ALOR SETAR, 27 Dis: Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) bersetuju melupuskan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu.
Ustaz Azizan berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk melupuskan hutang tersebut khususnya yang gagal membayar balik pinjaman akibat kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan sumbangan kepada SKJ(C) Keat Hwa dan Sin Min di Wisma Darul Aman.
“Ianya bererti kita tidak akan meminta lagi wang kepada penjamin pelajar tersebut untuk membayar hutang itu. Ianya adalah atas dasar kemanusiaan kepada mereka yang tidak mampu membayar,” katanya dipetik Warta Darul Aman.
Tindakan prihatin itu sekaligus meringankan beban peminjam dan penjamin yang selama ini terpaksa menanggung beban menjelaskan hutang tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Cuba tanam anggur masa pandemik ni...boleh juga merasa..nak tanam banyak pokok tak ada tempat...janji dapat kepuasan....hangpa pun boleh cub...
-
Hari ni terasa nak tulis secara ringkas tentang sejarah bagi negara ini, khususnya bagi negeri Kedah yang serata-rata yang terkenal dengan j...
-
Menjelang setahun selepas PRU 14 pada 09 Mei nanti,Malaysia bergerak dengan berbagai kisah. Pihak parti yang menang majoriti menerajui nega...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda