WISH

WISH

21 Jun, 2012

aku silap kira kaa ?


Tekun beri pinjaman RM270 juta kepada 24,500 usahawan
Hangpa pakat-pakat bahagi la tengok..betoi ka angka-angka tu...dulu aku belajaq ilmu hisab jee...tak belajaq matematik....ni betoi juga kot dengan orang kata TIPU HIDUP-HIDUP ..Nak buat macamana ? dah lebih 50 tahun belajaq matematik dengan berbagai bahasa...kejayaan 1 Malaysia. 
21 Jun 2012
KUALA TERENGGANU - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Malaysia memberikan pinjaman RM270 juta kepada kira-kira 24,500 usahawan di Terengganu sejak tahun 1998.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata negeri ini juga mencatatkan jumlah usahawan kedua teramai yang mendapat pembiayaan pinjaman dari Tekun selepas Selangor.

"Berdasarkan rekod Tekun, tujuh dari sepuluh usahawan yang membuat pinjaman berjaya membayar semula mengikut jadual yang disediakan dan kerajaan negeri berharap jumlah pembayaran semula dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

"Walaupun ada juga usahawan yang gagal membayar semula pinjaman mereka, namun itu adalah kes terpencil sahaja disebabkan beberapa masalah teknikal yang dihadapi mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Usahawan Terengganu 2012 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Seramai 2,000 usahawan dari seluruh Terengganu menyertai himpunan itu. Lapan usahawan turut terpilih sebagai penerima Anugerah Usahawan Cemerlang peringkat Parlimen.

Usahawan Cemerlang peringkat Kuala Terengganu, Zakaria Husin, 40 yang membuka kilang kayu di Kampung Kubang Ikan berkata beliau menerima pinjaman Tekun sebanyak RM45,000 dengan bayaran semula sebanyak RM900 setiap bulan namun membayar RM1,000 supaya hutang itu dapat dilunaskan segera," katanya yang berjaya mencatat jualan antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.

"Saya mengeluarkan produk dari kayu seperti pintu, alas pemotong daging dan pintu untuk pasaran tempatan dengan menggunakan kepakaran pertukangan kayu seramai tujuh orang pekerja.

Bagi Usahawan Cemerlang Parlimen Dungun pula, Nik Kamariza Hasni Abdullah, 39, yang mengusahakan salun kecantikan di Paka dan bandar Dungun menerima pinjaman RM50,000 tahun lepas dan membayar RM850 kepada Tekun setiap bulan dan setakat ini berjaya membayar mengikut jadual.

Anugerah Usahawan Cemerlang Hulu Terengganu pula diterima Fatimah Ali, 50 yang membuka kedai runcit di Kampung Lubuk Periuk dekat Felda Mengkawang sejak 11 tahun lalu.

"Ketika mula-mula dibuka, saya hanya memperoleh RM200 hingga RM300 sahaja sehari. Namun, dengan pinjaman dari Tekun sejumlah RM50,000, saya mampu menyediakan stok yang banyak di kedai dan kini berjaya mencatat purata jualan RM2,000 setiap hari.

"Dengan kemudahan pinjaman Tekun ini, hidup saya semakin selesa dengan keadaan ekonomi keluarga yang bertambah baik," kata ibu kepada lapan orang anak ini.- Bernama

salah depa ke kita ?


Warga Afrika terus berdegil berniaga


SEORANG pelanggan warga Afrika berjalan di hadapan kedai makan (kiri) yang diusahakan warga senegara ketika tinjauan semula di Desa Aman Puri, Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan segelintir warga Afrika yang membuka gerai makan di Jalan Desa 1/2, Desa Aman Puri, Kepong bagaikan tidak membawa sebarang erti apabila mereka tetap meneruskan aktiviti tersebut.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, gerai tersebut terus dikunjungi pelanggan warga Afrika yang datang secara berkumpulan untuk membeli makanan seawal pukul 5 petang hingga awal pagi.
Apa yang menghairankan, walaupun perbuatan tersebut nyata menyalahi undang-undang, mereka masih berani menjalankan perniagaan bersama-sama pengusaha gerai makan yang lain.
Manakan tidak, dua gerai warga Afrika itu terletak hanya bersebelahan beberapa gerai milik warga tempatan yang kelihatan tidak kisah dengan kehadiran Awang Hitam berkenaan.
Situasi itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada penduduk Desa Aman Puri yang berasa bimbang dengan kehadiran ramai warga Afrika di situ.KOSMO

18 Jun, 2012

ooo...ramainya.


