WISH

WISH

07 November, 2012

tudia..1.6 km

 Dubai waterfront
Sekarang ni dah macam-macam menara yag dok ada..menara condong ada..menara berkembar ada..menara..menara komunikasi pun ada...semuanya tinggi ni..pakat lawan menara sapa paling tinggi dalam dunia ni..Hangpa ingat menara di negara mana yang paling tinggi la ni..kalau hangpa tau yang tu paling tinggi..lepas ni akan ada lagi yang paling tinggi..nah..mai dah berita terbaru.


QUITO - Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia.
Timbalan Gabenor Quito, Marcela Costales berkata, selain menarik ramai pelancong, menara itu akan menjadi simbol penghormatan kepada budaya penduduk pribumi, Quitu-Cara.
Menara tersebut dilaporkan menelan kos AS$200 juta (RM612.3 juta) untuk dibangunkan.BACA SINI
Jenuh panjat kalau lift tak berfungsi..atau kena guna payung terjun bila nak turun...hahhaha....manusia..manusia...aku pun manusia juga...manusia yang tiada rumah pun ramai lagi.

06 November, 2012

masa hidup tak aman...mati pun tak aman juga ?

Begini lah manusia..hidup..kemudian mati..ada yang hidupnya kaya dan senang lenang..ada yang hidupnya miskin tetapi senang..ada yang hidupnya miskin dan susah..semuanya ini ketentuan Illahi..Ni kisah hidup selepas mati seorang pemimpin pula..
kubur Araffat di Ramallah

RAMALLAH, Tebing Barat - Seorang diplomat Barat semalam berkata, kubur bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat akan digali pada 26 November depan.

Kubur itu akan digali bagi menyiasat punca sebenar kematian Arafat.
Menurut sumber-sumber Palestin, kumpulan penyiasat dari Institut Fizik Radiasi, Universiti Lausanne, Switzerland telah tiba di sini bagi melakukan persediaan untuk menggali kubur itu.
Anggota-anggota kumpulan itu menemui Menteri Kesihatan Palestin, Hani Abdeen dan Menteri Kehakiman, Ali Mhanna.
Pasukan tersebut juga telah mengadakan perbincangan dengan ketua suruhanjaya Palestin yang menyiasat kematian Arafat, Tawfiq Tirawi.
Bekas pemimpin Palestin itu meninggal dunia di sebuah hospital tentera dekat Paris pada 11 November 2004.
Pakar-pakar Perancis tidak dapat mengesahkan punca kematiannya.
Ramai penduduk Palestin yakin beliau diracun Israel.
Pihak pendakwa raya Perancis membuka kertas siasatan terhadap kematian Arafat pada Ogos lalu selepas stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan hasil siasatan pakar-pakar Switzerland yang mendakwa bahan radioaktif polonium ditemui pada barang-barang peribadi milik bekas pemimpin Palestin itu.
Polonium merupakan bahan beracun yang pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko.
Litvinenko meninggal dunia di London pada 2006 selepas beliau meminum teh yang mengandungi racun itu. - Agensi
Mungkin ini yang dikatakan..masa hidup pun tak aman..bila mati pun tak aman juga.. Bab dok berjawab dengan munkar nankir pun belum tentu aman...ni nak bawa keluar pula jasadnya yang masih tinggal didalam tanah tu..angkara nak tau sebab mati saja.

05 November, 2012

Ayuh ke Muktamar PAS ke 58


Muktamar PAS 14 hingga 16 Nov ini di Kelantan

Anis Nazri,05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada 14 November hingga 16 Nov ini.

Muktamar ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO.

Muktamar bermula pada 14 Nov pada sebelah malamnya dengan perasmian Muktamar Pemuda PAS Pusat dan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

Manakala Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat diadakan pada 15 Nov.

Muktamar penuh PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, dengan diakhiri dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada sebelah malamnya sebagai kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 Nov lalu.

Himpunan itu, tambah Mustafa merupakan himpunan peringkat zon Kelantan, yang kemudiannya akan diteruskan di zon-zon lain.

Ayuh..beramai-ramai kita ke Kelantan..supaya umnooo be enddddd menjadi makin meroyan. Hujung bulan kita tengok himpunan para puak syaitan pula.

Awas!!! Atheist ..seruan syaitan dikenali

AWAS !!! depa dok ajak secara terang dah
Nah...makin terserlah dah pemikiran depa..dari pemimpin puak syaitan yang dikenali..dulu suruh manusia Islam Malaysia jangan jadi PELAMPAU Islam...sebab takut jadi macam puak Taliban kononnya.
Bila bercakap tentang hukum hudud atau hukum Islam..depa kata mana ada negara yang berjaya laksanakan hukum Islam secara menyeluruh di dunia ni.Bila oghang kata bab hukum hudud atau hukum Islam kalau dok silap tafsir boleh menyebabkan terbatalnya IMAN..Depa jawab IMAN bukan boleh nampak..IMAN ada dalam dada..bukan boleh nampak secara luaran..maka makin pening la manusia yang depa dok didik yakni rakyat jelata..kerana depa tu pemimpin negara. Ni mai pula kenyataan dari TPM..


TPM Minta Umat Islam Pelihara Kesucian Agama
PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam di negara ini memelihara kesucian agama untuk mengelak dikelirukan golongan yang mengaku pakar tetapi mempunyai agenda lain, terutama politik.
Beliau berkata kefahaman tinggi terhadap Islam dapat mengelak mereka dinodai orang yang 'nampak warak' tetapi mempunyai muslihat lain.
"Sekarang bila disebut Islam, ramai yang mengaku pakar dan mahir tetapi kalau kita dalami, yang lebih diutamakan mereka bukan agama, tetapi politik," katanya ketika berucap pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran Majlis Gabungan NGO Melayu Ledang/Muar dan Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang malam Ahad.

Tudia...jenuh nak pikiaq...KESUCIAN tu macamana ? macam cuci baju ke atau macam cuci taik ke ?...Pakai dedah sana selak sini dan tak bercakap tentang politik tu kira jaga la noo..kemudian orang yang faham tu macamana pula ? Macam depa ka ?
Nak mempunyai kefahaman tinggi tu pulak macamana pulak ?...ooo dengan cara penuhi konsert Kpop..Bigbang..Gerudi yang kerajaan bawah umnoooo be endddd suka sangat hingga pii emmm dan bini dia pun teramat la suka.

Kalau orang yang berpengetahuan tentang Islam dan kita yakin bahawa mereka itu termasuk dikalangan para ustaz atau ulama pun diminta kita jangan percaya dan ikut..jadi NAK IKUT SAPA ?  NAK PERCAYA SAPA ? Tobat lahum aku tak percaya kat puak syaitan bisu ni.

Kalau dinilai dari sudut kenyataan puak-puak ni la...aku rasa depa dok ajak kita supaya tak payah ikut Islam la..ikut agama lain pun tak payah..cuma ISA ( Ikut Suka Aku)...atau dalam lain perkataan tak payah ada kepercayaan kepada TUHAN. ..atau "ATHEIST".

Elok le pakat TEBAS minda dan semak didada supaya IMAN dapat tumbuh dengan subur..Nak tebas semak ni pun..kena la TEBAS para PENYEMAK terutama para pemimpin atau puak Syaitan ni masa PRU 13 nanti.

04 November, 2012

Hadi Awang : Bukan Cinta 3 Dimensi noo

Tudia aihhh..apa nak kata gara-gara berita gini

Maka mulalah..para ayam sabung umno berkokok termasuk dikalangan mereka yg dipanggil cerdik pandai atau orang terpelajar..hangpa pakat baca sendiri noo.
ni..hangpa tengok muka pun kenai dah kan.
ni kenyataan orang cerdik kaya la katakan.
ni pula dari yg terpelajar
 Apa yang aku nak sampaikan bukanlah boleh jadi tajuk berita hot mcm diatas..tapi sekadar nak habaq jaa...dari pemikiran aku ni..tu la dikatakan politik..ni bukan macam kisah cinta 3 dimensi..Ni kisah politik merentasi dimensi semasa.
Pakat-pakat TEBAS otak sendiri la...apa pun kita tunggu tengok jawapan dan kenyataan dari pemimpin lain pula.

30 Oktober, 2012

Syria : menang menjadi arang kalah menjadi abu


Syria...kehancurannya angkara tangan-tangan manusia sendiri...antara tangan yang gila kekuasaan dengan tangan yang mahukan keadilan. Antara tangan pemerintah dengan rakyat yang diperintah.. Pemerintah pasti mempertahankan apa yang dikehendakinya...dan rakyat yang ramai pasti berkehendakkan juga perubahan dalam sistem pemerintahan yang mereka ikuti.
Tentera Syria sedang menggempur FSA

Adakah pemimpin yang gila atau rakyat jelata yang berjuta jumlahnya yang gila..pabila terjadi penentang begini ?..Apapun dalam kehidupan ini...Tiada perjuangan tanpa pengorbanan..dan harganya juga pasti amat mahal untuk dijual beli..

Tentera Syria dgn gambar kebanggaan mereka 
Pertempuran berdarah pasti berlanjutan sehingga samada pemimpin yang kecundang atau rakyat jelata yang dikandangkan,dan kemusnahan serta pembunuhan terus terjadi. Itulah sunnah perjuangan..samada dibunuh musuh atau membunuh musuh.

Bahananya pasti dirasai oleh semua..Kini Syria yang menjadi antara bumi para anbiya makin menjadi bumi yang panas terdedah kepada bahang angkara keruntuhan iman dan bangunan.
Bazar Aleppo yang berusia ratusan tahun pernah menjadi tumpuan manusia dan kebanggaan Syria
Bazar Aleppo musnah terbakat
Kini bazar yang menjadi lambang ketenangan kehidupan dalam kekangan musnah akibat pertempuran antara tentera yang setia dengan pemerintah Assad dengan tentera yang mahu membebaskan Syria dari cengkaman rejim Assad.


Sudah pastinya harga untuk sesuatu perjuangan itu mahal
Bangunan yang dibom oleh tentera

Tentera FSA sedang menggempur tentera Assad

Membujur lalu melintang patah..perjuangan ini mesti diteruskan..usia bukan penghalang,keadilan mesti ditegakkan

Kami budak baru belajar..orang tua silap kami ajar ?

Akan terbelahkah Syria umpama Palestin ?
Apakah kemungkinan kesudahannya ?..Akan terjadikah seperti Iraq ? Libya ? atau Afghanistan ?. Yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu ? Sesungguhnya Allah tidak zalim terhadap hamba-hambaNya...manusia yang beriman tidak akan bertindak zalim terhadap sesama makhluk..Manusia yang beriman pasti akan memperolehi ganjarannya dari Allah dan manusia yang zalim dan kufur pasti akan menerima akibatnya jua..
Mengikut sejarah kehidupan manusia,acap kali terjadi situasi begini, maka pemimpinlah yang pastinya kecundang.

25 Oktober, 2012

Isu Kedah: Baru 4 -1

Amboi..depa dok serang kami saja noo...baru 1 penggal dan 1 projek yang dihebohkan gagal..hangpa hingaq bagai nak runtuh Wisma Darul Aman..Biasa la..niaga..ada untung ada rugi..kadangkala kena tipu..meniaga teloq ayam pun ada yg kena tipu..tambah pula meniaga dengan nilai juta-juta RM. 
Dalam hidup ni mana ada yg sempurna..tambah pula kalau masih baru memerintah..ada la yang ambil kesempatan..apa pun yg berlaku ia masih baik dari dok buat 1 lagi projek kerajaan barisan nasional...gah bagaikan depa saja yang pandai dan boleh..sebaliknya..harga projek berlipat kali ganda..tak rugi kan..pandai sungguh depa..rakyat dok tengok nganga saja depa pun nganga juga tapi masyukkkk..
Oghang tak mau nak dedah sangat bab buruk hangpa tu..tapi kalau gini punya gaya, elok le didedahkan juga tentang kerugian yg depa buat dulu..

Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.



Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

“Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.

“Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan,” katanya.

Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya.

“Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu,” katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.

“Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable,” katanya.

Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ).

“Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu,” katanya.

Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.

“Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini.

“Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB,” katanya.

Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah.

“Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan syarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.

“Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia,” katanya.

Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak.

Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB.

“Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan,” katanya.

24 Oktober, 2012

Duit buat duit..

Mahkamah Tinggi Singapura

SINGAPURA - Mahkamah Tinggi Singapura di sini menganugerahkan AS$250 juta (RM764.25 juta) kepada pemilik Astro All Asia Networks Plc. (Astro), Tan Sri T. Ananda Krishnan sebagai ganti rugi berikutan kegagalan usaha sama beliau dengan bekas rakan niaganya dari Indonesia, James Riady.
Mahkamah Tinggi berkenaan dalam keputusannya kelmarin mengekalkan perintah sebuah pusat timbang tara di sini yang sebelum ini memihak kepada Ananda.
Ganti rugi itu diberikan kepada Ananda pada tahun 2010 oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura selepas kerjasama mewujudkan televisyen berbayar oleh kedua-dua pihak menemui kegagalan.
Pusat tersebut bertindak sebagai sebuah mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan yang rumit.
Ananda merupakan orang nombor satu empayar komunikasi Astro di Malaysia manakala Riady pula menerajui Kumpulan Lippo di Indonesia.
Yang kaya bertambah kaya..yang miskin bila la nak kaya...Rezki itu ketentuan Allah..kita hanya perlu berusaha..berdoa dan bertawakkal kepada Allah..insyaAllah akan dapat jua kerana Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Jadi kalau ada semak dibelakang atau tepi rumah tu TEBAS aje la..tanam apa yang patut yang boleh mendatang hasil kepada kita.

