WISH

WISH

24 Julai, 2012

Syria : Bashar kecundang ?

Syria sedang menuju kehancuran samada barisan kepimpinannya atau negara itu sendiri berundur atau diundurkan oleh rakyat. Arab Spring yang melanda Syria mulai 15 Mac 2011 dan diikuti dengan gelombang himpunan bantahan rakyat yang benci kepada pemerintahan Bashar Al-Assad pada 26 Mac 2011 kini sudah bertukar menjadi medan peperangan.



Pertembungan di Syria bukan lagi sekadar pertempuran kefahaman minda tetapi sudah meningkat menjadi pertempuran bersenjata. Kini pemerintah Syria bukan lagi mahu membunuh tumbesaran kefahaman rakyat dalam menolak pemerintahan kuku besi Assad tetapi sudah membunuh nyawa rakyat negaranya sendiri..
kenapa ?


Medan pertempuran bersenjata sudah wujud dihampir seluruh Syria..Peperangan saudara Syria kini makin memuncak. Rakyat menjadi sasaran tentera sendiri...rakyat yang menentang corak pemerintahan Bashar kini dianggap pemberontak..sudah lebih kurang 19,000 nyawa melayang dalam tempoh itu. Siapa yang akan menang ? Jika Bashar menang,maka Menang Bashar menjadi arang, dan kalahnya Bashar menjadi abu dan Syria pula akan menjadi seperti Libya..

Terkini,pihak pejuang kebebasan rakyat yg dikenali sebagai SNC telah mendakwa bahawa mereka semakin menghampiri kejayaan dalam menumbangkan Rejim Bashar serta sedia membawa Syria ke era baharu.
Sudah tentulah tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Perjuangan perlu diteruskan demi impian dan harapan rakyat yang mahu bebas dari penindasan pemerintah sendiri.

04 Julai, 2012

HUDUD: puak umno makin mengong..mengong..mengong ?

Hari ni hujan masih berlarutan...semlam hujan turun macam bas henti-henti..hingga sampai kedistinasinya baru berhenti...maka selesailah tugas pemandunya seketika.Hujan pun gitu juga le...dari dulu hingga kesuatu saat yang ditentukan Allah,maka akan berhentilah ia dari dicurahkan oleh malaikat keatas bumi ini.Sungguhpun banyak tempat dicurahkan hujan,masih terdapat bumi yang gersang tanpa air dan tumbuhan..tetapi masih terdapat hidupan lain yang mendiaminya. Itulah kekuasaan Allah yang dipamerkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir. Semuanya telah dijelaskan melalui kitab suci Al-Quran buat panduan manusia serta jin yang mahu beriman dan ditambah lagi dengan penjelasan oleh penghulu segala manusia yakni Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis baginda.
Hari ni nak tempekkan kenyataan beberapa orang pemimpin umno be end tentang HUDUD yang kembali menjengah pemikiran rakyat Malaysia..pakat-pakat nilai sendiri le..setakat mana pemahaman puak tu ni...yang bukan baru dalam Islam...dan bukan baru setahun dua memerintah Malaysia ni.

dah 54 tahun umat Islam Malaysia dok menunggu..
bukti kegagalan umno memberi pemahaman kpd bukan Islam melalui dasar pemerintahan negara
lagi bukti kegagalan umno melahirkan ulamak seperti yang diharapkan

hukuman pun kena bagi selesa ? dan bila nak beri kefahaman ?
54 tahun dah ni.dah bercucu pun rakyat yg lahir pada tahun 1957
haiya...dah 54 tahun tidur sebantal dgn umno selama ni talak faham looo..
umno talak celita sama kami maa..lia ala cakap potong sama itu lan*** saja maa.
waaaa....standard budak tadika kemas je...belum belajar bab perlembagaan negara kot. Cabar org kafir jee...umno yg dok merintah Malaysia macamana ?
otak depa letak kat pungkoq kot ?
Semuanya ada dalam satu naskah surat habaq tu...belek-belek le sendiri..selak pi la Al-Quran tu cari yg berkaitan..kemudian fikir-fikir le sorang-sorang..tak faham...tanya le orang lain sama...tapi jangan tanya orang yang sama standard ilmu agama dan pemahamannya dengan lu orang sudah le.Jangan jadi macam orang bodoh tak dengar cakap dan cerdik tak boleh tumpang sudah le..


26 Jun, 2012

Naik !!! boleh caya kaa ?


Fulamak...ingatkan bila tukar pemimpin negara dari yg dok ada negara tu akan terus bangkrap..rupa-rupanya saham naik mendadak..puak-puak yang dok main saham ni bodoh ke ? negara tu mana aman pun..rakyatnya desak supaya diadakan pilihan raya yg telus..kemudian depa pilih pemimpin yg depa rasa lebih telus dari yg dok ada...memang spring sungguh rakyat Mesir..depa TEBAS dan tendang pemimpin yg dok memperbodohkan depa selama ni..

KAHERAH - Stesen televisyen pemerintah melaporkan indeks bursa saham Mesir ditutup tinggi dengan rekod kenaikan 7.5 peratus susulan deklarasi kemenangan seorang calon pro-Islam pada pilihan raya Presiden negara berkenaan.LAGI baca kat SINI la kalau tak percaya..
Aku mau TEBAS je pemimpin yg selama ni dok memperbodohkan aku dgn berbagai slogan..Tebas dengan pensil je masa PRU 13 nanti. Macamana mau tebas ? Jgn undi Be End je..kan mudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...