WISH

WISH

15 Mei, 2012

lari lekas..kerbaumnoo mengamuk


10 cedera kerbau jantan mengamuk


GAMBAR bertarikh 10 Mei lalu menunjukkan seekor kerbau jantan mati ditembak selepas dia mengamuk di bandar Hue, Vietnam.- Agensi


HANOI - Seorang pegawai menyatakan seekor kerbau mencederakan sepuluh orang di tengah Vietnam apabila haiwan itu mengamuk di tempat awam.Bagaimanapun, haiwan itu kemudian mati ditembak di sebuah tadika.Seorang pegawai tempatan, Dang Van Ngan berkata, kerbau jantan seberat 300 kilogram itu berlari sekitar tiga jam sejauh hampir 20 kilometer di bandar Hue.
Menurutnya, dalam kejadian pada Khamis lalu, haiwan itu menjatuhkan sebuah motosikal, merempuh pintu dan meruntuhkan katil di sebuah rumah.Ngan berkata, tiga sekeluarga yang berada di rumah berkenaan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Haiwan itu turut menyerang seorang wanita tua yang melintas sebatang jalan raya.Menurut Ngan, wanita itu cedera di kepala dan dirawat di sebuah hospital.Sembilan orang lagi cedera ringan.
Haiwan itu seterusnya menuju ke sebuah tadika berdekatan.Beberapa guru tadika itu mengarahkan sejumlah kanak-kanak naik ke tingkat dua premis berkenaan selepas mereka melihat kerbau tersebut.
Kerbau itu kemudian terperangkap di laman sekolah tersebut yang berpagar sebelum dua askar tiba untuk menembak haiwan tersebut.Haiwan itu mati selepas ditembak sebanyak lapan kali.
Pihak berkuasa masih tidak mengetahui pemilik kerbau itu, dari mana ia datang dan kenapa haiwan tersebut mengamuk.- Agensi

14 Mei, 2012

zaman firaun berulang lagi


KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diberi latihan khusus sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perhimpunan haram pada masa hadapan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata latihan khusus itu perlu kerana dalam senario terkini, kemungkinan lebih banyak perhimpunan haram akan diadakan dari semasa ke semasa, terutamanya di Kuala Lumpur.
"Lebih elok jika anggota penguatkuasa dilatih khusus untuk menghadapi sebarang perhimpunan haram, tidak kira perhimpunan besar atau kecil, anggota penguatkuasa akan dicabar supaya kekecohan berlaku," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja dan pelancaran kempen 'Keep Smiling 2012' peringkat Jabatan Penguatkuasaan DBKL, di sini Isnin...(mStar Online)


                                                                  Nah...dah pakat nak jadi penindas kepada pembayar cukai yang dok sumbang untuk GAJI bulanan depa juga..Maka akan jadilah negara ni dibawah pemerintahan DIKTATOR gara-gara pemimpin yang dipilih oleh rakyat takut kepada perubahan rakyat sendiri.. Bagaimana jika rakyat yang berjuta ini berterusan begini selagi perubahan tidak dilakukan ? Adakah rakyat yang bersalah ? 

Pemimpin-pemimpin yang gila dengan dunia mereka ini perlu di TEBAS dari kedudukan mereka supaya mereka dapat muhasabah diri dan insaf akan kesalahan mereka terhadap rakyat lain yang menjadi penyumbang kepada negara sendiri.

13 Mei, 2012

kami merangkak pun tak kisah aihh.


PRU13: PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa

Hazayani Zakaria,13 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.

"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.

Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.

"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.

Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu,  Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

MINDA

Petikan berita dari surat khabar...untuk TEBASAN minda...Hanya Jauhari mengenal manikam.









Sejauh manakah pemikiran anda dalam meneliti kenyataan yang ada ini ?