98,100 Pelarian, Pencari Suaka Berdaftar Di Malaysia

PETALING JAYA: Seramai 98,100 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat April tahun ini.
Daripada jumlah itu, 1,249 pelarian dan pencari suaka merupakan mereka yang keluar dari negara-negara yang dilanda krisis seperti Sudan, Somalia dan Syria.
Ia terdiri daripada seramai 1,090 orang dari Somalia, 139 dari Sudan dan 19 orang (Syria).
UNHCR Malaysia berkata, jumlah keseluruhan 98,100 orang itu merupakan pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan agensi itu di negara ini.
“Daripada 98,100 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar (di negara ini), majoritinya dari Myanmar iaitu 89,900 orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.
Menurut UNHCR Malaysia, 8,200 pelarian dan pencari suaka lagi adalah mereka dari negara lain seperti Sri Lanka (4,480 orang), 1,090 (Somalia), Iraq (790) dan Afghanistan (440).
“71 peratus pelarian dan pencari suaka adalah lelaki, 29 peratus wanita manakala sebahagian 20,000 kanak-kanak di kalangan mereka yang berusia di bawah 18 tahun ke bawah,” agensi itu.
Difahamkan, terdapat sejumlah besar yang tidak mendaftar dengan UNHCR Malaysia dan komuniti pelarian sendiri menganggarkan mereka yang merupakan pelarian dan pencari suaka yang tidak berdaftar di negara ini adalah kira-kira 10,000 orang.
Sementara itu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh UNHCR yang dipetik dariAssociated Press (AP) pada Isnin mengatakan, daripada 10.4 juta pelarian yang dilindungi oleh agensi itu di seluruh dunia, 7.1 juta telah dipindahkan, sekurang-kurangnya untuk lima tahun.
UNHCR berkata, Afghanistan kekal sebagai jumlah pelarian yang paling tinggi di dunia, dianggarkan 2.7 juta orang.
Ia diikuti oleh Iraq seramai 1.4 juta orang, Somalia (1.1 juta orang), Sudan (500,000 orang) dan Congo (491,000).
Kalaulah pelarian ni dapat jadi pengundi..bayangkanlah..tapi ada juga di beberapa negeri terdapat nama orang Myanmar (Burma) yg dah jadi pengundi.

15 Jun, 2012

jangan sampai bini kena jual..mentua kena lelong.

apakah senyuman akan bertukar tangisan ?
Hidup atas dunia ni hanya sementara..dalam bahasa mudahnya bila mati nanti Allah akan balas segala perbuatan kita semasa hidup yang singkat ini. Yang baik dibalas baik...yang jahat dibalas dengan azab. Sungguhpun demikian ada juga balasan Allah itu ditunjukkan semasa kita masih hidup diatas dunia sebagai iktibar kepada kita dan juga supaya manusia itu bertaubat dari segala perbuatan buruknya.


Denga kes yang sedang heboh diperkatakan dalam negara kita dan juga kat negara luar yang  
merpati 2 sejoli ?
berkaitan dengan keluarga tok piii emmm kita ni bagaikan Malaysia sudah kena bom atom macam Hiroshima. Macamana sorang Piii emmm boleh kena tipu oleh sorang pemuda ? 


Apakah pihak risikan negara kita tidak dapat menghidu latar belakang bakal sorang lagi Penduduk Tetap kita atau takut untuk menyatakan kebenaran kepada Piii Emmm ?






Alahai..kalau gini alamat punah le negara jika dibiarkan berterusan bila sorang Piii Emmm kena kelentong dengan bakal menantu...Atau pun memang depa minat jenis tipu-tipu ni...Macam aku katakan sebelum ini HANYA KERBAU YANG IKUT KERBAU.


Entahlah...jika benar sebagaimana yang dilapurkan..mana nak letak muka kita sebagai rakyat Malaysia ?...Jika benar juga....mana nak letak muka mak bapak bakal mentua yang sebelum ni gah nak bermenantukan sorang anak kenamaan dari negara luar dengan kehadiran Yang Dipertuan Agung serta orang kenamaan yang mungkin termasuk dari negara luar ke majlis pertunangan tersebut ...bab kata orang tua-tua "Enggang bersama Enggang,Pipit Bersama Pipit". Ramai yang dok kata 'kalau bakal pak mentua dan bakal bini pun dia boleh tipu..apalagi jika dah jadi suami dan menantu..silap-silap haribulan..bini kena jual..mentua pun kena lelong. Maka jadilah macam cerita P.Ramlee..lelong...lelong...lelong....na'uzubillah.

Allah anugerahkan akal..gunalah sebaiknya untuk menuju keredhaanNya..anugerahkan kitab Al-Quran...baca dan fahamilah ayatnya yang tersurat dan tersirat...Ehhhh banyak lagilah panduan...Apa pun PRU 13 nanti kita TEBAS je gulungan yang bodoh sombong..atau gulungan yang cerdik tapi tak boleh tumpang..gulungan yang bodoh tapi tak dengar cakap yee. Aku ABU jee.

13 Jun, 2012

pakat nak lari dari tuhan ?



