WISH

WISH

02 September, 2012

Bila gambar PM kena pijak..mula le


Hisham: Politik kebencian termasuk serang bas perlu dihenti

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KAMPUNG GAJAH - Politik kebencian yang sedang berlaku harus dihentikan segera bagi mengelakkan ia terus menular di kalangan rakyat negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu tegas Menteri Dalam Negeri, tindakan segelintir pihak yang memijak bendera, membaling batu dan cat kepada bas yang digunakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, memijak gambar Perdana Menteri kelmarin selain membuat ugutan
bunuh ke atas pemimpin adalah satu kesalahan serius yang perlu diambil tindakan segera...BACA KAT SINAR
Begitu juga dengan kes seperti dibawah...yang perlu ditangani oleh Umno dan pihak berkuasa..

[Gempar] Geng PERKASA cuba ganggu majlis Tazkirah Anwar di Pumpong Kedah



Kes gini macamana pulak ?


Bila gambar PM dah kena pijak,baru le nak keluar kenyataan gini..tindakan belum tentu lagi..sebab dah banyak kes yang berlaku sebelum ni tak seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin ni.
 Bagi aku..ni le antara kejayaan Umno mendidik rakyat khususnya orang Melayumno...
Kita baru je sambut hari kemerdekaan yang ke 55...betul ke dah 55 tahun ? Kalau gini punya pemikiran dan sikap yang ada..nampak gayanya lagi 55 tahun pun umno akan gagal mendidik rakyat Malaysia menjadi
no. 1. Jadi jangan tunggu lama-lama le..TEBAS je umno be end masa PRU 13 nanti.

30 Ogos, 2012

senyum meleret le org Beris Jaya..tahniah kerajaan Kedah

Kalau peneroka Felda yang main saham melalui FGVH dapat RM 5,000.00 sorang..kat Kedah yang bukan peneroka pun boleh dapat juga..

Tentu senyum meleret le seramai 553 orang ketua keluarga Beris Jaya yang terlibat dibawah Skim Penempatan Semula Beris Jaya...Wow..syukurrr kepada Allah dalam diam-diam kerajaan negeri Kedah melalui Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Negeri Kedah dapat juga bagi dividen bersih kat depa..Mengikut kenyataan KLPK dividen tu tak la banyak sangat untuk kali ni, tapi lebih sikit dari tahun lepas je..

Tahun lepas depa dapat sebanyak RM 2,900.00 seorang..tahun ni atas izin dan berkat Allah SWT depa dapat la seorang RM 4,225.00.

Tahun ni juga pemberian dividen ni diberi terus kepada peserta yang terlibat..tentu senyum sampai ke telinga la depa..raya sakan la noo..Apa pun kena beringatlah kerana Allah telah pun memberi peringatan kepada kita."dalam senang ada kesusahan dan dalam kesusahan ada kesenangan"..hanya keberkatan dari Allah jua yang diperlukan. Tahniah kepada Syarikat GLC Kedah dan para peserta Skim ni.


Ingat juga le..mana-mana semak samun yang ada tu kena le TEBAS supaya ladang menjadi cerah dan bersih dan syarikat juga menjadi lebih produktif. 

28 Ogos, 2012

makin kuat dan makin lama ?

MANGSA...Kamal menunjukkan laporan polis dibuat.
JOHOR BAHRU: “Ia bagaikan 15 minit paling malang dalam hidup saya. Saya bukan saja ditikam dan kereta dilarikan, malah tiga lelaki yang menawarkan diri untuk membantu sebenarnya mahu menyamun, menyebabkan saya nekad terjun semasa kereta bergerak,” kata mangsa samun, M Kamal, 30, semalam.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi Sabtu lalu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura sebelum singgah di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini.
Katanya, ketika mahu mengisi petrol pada Proton Waja miliknya, seorang lelaki berjaket hitam menghampiri dan bertanya sama ada dia berasal dari Melaka, memandangkan keretanya menggunakan nombor pendaftaran negeri itu.
Selepas menjawab dia adalah penduduk Johor, katanya, dia cuba memasuki kereta kerana bimbangkan keselamatannya.Lagi diMETRO


