WISH

WISH

08 Oktober, 2012

Kes SUK Kedah..pucuk dicita ulam mendatang.

Kini berdentum pula 1 kes yg berfolio tinggi di Kedah..melibatkan SUK negeri Kedah Dato' Wira Hj Rasli Basir. Kes simple je..tukar DO yg juga YDP Majlis Daerah.

Ramai rakyat yang cerdik mula membuka mata dan minda.

Maka terlakarlah pula 1 lagi sejarah dalam pemerintahan PR di Kedah selepas kes 2 Exco dahulu.

Kes kali ini melibatkan seorang pegawai tertinggi KCS dengan Ahli Majlis Kubang Pasu juga..yang dulunya telah menghentam DO yang juga YDP Kubang Pasu hingga terpelantingnya Dato' Barni tu ke KUIN.Rupa-rupanya kes sebelum ini tak diambil iktibar oleh KCS ni.Jangan ingat AM dari PR ni pak turut macam AM umno be end dulu.
Aku tak nak ulas le apa yang dah diulas oleh penulis yang lain...cuma nak habaq kata..bahawa para pemikir bagi meneruskan kuasa pemerintahan PR di Kedah amat bersyukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan kes ini lebih awal dari yang dirancang dalam hal menangani kakitangan kerajaan negeri Kedah yang setengahnya merasakan mereka adalah kebal dan mendakwa berada dibawah naungan Tuanku Sultan Kedah..Tapi yang betul..betul la..yg salah tetap salah.

Apa pun inilah anugerah Allah yang tentunya mempunyai hikmah disebaliknya.
Ada orang salahkan MB dan EXCO kerana tidak mencengkam para KCS sebelum ni  macam dilakukan oleh puak umno be end..hinggakan banyak dasar-dasar dalam pentadbiran dan pemerintahan tak dapat dilaksanakan angkara kebejatan SUK ni serta beberapa orang KCS yang lain...hanya mereka yang berada dalam saf perancang saja yang mengetahui apa strategi politik yang hendak diambil sebelum ini...popular atau tidak strategi yang diambil itu lain kira..tetapi cuma nak habaq je..depa pun ada strategi..tak kan nak habaq kat semua orang strategi yang dirancang...Apa pun ingatlah akan firman Allah SWT.
 3:54
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. 
(Ali-Imran : 54 )

Kes ini umpama Pucuk dicita Ulam mendatang dan Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.
TEBAS mana yang patut di TEBAS. Tak boleh TEBAS semua, TEBAS satu persatu. Kalau tak mau kena TEBAS, tumbuh le sebagai pepohon yang boleh memberi manfaat kepada ramai.

Skim baru pembelian rumah..hutang kerajaan bayar..untungnya

Penduduk perumahan PKNS dok sibuk minta kerajaan Selangor tolong bayar hutang rumah depa. Tok menteri umno pun sibuk juga melalak dok desak kerajaan Selangor tolong penduduk tu..Dulu depa yang laksanakan skim perumahan tu dan tentulah bersama dengan perjanjian pembayaran balik yang dipersetujui oleh para pembeli. Bila pimpinan kerajaan bertukar tangan,maka pemimpin umno be end pun mula melaungkan pula kebajikan untuk rakyat yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan..
La ni kita pakat hutang banyak-banyak..beli rumah..lepas tu kita pakat minta kerajaan bayar hutang kita..kan kerajaan la kerajaan kebajikan..Rakyat yang bina rumah melalui Skim Rumah Mesra Rakyat pun boleh buat demo juga minta kerajaan bawah umno be end lupuskan hutang hangpa tu..

Dah la tanah kena cagar..kalau tak boleh bayar lepas tu tentu hilang le tanah tu kat BSN..ramai yg bina rumah ni gulungan yang ada harta setakat tu je..setengah-setengah tu kereta pun tiada untuk kegunaan sendiri.Ni syarat pinjaman untuk rumah tu.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR1M
-Warganegara Malaysia.
-Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
-Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
-Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
-Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
-Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.


Ada ramai juga bekas tentera yang dulunya dok TEBAS hutan merata gunung dan sempadan,bila dah balik kampung..rumah tiada tanah pun tiada. Nak dok atas pokok macam gambar P. Ramlee pun tak boleh dah la ni.Kesiannn.

