WISH

WISH

24 Mei, 2012

BERSIH>>>kita tuntut kos kerugian kita pula

duduk dgn aman
Hahahha...berita baik..boleh tuntut bila berlaku kes sebegini


Kerajaan tuntut Ambiga bayar ganti rugi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa penganjur kerana gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu sehingga ia menanggung kerugian berikutan kerosakan 15 kenderaan miliknya.
Melalui dokumen diperoleh media semalam, kerajaan memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 15 Mei lalu.
Selain Ambiga, turut dinamakan sebagai defendan ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K. Arumugam, S. Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan (plaintif) berkata, pada 28 April lalu, penganjur berhimpun di sekitar Dataran Merdeka yang dipasang halangan polis sebelum dirempuh menyebabkan berlaku kerosakan harta benda.
Mengikut Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), kesemua defendan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tidak menyebabkan kerosakan.
Berikutan kecuaian defendan, plaintif terpaksa menanggung kos pembaikan antara RM2,000 dan RM20,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.
Kes itu ditetapkan bagi sebutan pada 13 Jun depan.
kos operasi ditanggung juga oleh rakyat...belasahhhhhhhhhhhh
Bagi para demontran yang cedera dibelasah pihak polis pula..kita pakat buat tuntutan juga atas kecederaan serta kerugian yang dialami akibat tindakan pihak polis yang tidak mengikut SOP dan peraturan serta membelakangi Perlembagaan Negara..Disamping kita juga sebagai rakyat terpaksa menanggung kos operasi mereka pada hari tersebut bagi menjaga keamanan dan ketenteraman kita tetapi mereka yang menyebabkan berlakunya kekalutan pada hari tersebut.
Apa macam ? Lagi cepat kita TEBAS umno BE END lagi baguih.

bila masuk PAS hangpa terguris hati..bila belasah rakyat ?

Berita kemasukan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Mohd Fauzi Shaari menyertai PAS telah mula menambahkan igauan dan sasau beberapa pihak yang berfikiran ala komunis. Tindakan Datuk Fauzi yang telah mengisytiharkan menyertai PAS pada hari Ahad lepas kini seakan-akan merupakan tumbukan padu kepada rakyat Malaysia terutamanya pihak umno. 
Maka terdapatlah segelintir orang yang dilihat cerdik telah memperlihatkan kebodohan mereka sendiri seperti..
sapa masuk PAS..khianat kerajaan ..hahhha
Bila Polis membelasah rakyat yang menggunakan hak yang ada..apa hangpa rasa ? Bukan rakyat yang turut menyumbang kepada gaji atau pendapatan hangpa dan negara sekadar terguris hati...tapi berdarah dahi..patah kaki..semput jantung....Bila Umno membiarkan Melayu menjadi seolah-olah peminta sedekah dalam negara sendiri pula macamana ? Umno membiarkan ramai Melayu menjadi peniaga tepi jalan pula macamana ? Kini umno BE END sedang menjadikan ANAK MUDA sebagai penggila seni melalui program himpunan jutaan belia yang dipenuhi dengan 24 pentas dan seribu artis dan ditarbiahkan selama 5 hari 5 malam. Tentu orang jenis ni SUKA HATI DAN RASA BERTUAH.
aikk...macam hairan je bahasa dia ni ?
 Kalau diamati le akan kenyataan puak-puak gini...sah depa ni jenis tinggal dalam hutan atau gua atau dalam tempurung....atau pun zaman sekarang ni tinggal dalam rumah bertembok penjara.
Gambar bawah ni yang terbaru kat Kedah.
Lt.Kol (B) Umar Hj Din menyerahkan borang menyertai PAS
Apa pun aku tak marah sangat kat puak-puak macam ni,kerana pemikiran depa yang masih terjajah. Ni la bukti kejayaan Umno Be End mendidik rakyat Malaysia selama mereka diamanahkan memerintah negara ini.

23 Mei, 2012

kembali gempaq...janda sapa ni


Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV

AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008.


KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok.
Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005.
Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut.
“Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini.
“Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

22 Mei, 2012

hang nak kira mcmana tu hang punya pasai la rais oiii


Hanya 22,270 Sertai Perhimpunan 28 April - Rais
KUALA LUMPUR: Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.
Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.
"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.
Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.
"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.
"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.
Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.
Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.
"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - BERNAMA
Hahaha..kaedah menghitung ala umporno....yang lebih lojik..kami pakat pi...dari Kedah saja lebih dari 10 ribu yg pi..ni cara jujur le kami habaq tok rais oii...Yang hang dok kira bab jujur dalam jumlah orang hadir BERSIH tu buat pa...JUJUR dalam hal Pilihan Raya yang kami minta...tak kira le berapa ramai yang hadir...Ni tahap menteri kita dari kalangan umnoo be endddd..lain yang rakyat dok minta supaya jujur lain yang depa dok pertikai. Bila orang kata depa macam lembu..nanti marah pula..tuduh orang kurang sopan pula..Hang nak hitung,kira macamana pun hang punya pasai la..Kami kira nak TEBAS umno supaya terus BE END

simbol kapal selamnya manee ?


SPR Perkenal Simbol Baru
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan 30 simbol yang lebih 'moden dan mesra' untuk dipilih dan digunakan oleh calon-calon bebas pada pilihan raya akan datang.
Suruhanjaya itu hanya mengekalkan tujuh daripada 20 pilihan simbol sedia ada.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengenalan 23 simbol baru itu memenuhi kriteria agar ia lebih moden dan mesra.
Antara simbol yang digugurkan daripada senarai ialah kepala harimau, gunting, kasut, paip rokok, payung, ayam jantan, basikal, bas, traktor, mesin taip, layang-layang dan kelapa sawit.
"Kami gugurkan simbol-simbol tertentu kerana ia membawa konotasi negatif.
"Harimau mewakili maksud garang, kasut pula kelihatan kotor manakala gunting digunakan dalam peribahasa Melayu iaitu gunting dalam lipatan," katanya, sambil menambah simbol paip digugurkan kerana merokok membahayakan kesihatan.
Menurut beliau simbol basikal, traktor dan mesin taip digugurkan kerana mengikut peredaran zaman.
Sementara itu menurutnya simbol payung pula digugurkan kerana tidak adil untuk menghalang orang ramai membawa payung pada hari pengundian.
Simbol baru yang diperkenalkan ialah arnab, udang, burung, gajah, kuda, cincin, tali leher, dan cermin mata.
Simbol lain ialah beg, kemeja, motosikal, kereta, sampan, gelas, cawan, meja, rumah, televisyen, pen, bunga, cangkul dan pokok bagi menggantikan kelapa sawit.
Simbol lama yang dikekalkan dengan sedikit pembaharuan ialah buku, ikan, jam loceng, kerusi, kapal terbang, telefon dan kunci.
"Kita telah modenkan simbol telefon daripada jenis yang perlu didail kepada butang serta sejambak kunci kepada hanya satu kunci," kata Wan Ahmad.
Sementara itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata calon bebas perlu memilih simbol-simbol yang digazetkan suruhanjaya itu.
"Kami tidak benarkan mereka menggunakan simbol yang dicipta sendiri," katanya.
Setakat nak modenkan simbol ni..elok le..tu pun selepas lebih 50 tahun baru nak terfikir kot..Tapi macamana dengan tuntutan rakyat seperti yang dibuat melalui BERSIH..tak nak bagi nampak moden sama kaa...Aku dok cari simbol yang lebih moden macam KAPAL SELAM,BADAK,KATAK,KAD KREDIT SERTA KONDO. Simbol apa pun hangpa nak boh aku tak ambil kisah le..Aku ABU Be End aku pangkah je.

tahniah Jamil Khir...kejayaan wasatiyyah 1Malaysia


Pasangan tidak serik, dua kali dicekup khalwat
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mei 2012
Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
AMPANG - Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian.

“Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian.

“Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai.

Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Terkejut lihat aksi seks adik
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mei 2012
HULU BESUT - Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.CERITA LANJUT
Tahniah la kpd Jamil Khir dan PM 1 Malaysia Wasatiyyah atas kejayaan ni..Memang layak dibanggakan oleh Umnoo Be End yang kononnya telah menjadikan negara kita ini sebagai sebuah negara Islam yang patut dicontohi oleh negara lain..Mungkin selaras dengan apa yang digariskan dalam buku Pemahaman Wasatiyyah dan Ancaman Terhadap Islam Masa Kini.
sapa yang faham pun aku tak tau la..dan sapa yang ancam pula rasanya aku tau sikit.


21 Mei, 2012

depa tau meniaga tepi jalan jee..


bersih


Tapak gerai 'Bersih 4.0' boleh dibida RM2,000
JAMILAH HAMZAH
21 Mei 2012
KUALA LUMPUR - "Tapak gerai di hadapan rumah (Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S.) Ambiga boleh dibida dengan harga RM2,000," kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yusof, hari ini.
Sebelum ini Bersih 2.0 dan 3.0 telah banyak merugikan peniaga-peniaga sekitar Dataran Merdeka dan kawasan berhampiran.

Pada Bersih 2.0 lalu, sebanyak RM817,205 kerugian telah dituntut oleh peniaga terhadap penganjur Bersih 2.0 dan patriot dengan menyerahkan memorandum kepada Suhakam pada 18 Mei lalu.

"Kami menyediakan 60 petak dengan bayaran RM100 bagi satu tapak dan kami melihat di kawasan ini mempunyai potensi untuk menjalankan perniagaan.

"Penduduk kawasan ini juga tak perlu pergi jauh untuk beli barang-barang keperluan dan cara kami boleh juga meringankan mereka," katanya lagi kepada media pada petang tadi.

Jamal juga berkata, mereka juga telah mendapat sokongan peniaga dan ramai yang memohon untuk turut serta tetapi hanya memilih 60 orang daripada peniaga yang terjejas ekoran Bersih lalu.

"Tujuan kami bukan untuk mengganggu sesiapa, kami hanya ingin menuntut hak kami sebagai peniaga.

"Kami akan beroperasi pada 24 dan 25 Mei nanti bermula pukul 3 petang sehingga 8 malam, dan orang ramai dijemput hadir ke sini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Jamal berkata, mereka juga akan mendapatkan permit untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga esok daripada Datuk Bandar Kuala  Lumpur.

Protes 'Bersih 4.0' diadakan oleh mahjlis itu sebagai bantahan kepada perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0.
Hahaha....otak melayu ni dah makin sempit atau dah makin jadi macam haiwan...yg hidup mereka untuk makan..celik mata makan..ada yg pejam mata masih mengunyah..kerja makan..beranak..berak...lepas tu kena sembelih..Kejayaan umno mendidik melayu selama ini.

20 Mei, 2012

encik tolong la derma..kami bekas tentera ni..




38 tahun dahhh...


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Semangat keperwiraan bekas-bekas anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan martabat negara ini tetap utuh biarpun tidak berada lagi di dalam perkhidmatan.

Atas dasar itulah mereka bersatu dalam Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) untuk memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Barisan Nasional hingga tertegak kerajaan baru yang lebih adil selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Tekad itu dilafazkan Presiden Kerabat, Leftenan Kolonal (B) Mohd Nazari Mokhtar dengan laungan sokongan kira-kira 20,000 hadirin yang memenuhi Majlis Pelancaran Kerabat Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini baru-baru ini.

Tegas beliau, seorang anggota tentera berperanan dan bertanggung jawab kepada rakyat dan negara ini di mana mereka adalah Tentera DiRaja dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah penaung tertinggi.

Demikian itu katanya, soal pengorbanan dan tekanan terhadap tentera adalah perkara biasa yang melayakkan mereka berada pada martabat khas di kalangan rakyat.

“Sekiranya tanah air ini boleh difaraidkan, tentera adalah mereka yang paling layak mendapat tanah air ini,” demikian ungkapnya menggambarkan martabat seorang anggota tentera.

Malangnya ujar beliau, sepanjang 38 tahun ini, anggota tentera dan bekas anggota tentera seperti merempat di negara sendiri apabila dilayan sewenangnya oleh kerajaan sedangkan mereka adalah pejuang bangsa dan negara.

Antara bukti pengabaian itu jelas beliau, adalah berkaitan hak sepertimana termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 yang menyatakan bahawa setiap anggota tentera dan isteri mereka berhak memiliki 20 ekar tanah pertanian dan dua lot perumahan di mana-mana seluruh Malaysia.

Di mana perintah itu tegas Nazari, telah diterima Kabinet dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Tetapi katanya, Kementerian Pertahanan yang bertanggung jawab terhadap urusan menjaga kebajikan anggota tentera dan bekas tentera termasuk rangkaiannya yakni anak dan isteri mereka telah bersikap tidak diambil penting perkara berkaitan.

Beliau memberikan contoh penubuhan Felda Sungai Koyan pada 1974 di mana Felda Sungai Koyan 1 diberikan sepenuhnya kepada awam, manakala Felda Sungai Koyan 2 dan 3 diberikan kepada bekas tentera dengan setiap mereka mendapat 14 ekar tanah yang ditanam kelapa sawit.