08 Mei, 2012

umoq pun depa tipu

Selalunya kita dengar orang berkata Selamat menyambut hari lahir sempena dengan tarikh kelahiran seseorang  atau selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan atau sebagainya. Kita juga sering bercakap "aku sudah atau akan berumur...pada sekian-sekian tarikh  " dengan rasa bangga atau sebagai pemberitahuan kepada orang lain. 
Terdapat juga sebilangan manusia yang menyembunyikan umurnya yang sebenar dari diketahui oleh orang lain. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak mahu oranglain mengetahui bahwa mereka sudah tua atau pun mereka masih muda terutama gulungan para artis. Semuanya ini mempunyai helah atau sebab mereka tersendiri.
Bagi orang yang beriman pasti akan mengira-ngira tentang usia mereka sepanjang tempoh hayat yang dianugerahkan Allah ini samada masa hidup ini dipergunakan sebaik mungkin sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam atau sebaliknya. 
Usia atau umur juga menunjukkan samada ianya tua atau muda bagi seseorang atau sesuatu dan  juga akan menunjukkan tahap kematangan atau kesesuaian mengikut sesuatu maksud.
Tahun ini negara kita akan menyambut hari Kemerdekaan kali ke 55 pada tanggal 31 Ogos nanti. Begitu juga dengan setiap makhluk atau benda, maka berbagai cara yang dilakukan bagi meraikannya. Tahun ini juga umur parti-parti politik di Malaysia akan bertambah samada yang sudah tua atau yang masih berusia setahun jagung.
Seperti biasa gulungan nasionalis melayu dilihat amat berbangga dengan usia parti mereka iaitu Umno. Bagi meraikan kehadiran usia tahun ini,Umno akan menghimpunkan ahlinya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei 2012 nanti. Para pemimpin umno berkokok lantang dengan menyatakan bahwa umno adalah parti tertua bagi orang Melayu yang akan mencapai umur 66 tahun pada tarikh ini, Tetapi semua laungan dan kokokan itu hanyalah auta para pemimpin dan penyokong umno yang mudah lupa..Umno sedang menipu orang melayu..sudahlah nama UMNO sendiri pun dari singkatan dalam bahasa penjajah yang ditentang dahulu,kini tentang usia parti juga nak diperbodohkan orang melayu..Umno SUDAH BERKUBUR pada tahun 1987..Rujuk SINI  dan juga sikit petikan seperti berikut; 

Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru
LIHAT SINI  (Ni standard PMR je)
Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai 'team B'. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam 'Team A'.
Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru 'Semangat 46'dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B).]
Umno memang kaki auta dan pembohong yang ini sedang mengadakan larian bendera dari segenap penjuru negara dan dibawa untuk berhimpun di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada tarikh 11 Mei 2012..Mungkin ini akan menjadi satu lagi sejarah hitam Umno yang kini dengan nama Umno (Baru) kerana bendera Umno itu akan terus tersimpan di PWTC kerana PRU 13 nanti, rakyat yang sudah celik akan memastikan usia Umno(Baru) diTEBAS ranap dari membiarkan gulungan yang penuh dengan keegoan memimpin rakyat Malaysia yang dinamik ini.

07 Mei, 2012

tujuan konsert hiburan baikkkkkkkk


Fatwa: Haram sertai perhimpunan langgar undang-undang

6 Mei 2012
Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin
Abdul Shukor Husin

SEPANG - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.
Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.
Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.LAGI KAT SINI
Nak ajak TEBAS minda bab ni..
1. Saluran yang tertinggi adalah melalui Sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat...Dah berpuluh tahun disuarakan tentang sesuatu yang melibatkan ketelusan,keadilan,rasuah,perundangan dan berbagai lagi laa...Tetapi masih tidak dilaksanakan dengan sebaiknya dengan berbagai alasan yang tidak munasabah. Apabila ada rakyat yang melihat terdapat ketempangan dalam hal yang boleh diperbetulkan oleh pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak berlaku,maka rakyat secara beramai-ramai nak suarakan ketidakpuasan hati dan menuntut hak mereka,nak salah siapa ?
2. Rusuhan dan Mencederakan : Punca terjadinya rusuhan dalam perhimpunan TIDAK HARAMKAH ?
3. Peserta Demontrasi perlu insaf : Adakah Pemimpin dan pegawai kerajaan yang bertindak hingga mengancam nyawa rakyat lain demi mencapai sesuatu agenda mereka TIDAK PERLU INSAF DAN BERTAUBAT ?
4. Menjatuhkan Negara : Bab ni aku nasihatkan depa supaya belajar dari orang yang dikira bodoh oleh depa laa.
5. Haram menyertai Himpunan yang melanggar undang-undang : Undang-undang siapa dan undang-undang macamana ? 
     5.1 Undang-Undang Allah tak dilaksanakan bagaimana pula ? 
     5.2 Menyokong gulungan yang tak mau melaksanakan undang-undang Allah pula bagaimana ?

04 Mei, 2012

tak masuk gelanggang lagi nii.


