WISH

WISH

20 Ogos, 2012

Raya sakan..amannnnnnnn

1 Syawal..hari bagi rakyat Malaysia cuti dan raya sempena hari kemenangan bagi umat Islam yg bertaqwa mengharungi cabaran Ramadhan....Masa cuti ni juga le..segulungan manusia beraya sakan...aman sungguh negara kita ni...
gambar hiasan jee...

Kiosk bank dipecah masuk, mesin ATM dilarikan

20/08/2012 1:37am

KUALA LUMPUR – Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.
Beliau berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan ”portable oxcytelene”.
"Di dalam kiosk itu terdapat sebuah mesin deposit tunai yang tidak diusik dan dua buah mesin ATM yang sebuah daripadanya berjaya dipecah dan dilarikan, manakala sebuah mesin lagi juga dipercayai cuba dilarikan berdasarkan kesan diumpil, namun gagal,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.
Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati lima buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin di dalam kiosk itu disembur dengan cat berwarna hitam bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti. – BERNAMA
Alangkah bagusnya jika terdapat undang-undang yang boleh membuat manusia berfikir tentang tuhannya..kuranglah masalah dok TEBAS dan KEBAS gini.

07 Ogos, 2012

Merdekaaaaaa..janji tak sama dgn umno be enddd

Bab tema sambutan hari merdeka negara ke 55 kali ni dilihat menjadi bahan kecaman gara-gara terlampau advance nya menteri kita hinggakan tak boleh membeza yang mana satu untuk negara dan yang mana satu pula untuk partinya.Orang kata dah habeh modal..lantaklah tok menteri oii. Terkini negeri-negeri dibawah pakatan nak guna tema yang lain "SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA"..yang lebih menjurus kepada pembinaan negara kecuali negeri Kedah yang menggunakan tema 55 TAHUN MERDEKA TERUS BERBAKTI. Tu pun ada juga puak yang dok bising seolah-olah tidak faham senario. Dah dijawab oleh pihak berkenaan pun masih dok memekak juga..aku tak tau la nak kata apa kat puak-puak macam ni yang mungkin menganggap idea depa je yang bernas atau prinsip perjuangan depa je yang betul..Ni sebahagian dari kenyataan pihak berkenaan.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan telah membuat keputusan tiga hari lalu bagi menggunakan tema yang mereka cadangkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan.
“Kami akan meneruskan tema yang kami cadangkan untuk menyambut Hari Kemerdekaan nanti tetapi sedikit berbeza dengan negeri Kedah yang mahu menggunakan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti," katanya.

Exco Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.
Menurutnya, Kedah kekal dengan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri walaupun PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa bagi negeri-negeri PR.

“Walaupun menggunakan tema yang berbeza, itu tidak menjadi satu masalah. Apa yang penting sambutan Hari Kemerdekaan kelak harus dipenuhi dengan semangat patriotik di kalangan masyarakat,” ujar Salahuddin.TEBAS KAT SINI LA

Puak-puak yg dok bising ni..lebih kurang penonton bola juga..pemain dalam padang tu kalau boleh nampak lidah dah keluar sejengkal kepenatan untuk score gol..yang penonton setengah tu tak pernah main bola pun..dok maki pemain dengan bermacam-macam bahasa.Bukan setakat pemain,sekali dengan jurulatih dan pengurus depa bantai kalau team yang depa sokong tu kalah.Pemain dalam padang tu terpaksa menghadapi dengan berbagai rintangan nak bagi menang..depa dok dalam padang tu depa tentu lebih tau keadaan padang dan kekuatan lawan..jadi elok le kita yang dok jadi penonton dan peminat tu bagi sokongan padu agar pasukan kita jadi lebih bersemangat untuk memenangi game tersebut.
Aku bukan nak kira hangpa nak guna tema macam mana pun..janji umno be enddddddd pru 13 ni. Janji wang rakyat tak jadi harta sendiri...Negeri atau negara tak jadi harta aku atau harta mak pak aku.Janji negeri atau negara tak jadi harta parti macam umno be end dok buat...
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..
kita perlu TEBAS minda agar MERDEKA.
Melalui pengalaman aku, selalunya puak-puak yang dok komen itu ini,begitu begini adalah puak yg jenis deras kat mulut depa je..kerja bagi memenuhi matlamat perjuangan tak sebanyak mana pun.

30 Julai, 2012

Syria :Medan tempur Aleppo.


Tentera Pembebasan Syria sedang berehat..

Kereta kebal tentera Syria yg dibedil
Aleppo.dengan kepadatan 2.5 juta orang penduduk kini menjadi medan tempur utama di Syria..Tentera Pembebasan Syria didakwa telah menguasai bandar kedua terbesar di Syria ini..Berita lain juga menyatakan bahawa Bashar bakal kecundang.  Tentera rejim sedang berusaha untuk menawan semula bandar ini dengan rancangan serangan balas yang dasyat dimana terdapat lebih kurang 200 ribu penduduk bandar ini mula meninggalkannya dan masih ramai penduduk awam yang terperangkap didalam pertempuran bandar tersebut.  


Perjuangan perlu diteruskan demi untuk pembebasan dari cengkaman rejim Bashar. Kemaraan tentera rejim telah dihalang dan diundurkan kesempadan Hamdaniyeh,demikian dilaporkan oleh kolonel  Abdel Jabbar al-Oqaidi dari Tentera Pembebasan Syria semalam.
Tentera rejim juga didakwa sedang melakukan pembunuhan terhadap penduduk Aleppo. Bashar mesti dipertanggungjawabkan.demikian kata Pengerusi Majlis Kebangsaan Syria Abdel Basset Sayda. 
Patah sayap,bertongkatkan paruh namum terbang..ku terbang jua. 
Hidup mesti bermaruah dan berprinsip.

Sukan Olompat :Lagenda dah ada oii..

Sukan olimpik sedang berlangsung...pingat-pingat menjadi rebutan..Kita sedang mencari lagenda..itu untuk sukan diperingkat antarabangsa...Ni dlm poltik pun berlumba,bertanding juga bukan bermusim tapi memanjang..sapa yang kuat pasti boleh bertahan dan tak akan semput ditengah jalan.
Acara marathon baru bermula
Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN,"
TUARAN - Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keluar parti itu, yang merupakan satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta. 

Dengan sukacitanya mereka menubuhkan
 Pakatan Perubahan Sabah.

Sebelum ni..dah ada beberapa orang MP yang telah melompat..tapi dari dok dalam kumpulan yang baik-baik dan koloni yang besar dah membentuk koloni kecil masing-masing. Udah le kecik..dok hentam memekik merata terutama kepada bekas koloni yang bagi tempat utk depa bertanding..mcm anjing dilepas dari tersepit.
Beberapa pingat Emas untuk acara tertentu dah ada penyandangnya..Acara lompat..acara lawan belit..hangpa jgn dok cuba..dah ada penerimanya.

Woii..kami Perkasa la.

Sekarang acara maraton PRU 13 dah semakin hampir kepenghujung.. jaraknya pun dah makin dekat..Juara kali ni tak tau lagi.tapi ramai rakyat Malaysia dok doa supaya Najib semput ditengah jalan dan umno BE END sebelum sampai kegarisan penamat.

29 Julai, 2012

tentu dia ni ada Phd.

Bila tok menteri baca atau para kakitangan awam yang berkaitan baca tentu digarunya kepala. Kemudahan ada dengan nilai berjuta-juta..depa pi mengaji bertahun-tahun hingga dipanggil profesor atau berbagai gelaran..akhirnya PETANI yang dok dalam keleboq ni hasilkan benih baru..setelah menunggu sekian lama benih jenis baru untuk diusahakan. Kali ni berita macam ni kalau tak jadi cabaran kat depa,aku tak tau la..memang depa tu bengap atau sombong..

Aku tabik la kat petani yang bernama Ishak Mahmud ni...dia bukan jenis yang dok ada..yang selalu dok cakap "nak apa lagi..semua dah ada" dok susah-susah apa..beli dan tanam aje la benih-benih yang kerajaan keluarkan tu..rasanya gitu le sikap beliau jika dilihat dari sudut usaha yang dilakukannya tu..Tercabar habeh..Tahniah..tahniah..tahniah.

Jangan ada puak yang dok TEBAS benih ni pula..tu bukan nak menjadikannya lebih baik tapi nak melingkup...Dah 55 tahun merdeka oiii.. Aku ajak hangpa TEBAS pemimpin dan parti yang dok ajaq rakyat "Nak apa lagi..semua kerajaan dah buat".

woi MB..tarik le lesen tu,takkan hang tak tau

Ni lah bahananya..dah masuk 55 tahun masih belum berubah menjadi lebih baik..Janji ditepati le..merdeka..merdeka..merdeka..Bila berlaku dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR maka gegak gempita media mereka menembak akan hasil peninggalan mereka sendiri..Para gerombolan otak senget sebelah sinum pun mendesak le suruh ambil tindakan drastik terhadap sesuatu yang tidak disengajakan berlaku. Nii..hangpa baca le berita ni..dari Pahangkutu.

Umat Islam Berjudi Di Bulan Ramadhan

BANDAR TEMERLOH - Ketika umat Islam sibuk merebut pahala berganda ketika ini, masih ada segelintir umat Islam mencemar kesucian Ramadan tanpa rasa malu apabila membeli nombor ekor.

Aktivis masyarakat, Zainor Rashid Abdullah, 52, berkata, dia kesal dengan perbuatan segelintir umat Islam itu yang sengaja menunjukkan sikap kurang baik pada mereka yang bukan beragama Islam.

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada bapa yang membawa anak kecil membeli nombor ekor dan sudah pasti perbuatan buruknya itu akan menjadi contoh serta ikutan kepada anaknya.

“Kita sedih melihat umat akhir zaman ini yang sengaja melakukan perbuatan berdosa tanpa ada perasaan bersalah atau malu pada masyarakat umum.

“Perkara ini umpama menconteng arang di muka umat Islam dan seharusnya ia tidak berlaku. Kita dapat lihat ada segelintir umat Islam membeli nombor ekor di kedai-kedai sekitar Temerloh dan Mentakab,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainor Rashid berkata, selain itu daripada sumber yang diperoleh terdapat juga kakitangan kerajaan terlibat dalam aktiviti kurang sihat itu, termasuk warga emas yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada generasi muda.

“Perkara ini perlu dibendung segera kerana kita tidak mahu lebih ramai umat Islam terjebak dalam perkara tidak bermoral ini yang mana akhirnya mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masa depan," katanya.

Dalam pada itu, dia juga meminta pihak berkuasa memantau perang mercun di taman perumahan kerana ia mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak dan warga emas.

“Kita kecewa kerana bekalan mercun mudah didapati dan boleh dibeli oleh kanak-kanak bawah umur,” katanya.

24 Julai, 2012

Syria : Bashar kecundang ?

Syria sedang menuju kehancuran samada barisan kepimpinannya atau negara itu sendiri berundur atau diundurkan oleh rakyat. Arab Spring yang melanda Syria mulai 15 Mac 2011 dan diikuti dengan gelombang himpunan bantahan rakyat yang benci kepada pemerintahan Bashar Al-Assad pada 26 Mac 2011 kini sudah bertukar menjadi medan peperangan.



Pertembungan di Syria bukan lagi sekadar pertempuran kefahaman minda tetapi sudah meningkat menjadi pertempuran bersenjata. Kini pemerintah Syria bukan lagi mahu membunuh tumbesaran kefahaman rakyat dalam menolak pemerintahan kuku besi Assad tetapi sudah membunuh nyawa rakyat negaranya sendiri..
kenapa ?


Medan pertempuran bersenjata sudah wujud dihampir seluruh Syria..Peperangan saudara Syria kini makin memuncak. Rakyat menjadi sasaran tentera sendiri...rakyat yang menentang corak pemerintahan Bashar kini dianggap pemberontak..sudah lebih kurang 19,000 nyawa melayang dalam tempoh itu. Siapa yang akan menang ? Jika Bashar menang,maka Menang Bashar menjadi arang, dan kalahnya Bashar menjadi abu dan Syria pula akan menjadi seperti Libya..

Terkini,pihak pejuang kebebasan rakyat yg dikenali sebagai SNC telah mendakwa bahawa mereka semakin menghampiri kejayaan dalam menumbangkan Rejim Bashar serta sedia membawa Syria ke era baharu.
Sudah tentulah tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Perjuangan perlu diteruskan demi impian dan harapan rakyat yang mahu bebas dari penindasan pemerintah sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...