08 September, 2021

ANGGUR TEPI RUMAH



Cuba tanam anggur masa pandemik ni...boleh juga merasa..nak tanam banyak pokok tak ada tempat...janji dapat kepuasan....hangpa pun boleh cuba..lebih mudah dari jaga pokok bunga kertas...

Kalau ada tanah depan rumah kaa...tepi rumah kaa...belakang rumah kaa...hangpa tanam laa anggur pula dari dok boh pokok bunga saja....sebelum tu hangpa kena TEBAS minda dulu nooo.

12 Oktober, 2020

TERUSAN WAN MAT SAMAN : SEJARAH SISTEM PENGAIRAN KEDAH

Hari ni terasa nak tulis secara ringkas tentang sejarah bagi negara ini, khususnya bagi negeri Kedah yang serata-rata yang terkenal dengan jolokan "Jelapang Padi" negara suatu ketika dahulu. 

Bagi aku ia merupakan titik permulaan sejarah sistem pengairan negeri Kedah yang dibina dengan kudrat tenaga serta semangat ingin maju anak bangsa disamping membuktikan sifat taat setia kepada raja dan negara . 

Ianya bertujuan untuk pengawalan air ketika itu dengan jaringan terusan yang dibina bagi mengawal aliran air antara air laut ketika pasang dengan air tawar dari sungai-sungai yang ada bagi usaha penanaman padi serta kawalan banjir tanpa empangan ketika itu.

Aku rasa ramai penduduk negeri serta negara generasi alaf kini tidak mengetahuinya,hatta generasi tua yang ada pun mungkin sudah lupa tentang sejarah ini. Inilah antara kelemahan kita yang perlu diatasi dalam mengingati sejarah termasuk tentang salasilah keluarga sendiri yang rata-ratanya mengetahui sulur galur yang terhad.



Terusan Wan Mat Saman kini dilihat seumpama parit kecil tanpa usaha gigih bagi dinaiktarafkan sejak sekian lama. Jika dinegara lain kebanyakannya akan mempertingkat dan memulihara warisan sejarahnya hingga boleh menjana satu sumber ekonomi untuk negara mereka.

Terusan Wan Mat Saman yang dibina menggunakan peralatan lama (seperti cangkul dan sebagainya ) serta kelurusannya berpandukan cahaya api dari "JAMUNG" yang dinyalakan  pada waktu malam telah menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun. Ia mula dibina pada 13 Ogos 1885 dan siap pada 12 Julai 1896 dengan jarak sepanjang 36 km,kedalaman 1.5 m dan lebar 7.5 m merupakan satu kejayaan yang unggul ketika itu yang perlu kita ingati.

 Terusan ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri Kedah (1870-1898) pada ketika itu iaitu Dato' Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dan Sultan Abdul Hamid Halim Syah.

Inilah antara bukti kegigihan dan ketamaddunan bangsa yang direndah-rendahkan oleh segelintir yang lain. Ketahuilah bahawa setiap bangsa dan generasi manusia itu ada tamaddunnya yang tersendiri disamping ada kehebatan serta kelemahannya. Semuanya ini merupakan lumrah kehidupan yang diciptakan oleh Allah kepada hambaNya. Kisah-kisah tentang manusia dari berbagai zaman dan generasi,semuanya telah diceritakan oleh Allah melalui Al-Quran yang perlu diambil iktibar. Hanya manusia yang mahu berfikir sahaja yang dapat mengambil pengajarannya serta beriman kepadaNya.

Aku TEBAS sikit-sikit saja..yang lain hangpa cari sendiri laa..antaranya boleh koqhek kat sini..https://ms.wikipedia.org/wiki/Terusan_Wan_Mat_Saman dan banyak tempat lagi.

Ingin aku sarankan agar Terusan Wan Mat Saman ini dipulihara dan dipertingkatkan agar ia dapat memberi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang serta membina minda masyarakat tentang sejarah,kebersihan dan lain-lain disamping dapat memberi manfaat yang lebih banyak kepada penduduk serta negeri dari sudut ekonomi.  

23 September, 2020

Anwar umum majoriti kukuh, lepas ni sapa pula yg umum ?


Wah..makin kronik politik ni hasil dari kroniknya ahli-ahlinya.Akan jadi rekod sejarah negara andainya ia terjadi seperti yang diimpikan oleh mereka..Rakyat keseluruhannya akan menjadi mangsa dan terkesan dengannya. Moga-moga Malaysia kekal utuh harmoni dan sejahtera..
Aku tetap dengan pendirianku dalam perjuangan ini..

Bagi aku...Pilihan Raya adalah jalan yang terbaik ketika ini untuk merungkai kemelut cita politik sesatu pihak...Biar rakyat/pengundi keseluruhannya memberi mandat semula untuk memastikan pihak mana yang sepatutnya mentadbir negara hingga pru berikutnya.

Kalau begini keadaannya,aku rasakan ia tidak akan berkesudahan hingga akhir penggal...kerana ramai ahli politik yang umpama lalang yang hidup ditanah lapang berlumba tumbuh diantara rumput dan tumbuhan lain.

TEBAS minda anda untuk mendapatkan jawapan dan memilih wakil dikawasan anda..

29 Jun, 2020

COVID 19- Malaysia Toward New Normal Politic

Corona Virus (Covid 19) mula menyerang dunia diakhir tahun 2019. Hampir semua negara terkesan dengan Covid 19 ini yang dikatakan bermula dari negara China dan Malaysia tidak terkecuali dari senarai negara yang dilanda virus ini.

Diawal tahun 2020 Malaysia masih terpinga-pinga dengan virus ini.Kepimpinan negara tampil dengan berbagai kata bagi menyedapkan rakyat negara ini walaupun di negara China dan beberapa negara lain semakin merebak. Dalam masa yang sama kestabilan politik Malaysia semakin meruncing terutama yang melibatkan pakatan parti politik didalam Pakatan Harapan yang sedag menerajui negara ini. Ketidaksepakatan mereka semakin longgar angkara satu perjawatan yang menjadi idaman iaitu Perdana Menteri.

Ketika suasana dunia semakin cemas angkara Covid 19,politik di Malaysia menjadi lemas seketika dengan kemuncaknya Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed telah meletakkan jawatannya pada 24 Februari 2020 dan menjadi sejarah baru apabila seorang yang menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua negara ini untuk tempuh selama 2 tahun 14 hari. Sebelum ini beliau telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat selama 22 tahun (1981-2003).

Pada hari yang sama juga beliau kemudiannya telah melepaskan jawatannya sebagai
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bercemperalah seketika suasana politik negara ini. Untuk beberapa hari kemudian Malaysia seolah-olah menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu. Akhirnya atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang dibenarkan melalui Perlembagaan negara ini telah membuat keputusan melantik YB Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8 pada 29 Februari 2020. Maka berlakulah proses rombakan kabinet Malaysia yang baharu.

Kini, Malaysia mula bergerak semula dengan kepimpinan negara yang baharu dengan situasi politik telah berubah dimana PPBM kemudiannya telah keluar dari PH dan membentuk satu pakatan baharu dengan PAS,UMNO dan beberapa parti lain dan dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan Tun Dr Mahathir (TDM) serta 4 orang wakil rakyatnya lagi dipecat keahlian mereka dari PPBM.

Maka Pakatan Harapan telah bertukar menjadi pembangkang dengan komposisi parti mereka yang terdiri dari DAP,PKR dan AMANAH serta sekelompok dari kumpulan TDM. 

Bermula dari tarikh tersebut maka Malaysia bangun semula bagi menghadapi cabaran semasa terutama dalam keadaan dunia yang semakin teruk dilanda Covid19.

Kini Malaysia sedang memulakan kehidupan dalam keadaan New Normal. Walau apa pun suasana politik negara,kita sebagai rakyat negara tercinta ini perlu melangkah dengan penuh peradaban yang tinggi sambil mengekalkan keharmonian yang cuba dikucar-kacirkan oleh gulungan yang ingin mengambil kesempatan.

TEBAS minda gerakkan usaha untuk mengharungi New Normal Politic.

25 Jun, 2020

Tebas Minda Tanam Anggur

Lebih setahun tak mencatat apa-apa kat sini..dok sibuk dalam FB saja,sedangkan maklumat perlu berlegar dari berbagai medium yg ada..
Hari ni nak habaq kata aku tanam pokok anggur kat tepi rumah aku..Kali ni masuk kali ketiga aku tanam sejak tahun 1993. Kali pertama aku tanam dua pokok tetapi kena jenis yang masam..syok tengok saja laa..Selepas beberapa tahun aku korek dan bawa balik tanam dibelakang rumah orang tua aku tetapi tak dijaga dan akhirnya mereput.
Kali kedua tahun 2013 aku tanam pula dua pokok dan biarkan utk beberapa tahun utk jamu mata saja kerana jenis masam juga. Selepas tu aku korek buang kerana tak berbaloi dok jaga dia. Hujung tahun lepas aku minta isteriku order benih anggur dari seorang penanam anggur dari Perak dan aku tanam laa tepi rumah..
Semasa mula-mula negara kita diserang Corona Virus 19 dan kena PKP pokok tu...
Ni pada 21 Mac 2020
Lepas seminggu...oooo
28 Mac 2020
Selepas dua bulan...dalam bulan Mei 2020...huhuhu



Dalam bulan ni,sekitar 15 Jun 2020 aku nampak pokok anggur mula mengeluarkan putik...hati riang tak terhingga kerana hanya sekitar 5 ke 6 bulan ia boleh mengeluarkan buah..

Sekarang baru berputik sekitar 6 tangkai saja..sifu pesan ..untuk permulaan ni jangan bagi dia berbuah banyak...jadi tunggu jee laa...sambil dok membelai kasih sayang...hahhaha...Kali ni aku tanam jenis ISABELLA MADU...kena tunggu antara 90 hari - 120 hari untuk merasa buah yang masak...emmmm...penantian itu satu siksaan hahahaha..

Tindakan selanjutnya...aku nak cari jenis lain pula untuk tanam dalam pasu pula....Hangpa pun boleh cuba tanam dirumah masing-masing...ramai sudah yang tanam...ada yang buat ladang oooo...aku teringin juga tapi tanah tepi rumah lebar sedepa panjang 15 depa dengan macam2 jenis pokok kecil..

Saudara-saudara kita di negara jiran Indonesia dan Thailand sudah jadikan tanaman anggur ini sebagai perniagaan..ada yang satu kampung pakat tanam didepan atau tepi atau belakang rumah dan menjadi daya tarikan pula kepada orang lain untuk melihat dan merasa buah anggur hasil tanaman dalam negara sendiri...Jadi AGROTOURISM ooo...Jom pakat tanam yang ni pula..Orang lain boleh kenapa kita tak boleh ?
DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN...USAHA TANGGA KEJAYAAN.
Allah jadikan tumbuh-tumbuhan pada hari Isnin.
Ayuh TEBAS minda dan ayuh berusaha...nanti aku updatekan tentang ni yaa.



30 April, 2019

Malaysia Baru Lagi Haru ?

Menjelang setahun selepas PRU 14 pada 09 Mei nanti,Malaysia bergerak dengan berbagai kisah. Pihak parti yang menang majoriti menerajui negara tercinta ini dengan berbagai kisah dalam usaha untuk menunaikan janji Manifesto mereka...itulah PH dgn kepimpinan mereka yang ada.




Ramai pengundi PH sudah naik muak dengan wakil yang mereka pilih...apatah lagi dengan kenyataan oleh seorang yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri.







Banyak lagi kenyataan pemimpin PH yang mencelarukan minda dan mengharukan dalaman PH sendiri.






Kalau tidak masakan akan keluar kenyataan gini

Yang menjadi tandatanya ialah tentang bakal PM ke 8.
Ada yang dok TEBAS laluan tu sejak 20 tahun lalu.
Jadilah rakyat bijak untuk menilai tentang sesuatu terutama berkaitan dgn kepimpinan negara sendiri. Ingatlah !!!

Seseorang tidak disebut berilmu bila hanya sibuk menghafal teks tanpa memperhatikan filosofi-filosofi dan rahsia-rahsia didalamnya.
"Imam Al-Ghazali ( Ihya Ulumuddin)"

06 Jun, 2018

Terbinakah semula negara ini ?

Tudiaaa...hampir dua tahun tak dinukilkan sebarang catatan untuk dikongsikan bersama disini.Dok kalut dgn catatan ringkas dimukabuku sebab ramai manusia lani nak cara ringkas dan padat tetapi bab tepat ramai yg tidak ambil kisah,maka ramailah manusia menjadi gulungan mee segera.

PRU 14 bagi negara kita Malaysia pun telah berlalu pada 09 Mei 2018, dan kini Malaysia dibawah pentadbiran baru yg dipimpin oleh Pakatan Harapan dengan gabungan kerjasama 4 buah parti dan diperingkat negeri-negeri pula rakyat boleh melihat dari hampir kesemua bentuk pentadbiran berpandukan parti politik. Inilah anugerah kpd rakyat Malaysia kini,tiada mana-mana parti atau blok parti yang mampu megah dengan majoriti sokongan termasuklah diperingkat Persekutuan sekalipun.

Semua parti menjadi perhatian rakyat yang semakin matang untuk menilai tahap kepimpinan dan tahap pelaksanaan sesuatu janji manifesto kepada rakyat..dimana ia juga menjadi tahap pengukuran pelaksanaan Dasar serta Matlamat parti masing-masing dan yang terpenting bagiku Tahap Kepercayaan

Janji segera..
Rakyat dok tunggu...















Tunggulah yeee..yang jadi pemimpin, hangpa kena TEBAS minda dan laluan pelaksanaan janji parti hangpa naaa...kalau tidak rakyat akan TEBAS hangpa dlm pilihan raya nanti..Rakyat Malaysia bukan buta dan bodoh tetapi rakyat yang banyak bersabar.

Aku pula...hangpa baik kaa..lurus kaa...tepati janji kaa aku tetap dengan pendirianku bersama dengan PAS selagi Dasarnya tidak berubah.