Kerajaan mohon saman pesara tentera dibatal

KUALA LUMPUR: Kerajaan memohon Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman yang difailkan oleh pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana tidak munasabah dan menyalahgunakan proses mahkamah. 

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehingga Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara dan beberapa pihak kerajaan Malaysia membuat permohonan itu pada 19 April lalu.
Saman yang difailkan oleh Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin hari ini. Vazeer Alam menetapkan 11 Jun untuk pengurusan kes.
Selain itu, pihak kerajaan turut mendakwa bahawa plaintif gagal mengenal pasti identiti 403 pegawai yang berada di dalam perkhidmatan dan bersara serta permohonan plaintif juga melebihi had masa. 
Tengku Zainal Abidin, yang berpangkat kapten, memfailkan saman pada 20 Januari lalu dengan mendakwa mewakili 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral. 
Pesara tentera itu menamakan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan. 
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura. 
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konspirasi dan menyalah guna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang. 
Antara yang dituntut adalah deklarasi bahawa keputusan Kabinet pada 1963 yang menyisihkan ATM daripada Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk menyemak tangga gaji dan perkhidmatan untuk kesemua sektor awam, adalah salah dan melanggar undang-undang. 
Sementara itu di luar mahkamah, Tengku Zainal Abidin memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah menyerahkan saman kepada Lee dan Kerajaan Republik Singapura pada 3 Mei lalu dan mereka mempunyai masa selama 20 hari untuk memfailkan kehadiran. - BERNAMA


Hehehhe..mohon batalkan saman ni kerana dikatakan tidak munasabah dan menyalahgunakan proses mahkamah. .yang depa dapat perintah mahkamah MELARANG RAKYAT MEMASUKI DATARAN MERDEKA untuk DUDUK BANTAH munasabah ke..tak salahgunakan proses mahkamah ke ?
Kalau dah tau plaintif kurang bukti lawan je le. 

03 Mei, 2012

HOT; panas luar dalam

Ramona Zam Zam..nama pun cantik..dari sejenis air yang paling berkhasiat di dunia. Mantap,muda,seksi habeh.Alahai dunia ini umpama "ana yang punya". Para penulis hiburan pun naik menyampah...betul ke ?
Mungkin juga beginilah gaya hidup yang di idam-idamkan dalam tranformasi negara..dari sebuah negara yang penuh dengan adab sopan..kembali kezaman jahiliyah yang tiada batasan..1 Malaysia kejayaan pemimpin negara yang sudah merdeka lebih dari 50 tahun membawa rakyat ini kearah yang diredhai Allah.


Kalau pergi berdemo dikatakan menyertai Himpunan Haram..kalau dok macam dalam gambar-gambar diatas..itu dibenarkan..kira ok bagi pemimpin umporno...katanya ...sendiri buat sendiri tanggung..kubur masing-masing...mana ada orang mati hidup kembali mencerita tentang siksa kubur kata seorang pemimpin idola melayu seketika dulu..

memang bodoh sapa yang bodoh

Melihat kepada kenyataan TDM seperti berikut.apa yang anda fikirkan ?


Tun M Sangkal Dakwaan Berlaku Penipuan Dalam Proses Pilihan Raya
KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di Malaysia sehingga mengundang bantahan daripada pembangkang. "Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar? Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang tipis.
"Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai," katanya ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, Khamis.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Dr Mahathir berkata rakyat negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodoh dan diperalatkan pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa.
Jika rakyat terus-menerus terpedaya dengan usaha pembangkang itu, kata beliau mereka sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Dr Mahathir berharap umat Islam negara ini menggunakan akal fikiran yang waras dengan meneliti terlebih dahulu sama ada penglibatan mereka itu benar-benar mengikut ajaran Islam atau sebaliknya.
"Saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan orang lain. Jika tidak, kita (rakyat) pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya. -BERNAMA
Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh TDM ni..
1. Tentang penipuan : Bukan semua kawasan yang dilakukan tindakan demikian...lagi la nampak penipuan seluruh negara dan dunia akan penipuan itu...itu yang dikatakan strategi.
2. Menghalalkan demontrasi ganas : Bagaimana dengan TINDAKAN GANAS OLEH pihak Polis bagi memukul atau menghalang rakyat negara sendiri dari berhimpun tanpa gangguan oleh pihak Polis ?
3. Bercanggah dengan Islam : Bila berlaku rusuhan dan melibatkan pihak Pakatan Rakyat atau pihak yang anti Be End ia dikatakan bercanggah dengan Islam...itu mengikut kacamata atau fahaman orang yang macam TDM...Bagaimana dengan PENIPUAN,RASUAH,SALAHGUNA KUASA,TIDAK ADIL,MENINDAS RAKYAT DENGAN UNDANG-UNDANG yang menjadi punca kepada tindakan yang dilihat sebagai ganas?
Entahlah..pakat-pakat TEBAS minda sendiri,bila sudah cerah TEBAS le pemimpin yang suka menipu atau yang suka memperbodohkan orang lain.

