Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010.
SUBANG JAYA - Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008.
“Itu angka yang didaftarkan, mungkin ramai lagi bayi yang tidak didaftarkan kita tidak tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di sini semalam.
Turut hadir ialah Yang Dipertua rumah kebajikan itu, Juhaidi Yean Abdullah.
Kata Mashitah lagi, purata dalam setahun seramai 50,727 bayi tidak sah taraf dilahirkan manakala dalam sebulan seramai 4,227 dan sehari adalah 141 bayi.
“Dalam hal ini ibu, bapa perlu memainkan peranan mereka supaya anak-anak yang mengandung anak luar nikah tidak melakukan tindakan sehingga membuang bayi mereka.
“Ada tempat perlindungan seperti di Baitul Fiqh ini yang boleh membantu, anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan dan membantu meneruskan kehidupan seterusnya,” ujarnya.
Subhanallah..beginilah jadinya manusia apabila meninggalkan agamanya yakni Islam.Moga-moga Allah menjauhkan aku dan keturunanku dari perkara-perkara terkutuk ini. Mereka yang bukan Islam mungkin menjadi perkara lumrah dalam kehidupan mereka. Malangnya kita yang mengaku Islam itu Addin masih teraba-raba dalam mencari jalan penyelesaiannya. Sudahlah masyarakat menjadi celaru dalam kefahaman tentang Islam...mai pula para pemimpin dok suruh para ibu bapa memainkan peranan bagi membantu anak-anak yang termengandung ni..dok suruh mak pak bantu anak-anak kembali kepangkal jalan...Memang le tugas nasihat gitu bagus...Tapi kalau ibu bapa pun buta Islam..nak jadi macamana ?..tentu disuruh pi belajar pula...Kalau gini ramai le boleh jadi pemimpin atau menteri.
Kalau dah sedar akan situasi ini..elok le kembali kepada Islam..Nak kembali kepada Islam tentulah kena diajar dan belajar. Nak ajar mestilah melalui PENDIDIKAN FORMAL dan TIDAK FORMAL. Pendidikan formal melalui pusat-pusat pengajian dari peringkat rendah hinggalah keperingkat tinggi dan pula bukan sekadar bagi ada sukatan pelajaran tu tapi kena WAJIBkan le supaya LULUS pelajaran Islam tu macam wajibnya SAINS atau Matematik sekurang-kurangnya. Kemudian nak ajar lagi kena le ada peraturan atau undang-undang serta hukuman mengikut Islam sebagai peringatan kepada ahli masyarakat..tu baru le ajar dan diajar.
Melalui pendidikan tidak formal pula..macam dok ada le..melalui kuliah-kuliah kat masjid,surau atau dimana saja atau melalui apa saja..tv,radio,pawagam,surat khabar.Bila sebut melalui radio,tv atau internet pula bukan sekadar program kuliah je...tapi dari bentuk pengisian sesuatu program atau kalau melalui filem dengan ceritanya yang mestilah mengikuti tatacara yang dibenarkan oleh Islam dari sudut pakaian dan sebagainya.ni ke penuh dengan hiburan.siang malam begitu je..Ada filem-filem pun entah apa-apa...nak kata Islam pun tidak bukan Islam pun tidak...lagi haru.
Hoii tok menteri..tang mak pak hangpa suruh le macama-macam..Tang hangpa tu..rakyat dok suruh macam-macam dah tapi habuk pun tak nampak lagi..Dah 54 tahun dah dok tunggu ni..nak tunggu lama mana lagi ?..tunggu hangpa semua mampus keee ? atau nak tunggu negara kita jadi negara Haram Jadah kee.?
Aku kira la ni nak TEBAS je puak umporno ni masa PRU 13 nanti...Bagi kat puak lain pula laa...mungkin depa boleh buat lebih baik dari umnporno...Belum cuba belum tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda