Kerajaan Allah yang Kekal selam-lamanya.

22 April, 2012

negaraku aman ?


Seorang wanita maut, leher dikelar depan rumah

Seorang wanita maut, leher dikelar depan rumah
JOHOR BAHRU – Seorang wanita ditemui maut dengan kesan tikaman di dada dan dikelar di leher berdekatan rumahnya di sebuah flat di Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas, pagi semalam.
Mangsa, Kum Huey Lan, 46, yang bekerja sebagai kerani sebuah kilang simen di sini, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam yang kemudian melaporkan kepada kejadian itu Balai Polis Permas Jaya, kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat kecederaan tikaman di bahagian dada dan kesan kelar di leher berpunca daripada senjata tajam.
“Malangnya tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan kami belum menemui mana-mana saksi bebas yang nampak kejadian tersebut. Ia berlaku berhampiran dengan tangga flat berkenaan dan terdapat empat pintu rumah termasuk rumah mangsa....-SINAR
WANITA DAKWA DIPUKUL POLIS
ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana premis tempatnya bekerja, rumah urut di Taman Rakyat di sini tidak mempunyai lesen sah perniagaan.
Lay Suet Peng, 42, mendakwa pada 14 April lepas kira-kira pukul 5.30 petang, sembilan anggota polis termasuk seorang wanita telah datang untuk memeriksa tempat kerjanya sebelum menahan Lay kerana mendapati rumah urut itu tidak mempunyai lesen.
Lay yang bekerja sebagai tukang urut kaki di premis itu sejak dua bulan lalu berkata sebagai pekerja dia tidak tahu mengenai status lesen perniagaan kedai itu.

Dia mendakwa telah dipukul dalam keadaan bergari sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala serta belakang bahu selepas cuba melarikan diri ketika kenderaan polis itu berhenti di lampu isyarat akibat ketakutan kerana ditahan polis.


"Waktu bergelut nak cuba lari, saya tertepis mulut seorang polis dan luka sikit, kemudian mereka gari saya dan pukul saya banyak kali sambil maki saya ketika berada dalam pajero sampai ke balai," kata Lay kepada pemberita di sini hari ini.

Lay mendakwa selepas sampai di IPD Kota Setar dia terus dipukul dan ditahan selama lebih kurang lima jam sebelum dibebaskan dan berikutan itu tangannya kebas dan sukar untuknya bekerja.

"Saya telah dapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan telah buat laporan di IPD Kota Setar pada 19 April lalu," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan wanita berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita juga akan siasat laporan berkenaan tingkah laku wanita itu yang bertindak menghalang tugas polis semasa serbuan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Polis serbu sebuah rumah urut tidak berlesen. Semasa wanita itu hendak dibawa ke balai, dia bertindak agresif dan menyebabkan seorang anggota polis lelaki dan anggota polis wanita yang mengandung cedera ringan," katanya. - BERNAMA

haiya !!! dulu Cina sikalang pun Cina..Melayumnoo mana maa?

Teng Chang Yeow..SU Agung Gerakan
Tranformasi umno be end yang terbaru adalah dengan pengumuman Setiausaha Agung Gerakan sebagai Pengerusi Be End Pulau Pinang oleh Pengerusi Be End Pusat yang juga Presiden Umno. Tahniah le kepada SU Agung Gerakan atas perlantikan ni dan takziah juga kepada Umno Pulau Pinang kerana bersungguh-sungguh memperjuang untuk meninggikan martabat bangsa melayumnoo.


Dengan terlantiknya Setiausaha Agung Gerakan ni,maka pastinya puak-puak umno akan lebih bersemangat berjuang agar Melayu terus berada diatas apatahlagi Pulau Pinang kini dibawah Ketua Menteri yang berketurunan Cina dari DAP. Semenjak PRU 12 hingga kini,pemimpin umno terus mengecam kepimpinan LGE yang dituduh mereka anti Melayu dan membela kaum Cina sehinggakan peruntukan untuk Majlis Agama Islam pun kini mencecah hinggakan RM 60 juta. Mungkin ini hasil perjuangan melayumnoo kerana sebelum PRU 12 peruntukan ni hanya sekadar beberapa juta RM je iaitu ketika umno berada didalam kerajaan negeri bersama rakan sekolenya Gerakan.