08 Oktober, 2012

Kes SUK Kedah..pucuk dicita ulam mendatang.

Kini berdentum pula 1 kes yg berfolio tinggi di Kedah..melibatkan SUK negeri Kedah Dato' Wira Hj Rasli Basir. Kes simple je..tukar DO yg juga YDP Majlis Daerah.

Ramai rakyat yang cerdik mula membuka mata dan minda.

Maka terlakarlah pula 1 lagi sejarah dalam pemerintahan PR di Kedah selepas kes 2 Exco dahulu.

Kes kali ini melibatkan seorang pegawai tertinggi KCS dengan Ahli Majlis Kubang Pasu juga..yang dulunya telah menghentam DO yang juga YDP Kubang Pasu hingga terpelantingnya Dato' Barni tu ke KUIN.Rupa-rupanya kes sebelum ini tak diambil iktibar oleh KCS ni.Jangan ingat AM dari PR ni pak turut macam AM umno be end dulu.
Aku tak nak ulas le apa yang dah diulas oleh penulis yang lain...cuma nak habaq kata..bahawa para pemikir bagi meneruskan kuasa pemerintahan PR di Kedah amat bersyukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan kes ini lebih awal dari yang dirancang dalam hal menangani kakitangan kerajaan negeri Kedah yang setengahnya merasakan mereka adalah kebal dan mendakwa berada dibawah naungan Tuanku Sultan Kedah..Tapi yang betul..betul la..yg salah tetap salah.

Apa pun inilah anugerah Allah yang tentunya mempunyai hikmah disebaliknya.
Ada orang salahkan MB dan EXCO kerana tidak mencengkam para KCS sebelum ni  macam dilakukan oleh puak umno be end..hinggakan banyak dasar-dasar dalam pentadbiran dan pemerintahan tak dapat dilaksanakan angkara kebejatan SUK ni serta beberapa orang KCS yang lain...hanya mereka yang berada dalam saf perancang saja yang mengetahui apa strategi politik yang hendak diambil sebelum ini...popular atau tidak strategi yang diambil itu lain kira..tetapi cuma nak habaq je..depa pun ada strategi..tak kan nak habaq kat semua orang strategi yang dirancang...Apa pun ingatlah akan firman Allah SWT.
 3:54
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. 
(Ali-Imran : 54 )

Kes ini umpama Pucuk dicita Ulam mendatang dan Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.
TEBAS mana yang patut di TEBAS. Tak boleh TEBAS semua, TEBAS satu persatu. Kalau tak mau kena TEBAS, tumbuh le sebagai pepohon yang boleh memberi manfaat kepada ramai.

Skim baru pembelian rumah..hutang kerajaan bayar..untungnya

Penduduk perumahan PKNS dok sibuk minta kerajaan Selangor tolong bayar hutang rumah depa. Tok menteri umno pun sibuk juga melalak dok desak kerajaan Selangor tolong penduduk tu..Dulu depa yang laksanakan skim perumahan tu dan tentulah bersama dengan perjanjian pembayaran balik yang dipersetujui oleh para pembeli. Bila pimpinan kerajaan bertukar tangan,maka pemimpin umno be end pun mula melaungkan pula kebajikan untuk rakyat yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan..
La ni kita pakat hutang banyak-banyak..beli rumah..lepas tu kita pakat minta kerajaan bayar hutang kita..kan kerajaan la kerajaan kebajikan..Rakyat yang bina rumah melalui Skim Rumah Mesra Rakyat pun boleh buat demo juga minta kerajaan bawah umno be end lupuskan hutang hangpa tu..

Dah la tanah kena cagar..kalau tak boleh bayar lepas tu tentu hilang le tanah tu kat BSN..ramai yg bina rumah ni gulungan yang ada harta setakat tu je..setengah-setengah tu kereta pun tiada untuk kegunaan sendiri.Ni syarat pinjaman untuk rumah tu.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR1M
-Warganegara Malaysia.
-Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
-Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
-Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
-Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
-Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.


Ada ramai juga bekas tentera yang dulunya dok TEBAS hutan merata gunung dan sempadan,bila dah balik kampung..rumah tiada tanah pun tiada. Nak dok atas pokok macam gambar P. Ramlee pun tak boleh dah la ni.Kesiannn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...