hinanya rakyat Malaysia

Selepas BERSIH 3.0 berlalu..dengan ratusan ribu rakyat yang cerdik.celik dan mahukan perubahan telah berhimpun di KL pada tanggal 28 April 2012. Malangnya rakyat begini dipersalahkan..rakyat begini dituduh GANAS..rakyat begini dituduh mengganggu ketenteraman..rakyat begini dituduh sebagai PERUSUH didalam negara sendiri.
Betapa sedihnya pabila membaca atau mendengar kenyataan para pemimpin negara mengenai BERSIH 3.0. Tiada kenyataan dari kalangan pemimpin ini yang boleh dilihat positif dalam membangunkan pemikiran yang konstraktif atau pemikiran yang menjangkau zaman. Begitu juga dengan tindakan pihak penguatkuasa keadilan dalam mengambil tindakan terhadap himpunan DUDUK BANTAH ini.


Bagi aku,betapa bodoh atau takutnya mereka yang diamanahkan untuk memelihara KEADILAN didalam negara sendiri. BODOH kerana tindakan mengishtiharkan DATARAN MERDEKA adalah KAWASAN LARANGAN pada tarikh tersebut...jalan sekelilingnya tidak terlibat dlm PERINTAH MAHKAMAH ini.
BODOH dan TAKUTnya pabila pihak yang sepatutnya mengawal keamanan telah bertindak hingga berlakunya KETEGANGAN hingga menyebabkan berlakunya keadaan yang seolah-olah TIDAK AMAN.
 Dalam masa yang sama rakyat Malaysia diHINA oleh pemimpin atau pemerintah sendiri..ni pakat baca sendiri bab ni..
PESTA Air Malaysia yang akan berlangsung di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson (PD), esok (4 Mei) akan digegarkan oleh barisan artis popular tanah air, antaranya kumpulan Jinbara, Roslan Shah, Faradhiya dan Elly Mazlein.
kalau pi duduk,lentok-lentok gini...tak ganggu sapa-sapa laa
Dijangka lebih 50,000 orang akan membanjiri tapak pesta itu. Ada yang sejak awal sudah berkampung 
di pusat peranginan terkenal itu. Persembahan artis diadakan pada sebelah malam dan mereka menjanjikan persembahan yang hebat.
Acara anjuran Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan turut disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan , Daing Muhamad Rahimi Abdul Hamid berkata, pihaknya menjangka sambutan orang ramai ke PD lebih ramai berbanding tahun lalu..myMetro

Inikah tahap maruah rakyat Malaysia ? 
Dituduh sebagai PERUSUH dan diajar sebagai 
PENCINTA MAKSIAT.

30 April, 2012

BERSIH 3.0..Pro N Con ?


Himpunan tulisan dari beberapa blog untuk tatapan semua bagi menilai kesahihan dakwaan oleh pihak penguasa.

KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis

http://kafesantai.blogspot.com,29 Apr 2012
Dicatat oleh Tuk Kiyai
Label: 
Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis
Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH


Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!

Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini??

http://greenboc.blogspot.com/,29 Apr 2012
Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Utusek Malaysia

-bloglistpolitik

Ulasan GB

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam, Datuk Mohamad Salleh menyatakan "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan"..

Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu?

Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan.

Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0?

Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemidh mata oleh pihak polis.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Menilai siapa yang kejam

http://www.msomelayu.blogspot.com/,29 Apr 2012
Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana keuzuran tidak dapat bergerak lincah. Di sini saya cuplik beberapa foto menarik menunjukkan keganasan dan kekejaman polis terhadap para himpunan. Gambar-gambar ini dapat menjadi bukti dan saksi kejadian sebenarnya. Mungkin caption saya tidak tepat tetapi inilah tafsiran saya.  Terima kasih kepadsa blog Pinkturtle.
Polis memulakan serangan dengan kelengkapan penuh.