Mungkin dengan perlantikan ini juga merupakan satu tranformasi politik Be End setelah melihat kaum Cina kini bukan lagi menjadi aset penting kepada mereka. Pastinya Umno Pulau Pinang amat bersetuju dengan tranformasi ni kerana sebelum ini mereka mengharapkan agar Pengerusi Be End Pulau Pinang akan diterajui oleh pemimpin Melayu..Tranfomasi la katakan..dari jadi parti memerintah sudah jadi pembangkang..Bab Pengerusi Be End Pulau Pinang ni alamat jadi tradisi la.
Bilakah agaknya umno nak TEBAS puak Gerakan dari jadi Pengerusi ni..kan umno sudah jadi Ketua kat Pulau Pinang tu..Ketua Pembangkang la katakan..tak kan nak dok bawah je...takut kat Cina Gerakan tu ke ?.ooo mungkin tidak bagi umno ni..tu bukan takut...tu tranfomasi.
Woii..dulu Cina sikalang pun Cina maa ..haiya lu punya nasib laa umnooo..mungkin lepas ni umno akan kena talkin kot.

woii pekak badak

badak pekak ?
 Mungkin kes badak bernilai RM 1 juta di Terengganu tidak akan kedengaran melalui media utama negara..atau mungkin nilai tu juga termasuk nak ajar badak tu agar dapat dengar dengan baik..supaya tak jadi macam kata "PEKAK BADAK"..yakni dengar tapi buat-buat tak dengar.
ooo mungkin badak macam ni kot yg mahal sangat tu ?

wow...lembu yang bernilai beratus juta ? bukan seekor laa dan bukan lembu saja noo
Kes berkaitan lembu yang melibatkan pimpinan tertinggi juga dengan nilai...RM250 juta
ohhh kapal selam negaraku..
 Isu kapal selam dengan kes komisen beratus-ratus juta RM yang dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi negara..banyaknyeee.

hehehhe....notebook 1 Malaysia lebih kurang seribu RM je harganye..
Notebook ni untuk rakyat supaya boleh jadi cerdik IT...banyak tu seluruh negara dapat sorang 1.
wow..menawan le Zahida nii
 Pelakon ini dikatakan mempunyai skandal dengan seorang pemimpin tertinggi umno yang juga seorang menteri..Sekali berjumpa puluhan ribu RM dia dapat....betul ke ?

Jangan buat PEKAK BADAK le..kalau dok dengar berita-berita yang melibatkan pemimpin negara tambahan pula bila dengar melibatkan wang hingga berjuta-juta RM...Kaya sangat ke pemimpin negara kita ? atau sengket sangat ke depa tu ? atau depa tu memang jenis kaki songlap ? atau semua berita gini hanya fitnah saja ke..? Ada ke manusia yang kerja dok memfitnah orang memanjang ? Tapi manusia yang kerjanya dok memperbodohkan orang lain memanjang ada ramai juga dalam dunia ni...sebab depa kata 
"nak hidup". 
Badak kalau nak makan,depa tak payah gi TEBAS dah tempat tu...pakai redah dan ragut je...apa manusia nak kata,ia buat-buat tak dengar je..kalau binatang lain nak ancam pun ia buat dekkk je..bukan ia tak dengar tapi saja..jenis tu dah. Sebab tu orang kata PEKAK BADAK. 

21 April, 2012

berita baik untuk rakyat yang inginkan Bersih..


"Dataran Merdeka hanya untuk acara bertaraf nasional"


Syoknya bila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan penggunaan Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk aktiviti bertaraf nasional seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan, Tahun Baru atau program setaraf, yang selari dengan polisi DBKL. ..