26 September, 2012

tembak air..sapa cerdik

Ni peristiwa pecah minda..bagus juga dilakukan begini..dari dok berlaku tembak menembak dengan peluru dan letupan bom..tapi lama-lama mungkin tak boleh tahan dah kalau masih dok ketedaq juga..berita 40 buah bot nelayan dan 12 buah bot peronda Taiwan dok lawan main aci dengan Kapal peronda pantai Jepun di Laut Timur China.
Kapal peronda Jepun dok tembak air kearah kapal nelayan Taiwan
Kejadian berlaku diawal pagi di perairan pantai sekitar Kepulauan Senkaku. Kerajaan Jepun telah membeli sebahagian dari pulau-pulau yang membentuk kepulauan itu dari orang persendirian sebelum ini.
Lepas Jepun beli..baru le China dan Taiwan pakat dok berebut menuntut hak keatas pulau tu.
Tapi kejadian di perairan Malaysia berlainan pula ye...tak payah beli tak payah berebut...akhirnya orang lain dapat hak pulau yg dok dekat dengan kita...hahhaha..cerdik..cerdik..sapa yang cerdik dan sapa yang bodoh ?
Pakat-pakat TEBAS minda sendiri le.Aku tetap kata aku cerdik..sebab tu aku nak pemimpin yang cerdik.

24 September, 2012

Alahai zina dgn bapa sendiri..


Nasib anak kahwin bapa sendiri tanpa sedar

OHIO - Gempar! Ujian DNA yang dijalankan ke atas sebatang berus gigi akhirnya mendedahkan satu rahsia ‘gelap’ hubungan anak dan bapa.

Pendedahan itu hampir meragut nyawa, memusnahkan hubungan institusi kekeluargaan dan meruntuhkan iman.

Kisah benar ini terbongkar selepas kematian suaminya yang merungkai siapa sebenarnya suami ataupun bapa kepada seorang wanita, Valerie Spruill.

Bagi Spruill, apa yang berlaku adalah tidak masuk akal dan tidak menyangka dia telah mengahwini ‘bapanya’ yang tidak pernah dikenali seumur hidupnya.

“Perkara ini sangat buruk dan boleh memusnahkan hidup seseorang. Malah ia hampir musnah,” katanya ketika dihubungi wartawan CNN, Khamis lalu.

Kisah peribadi Spruill, 60, wanita yang berasal dari Doylestown, Ohio mula diterbitkan bulan ini dalam Akron Beacon Journal dengan tujuan dapat membantu orang lain yang menghadapi masalah sama dan diambil iktibar.

Ia adalah sebuah kisah yang menimbulkan persoalan tentang bagaimana perkara itu berlaku dan mampu menarik perhatian orang jauh termasuk di India dan Australia.

Persoalan yang sama terbit di hati Spruill sendiri sehingga dia terpaksa bergelut dengan kebenaran semenjak dia mengetahui kebenarannya pada 2004 iaitu enam tahun selepas suaminya, Percy Spruill meninggal dunia.
“Saya tidak tahu sama ada dia tahu atau tidak kerana perbincangan mengenai perkara itu tidak pernah timbul.Pi TEBAS kat sini
Sebab itulah Islam mengharamkan ZINA dan memerintahkan umatnya menjaga nasab.Mengikut undang-undang Islam,Pesalah zina boleh dihukum sebat atau rejam. Nak tegakkan hukum ni kat Malaysia sejak merdeka sampai sekarang pun masih bermasalah..jadi nak kena bagi kat pemimpin dan parti yang mau nak tegakkan hukum ni la...bukan macam yg dok ada..dok bagi alasan begitu begini..akhirnya mereka yg dilahirkan semasa merdeka dah jadi atok dan nenek dah sekarang ni..Jadi bila lagi ? TEBAS minda sendiri le..kemudian TEBAS la pula gulungan hipokrat atau munafiq dari menjadi pemerintah.

18 September, 2012

Himpunan Bukan Budaya Kita....?