PARIS - Dua pertiga anggota majlis pentadbiran Balai Cerap Selatan Eropah (ESO) telah meluluskan rancangan untuk membina teleskop optik terbesar di dunia.
Teleskop berkenaan akan dibina bagi meneroka cakerawala untuk mencari planet yang dapat menampung kehidupan.
Menurut satu kenyataan ESO kelmarin, kelulusan itu akan membuka jalan bagi pembinaan teleskop tersebut.
Projek berharga 1.083 bilion euro (RM4.31 bilion) itu melibatkan pembinaan sebuah teleskop dan sebuah cermin perangkap cahaya selebar bersaiz 39.3 meter.
Teleskop itu akan dibina di tapak Cerro Armazones di utara Chile, dekat Balai Cerap Paranal milik ESO.
Kawasan tersebut amat kering dan terletak pada ketinggian 3,060 meter dari aras laut. - AFP

10 Jun, 2012

Umno Be End : dari kubang ke kolam

Datuk Seri Osu Sukam
 Nak keluar dari kelompok yang nak Be End ke kelompok yang akan bersama dengan sinaran bulan..Harap-harap berlakulah apa yang diharap-harapkan,maka akan bercemperalah pula umno be end yang semakin tercungap mencari nafas.
 
Khabarnya Antara yang akan keluar dari BN petang ini di Sabah ialah Ahli Parlimen Tuaran dan Beufort.
Selain itu bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan.
 
Semalam Free Malaysia Today melaporkan Presiden Parti Progressive Sabah (SAPP) memgumumkan akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.
Langkah SAPP itu dilihat akan mengukuhkan lagi keyakinan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya selepas PRU13 ini.
The Malaysian Insider pula melaporkan akan ada kejutan di negeri di bawah bayu, Sabah. Kejutannya adalah akan terdapat ahli parlimen dan senator Barisan Nasional (BN) yang bakal menyertai Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah hari ini. Beliau dikatakan akan menyambut kemasukkan ahli parlimen dan senator tersebut dalam sebuah majlis.

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan. Benarkah ini bakal berlaku?

Minggu lalu, timbalan presiden PKR, YB Azmin Ali dan pasukannya ke Sabah. Hari ini Anwar Ibrahim pula.

Mungkin kali ini, PKR mengubah strategi agar tidak menghebohkan perkara ini terlebih dahulu seperti kesilapan lalu diambang 16 September 2008. Laporan The Malaysian Insider:
 
Ahlan wasahlan dan selamat datang ke perjuangan untuk rakyat.Niat baik disambut baik la..Nak panggil depa katak pun tak boleh..sebab katak bukan suka dok dalam kolam yang airnya jernih tapi suka dok dalam kubang yang airnya keruh terutamanya kubang kerbau.PRU 13 ni rakyat jelata yang menjadi pengundi pakat-pakat TEBAS le bumi Malaysia ni supaya cerah dari pemimpin yang korup dan bermewah serta tak boleh diharap. Sudah lebih 50 tahun negara kita berada dalam kubang yang penuh dengan selut. PRU 13 nanti tibalah masa untuk kita membersihkannya...Jangan jadi kerbau atau lembu sudah le. Jadilah manusia yang mempunyai akal dan fikiran serta mata hati yang pasti boleh memberi jawapan yang benar kepada sesuatu persoalan.

07 Jun, 2012

kalau Ajib kena macam mubarak...hahhaha


fuhh..siap dgn spec hitam..bayangkan kalau ajib

Mubarak trauma, sukar bernafas
2012/06/07

KAHERAH: Kesihatan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak berada dalam keadaan kritikal semalam sehingga terpaksa menerima bantuan oksigen sebanyak lima kali, berikutan masalah sukar bernafas kata pegawai keselamatan di penjara beliau ditempatkan. 

Pegawai Penjara Torah di selatan Kaherah berkata, Mubarak, 84, mengalami trauma akibat terkejut, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.
Masalah itu berlaku beberapa hari selepas beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup berikutan kegagalannya menghentikan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat untuk menggulingkan diktator itu tahun lalu.
“Pakar perubatan sudah dibawa untuk memeriksa beliau dan kami sedang menimbang untuk memindahkan Mubarak ke sebuah hospital tentera,” kata beliau yang enggan mendedahkan namanya. 

Beliau berkata, pihak berkuasa membenarkan anak Mubarak, Gamal, berada di sisi bapanya. Seorang lagi anak Mubarak, Alaa sudah mengemukakan permohonan untuk bersama Mubarak, tetapi tidak mendapat kebenaran. 

Sabtu lalu, Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, tetapi Gamal dan Alaa, dibebaskan daripada tuduhan rasuah. Kedua-dua mereka bagaimanapun masih berdepan satu lagi dakwaan berasingan membabitkan salah laku perniagaan. 