Tentu akan penuh Dataran ini dengan rakyat yang inginkan pilihan raya yang BERSIH..Acara ini pastinya bertaraf nasional kerana akan dihadiri oleh para pemimpin besar didalam negara demokrasi ini walaupun pemimpin tersebut bukan pemimpin kerajaan diperingkat pusat.Tambahan pula para hadirin yang bakal memenuhi Dataran Merdeka ini terdiri dari rakyat berbilang bangsa dari seluruh negara. Sudah pastinya ia merupakan satu acara yang menggambarkan demokrasi di negara tercinta ini.
Para hadirin pasti akan DUDUK BANTAH terhadap apa yang sedang berlaku didalam beberapa perkara yang berkaitan dengan pilihan raya yang sekaligus akan menggambarkan suasana betapa MERDEKAnya negara kita dari sistem penjajahan dulu.Mengikut pengalaman terdahulu,andaikata berlaku sesuatu kejadian yang menyebabkan ketegangan ia adalah hasil dari tindakan provokasi dari pihak lain yang bukan merupakan para peserta demo BERSIH ini.
Aku yakin acara BERSIH 3 kali ini akan menampakkan betapa berdisiplinnya rakyat Malaysia yang terdiri dari para ahli parti dari Pakatan Rakyat dan para penyokongnya.Itupun andainya pihak berkuasa dapat memahami ertikata DEMOKRASI dan mengamalkan etika kerja yang profesional setaraf dengan negara maju yang menjadi impian pemimpin Be End.
Tetapi rasa curiga masih ada beb...kerana tahap pemikiran para pemimpin negara khususnya dari kalangan umno be end masih jauh dibelakang jika diukur dari butir kenyataan terhadap sesuatu isu yang timbul didalam negara.
Bagi rakyat dikebanyakan negara maju dan membangun,mereka pasti akan TEBAS parti yang terdiri dari pemimpin yang bertaraf low class minded ini melalui berbagai cara sehinggakan berlaku pertembungan yang meragut nyawa bagi menuntut keadilan dan pembaharuan didalam negara mereka.
Rakyat negara kita penuh dengan adab sopan dan toleransi yang tinggi hinggakan para pendatang asing boleh mencari makan dengan aman. Maka pastinya rakyat juga mengharapkan para pemimpin mempunyai sikap yang sama. Jika pemimpin masih lagi bersikap bodoh sombong maka eloklah di TEBAS terus dari tampok pemerintahan dengan cara yang mudah iaitu hanya melalui kertas undi. Tapi melalui UNDI ni pun ramai rakyat masih meragui akan ketelusannya sebab tu depa nak buat BERSIH 3.
Aku rasa nak pi jugalah....ayuh..ayuh...ayuh...ada berani ?

kenapalah tiba-tiba gempar dgn pompuan ni

oooohhh..gaya posing yg menawan

siapa yang tak tertawan ?

apa pula hubungkaitnya dgn naib presiden umno ni ?

Mungkin ini sebabnya..?

Skandal Shafie Afdal - Zahida Rafik : Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.- Bekas Pemandu

KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan
skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam 
satu laporan
 polis pada 13 Mac lalu.
Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS 
Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida 
untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai 
hubungan intim antara satu sama lain.
“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk
 untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk........
Wow donia...donia..sesungguhnya wanita dan harta 
benda(wang ringgit) pasti menggoncang iman siapa saja.
Silap cara menerimanya pasti akan ada padahnya,begitu juga 
jika salah cara dibelanjakan pasti ada natijahnya. Iblis dan syaitan pasti akan TEBAS 
iman kita dengan harta ini.Berhati-hatilah kita agar 
tidak terjerumus ke lembah dosa kerana 
"Sesungguhnya dunia ini umpama bangkai".