Peniaga Mati Ditembak Di Depan Kedai Di Marang 
 
MARANG: Seorang peniaga yang leka bermain dam, mati ditembak dalam satu kejadian di Kampung Bukit Cempedak di sini, malam Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata, kejadian berlaku pada 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, bermain dam dengan seorang rakan yang berusia 51 tahun di depan rumah kedai miliknya.
"Ketika itu, datang sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga lelaki yang mencari lelaki bernama 'Pok Mat' dan kemudian berpura-pura meminta untuk diberikan minuman.
"Bagaimanapun, salah seorang suspek telah melepaskan dua das tembakan dari dalam kereta yang jaraknya kira-kira lima meter sehingga mangsa rebah dan ketiga-tiga suspek terus melarikan diri," katanya kepada pemberita pada Isnin.Lagi dimStar Online

Baca le apa kata mentor umno be end nii.

Saya Tolak 'Hudud PAS', Hudud Islam Saya Terima - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang terkandung dalam Islam.
Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.
"Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak.
"Tak pernah saya kata tolak hudud Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011, di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Selasa..Nak baca yg panjang pi kat SANA.

Ni bukan nak iklankan akhbar tu...aku sendiri pun jarang sekali beli...hehhehe..cuma nak kongsikan rasa je..makin kuat dan makin lama ditentang makin banyak masalah jenayah kita hadapi..Jadi TEBAS aje la calon dari puak-puak tu masa mengundi PRU 13 nanti. Kita pilih pemimpin yang lain ABU je..mungkin suasana akan berubah menjadi lebih baik..insyaAllah..belum cuba belum tau.

27 Ogos, 2012

tahukah anda: mereka berkenderaan Helikopter


Alphaville : Sao Paulo, Brazil

Sebuah bandar metropolitan yang ke 4 terbesar didunia dengan kehidupan orang-orang kaya yang berjiran dengan gulungan miskin. Sesetengah penghuni mewah mempunyai 1,000 orang pengawal keselamatan..ada yang memasang alat kamera pengawasan 24 jam di sekeliling kediaman mereka yang tentunya mampu meninjau keatas jiran miskin mereka. Ada yang berkenderaan keluar masuk dari kediaman mereka dengan Helikopter..Wow...dunia..dunia

Tidak mustahil ianya akan berlaku dinegara kita...atau memang sedang berlaku..Yang kaya bertambah kaya..yang miskin bertambah miskin.Hanya dengan iman yang mampu mengatasi masalah pemisahan ini.

rangkuman berita..negaraku aman.


Dua maut diserang ala mafia


ANGGOTA polis menyiasat tempat dua pengawal mati ditembak oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan enam ahli kongsi gelap yang berang selepas dihalang daripada memasuki sebuah pusat hiburan bertindak ala mafia apabila menembak mati dua pengawal disko itu dalam kejadian di Jalan Doraisamy di sini semalam.....
Lelaki mati leher dikelar : nI DLM RUMAH SENDIRI

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah Ghadzali yang ditemui mati dibunuh di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Seorang lelaki tergamam apabila kedatangan ke rumah sahabat baiknya dikejutkan dengan penemuan mayat rakannya itu yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau di sini semalam.
Mayat Ghadzali Ahamad, 53, ditemui kira-kira pukul 10 pagi semalam dalam keadaan kedua-dua belah tangan terikat serta kesan kelar di leher bersama tompokan darah.
Difahamkan, sebelum ditemui, rakan mangsa berasa curiga apabila mangsa tidak keluar selepas dipanggil berkali-kali......
Berita ni melalui Kosmo je..lain2 tu mungkin berlambak lagi samada yg dilaporkan atau tidak melalui akhbar-akhbar kita.
Fikir sendiri la..

25 Ogos, 2012

kena tunggu janji 55 tahun lagi laa..


Umno Kelantan: Kuat kuasa hudud bukan perkara mudah

mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
KOTA BHARU - Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menegaskan, hukum hudud bukan satu perkara mudah dan boleh dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya tanpa perancangan rapi.