Hal itu jelasnya menunjukkan pemimpin negara dahulu begitu meraikan anggota tentera, tetapi tidak pemimpin BN sekarang.

Bahkan katanya, pelbagai rayuan bekas tentera tidak dipedulikan sedangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera selepas audit memiliki kewangan sebanyak RM59.32 bilion yakni 10 kali ganda lebih besar dari dimiliki Felda.

“Dengan kekuatan kewangan sebesar itu tidak seharusnya diwujudkan Derma Rayuan Hari Pahlawan. Bekas tentera bukan peminta sedekah tetapi adalah orang yang ada martabat.

“Sedangkan duit itu adalah caruman dari anggota-anggota tentera sendiri. Tetapi, tabung itu tidak memberi manfaat langsung kepada bekas angkatan tentera melainkan retorik politik dan palsu pemimpin politik,” ujarnya.

Dakwa beliau, Kementerian Pertahanan telah membisu terhadap kedudukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera tersebut dan beliau percaya berlaku ketirisan sekaligus menunjukkan Kementerian Pertahanan telah bertindak kejam terhadap anak sendiri.

Menurut Nazari, kebajikan bekas tentera hakikatnya tetap tidak terjaga di mana ramai yang hidup tersepit umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Memberikan angka, beliau memaklumkan, daripada 285,000 bekas tentera, hanya 100,000 sahaja berpencen.
Beliau juga menyifatkan martabat Persatuan Bekas Angkatan Tentera tidak lebih seperti Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah.

Antara harapan Kerabat kepada Pakatan Rakyat apabila membentuk Kerajaan Persekutuan kelak adalah mewujudkan Bandar Baru Veteran untuk bekas angkatan tentera selain keistimewaan-keistimewaan lain yang menjadi hak mereka.

Setiap tahun ada Rayuan Hari Pahlawan..mendermalah untuk menghargai jasa perwira negara yang berkorban untuk negara...woi dah berpuluh tahun dah dok gitu je..Dulu hangpa ajaq "Apa pengorbanan anda untuk negara..jangan tanya apa sumbangan negara untuk anda "..last2 hangpa bagi kami jadi peminta sedekah dalam negara sendiri...Hangpa kebas duit negara berbilion-bilion RM entah kemana...yang hak kami hangpa tak layan pun. Kami bukan peminta sedekah la woii..Kami cuma nak hak kami je..
PRU 13 ni insyaAllah warga Bekas Tentera dan warga Tentera akan TEBAS umno biar Be End terus..Taat mesti berpada Setia mesti bertempat. Bukan Taat MEMBABI BUTA bukan SETIA MEMBUTA TULI.
GEMPURRRRRRRR


baik sikit dpd haram jadah kot


Lelaki pemakan bangkai

KELAWAR dan tikus merupakan haiwan kegemaran Boyt.

BANGKAI haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.
Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.
Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.
“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.
“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.
Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.
Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.
“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.
Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.
Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.
“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.
“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.
Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.
Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.
Eksotik
“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.
Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain.
Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.
“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.
Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.
Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.
Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.
“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.
Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.
Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?
“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.

17 Mei, 2012

bab ni boleh pula depa buat..


Penutupan jalan berperingkat sempena Citrawarna

17/05/2012 5:41pm

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka, di sini akan ditutup secara berperingkat untuk sesi raptai penuh pada Jumaat dan acara Citrawarna 1Malaysia 2012 Sabtu ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, esok, jalan akan ditutup mulai pukul 9 malam hingga 12 tengah malam manakala semasa acara Citrawarna, jalan ditutup mulai pukul 4 petang hingga 1 pagi. Acara dimulakan pada pukul 8 malam.
Penutupan jalan melibatkan kawasan perarakan iaitu susur Terowong Bukit Aman, Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan serta Medan Pasar, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Sultan Salahuddin, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.
Tahun ini merupakan tahun ke-14 acara Citrawarna 1Malaysia 2012 diadakan sejak diperkenalkan pada 1999 dengan berkonsepkan persembahan perarakan jalanan bagi menarik lebih ramai pelancong asing berkunjung ke negara ini.
Sebanyak 11 segmen persembahan bakal dipertontonkan kepada pengunjung iaitu persembahan pembukaan Citrawarna, alam semula jadi, inap desa, pelancongan sukan, beli-belah dan seni kontemporari 1Malaysia. - BERNAMA
Boleh pula nak ditutup untuk program jenis gini...ooo anjuran kerajaan umngok..ada duit ada orang....ada hiburan ada orang..lepas tu ada orang buat orang..beberapa bulan lepas tu lagi ada orang buang anak orang..."Haram Jadah"..macamana nak kurang kes buang anak ? Tukar kerajaan je..opss silap tukar pemimpin yang ada, biar parti tu terus be endd..Kerajaan tak boleh tukar..sebab negara kita namanya Malaysia maka terus disebut Kerajaan Malaysia juga kalau parti manapun yang diamanahkan memerintah negara kita ni. Bukan kerajaan ni harta mak pak kita atau sapa-sapa...hak semua rakyat Malaysia.
PRU 13 ni ABU je yee.