20 April, 2012

aduhai kekasih...demi cintaku padamu


Sepasang kekasih ditemui mati dalam kereta

20 April 2012
 KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.
 
Seorang jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.
 
"Ayah lelaki tersebut terdengar bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkel dan mengesyaki sesuautu yang mencurigakan membawa kepada penemuan kedua-dua mayat," kata jurucakap itu.
 
Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumah tangga dengan pasangan masing-masing.
 
Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Bernama

Pasangan Kekasih Rentung Dalam Kebakaran
KLANG: Sepasang kekasih ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah bilik di tingkat dua sebuah rumah kedai di Jalan Hulubalang, Taman Desa Ablelink di sini, awal pagi Jumaat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas Zulkepli Othman berkata Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat menghidu asap berlebihan.
Beliau berkata jabatan bomba menerima panggilan pada kira-kira 6.14 pagi dan mengerahkan 15 anggota dari Balai Bomba Taman Seri Andalas dan Kota Raja ke tempat kejadian dalam masa 12 minit.
"Bagaimanapun, semasa pasukan kami tiba, api di bilik tidur tingkat dua di bangunan rumah kedai empat tingkat itu sudah tidak marak lagi.
"Selepas api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 6.46 pagi, kami jumpa dua mayat yang terletak kira-kira satu meter antara satu sama lain di atas lantai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, Jumaat. Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di bahagian bilik tidur rumah kedai itu, yang menempatkan tiga bilik secara keseluruhan dan punca serta jumlah kerugian sedang disiasat.
Zulkepli berkata forensik bomba turut menjumpai sebuah tong dipercayai mengandungi bahan bakar di bilik pasangan itu.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, seorang jiran pasangan itu, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut dari tidur setelah mendengar bunyi letupan kuat dari bilik pasangan itu lalu memaklumkan kejadian itu kepada bomba.-BERNAMA
Aduhai kekasih..kerana cinta, gunung yang tinggi sanggup ku daki, lautan api sanggup ku renangi.Demi cintaku padamu,sanggupku sehidup dan semati denganmu. Kepada yang Islam ingat-ingatlah..cinta kepada manusia hanya sementara..cinta kepada Allah ,Rasul dan Islam pasti ada tidak sia-sia. Jangan kamu berdua-duaan kerana syaitan akan berada diantara kamu.

19 April, 2012

nak TIBAI pulak dahhh..

Umno yang Be End semakin gelabah puyuh dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat walaupun rakyat telah disumbat dengan berbagai imbuhan dalam tempoh setahun ini setelah lebih 50 tahun merdeka dalam kecelaruan dari berbagai sudut kehidupan.
Penggal ini tumbuh PERKASA yang kononnya bagi membela Melayu yang gagal dibela oleh parti Melayu iaitu Umno,sedangkan pengasasnya dulu adalah pimpinan Umno jua. 




Maka bergemalah suara perkasa ni dalam menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu tentang kegagalan yang dibuat oleh umno dan mereka yang berada didalam perkasa selama lebih 50 tahun ini.






Pada masa yang sama,sebuah lagi pertubuhan yang terdiri dari orang Melayu/Islam yang juga sekutu kuat umno telah menghentam Perkasa seolah-olah PEKIDA ini hero melayu sebenar. Ramai orang Melayu sedar tentang sejauh mana perjuangan mereka didalam Pekida ni.


Dalam kesibukan mencari pengaruh politik,maka tumbuh pula sebuah parti baru setelah kecewa dengan parti lamanya. KITA yang diasaskan oleh Dato' Zaid Ibrahim yang dulunya beliau adalah seorang pemimpin Umno dan kemudiannya menyertai PKR. Belum pun boleh berlari KITA sudah kelihatan semput diawal perlumbaan sehinggakan hendak dibubarkan oleh pengasas sendiri.Maka bercelarulah KITA ni.