Beliau berkata, kajian secara mendalam berhubung perundangan syariah itu sangat penting dan wajar diberi perhatian sebelum membicarakan soal pelaksanaannya demi memastikan ia dapat direalisasikan dengan berkesan di negara ini.

“Kita hendak buat apa pun memerlukan perancangan dan kita sedar negara ini belum melaksanakan hudud lagi. Bukan buat sesuatu selepas itu baru hendak fikirkan persiapan. Ini tidak boleh.

“Sepatutnya kita perlu fokus kepada persiapan terlebih dahulu baru boleh melaksanakannya (hudud).

"Ini tidak, buat dahulu baru hendak menumpukan soal persiapan sedangkan masih dalam kekeliruan dan kekaburan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri di sini.LAIN-LAIN DISANA
La ni dah 55 tahun dikatakan merdeka masih belum nampak bayang lagi draf HUDUD yang dikemukan oleh umno..Kalau nak laksanakan juga di Malaysia,kalau lagu ni..jawabnya kita kena tunggu 55 tahun lagi kot.Aku tak boleh tunggu lagi sampai lama tu,kerana yang berumur 20 tahun sekarang ni belum tentu ada lagi masa tu..Kalau hangpa tak pakat TEBAS umno masa PRU 13 nanti..alamat ada laa janji lagi.

55 tahun dok tunggu janji..


Tunai janji beri hak milik tanah


MOHAMED KHALED (dua dari kanan) meninjau rumah Anie (kanan) yang terbakar di Taman Rinting, Masai, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta kerajaan negeri Johor melunaskan janji yang dibuat 10 tahun lalu iaitu untuk menyerahkan geran hak milik tanah kepada penduduk di 10 buah perkampungan setinggan di sekitar Parlimen Tebrau dan Johor Bahru.
Perkampungan terbabit ialah Kampung Sepakat 1, Kampung Sepakat 2, Kampung Senibong, Kampung Plentong Tengah, Kampung Melayu Pandan, Kampung Rumah 10, Kampung Plentong Baru, Kampung Sri Bahagia dan Jalan Jasa, Plentong yang keseluruhannya melibatkan lebih 10,000 penduduk yang mendiami lebih 2,000 rumah.
Setakat ini, hanya penduduk Kampung Pasir Gudang Baru sudah mendapat hak masing-masing.
Mohamed Khaled berkata, penduduk sudah menunggu hampir sedekad lamanya janji tersebut yang dibuat oleh kerajaan negeri semasa pembentangan Bajet Negeri Johor 2003.
Sekarang sudah tahun 2012.
"Pihak UMNO bahagian juga telah memainkan peranan dengan mengemukakan perkara ini kepada mereka (kerajaan negeri)," katanya selepas melawat seorang mangsa kebakaran di Taman Rinting, Masai di sini semalam.
Sebelum ini, media pada tahun 2003 pernah melaporkan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam Bajet Negeri Johor 2003 yang memberi jaminan geran hak milik tanah akan diberikan kepada 17 perkampungan setinggan di sekitar Parlimen Tebrau dan Johor Bahru.
Dengan penyerahan itu, status setinggan yang membelenggu penduduk terbabit sejak sekian lama akan terhapus.
Ujarnya, pihaknya juga sudah mengemukakan beberapa jalan penyelesaian seperti membuat penukaran pemilikan tanah kerajaan di tapak bekas Penjara Ayer Molek namun setakat ini belum ada perkembangan lanjut .
"Dengan semangat kemerdekaan dan pada bulan Syawal yang mulia ini serta dalam mendukung sloganJanji Ditepati, saya dengan penuh harapan agar isu ini diberi perhatian serius dan disegerakan," katanya.

20 Ogos, 2012

Raya sakan..amannnnnnnn

1 Syawal..hari bagi rakyat Malaysia cuti dan raya sempena hari kemenangan bagi umat Islam yg bertaqwa mengharungi cabaran Ramadhan....Masa cuti ni juga le..segulungan manusia beraya sakan...aman sungguh negara kita ni...
gambar hiasan jee...