Hari ni aku himpun lagi berita bab ni.
Pusat khidmat Gerakan dibaling telur, air kopi

Pusat khidmat Gerakan dibaling telur, air kopi


Kesan percikan air kopi dan telur pada pintu depan 
pusat khidmat Gerakan di Pulau Tikus.
GEORGETOWN - Selepas tiga pusat khidmat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon disimbah cat merah lima hari lalu, kini pusat khidmat parti Gerakan di Pulau Tikus pula menjadi sasaran.

Namun pusat khidmat berkenaan itu bukan disimbah dengan cat sebaliknya dibaling dengan telur dan air kopi.
Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, kejadian seumpama itu kini  telah menjadi trend keganasan politik dan beliau percaya apa yang berlaku terhadap pusat khidmatnya awal pagi semalam bermotifkan politik.
Dr Teng berkata, tindakan nakal pihak tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan segera kerana ia akan mengundang rasa tidak tenteram dalam kalangan rakyat..
YDP Pas jadi mangsa khianat

PEKAN - Kejadian pecah cermin kereta selama dua hari berturut-turut di rumah Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan menyebabkan beliau mengalami kerugian hampir RM2,000.
YDP Pas jadi mangsa khianatMangsa, Abu Kassim Manaf berkata, kejadian pertama melibatkan kereta Proton Persona milik anak saudaranya yang dibaling tukul pada malam Jumaat lalu sebelum diikuti kejadian baling batu yang berlaku awal pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian pertama hanya disedari selepas mereka sekeluarga bangun pada pagi Sabtu dan melihat sebilah tukul berada dalam kereta disyaki dibaling suspek ketika dia sekeluarga sedang nyenyak tidur...
“Laporan polis dibuat pada Sabtu dan saya tidak menyangka kejadian sama berulang apabila cermin belakang kereta Kia Spectra milik saya pula menjadi mangsa.

“Kejadian berlaku pada awal pagi Sabtu iaitu kira-kira jam 1.10 pagi di mana saya dan lapan ahli keluarga lain sedang tidur namun dikejutkan bunyi kuat di bahagian dinding hadapan rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Abu Kassim berkata, berikutan bunyi kuat itu dia dan anaknya bergegas keluar rumah sebelum melihat kelibat seorang lelaki melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal dalam gelap....

17 September, 2012

Terkini..saham ni naik lagi..

Berita dari Tehran, Iran telah melaporkan bahawa sebuah yayasan telah meningkatkan tawaran hadiah untuk membunuh pengarang warga Britain, Salam Rushdie.


Tawaran hadiah terkini RM 9.9 juta woow. sebelum ni RM 8.4 juta saja. 

Saham makin naik ni. 

Ia adalah sebagai tindak balas terhadap penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang semakin menjadi-jadi dengan terbitnya filem penghinaan yang terbaru di Amerika Syarikat. 

Bagi gulungan muda sekarang mungkin tidak mengenali atau mengetahui tentang Salam Rushdie ni yang merupakan seorang penulis atau pengarang buku yang bertajuk "The Satanic Verses" atau "Surah Syaitan" satu ketika dulu.

Kalau gulungan muda tak kenal pun malaon ni....nak heran apa pula yaa...kerana kehidupan sekarang bagi sesetengah gulungan dilihat seolah-olah mengikut langkah-langkah syaitan.Tapi syaitan pun tak buang anak woii.. Ibu binatang pun tak buang atau bunuh anak dia.