Walaupun rejim Mubarak tidak disenangi kebanyakan rakyat Mesir, keadaan tidak banyak berubah selepas beliau digulingkan tahun lalu dengan masalah ekonomi kucar-kacir dan tunjuk perasaan yang tidak berkesudahan. – AFP



Ni la penyakit gulungan yang dulu ada kuasa dan berkuasa...bila dimasukkan dibelakang tabir besi..mula le bermacam-macam penyakit..agak-agak hangpa kalau para pemimpin negara kita lepas ni kena macam tu.nak jadi macam mana pula ? Nak mai angin gus gus macam sudin ke ?...tapi dalam berita ni..part yg last tu bikin pshyco pada pembaca yang buta..hahhaha..standard berita kita..Jadi TEBAS je pemimpin yg korup...mana yg patut dikandangkan..elok dikandangkan...kalau nak kira sakit beribu lagi rakyat marhaen yang sakit dan perlu pembelaan.

PTPTN...campur tangan politik sempit ?


Khairy Gesa Beri Semula PTPTN Kepada Unisel
PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka semula penyaluran pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pelajar universiti itu tidak seharusnya menjadi mangsa kepada sikap kerajaan pembangkang yang ternyata gagal menyediakan pendidikan percuma di universiti di bawah pentadbiran mereka.
"Memang sudah terbukti mereka (pembangkang) tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan percuma.
"Oleh sebab itu janganlah jadikan pelajar-pelajar baru yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ini menjadi mangsa keadaan...berilah PTPTN kepada mereka yang ingin mendapatkannya," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel buat sementara waktu bermula sesi kemasukan April lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata: "Matlamat politik untuk beri pengajaran kepada pembangkang sudah kita buktikan iaitu mereka memang tak mampu beri pendidikan percuma...jadi cukuplah tu.
"Berilah semula pinjaman kepada pelajar-pelajar itu," katanya.
Ooo..kalau gini bermakna juga ada unsur campur tangan politik dlm hal berkaitan kepentingan rakyat dan juga sebagai tindak balas politik yang sempit..kalau ginilah cara fikirnya alamat makin teruk le Malaysia jika dibiarkan kepada puak amenoroot ni.

03 Jun, 2012

MB mana ni...awat bengong sangat..


MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Jun 2012
Datuk Seri Ahmad Said
macamana aku nak hormat pemimpin gini ?
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.
Maksud KERAJAAN :  
Adalah merangkumi Penduduk,Tanahair atau bumi yg diduduki dan pemimpin yang dilantik.
BN atau parti mana sekali pun bukanlah KERAJAAN...NEGARA KITA adalah disebut KERAJAAN MALAYSIA begitu juga negeri-negeri yang dipanggil kerajaan negeri misalnya Kerajaan negeri Terengganu atau seumpamanya walaupun ia dipimpin oleh pemimpin dari mana-mana parti yang mendapat sokongan majoriti semasa pilihan raya dan melayakkan parti tersebut menubuhkan barisan EXCO atau KABINET dan mereka akan mentadbir atau memerintah mengikut Dasar Parti masing-masing.
BODOH PIANG...SAPA-SAPA YG DOK GUNA PERKATAAN SOKONG KERAJAAN ATAU TIDAK..
TUNGGU APALAGI TEBAS SAJA PEMIMPIN YANG MEMPERBODOHKAN PENGIKUT DAN RAKYAT SENDIRI.

02 Jun, 2012

berita lawak kesesakan..


Beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan sesak

2012/06/02

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di beberapa lokasi arah utara dan selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan sesak petang ini. 

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata bagi laluan ke utara, pertambahan bilangan kenderaan serta beberapa kemalangan kecil menyumbang kepada keadaan tersebut.



Beliau berkata, antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Slim River menuju ke Bidor, Tapah menghala ke Gopeng, dari Plaza Tol Sungkai menghala ke utara dan Bukit Tambun ke Plaza Tol Juru.
Di selatan, trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Nilai menghala ke Seremban. 

"Trafik bergerak perlahan kerana orang ramai mula pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu dan cuti sekolah serta berlaku beberapa kemalangan kecil," kata jurucakap itu. 

- BERNAMA 


Apakah nilai berita ini bagi anda ?

koleksi gambar Himpunan Hijau ke Putrajaya

Himpunan Hijau ke Putra Jaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah pada 01 Jun 2012 telah berjaya menghimpunkan ratusan ribu ahli dan penyokong PAS seluruh Malaysia. Tahniah kepada PAS..dilihat 60 % adalah anak muda yang hadir..moga-moga harapan dan cita-cita akan terlaksana dengan usaha dan izin Allah Yang Maha Bijaksana. Islam pasti akan berjaya ditegakkan dan Umat Islam dan orang=orang yang bertaqwa pasti akan dimuliakan oleh Allah sebagaimana yang dijanjikanNya. Ni koleksi gambar yg diambil menggunakan hp aku je..letih tak sangga dah para petugas himpunan,apalagi para amilin perjuangan yang sekian lama berusaha untuk mengkafankan umnooo be enddddd..jgn mareeehhhh kerana guna bahasa tu.

ni pada lebih kurang jam 6.45 petang














Jika PRU 13 nanti,umno and the gang masih belum be enddd..maka Malaysia akan bertambah parah dengan berbagai skandal,masalah sosial,ekonomi dan sebagainya..54 tahun penguasaan mereka diatas bumi Malaysia ini merupakan sebahagian dari bukti dimana rakyat Malaysia perlu berubah sokongan politik dari bn ke PR. Walaupun ternyata ada juga kebaikan yang dilakukan oleh mereka,tetapi kerosakan adalah lebih besar dari kebaikan yang ada.Ada otak,gunakan kedua-duanya iaitu otak kanan dan otak kiri baru la nak nampak yang mana sinaran cahaya dan yang mana kilauan cahaya. 

01 Jun, 2012

Gambar semasa Amanat Khas Presiden

Bertempat di Kompleks PAS Kedah pada hari Jumaat 01 Jun 2012,jam 9 pagi.













31 Mei, 2012

projek seks RM 300 juta..sikit je tu


Skandal seks RM300 juta Ziyi

Zhang Ziyi dan gambar kanan merupakan pegawai tertinggi kerajaan China, Bo Xilai. Mereka didakwa mempunyai hubungan sulit dan telah tidur bersama sebanyak lebih 10 kali sejak tahun 2007.


NAMA aktres China, Zhang Ziyi tiba-tiba meledak pada minggu ini. Namanya meledak bukan kerana projek filem terbaharu, sebaliknya kerana dakwaan 'projek seks' beliau bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan China.
Berita tersebut kini menjadi bahan utama hampir semua media China dan Taiwan. Malah berita tersebut juga kini merebak ke seluruh dunia menerusi beberapa laporan di internet.
Ziyi didakwa merupakan 'teman setia tidur' seorang pegawai tertinggi kerajaan bernama Bo Xilai, dan hal itu diakui sendiri oleh Bo Xilai kepada satu sumber.
Untuk servis pertama kali dengan Ziyi pada tahun 2007, Bo Xilai memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktres tersebut. Mereka kemudian telah tidur bersama lebih 10 kali sepanjang tahun 2007 hingga 2011.
Bo Xilai turut mengatur temu janji aktres yang terbabit menerusi filem hebat seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2 dan Memoirs of a Geisha itu dengan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan yang turut membayar Ziyi dengan jumlah RM4.9 juta untuk hubungan seks mereka.
Ia menjadi bertambah hangat kerana 'projek seks' Ziyi bersama Bo Xilai dan beberapa pegawai kerajaan lain serta orang kenamaan China sepanjang 10 tahun berkecimpung sebagai aktres didakwa bernilai RM300 juta!
Segala persoalan tersebut bagaimanapun belum mempunyai jawapan. Ini kerana aktres yang sepatutnya hadir ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk mempromosi filem terbaharunya, Dangerous Liaisons tidak menghadiri majlis berprestij tersebut. Jika beliau hadir ke majlis tersebut, barangkali berita yang sedang hangat diperkatakan ini akan menemui jalan penamat dengan kenyataan yang diberi Ziyi.
Sebaliknya, aktres berusia 33 tahun itu memberi alasan bahawa ketidakhadirannya ke majlis tersebut kerana beliau kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Grangmasters.
Realitinya, menurut laporan beberapa media China, Ziyi kini tidak dibenarkan meninggalkan republik tersebut sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai.
Beliau juga gagal dihubungi pihak media yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan skandal seks tersebut.
Bagaimanapun dalam blog peribadi miliknya, Ziyi pada 30 Mei lalu hanya menulis: "Banyak orang boleh membuat angin menjadi hujan". Ia umpama satu penafian terhadap isu yang sedang dihadapi kini.
Sebelum ini, pada tahun 2010, Ziyi telah dituduh menyalah guna duit kutipan dana untuk tabung gempa bumi di Sichuan, China. Dana tersebut dilaporkan berjaya dikutip sebanyak RM3 juta, bagaimanapun Ziyi mendakwa beliau hanya mampu mengutip sebanyak RM1.2 juta sahaja.
Malah pada tahun 2009, aktres tersebut tersangkut dakwaan menipu seorang ahli perniagaan yang pada waktu itu mempunyai skandal dengannya melibatkan nilai jutaan ringgit. Padahal, pada waktu sama, beliau sedang bertunang dengan seorang jutawan bernama Vivi Nevo.
Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 2010.
Wushhhh....dunia...dunia...wang dan wanita pasti berkait rapat dalam kehidupan lelaki terutama bagi yang gila kuasa,gila harta dan gila seks..Kat Malaysia pun dikhabarkan berlaku juga hingga ratus-ratus juta RM melibatkan wanita dan wang...tapi kes tu jadi senyap je..Yg dibicara dan dihebohkan kes bunuh wanita tersebut.

tak boleh juta-juta..yg ni pun jadilah..


