WISH

WISH

14 Januari, 2011

Kali pertama berjaya melangkau paras defisit sebanyak RM19 juta

Kali pertama berjaya melangkau paras defisit sebanyak RM19 juta

Alangkah bagus jika dapat berterusan..Harapkan umnooo be end dulu dari sehari kesehari makin bertambah hutang kerajaan negeri. Dah dapat mandat memerintah sejak merdeka hingga tahun 2008, Kedah jadi antara negeri yg banyak hutang. Tak tau la aku..kalau tiba PRU 13 nanti rakyat Kedah masih nak bagi undi kat umnooo be endd ni..

09 Januari, 2011

Daulat Tuanku...moga-moga Kedah bertambah sejahtera.

Daulat Tuanku.
Patek dan seluruh warga kerja merafak sembah takzim dan menjunjung kasih KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan KDYMM Tuanku Sultanah Negeri Kedah Darul Aman sempena hari keputeraan kali 83..Moga-moga Allah lanjutkan usia Tuanku serta berada dibawah keberkatanNya selalu dengan harapan negeri Kedah akan terus aman dan bertambah sejahtera.
Sesungguhnya rakyat negeri Kedah ini hidup dengan penuh peradaban biarpun badai politik bertiup, rakyat Kedah dibawah naungan tuanku pasti tidak akan goyah mengikut arah tiupan kerana badai pasti akan terhenti jua pabila musim berganti.
Kepada rakan-rakan seperjuangan, usah kita melatah mengikut rentak para pengambil kesempatan untuk kepentingan politik murahan dan kepentingan diri mereka, kerana kita rakyat yang bermaruah dan beradab.
Jadikan iktibar terhadap peristiwa yang berlaku seolah-olah mengajak kita bersengketa dengan pihak Istana seakan-akan negara ini diurus mengikut kehendak dan tafsiran gulungan yang hipokrat ini.
Gulungan tersebut sekejap mengaku mempertahankan kedaulatan Raja-Raja dan keistimewaannya, seketika pula melondeh keistimewaan yang ada sejak sekian lama.Kini mereka mula bercakap tentang menjunjung kedaulatan Raja-Raja.Adakah gulungan ini layak mengaku rakyat yang taat setia kepada Raja dan Negara ?
Ayuh rakyat negeri Kedah Darul Aman, kita teruskan rasa taat setia kita dengan menjunjung kasih keatas KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah yang tercinta sempena dengan hari keputeraan baginda pada tahun ini agar negeri kita ini bertambah sejahtera dan diberkati Allah sentiasa.
 DAULAT TUANKU
ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU.

16 Disember, 2010

RM18m for 3 former leaders’ memorials

RM18m for 3 former leaders’ memorials

Hai begini patut pun negara akan bankrap...untuk tugu peringatan 3 org ni pun sampai berbelas juta RM...tak kesian ke kat rakyat marhaen terutama yg sakit kronik dan perlu rawatan atau yg tiada rumah..hai rakyat didahulukan lagiii..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...