Baik Tok Mun lagi dari Shahrizat dan Mashitah nii


PRU 12 dulu gempaq dengan tindakan Maimun Yusuf, 93, atau Tok Mun yang masuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kawsan Kuala Terengganu.
Kini berhasrat nak bertanding lagi dalam PRU 13 nanti.
La ni,dia dok kalut nak cari sapa yang sudi nak jadi pencadang dan penyokong beliau disamping dana untuk beliau masuk bertanding kali ni.
Wah...gempaq sempoi ni..boleh dimasukkan dalam catatan buku rekod yg ada dalam negara ni.
Masa PRU 12 yang lalu, Tok Mun bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan calon Pas, Mohamad Sabu tetapi mendapat undi sebanyak 685 sahaja.
Tok Mun kata..
“Tiada orang mahu menjadi penyokong dan pencadang sebab ramai yang sokong dacing (Barisan Nasional) sekarang ini,”
“Tok kalau masuk tanding mungkin akan hutang dengan sesiapa sahaja.  Hutang dengan orang ini sikit, orang itu sikit,” 
Pasai apa Tok Mun nak bertanding ni.. beliau menjawab kerana amanah untuk mempertahankan tanah air dan Islam. 
Aku cadangkan kat Tok Mun ni..kalau nak bertanding kali ni,elok pi bertanding di Kawasan Parlimen Pekan tu,rasanya kali ni pasti boleh dapat undi lebih lagi.
Tahniah la Tok Mun atas semangat dan niat tu...tapi kalau boleh menyusahkan diri lebih baik sokong PAS sudah la.
Apa pun..aku rasa semangat Tok Mun ni boleh menjadi satu tamparan bagi sesetengah gulungan yang menganggap pilih mana-mana parti pun sama saja..Baik Tok Mun pula yang mempunyai aspirasi sendiri. Naik basikal dengan naik kereta tentu berlainan,walaupun kedua-duanya dikategorikan sebagai kenderaan.
TEBAS le minda..fikir-fikirkan dan berilah keputusan yang terbaik untuk Islam.
Bagi aku..ABU je aku akan sokong masa 
PRU 13 nanti.

16 September, 2012

umno kata...bukan budaya kita


Sekumpulan Pelajar Adakan Protes Tuntut Pilihan Raya Kampus Adil

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar mengadakan protes secara aman berhampiran Dataran Merdeka di sini pada Ahad bagi menuntut reformasi pilihan raya kampus, yang didakwa kurang telus.
Dalam kawalan anggota polis yang ramai, para pelajar berarak ke Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil menjerit slogan “hidup mahasiswa” dan “tolak konspirasi”.
Mereka kemudiannya kembali ke Dataran Merdeka bagi menggariskan enam tuntutan.
Demonstrasi secara aman itu dianjurkan oleh gabungan kumpulan pelajar, termasuk Pro-Mahasiswa Nasional, Solidariti Mahasiswa Malaysiswa dan Pergerakan Demokratik Pelajar.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa bahawa pilihan raya kampus telah “dicemari oleh manipuasi unsur-unsur politik luar”.
“Kami telah membuat tuntutan kepada beberapa pentadbiran universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kami tidak berada di sini untuk menyebabkan masalah.
“Apa yang kami adalah supaya pihak berkuasa memastikan pilihan raya kampus dijalankan secara telus,” katanya kepada pemberita selepas menggariskan enam tuntutan pelajar.
Enam tuntutan itu ialah satu tarikh tetap untuk pilihan raya kampus dalam kalendar akademik, penglibatan pelajar dalam jawatankuasa pilihan raya kampus, sebuah badan bebas untuk memantau pilihan raya kampus, sistem mengundi lebih telus, kebebasan untuk berkempen dan pengagihan dana yang sama kepada semua calon.
Edikoup Lakip menambah bahawa para pelajar akan mengemukakan tuntutan mereka kepada Suhakam pada minggu depan.
Kumpulan itu bersurai secara aman selepas mengadakan protes selama tiga jam...sumber mStar Online
Lepas ni,macam selalu kot..akan ada le kenyataan " Bukan budaya kita "..mungkin tipu dan berat sebelah tu budaya mereka. 

15 September, 2012

jutawan mana pula yg malang nii..


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
( At-Taghabun -15 )

Nasib malang bekas jutawan LBJ

AHLI keluarga berbincang dengan Rashid Jani (berkerusi roda) yang disaman anak sendiri di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, negeri Sembilan semalam.

SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.
Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.
Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.
Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.
Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.
Jika bukan salah ibu mengandung,maka salah siapakah andainya terjadi begini ?
اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:  Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."[1] 

13 September, 2012

hangpa jgn dok gatai tiru naa..