naik muak dah dok dengaq umnooo oiii


Muzakarah: Umno mahu Pas ikhlas

16 Mei 2012
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
KOTA BHARU - Pas perlu ikhlas jika berhasrat mahu mengadakan muzakarah dengan Umno sekiranya bertujuan memantapkan perpaduan bangsa Melayu dan memperteguhkan Islam di negara ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, Pas tidak sepatutnya meletakkan syarat tertentu bagi mengadakan muzakarah itu yang telah lama ditunggu Umno.
"Tetapi janganlah meletakkan syarat yang tidak sepatutnya jika mahu mengadakan muzakarah kerana yang penting adalah mengutamakan perpaduan bangsa Melayu dan juga Islam. BACA LAGI
Nik Aziz sedia muzakarah dengan Umno
HAPSAH ISMAIL
16 Mei 2012
 Nik Aziz sedia muzakarah dengan Umno
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas sentiasa  bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, hari ini.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, ia tidak perlu difikirkan, sebaliknya Pas sudah bersedia sebaik sahaja pembubaran parlimen diumumkan.
Tak habis-habis lagi puak umno ni dengan muzakarah...orang dah setuju nak muzakarah..bagi je persetujuan..tentu ada tindakan susulan kearah tu. Dah berpuluh tahun dok dengar gini..bila orang hantar surat...tak dibalas..peram je surat tu...lepas tu dok kata depa minta syarat le apa le..yang hangpa dok kenakan syarat pula macamana ?..Dok kira bersilat luar gelanggang je puak umno nii..Kalau aku..pasti aku tetapkan tarikh dan masanya...guna saluran Radio Tunggu Mati untuk siaran langsung keseluruh dunia supaya semua rakyat Malaysia boleh dengar sama,baru boleh dikatakan pejuang sejati.
Sudahlah Umno(Baru) oiii..naik muak dah dok dengaq sampai anak aku pun dah 2 orang boleh gini tapi haram tak pernah terjadi...memang "haram jadah" kot hangpa ni.

16 Mei, 2012

Inilah barisan pungkoq..yang ikhlas berjuang

Aku tertarik juga dalam nak mengulas tentang "Tarian Pungkoq" beberapa orang bekas tentera dari PVTM dihadapan rumah Ambiga tempohari. Sekarang ni heboh berita seluruh dunia...hahhaha..nak tergelak juga. Dulu semasa didalam latihan kadet, sudah menjadi lumrah para kadet ditendang atau disepak punggung oleh jurulatih serta senior..biasa le.Bagi kami itu juga suatu jenis latihan mental dan jasmani...kalau musuh tawan tentu lebih teruk dari disepak atau ditendang oleh jurulatih.
Kini mungkin semua itu tidak lagi menjadi perkara lumrah..Dizaman yang semakin canggih dan maju ni perkara yang berkaitan dengan "Pungkoq" dah bertukar menjadi bahan politik terutama oleh pihak UMNO sejak berbelas tahun lalu dan terkini lahirlah "Tarian Pungkoq" oleh segelintir bekas tentera.
Sungguh memalukan apabila segelintir ahli PVTM ini melakukan aksi senaman yang bermotif politik begini.Mungkin juga gulungan ini terlalu TAAT kepada parti yang disokong hingga menjadi taat MEMBABI BUTA tanpa menilai kesannya. Bukan maruah orang yang dimarahi akan jatuh tetapi MARUAH DIRI sendiri dan rakan-rakan bekas tentera juga akan turut tercemar. Samada mereka sedar atau tidak bahawa mereka telah dipergunakan oleh pihak berkepentingan politik bukan menjadi persoalan aku kini.