Jata Negara di Istana Negara lama dicuri


ANGGOTA polis membuat pemeriksaan kes kehilangan Jata Negara di dinding pagar Istana Negara lama di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 lambang termasuk Jata Negara pada dinding pagar Istana Negara di Jalan Istana di sini dilaporkan hilang dipercayai dicuri penjenayah.
Kehilangan Jata Negara tersebut disedari semalam sebelum satu laporan polis dibuat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada sebelah petang.
Siasatan mendapati suspek melarikan Jata tersebut dengan mengumpil lambang negara itu dari dinding pagar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kehilangan itu.
Jata Negara ialah lambang rasmi negara hasil gabungan pecahan bintang 14 yang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan memperlihatkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Lima bilah keris pula menandakan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Harimau sebagai penumpang Jata negeri- negeri Melayu Bersekutu itu digunakan dalam Lambang Malaysia manakala warna kuning ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Peribahasa Bapa borek anak rintik ni boleh digunapakai lagi....ada org sapu juta-juta RM mudah je..depa ni jata pun jata lah...asalkan boleh kebas. Undang-undang yang nak bagi manusia rasa takut kepada Yang Maha Pencipta tak mau dilaksanakan..maka kalutlah kita manusia dgn berbagai kerenah dan dusta.

30 Mei, 2012

apa ada pada orang asli


Tidak puas hati, Orang Asli pulang wang RM200

Khairil Abdul Rahim,30 Mei 2012
TEMERLOH: Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Leleh, Lanchang semalam bertindak membantah dan memulangkan kembali wang sebanyak RM200 kepada Risda kerana dianggap tidak munasabah.

Menurut mereka, wang tersebut dikembalikan demi maruah mereka berikutan didapati berlaku ketidakadilan dan mungkir janji pihak kerajaan kepada persetujuan asal berdasarkan minit mesyuarat.

Mereka mendakwa, mesyuarat diadakan antara wakil penduduk dengan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh tahun lalu itu, diadakan berikutan projek mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan negeri Mentiga Mining Sdn Bhd yang memusnahkan ladang sawit Tanam Semula Kelompok (TSK) milik penduduk.

Pengerusi jawatan kuasa bertindak penduduk, Rawi a/l Gaud berkata, berdasarkan minit mesyuarat mereka sepatutnya menerima RM350 sebulan, 15 peratus keuntungan hasil pelombongan bijih besi dimasukkan ke akaun dan tanah seluas 50 hektar sebagai gantian kerosakan tanaman akibat aktiviti perlombongan bijih besi.

Namun begitu, katanya, semua janji tersebut tidak ditepati sejak lebih dua tahun yang lalu kecuali yang mereka dapat sebanyak RM200 beberapa hari lalu.

“Ladang sawit kami habis musnah apabila syarikat Mentiga masuk melombong besi sejak 2010. Air sungai tercemar teruk, sekarang kalau hari panas kami dapat habuk kalau hari hujan kami dapat jalan becak.

“Bila keadaan dah jadi macam ini mereka nak bayar kami RM200. Sekarang kami nak pulangkan semula duit tu sebab tidak munasabah dan tidak setimpal dengan kerugiannya,” katanya tegas.

Kampung Orang Asli Sungai Leleh meliputi kawasan tanah seluas 365 hektar dan 95 hektar daripadanya ditanam dengan sawit dengan 86 orang peserta. Terdapat kira-kira 100 keluarga daripada suku Temuan dengan lebih 400 penduduk.

Rawi menjelaskan, mula-mula dulu penduduk mengusahakan kebun sawit sendiri sehingga mampu meraih pendapatan RM1,000 sebulan. Tetapi apabila diambil alih oleh Risda jadi TSK dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mereka hanya dibayar RM500 sebulan.

Tambahnya, apabila syarikat perlombongan masuk ke situ tanah kebun mereka musnah sehingga menghadapi kesempitan untuk mencari sumber rezeki.

“Kami kesal orang lain yang tidak berkuasa ke atas tanah kami telah tanda tangan bersetuju menggali kawah lombong besi di sini sehingga 40 kaki ke bawah tanah.

“Lebih menakutkan, kalau diikutkan pelan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri kawasan perlombongan bijih besi akan meliputi sehingga ke semua kawasan penempatan dan rumah penduduk.

“Itulah yang menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang tiada kawasan lagi untuk penduduk diami dan kawasan hutan sudah semakin pupus untuk mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk tua di kampung berkenaan, Gaud a/l Batin Kang, 72, berkata penduduk hanya menuntut hak mereka sahaja yang sepatutnya diiktiraf sebagai warganegara serta penghuni asal dan tidak mahu meminta hak kepunyaan orang lain.

Menurutnya, kampung berkenaan telah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu dan ayah beliau sendiri iaitu Batin Kang, pernah menjadi pembantu kepada Orang Kaya Semantan Datuk Bahaman.