Mati akibat suntikan silikon pada kemaluan



NEWARK, New Jersey - Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin.
Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.
Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.
Rivera menjalankan prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia mati akibat embolisme silikon.
Pasukan penyiasat percaya Rivera ada melakukan prosedur sama sebelum ini, tetapi tiada saksi baharu yang tampil. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM230,294). Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun. - AP
Kalau dah tiada Iman..begini le jadinya..yang dikurniakan Allah dirasanya tak mencukupi. Begitu juga dengan bab lain pun..TEBAS le minda sendiri supaya lebih bercahaya untuk mencari yang lebih baik dan terbaik walaupun yang ada semuanya tidak sempurna.

11 September, 2012

patut pun depa dok fitnah...rupanya agensi kerajaan persekutuan pun dok kencing.


Fitnah UMNO Kepada MB: Inilah Jawapan Saya Setakat Ini...

Hari ini MBI panggil semua Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang berada di bawahnya, dan dibuat penyusunan semula Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat dari pagi hingga petang. Saya menunggu hingga jam 7 malam untuk mendapat laporan dan maklumat tambahan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh beberapa blog UMNO beberapa hari lalu.

Petang khamis lalu, sewaktu menjanjikan jawapan itu, CEO MBI ada memberi penjelasan ringkas setakat yang berada dalam pengetahuannya daripada maklumat yang digali daripada fail projek itu. Kerana saya sudah berjanji untuk cuba memberikan jawapan selepas Isnin, maka saya perturunkan dulu apa yang saya ada, sebelum MBI memberikan maklumat detail terhadap persoalan itu jika ada!

Polisi Kerajaan PR.

Bagi semua galian yang ditemui, diterokai, dieksploit daripada tanah kerajaan atau hutan simpan, oleh mana- mana pihak sama ada orang perseorangan atau syarikat, kerja-kerja mengusahasil mestilah dibuat kerjasama/usahasama dengan mana- mana GLC dengan pembahagian pulangan yang dipersetujui bersama. Polisi awal kerajaan ialah pembahagiannya mestilah 51-49, di mana GLC mesti memegang 51%.

Oleh kerana polisi peratusan ini (yang bertujuan memaksimakan pendapatan kerajaan melalui GLC) agak berat, ia telah memperlahankan kemasukan pelabur, aktiviti penerokaan hasil-hasil baru dan menurunkan minat pengusaha dalam aktiviti terbabit. Seterusnya ia boleh membantutkan pendapatan hasil royalti, cukai dan premium kepada kerajaan dan pendapatan GLC. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memberikan mandat kepada mana- mana GLC yang menceburi bidang ini untuk mengadakan rundingan tentang pembahagian hasil yang munasabah dengan syarikat atau perseorangan yang meneroka dan menemui apa-apa galian dan mengemukakan permohonan untuk mengadakan usahasama dengan mereka. Amalan kerajaan BN sebelumnya ialah 30-70, GLC makan kuah, pengusaha makan isi.

Bagi GLC yang memiliki tanah sendiri dan galian ditemui sendiri seperti PKNK dan PKB yang menemui deposit batu besi yang banyak dalam tanah mereka, GLC itu sendiri mempunyai mekanisme sendiri untuk melantik operator secara tender atau rundingan. Dalam kes terbaru tanah PKB di Gurun, mereka membuat sendiri kajian harga pasaran dbahan itu dan membuat tawaran kepada mana- mana syarikat untuk membayar RM60 setiap tan metrik batu besi yang dikeluarkan dari tanah mereka. Bagi tanah PKNK di Aman Jaya, PKNK telah membuat tender terbuka dan beberapa syarikat telah dilantik sebagai pengusaha (operator) dengan kadar harga berdasarkan gred galian itu.

Kenali MBI dan Strukturnya di Bawah Kerajaan Baru.

MBI ( Menteri Besar Incoorporated) adalah sebuah syarikat Holding yang wujud sebelum 2008 (tahun berapa saya tak pasti- mungkin sudah berpuluh tahun) dan dibuat penyusunan semula di tahun 2009 dengan melantik CEO dan pegawai-pegawai (Pegawai Operasi, Pegawai Kewangan, Juruaudit Dalam, Pegawai Pemasaran, dan lain-lain) seperti mana syarikat-syarikat holding yang lain di negara ini.

Sebelum kerajaan bertukar tangan, MBI dikawal sendiri oleh Menteri Besar secara langsung. Antara syarikat yang wujud dan ditubuhkan di bawah MBI adalah PKB, Kedah Agro Industries Sdn Bhd, KCE (sudah digulung), Kedah Corp. Berhad (KCB), dan lain-lain. SADA adalah entiti baru yang diletakkan di bawah MBI di zaman PR. CEO pertama MBI ialah Sr. Hj Che Had Dhali (2009-2011), Dato' Bakar Din ( 2011-2012- D.O Kota Setar sekarang) dan Dato' Hj Shabudin Shafie (2012 - sekarang).

MBI dikawal oleh sebuah Lembaga Penasihat (berfungsi seperti Lembaga Pengarah) yang dianggotai oleh YAB MB sebagai Pengerusi, Dato' Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wira Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Penasihat Undang-undang Negeri dan YB Dato' Amiruddin Hamzah dan seorang Setiausaha Syarikat dari firma luar.

Selain berfungsi menyelia anak-anak syarikat dimilikinya, MBI juga menjalankan perniagaannya sendiri melalui kerjasama yang dijalankan dengan syarikat dan perseorangan yang datang mengemukakan proposal perniagaan mereka. MBI kini berjaya melaksanakan projek Ladang Sejahtera di beberapa lokasi dan merancang lebih banyak projek itu di masa depan.

Antara kejayaan besar MBI Di bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra yang mengusahakan tanah milik kerajaan tetapi tidak menyerahkan hasil kepada kerajaan negeri seperti yang dipersetujui dalam perjanjian. Sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan (dipejam mata) oleh kerajaan dulu berjaya dikorek kembali daripada Felcra dan pembayaran sedang dibuat berdasarkan perjanjian.

Kes Yang Dibangkitkan Oleh Blogger Upahan UMNO

Dalam kes galian quartz (apa benda quartz tu saya pun tak tahu) yang diteroka dan ditemui di satu kawasan hutan simpan oleh sebuah syarikat  (Quartzcity Global Resources yang dituduh sebagai kroni MB Kedah yang dapat anugerah projek berjuta- juta) yang dimiliki oleh seorang lelaki berketurunan siam dan seorang lelaki melayu bernama Ikram Shafie.

Setelah menemui galian itu atas usaha mereka meneroka, membuat kajian jumlah deposit, lab testing dan kerja-kerja permulaan, mereka telah membawa penemuan ini kepada MBI untuk mengadakan kerjasana berdasarkan polisi semasa kerajaan negeri. Pada masa itu, kawasan itu BUKAN tanah milik MBI dan bukan MBI yang menemui atau memiliki galian itu dan menganugerahkan kawasan itu kepada syarikat Quartzcity Global seperti yang digambarkan oleh blogger UMNO dalam fitnah terbaru mereka itu.

Satu perjanjian usahasama telah dimeterai antara MBI dan syarikat itu untuk mengusahasil galian tersebut. Antara persetujuannya ialah permohonan hak milik tanah dan permit galian dibuat oleh MBI supaya tanah itu terus menjadi milik kerajaan melalui GLC (kerajaan tidak kehilangan tanah kepada pihak swasta) dan urusan pelantikan operator untuk mengeluarkan galian quartz itu adalah urusan Quartzcity Global Recources setelah dipersetujui kedua-dua pihak.

Blogger UMNO membuat tuduhan bahawa MB telah memberi projek tanpa tender ini kepada kroninya, Ikram Shafie. Siapa Ikram Shafie? Saya bertanya MB malam kelmarin, adakah ada pertalian darah atau bau-bau bacang dengan Ikram Shafie.

Katanya dia kenal Ikram Shafie tetapi tiada pertalian darah. Aku kenal dia sebab isteri dia sewaktu zaman kanak-kanak pernah tinggal dengan Sheikh Hamzah, bapa mertua aku. Budak-budak panggil dia Pak Su Am! Dia seorang peniaga, apa dia meniaga aku tak tau, kata MB. MB tanya pasai apa hang tanya. Saya menerangkan kes blogger UMNO membawa fitnah baru bahawa Ustaz bagi projek juta- juta kepada kroni bersangkut dengan galian quartz dan mencuci kawasan yang MBI nak tanam nenas.