Selepas itu wabak SPRING ni menular pula kepada PAS,maka terpecatlah keahlian PAS bekas Naib Presiden PAS satu ketika dulu iaitu Dato' Hassan Ali. Maka tumbuh pula satu lagi pertubuhan bagi membela Islam,Melayu dan Raja ni.Bukan main rancak pertubuhan JATI ni dalam menghentam PAS,tetapi pada masa yang sama kesemua pertubuhan diatas telah mendedahkan kegagalan umno be end dalam membela orang Melayu,Islam dan rakyat negara ini. liputan dari media massa arus perdana turut memainkan peranan dalam mengkucar-kacirkan pemikiran orang Melayu demi untuk survival politik umno yang semakin be end.


Sementara itu sebuah parti yang baru ditubuhkan juga iaitu Parti Cinta Malaysia masih lagi terkinja-kinja mencari rentak untuk menari dipentas politik Malaysia. PCM dengan slogan Kami Cinta Malaysia ini telah diasaskan oleh mereka yang kecewa terhadap parti mereka terdahulu. PCM ini pun mungkin akan menjadi seperti KITA atau beberapa parti yang lebih senior dahulu,yang entah kemana sekarang ini.


Pemimpin umno kini dilihat boleh duduk goyang kaki,kerana parti-parti serpihan dan NGO baru ni sudah mula menjalankan tugas mereka dalam menghentam parti-parti dari Pakatan Rakyat. Tetapi kesenangan mereka masih belum terjamin kukuh kerana rakyat Malaysia bukan lagi seperti dizaman Jepun atau darurat. Arab Spring membuatkan mereka tergamam kerana fenomena ini merebak keserata negara. Lantas ABAI diwujudkan bagi menyaingi ABU,tetapi malangnya ABAI ini hanya wujud dipondok telefon atau hentian bas yang kurang pengunjungnya.


PAS semakin memperkukuhkan kewibawaannya dimata rakyat Malaysia. Sokongan dari berbagai kaum dan agama semasa PRU 12 dulu terus dimanfaatkan agar mereka terus memberi sokongan kepada PAS dan PR. Maka kelab penyokong PAS sebelum ini dinaik tarafkan menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).  Dewan ini kini bertanggungjawab untuk menghimpunkan para pencinta keadilan,kedamaian dan ketelusan dari kalangan bukan Islam untuk bersama PAS dengan slogan PAS For All. Kini keahlian dan sokongan melalui DHPP ini dilihat semakin meningkat.


Populariti Penasihat Umum PKR dilihat oleh Umno Be End sebagai satu batu penghalang terhadap rencana mereka. Setelah gagal dengan gerakan ABAI,maka rakyat disumbat dengan berbagai imbuhan yang dilihat sebagai rasuah politik era ini. Berbagai isu dan kes yang melibatkan pimpinan umno be end semakin terbongkar dari masa kesemasa.
Umno mengambil kesempatan dengan kedudukan mereka terus menggasak rakyat dengan program bagi menagih simpati. Program Jelajah Janji ditepati mula dihamburkan seperti program-program mereka terdahulu dengan menggunakan semaksima mungkin jentera kerajaan. Mungkin juga Jelajah ini akan tinggal jejak seperti tinggalnya patung Francis Ligth di Pulau Pinang.


Risau mereka semakin menjadi sasau akan populariti DSAI dan Pakatan Rakyat. lantas dicetuskan pula sebuah lagi Ngo bagi mengelirukan rakyat. Mai pulak TIBAI ( Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang dterajui oleh puak-puak yang pernah bersama Umno Be End dan juga PKR sebelum ini. Entah apa yang diperjuangkan orang mereka ini pun masih menjadi tanda tanya. nak berpolitik atau nak menjatuhkan maruah diri seseorang..pakai nak tibai je janji umno be end boleh berkuasa dan janji perut kenyang kot.


Aku tak kira TIBAI ke ABAI ke...janji aku TEBAS je..tak kira dimana tak kira siapa asalkan Umno BE END.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...