Turut hadir memberi semangat kepada Orang Asli peguam Ahmad Nizam Hamid dan pelakon Abdul Kadir Abdul Manap atau Pak Jabit.

bakal Ketua Wanita umnooo ?

Menjelang Perhimpunan Agung Umnoo tahun ini yang dijangkakan akan berlaku pemilihan pimpinan tertinggi menjelang bulan Novemver 2012. Umno khususnya sayap Wanita akan mula berlaku persaingan yang semakin retak. Pengunduran Ketua Wanitanya dari kabinet akibat dikaitkan dengan sknadal NFC atau LEMBU telah membuka ruang yang luas untuk perebutan tempat no 1 dalam wanita umno.
Angin pertempuran kini dilihat semakin sengit diantara bakal-bakal Ketua wanita ini dari utara hingga ke tambak Johor. Maka terkeluarlah satu senarai pendek para peserta .
Datuk Kamilia..nampak ada peluang kali ni




Timbalan Ketua sekarang yang dilihat mendiamkan diri seketika dgn strategi yang berbeza dari Shahrizat.
Datuk Halimah















Calon dari tambak Johor...yang kurang publisiti atas strateginya.











Datuk Hamidah Osman dari Perak pun ada juga dlm senarai





Ooo...yg ni pun macam nak dapat tempat dlm wanita umno kali ni..








Tetapi ada juga wanita umno yang nak calonkan wanita ni.











Pertarungan sengit sedang berjalan

29 Mei, 2012

HOt..HOT..IKATan pulak dah..


Kadir Sheikh Fadzir Bentuk Parti Politik Baru 'Ikatan'
Abdul Kadir Sheikh Fadzir ketika sidang media mengumumkan beliau keluar daripada Umno Mac lalu. -foto THE STAR
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah (Amanah) untuk membentuk sebuah parti politik baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Bekas Menteri Penerangan ini akan mengetuai parti Ikatan selepas berkhidmat sebagai timbalan presiden Amanah untuk tempoh setahun lebih.
Abdul Kadir bagaimanapun enggan mendedahkan butir-butir parti baru, tetapi berkata akan berbuat demikian pada Khamis ini.
"Akan ada pelancaran rasmi dan sidang akhbar selepas itu ...Saya akan menjawab pertanyaan itu," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi portal The Malaysian Insider.
Dijangka parti itu akan bergabung dengan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR)

lawak menteri kumnoooo sampai nak terguling


Kehadiran Orang Luar Antara Punca Majlis Ceramah Di Pantai Dalam Kecoh - Nong Chik
KUALA LUMPUR: Kehadiran orang luar yang dibawa pembangkang dipercayai antara punca berlaku kekecohan pada majlis ceramah di Pantai Dalam, Khamis lepas, kata Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
"Sebagai bukti, seorang mangsa (iaitu) warga tua yang cedera pada ceramah itu datang dari Selangor dan bukannya penduduk Pantai Dalam," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi Santai Pemimpin Bersama Pesara Kerajaan Lembah Pantai "Jasamu Tetap DiKenang" anjuran Kelab Pesara Kerajaan pada Isnin.
Beliau berkata pihak Umno dan pembangkang tidak boleh membuktikan siapa yang memulakan kekecohan sehingga berlaku kejadian membaling botol dan pelbagai objek lain, menyebabkan ada yang cedera.
Kekecohan berlaku pada majlis ceramah yang diadakan berhampiran Apartment Pantai Permai, dan pemimpin PKR dilaporkan mendakwa ia dicetuskan anggota Pemuda Umno.
Tuduhan itu bagaimanapun ditolak Pemuda Umno Lembah Pantai. - BERNAMA
Haahhaha..gelak sampai nak terguling aku ni..bila baca kenyataan dari seorang menteri umnnngok....patut pun ramai orang kata puak-puak umnooo ni umngokkkkkkk..Lu orang fikir le sendiri...mana mau TEBAS masa PRU 13 nanti.

perbetulkan arah kiblat kita petang ni.


Matahari tegak di atas Kaabah petang ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.

Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.

Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.
"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu.- Bernama
Subhanallah....peluang yang diberi perlu dimanfaatkan untuk membetulkan arah kiblat kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi akan hamba-hambaNya bukan sekadar untuk membetulkan arah kita menghadapkan diri bagi menyembahNya malah terlalu banyak peluang yang diberi sepanjang hayat kita.Hanya manusia yang mahu berfikir sahaja akan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk,antara intan dan kaca.

SPR kita tentu tak setuju


Calon dakwa penipuan dalam pilihan raya Mesir


CALON pilihan raya Presiden, Hamdeen Sabahi berucap pada satu sidang media di Kaherah kelmarin.