Serangan dimulakan, bedil kemudian serang...

Rakyat merempuh hanya menggunakan tangan.


Yang mampu dilakukan tengok dan lari.

Polis menembak para himpunan macam tembak gagak.

Kabur dan pening dalam tembakan polis. Hanya jiwa berani saja bisa menghadapinya.

Ditangkap dan dibelasah.

Digereng ke lokap....

Kesadisan yang kontroversi, siapa yang memula dan melakukannya/

Jadikan gambar ini sebagai bukti perjuangan ayah...

Cara pengamanan yang kolot....

Bertempiaran melarikan diri dari tembakan gas.

Inilah jaguh Bersih 3.0 peluru yang dihala kepadanya ditangkap dan dilontar kembali kepada polis.


Sesiapa yang memiliki atau merakam gambar Bersih yang menarik kirimlah untuk dikongsikan dalam blog Merah Tinta[wm.kl.12:49 t/hari 29/04/12]

29 April, 2012

depa buat tak jadi bankrup aihh..

Bersih 3.0 telah berlalu semalam dengan berbagai insiden dan kenangan disemua pihak. Media masa pengampu dan pihak pemerintah telah mengherdik rakyat yang telah turun menyuarakan rasa terhadap proses pilihan raya yang perlu di BERSIHkan sebagaimana tuntutan yang diketengahkan sebelum ini. Pihak media pengampu dengan berbagai tajuk yang menggambarkan secara negatif terhadap sebilangan rakyat negara sendiri amatlah kurang cerdik. Mereka yang terlibat dengan gerak kerja pilihan raya pasti lebih mengetahui tentang apa yang disuarakan. Kenyataan dan sangkalan yang dibuat oleh pihak SPR juga tidak menggambarkan taraf profesionalism yang tinggi serta tidak menggambarkan tranfomasi yang sebenar untuk membawa negara ini kearah negara maju yang diidamkan oleh mereka.
Tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat yang mempunyai kesedaran politik dan demokrasi yang tinggi..perjuangan perlu diteruskan biarpun onak dan duri perlu ditempuhi. Tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Keadilan untuk semua perlu diperjuangkan, "Patah sayap bertongkatkan paruh,namun terbang ku terbang jua", inilah semangat yang perlu ada kepada setiap insan yang mahukan keadilan dan ketelusan.


Ketika BERSIH 3.0 berlangsung, Presiden Umno yang juga PM Malaysia terus dengan Jelajah Janji di Tepatinya...maka pastinya berjuta RM lagi wang negara akan terbang melayang untuk program bagi kepentingan politik umno be end. Janji ditabur lagi seolah-olah janji lama sejak lebih 50 tahun merdeka telah habis ditepati. Masih banyak tempat dan ramai lagi rakyat yang terpinggir dari menerima nikmat kemerdekaan dan kekayaan negara. Sekarang mulalah para pemimpin umno be end sibuk dengan berbagai janji untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi serta prasarana rakyat disegenap ceruk negara. Mengikut sejarah yang ada masih banyak janji selama lebih 50 tahun memerintah negara ini belum terlaksana. DEB bungkus begitu saja, dan tidak mencapai tahap yang diidamkan setelah lebih 30 tahun dilancarkan. Kes PERWAJA yang melibatkan  wang berbillion RM terus berkubur dan rakyat terus kebulur setelah kilangnya mungkin sudah terlebur pemilikannya.


KLCC dibanggakan tetapi rakyat hanya terlangut melihat ketinggiannya. Litar Sepang bergema tetapi rakyat masih berlitarkan jalanraya.kenapa ? sudah pasti ada yang tidak kena dengan dasar dan perlaksaannya.


Hebat sungguh bangunan peniaga tengah KL nii..
Terkini, Najib meneruskan kesinambungan budaya umno yang semakin be end, berjanji lagi..mungkin BR1M akan diteruskan..umpama BERSIH 1,2 dan 3. Dengan BODOHNYA mereka berbangga mengumumkan bahawa tindakan mereka telah berjaya memberi manfaat kepada rakyat dengan berbagai imbuhan sekarang. Ni petikan ucapan najibtuya di Sarawak


 "Pelaksanaan BR1M sebelum ini memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah yang layak di seluruh negara. “Pembangkang dakwa kita pinjam duit Bank Dunia untuk BR1M dan ternyata pembangkang bercakap tidak benar kerana mereka tidak dapat menunjukkan bukti,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...