Tetapi perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa inilah kejayaan UMNO yang mendakwa sudah berusia 66 tahun dan telah berjaya mendidik bangsa Melayu menjadi bangsa kelas dunia. Memang kelas dunia la kalau gini...kerana orang lain yang mengaku bertamadun dan mengaku memperjuangkan Islam tidak melakukan demikian. Pemimpin umno pasti tersenyum..keluarga mereka pula pasti MALU.
Apa nak herannya pula..memang ramai pemimpin serta ahli umno yang tiada perasaan malu. Jika mereka mempunyai perasaan malu tentu banyak perkara yang melibatkan maruah diri,harta awam/negara dan berbagai lagi tidak disalahgunakan untuk kepentingan mereka.
Kepala umno dengan kapal selamnya..ibu umno dengan lembunya...semuanya bernilai berjuta-juta RM..Puak ni dengan pungkoqnya..entah berapa duit daa.

15 Mei, 2012

lari lekas..kerbaumnoo mengamuk


10 cedera kerbau jantan mengamuk


GAMBAR bertarikh 10 Mei lalu menunjukkan seekor kerbau jantan mati ditembak selepas dia mengamuk di bandar Hue, Vietnam.- Agensi


HANOI - Seorang pegawai menyatakan seekor kerbau mencederakan sepuluh orang di tengah Vietnam apabila haiwan itu mengamuk di tempat awam.Bagaimanapun, haiwan itu kemudian mati ditembak di sebuah tadika.Seorang pegawai tempatan, Dang Van Ngan berkata, kerbau jantan seberat 300 kilogram itu berlari sekitar tiga jam sejauh hampir 20 kilometer di bandar Hue.
Menurutnya, dalam kejadian pada Khamis lalu, haiwan itu menjatuhkan sebuah motosikal, merempuh pintu dan meruntuhkan katil di sebuah rumah.Ngan berkata, tiga sekeluarga yang berada di rumah berkenaan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Haiwan itu turut menyerang seorang wanita tua yang melintas sebatang jalan raya.Menurut Ngan, wanita itu cedera di kepala dan dirawat di sebuah hospital.Sembilan orang lagi cedera ringan.
Haiwan itu seterusnya menuju ke sebuah tadika berdekatan.Beberapa guru tadika itu mengarahkan sejumlah kanak-kanak naik ke tingkat dua premis berkenaan selepas mereka melihat kerbau tersebut.
Kerbau itu kemudian terperangkap di laman sekolah tersebut yang berpagar sebelum dua askar tiba untuk menembak haiwan tersebut.Haiwan itu mati selepas ditembak sebanyak lapan kali.
Pihak berkuasa masih tidak mengetahui pemilik kerbau itu, dari mana ia datang dan kenapa haiwan tersebut mengamuk.- Agensi

14 Mei, 2012

zaman firaun berulang lagi


KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diberi latihan khusus sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perhimpunan haram pada masa hadapan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata latihan khusus itu perlu kerana dalam senario terkini, kemungkinan lebih banyak perhimpunan haram akan diadakan dari semasa ke semasa, terutamanya di Kuala Lumpur.
"Lebih elok jika anggota penguatkuasa dilatih khusus untuk menghadapi sebarang perhimpunan haram, tidak kira perhimpunan besar atau kecil, anggota penguatkuasa akan dicabar supaya kekecohan berlaku," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja dan pelancaran kempen 'Keep Smiling 2012' peringkat Jabatan Penguatkuasaan DBKL, di sini Isnin...(mStar Online)


                                                                  Nah...dah pakat nak jadi penindas kepada pembayar cukai yang dok sumbang untuk GAJI bulanan depa juga..Maka akan jadilah negara ni dibawah pemerintahan DIKTATOR gara-gara pemimpin yang dipilih oleh rakyat takut kepada perubahan rakyat sendiri.. Bagaimana jika rakyat yang berjuta ini berterusan begini selagi perubahan tidak dilakukan ? Adakah rakyat yang bersalah ? 

Pemimpin-pemimpin yang gila dengan dunia mereka ini perlu di TEBAS dari kedudukan mereka supaya mereka dapat muhasabah diri dan insaf akan kesalahan mereka terhadap rakyat lain yang menjadi penyumbang kepada negara sendiri.

13 Mei, 2012

kami merangkak pun tak kisah aihh.


PRU13: PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa

Hazayani Zakaria,13 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.

"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.

Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.

"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.

Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu,  Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...