KAHERAH, Mesir – Tiga calon utama dalam persaingan untuk jawatan Presiden Mesir membuat aduan kepada suruhan jaya pilihan raya kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pusingan pertama pilihan raya Presiden di negara berkenaan.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi akan berdepan dengan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq dalam pusingan penentu pilihan raya tersebut.
Keputusan rasmi pusingan pertama pilihan raya Presiden Mesir dijangka diketahui hari ini.
Shafiq yang berada di tempat kedua selepas Morsi mendakwa, undi untuk dirinya di sebuah wilayah tidak dikira pada pilihan raya minggu lalu.
Calon ketiga, Hamdeen Sabahi pula meminta pengiraan semula undi dilakukan selepas beliau berada di kedudukan dengan perbezaan 700,000 undi.
Aduan tersebut difailkan oleh seorang lagi calon pilihan raya Presiden Mesir, Abdel-Moneim Abolfotoh kelmarin.
Abdel-Moneim menduduki tempat keempat dalam pilihan raya berkenaan.
Peguamnya menyatakan, beliau memiliki bukti bahawa undian orang yang telah mati turut dikira dalam pilihan raya itu.
Tarikh akhir untuk aduan difailkan adalah semalam sebelum pusingan penentu diadakan pada 16 dan 17 Jun depan.
Pilihan raya tersebut diadakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang mentadbir negara selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada awal tahun lalu.
Sekitar 50 peratus daripada 50 juta pengundi berdaftar keluar mengundi untuk memilih seorang daripada 12 calon yang bersaing pada pusingan pertama pilihan raya tersebut. – Agensi

28 Mei, 2012

PRU November depan..steady la PM aku nii.


PM Nepal minta pilihan raya baru pada November 

2012/05/28

fulamak..pakai songkok hitam tinggi mcm umnoo
KATMANDU: Perdana Menteri Nepal meminta pilihan raya baru diadakan pada November ini selepas penggal Dewan Perlembagaan tamat tempohnya tengah malam tadi tanpa pemimpin politik selesai merangka perlembagaan baru. 

Perdana Menteri Baburam Bhattarai berkata, Dewan Perlembagaan gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.

"Kami tidak mempunyai pilihan kecuali kembali kepada rakyat dan memilih wakil baru untuk menulis perlembagaan," katanya dalam pengumuman yang disiarkan menerusi televisyen.
Bhattarai berkata, beliau akan menjadi ketua kerajaan buat sementara sehingga pilihan raya diadakan pada 22 November depan. - AP 


Negara atas gunung ni pun kira ok juga le...berani dan jujur juga pemimpinnya menyatakan apa yang sedang berlaku terhadap politik negaranya..Pm kita macamana ye..Sendiri nilai sendiri pilih. Aku kira nak TEBAS umno BE END.

27 Mei, 2012

aiyoo..apa mau takut


MIC, hudud tiada kena mengena dengan kita
  • Dr Balachandran
  • 4:48PM Mei 17 2012
 
Saya merujuk kepada berita yang disiarkan Sinar Online "Hudud: MIC mahu PR buat pendirian jelas".

Saya menasihatkan Setiausaha Agung MIC, S Murugessan dan parti MIC supaya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hak-hak dan kepentingan masyarakat India di negara ini, yang menjadi lebih utama pada masa kini.

Bagi saya dan kebanyakan masyarakat India, sama ada hudud dilaksanakan atau tidak, tidak ada kena mengena dan kaitan dengan hak dan kepentingan kita. 

Ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan ke atas sosial ekonomi masyarakat India kerana ia isu yang berkaitan dengan masyarakat Islam.

Murugessan dan MIC perlu mengambil berat soal lebih 240,000 kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan dan mengalami masalah kerakyatan, lebih utama dari mempersoalkan sama ada hudud akan dilaksanakan atau tidak.

Murugessan dan MIC sebagai sebuah komponen parti pemerintah yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat India, perlu memastikan tidak ada kaum India yang merempat kerana ketiadaan rumah (homeless).

Murugessan dan MIC juga, perlu berusaha bersungguh-sungguh memastikan anak bangsa Malaysia dari masyarakat India tidak keciciran dalam melanjutkan pelajaran mereka kerana tidak ada bantuan pelajaran atau pun biasiswa.

Sebanyak RM93.2 bilion dibelanjakan sejak 2009 untuk bidang pendidikan Negara tetapi hanya RM2 bilion sahaja yang diperuntukkan untuk kaum India. 

Sepatutnya, masyarakat India mendapat bahagian sekurang-kurangnya 10 peratus daripada peruntukan itu sebanyak RM9.3 bilion bukannya hanya mendapat RM2 bilion sahaja.

Berbalik kepada soal hukum hudud, saya menasihatkan Murugessan memperdalamkan ilmu dan belajar tentang hukum tersebut terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pelbagai komen. 

Sekiranya, beliau tidak mempunyai masa kerana terlalu sibuk mengejar projek dan pangkat, beliau boleh memanggil saya dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang hukum hudud.

Jangan berkata perkara yang beliau tidak ketahui kerana ia akan mengundang kemurkaan Tuhan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...