Oh! Macam tu! Cuba Hang tanya depa beberapa soalan, katanya.

PKB dok korek batu besi di Gurun, siapa korek aku tak tau, tapi aku juga jadi Penegrusi PKB, adakah aku yang bagi batu besi tu kat depa, dan adakah depa tu juga kroni aku?
Aku juga pengrusi PKNK dan ada banyak syarikat dapat batu besi depa di Aman Jaya, aku bagi juga ka? Kroni aku ka?
Aku juga Pengerusi KUIN dan banyak syarikat dok buat bangunan baru di Kuala Ketil, adakah aku juga bagi projek tu kat depa dan depa tu kroni aku juga ka?

Hang bagitau depa, di semua syarikat kita ada kumpulan pengurusan yang dok buat kerja depa. CEO buat kerja dia, kerani buat kerja dia, kalau semua aku buat, depa nak buat apa? Dalam kes quartz tu, satu hari 'Jan Siam' ada mai jumpa bagitau dia jumpa satu galian yang harga mahal di dalam hutan di Kubang Pasu ka Sintok ka tak ingat dah.

Kalau benda tu berjaya diusahakan, Kedah akan dapat hasil yang baik sebab benda tu tak ada di tempat lain.  Aku kata baguih la hang tolong cari benda-benda yang boleh menjadi hasil baru kerajaan negeri. Jadi aku suruh dia pi kat MBI buat urusan dengan depa untuk korek benda tu. Masa tu Dato' Bakaq (Bakar Din) jadi CEO. Apa urusan depa lepas tu aku tak ambik tau sebab aku dan serah kat MBI buat apa yang wajar sebab kita sudah buat polisi tentang galian.

Pasai cuci kawasan nak tanam nenas tu salah tang mana pulak? Tanya MB. Saya terangkan - Blogger UMNO kata kroni  MB dapat balak atas tanah tu berjuta-juta. Dalam surat tu MBI minta sejuta sebagai deposit untuk cuci dan bangunkan infra dia atas tanah MBI seluas 200 ekar. Mehat Saari  (COO- Ketua Pegawai Operasi) yang sain surat tu. CEO bagitau saya dia tak dimaklumkan apa-apa oleh Mehat tentang kerja-kerja tu. Surat-surat dan fail semua dia pegang sendiri. COO boleh sain surat ka? MB bertanya. Saya jawab sepatutnya semua surat CEO yang sain. Mehat buat hal pulak dah ka? Tanya MB.....

Cuba  hang kira berapa harga sehektar kayu atas kawasan tu kalau memang ada kayu balak? Kata MB.

Kalau ikut surat tu, RM1 juta untuk 200 ekar, satu ekar harganya adalah RM5000 dan kalau sehektar darab saja dengan 2.47 (1 ha = 2.47 ekar). Jawabnya RM12,350 sehektar.  Maknanya depa membayar lebih daripada itu sebab depa juga diminta membangunkan infra seperti jalan, parit dan kolam air di atas tanah itu untuk tanaman nenas.

Hang tanya depa zaman UMNO dulu berapa depa dapat daripada sehektar kawasan balak?... Hang tolong jawab kat depa!

Jawabnya- Semua orang sudah maklum, di zaman UMNO, kerajaan cuma dapat RM1 ribu bagi hutan dara dan RM500 untuk kawasan sudah kerja seperti kawasan yang depa kerjakan itu. Sebagai perbandingan, pembalakan tebang dan cuci untuk projek ladang rakyat (ladang sejahtera) di lokasi lain yang ditender oleh Jabatan Perhutanan ialah RM11 ribu - RM12 ribu sehektar bagi kawasan dalam kategori seperti itu.

Soalan akhir saya kepada MB... Ustaz!, ada ka tidak Pak Su Am pernah jumpa dan minta apa-apa berkaitan projek ni...MB jawab ringkas...Berani dia nak cakap benda macam tu dengan aku!!!?