Kiosk bank dipecah masuk, mesin ATM dilarikan

20/08/2012 1:37am

KUALA LUMPUR – Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.
Beliau berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan ”portable oxcytelene”.
"Di dalam kiosk itu terdapat sebuah mesin deposit tunai yang tidak diusik dan dua buah mesin ATM yang sebuah daripadanya berjaya dipecah dan dilarikan, manakala sebuah mesin lagi juga dipercayai cuba dilarikan berdasarkan kesan diumpil, namun gagal,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.
Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati lima buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin di dalam kiosk itu disembur dengan cat berwarna hitam bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti. – BERNAMA
Alangkah bagusnya jika terdapat undang-undang yang boleh membuat manusia berfikir tentang tuhannya..kuranglah masalah dok TEBAS dan KEBAS gini.

07 Ogos, 2012

Merdekaaaaaa..janji tak sama dgn umno be enddd

Bab tema sambutan hari merdeka negara ke 55 kali ni dilihat menjadi bahan kecaman gara-gara terlampau advance nya menteri kita hinggakan tak boleh membeza yang mana satu untuk negara dan yang mana satu pula untuk partinya.Orang kata dah habeh modal..lantaklah tok menteri oii. Terkini negeri-negeri dibawah pakatan nak guna tema yang lain "SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA"..yang lebih menjurus kepada pembinaan negara kecuali negeri Kedah yang menggunakan tema 55 TAHUN MERDEKA TERUS BERBAKTI. Tu pun ada juga puak yang dok bising seolah-olah tidak faham senario. Dah dijawab oleh pihak berkenaan pun masih dok memekak juga..aku tak tau la nak kata apa kat puak-puak macam ni yang mungkin menganggap idea depa je yang bernas atau prinsip perjuangan depa je yang betul..Ni sebahagian dari kenyataan pihak berkenaan.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan telah membuat keputusan tiga hari lalu bagi menggunakan tema yang mereka cadangkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan.
“Kami akan meneruskan tema yang kami cadangkan untuk menyambut Hari Kemerdekaan nanti tetapi sedikit berbeza dengan negeri Kedah yang mahu menggunakan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti," katanya.

Exco Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.
Menurutnya, Kedah kekal dengan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri walaupun PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa bagi negeri-negeri PR.

“Walaupun menggunakan tema yang berbeza, itu tidak menjadi satu masalah. Apa yang penting sambutan Hari Kemerdekaan kelak harus dipenuhi dengan semangat patriotik di kalangan masyarakat,” ujar Salahuddin.TEBAS KAT SINI LA

Puak-puak yg dok bising ni..lebih kurang penonton bola juga..pemain dalam padang tu kalau boleh nampak lidah dah keluar sejengkal kepenatan untuk score gol..yang penonton setengah tu tak pernah main bola pun..dok maki pemain dengan bermacam-macam bahasa.Bukan setakat pemain,sekali dengan jurulatih dan pengurus depa bantai kalau team yang depa sokong tu kalah.Pemain dalam padang tu terpaksa menghadapi dengan berbagai rintangan nak bagi menang..depa dok dalam padang tu depa tentu lebih tau keadaan padang dan kekuatan lawan..jadi elok le kita yang dok jadi penonton dan peminat tu bagi sokongan padu agar pasukan kita jadi lebih bersemangat untuk memenangi game tersebut.
Aku bukan nak kira hangpa nak guna tema macam mana pun..janji umno be enddddddd pru 13 ni. Janji wang rakyat tak jadi harta sendiri...Negeri atau negara tak jadi harta aku atau harta mak pak aku.Janji negeri atau negara tak jadi harta parti macam umno be end dok buat...
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..
kita perlu TEBAS minda agar MERDEKA.
Melalui pengalaman aku, selalunya puak-puak yang dok komen itu ini,begitu begini adalah puak yg jenis deras kat mulut depa je..kerja bagi memenuhi matlamat perjuangan tak sebanyak mana pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...