Kesimpulan:

1. Dokumen Komunikasi Antara Dua Syarikat Usahasama

Surat yang didedahkan oleh blogger upahan UMNO itu adalah surat biasa yang mengandungi komunikasi antara dua syarikat yang menjalankan usahasama untuk mengeluarkan galian quartz yang ditemui oleh Quartzcity Global dan membawanya kepada MBI untuk mengadakan usahasama seperti yang ditetapkan oleh polisi kerajaan.

2. Pengurusan projek ini dibuat oleh pengurusan MBI.

Seperti projek-projek lain di GLC yang lain, semua urusan dan keputusan operasi seperti ini tidak dibuat oleh MB, malah COO MBI tidak melaporkan kepada CEO MBI, apatah lagi melapor kepada MB.

3. MBI bukan dikawal secara langsung oleh MB seperti di zaman UMNO

Dengan struktur dan pengurusan MBI seperti yang ada sekarang, MBI bukan dikendalikan sewenang-wenangnya seperti zaman BN. Semua polisi dan keputusan dasar diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh wakil-wakil yang berautoriti dalam bidang pentadbiran, kewangan, undang-undang dan pelaburan.

4. Terlalu jauh untuk mengatakan Ikram adalah kroni

Ikram tidak pernah bersuara tentang aktiviti syarikatnya kepada MB, jauh sekali untuk melobi dan mendapat anugerah berjuta-juta. Bersandarkan pemerhatian saya tentang hubungan Ustaz Azizan dengan orang yang dikenalinya, melobi projek kerana kenal secara pribadi, kerana satu parti, kerana mencari duit untuk tolong parti, atau kerana kawan lama - adalah langkah pertama menempa kegagalan. Hal itu yang paling dibencinya. Berniaga kerana hang seorang peniaga, bukan kerana hang kenai aku! UMNO ditolak rakyat kerana tabiiat buruk ini. Itu pegangannya.

Dalam kes ini, Hanya 'Jan Siam' yang memang kerjanya mencari galian sejak zaman BN lagi berjumpa dan dia diminta menguruskan hasrat syarikatnya itu dengan pengurusan MBI. Apa yang dibuatnya dengan pengurusan MBI selepas itu adalah diluar pengetahuan MB dan itu adalah urusan mereka sendiri. Mustahil untuk mengatakan Jan Siam kroni juga.

5. Harga kayu balak dan jaras melebihi harga tender

Daripada kiraan mudah berdasarkan maklumat dalam surat jawapan kepada permohonan Quartzcity Global, dan perbandingan dengan kawasan hutan yang memang kaya dengan balak yang diberi secara tender oleh Jabatan Hutan, harga itu sudah munasabah, malah sudah melepasi harga tender. Secara logik, mana mungkin pengurusan MBI mencari kawasan yang semak yang jauh di tengah hutan belantara dengan pokok dua tiga pemeluk untuk dibangunkan sebagai ladang nanas. Antara kriteria pemilihan tanah untuk bangunkan oleh MBI ialah kawasan yang sudah diceroboh dan diterokai secara haram oleh mana-mana pihak- untuk mengelak aktiviti penerokaan haram terus berleluasa.

Adapun jika ada sebarang perkiraan antara mereka yang mengurusaturkan hal ini diluar pengetahuan, menyalahi dasar, polisi, etika dan arahan yang ditentukan oleh pengurusan tertinggi MBI, dan matlamat serta hala tuju kerajaan Pakatan Rakyat yang terangkum dalam slogan Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua... Merekalah yang harus menjawabnya di hadapan Allah swt.

Adapun pihak blogger UMNO yang merencanakan fitnah jahat ini, saya serahkan kepada mereka untuk bertaubat, insaf, sedar dan menoleh sebentar ke belakang, melihat apa yang pimpinan mereka telah laksanakan di zaman mereka diberi kuasa dan mengapa mereka ditolak oleh rakyat. Kami tidak mungkin mengulangi kesilapan dan kebangkrapan amanah dan integriti seperti mereka. Dakwaan, kritikan, serangan pribadi dan pendedahan untuk meraih keuntungan politik dan mendedahkan keburukan parti lawan patut bersandarkan maklumat dan bukti yang lebih kukuh, sahih dan berwibawa. Wallahu a'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...