12 Mei, 2013

Tahniah PAS Kedah.


Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru

Harakahdaily,12 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar)sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

TEBAS semak samun mana yang patut supaya ladang menjadi cerah..baru lah pokok boleh tubuh dengan elok.

05 Mei, 2013

Terkini PRU 13 : 05 Mei 2013

Jam 8.10 pagi : terima panggilan dari petugas, Barung SPR tiada disatu pusat mengundi di DUN Pedu.

Jam 8.30 pagi : terima panggilan lagi dari pusat mengundi berkenaan...Barung SPR dibuat dihujung melewati saluran mengundi..pengundi terpaksa ke barung untuk semakan  kemudian berpatah balik ke saluran masing-masing...susunatur terkini laaa.

Jam 8.48 pagi : Terima panggilan dari Langkawi...ada Ketua Tempat Mengundi membenarkan hanya seorang ejen tempat mengundi untuk masuk untuk setiap parti....arahan ku keluarkan supaya bertindak mengengkari arahan tersebut kerana bercanggah dengan peraturan yang membenarkan seorang ejen untuk setiap calon.

Nak gi mengundi la pula...ABCD

04 Mei, 2013

nak tipu pun tak pandai..

Donia..donia...lain cara dah habis modal....rakyat makin sedar dan bangkit dari dibuai janji yang sering dicapati oleh be enddd...Otak bengap para melayumno makin tersungkupumpama dibawah tempurung..Pakat-pakat nilai sendiri le..

Bila masa la pula Majlis Syura Ulamak PAS bersidang ni...Masing-masing dok sibuk dengan kempen la ni...Alahai para penfitnah oii. Jadi le manusia yang lebih beriman dan cerdik walaupun diperbodohkan oleh pemimpin sendiri.
5 Mei 2013 ni..elok le pakat TEBAS umno be end supaya ranap terus.
PAKATAN HARAPAN RAKYAT

03 Mei, 2013

orang sibuk nak mengundi..depa sibuk nak pi rombongan

Hanya tinggal beberapa jam lagi...tempoh kempen PRU 13 ini. Para calon dan
parti bertanding semakin aktif bertemu pengundi bari meraih simpati dan undi.

Berbagai laporan diterima tentang tindakan parti-parti politik yang bertanding.

Ada laporan yang menyatakan ramai pendatang sudah mendarat di lapangan-lapangan terbang..entah betul atau tidak...aku kurang pasti. Tetapi ada juga gambar-gambar yang diambil di airport dimuatnaik ke berbagai laman web.

Ada juga laporan menyatakan calon tak berani keluar rumah dah, kerana takut kepada penyokong sendiri yang dikelentongnya.

Ada laporan yang menyatakan pihak SPR berusaha membawa keluar kertas undi awal yang telah diadakan pada 30 April lalu dari tempat simpanan yang sepatutnya...Wah...semakin aggresif nampaknya...atau semakin tertekan ?

Terkini, dalam dok sibuk nak pastikan semua pengundi keluar mengundi pada 5 Mei nanti, ada cerita menarik juga dikalangan para penyokong PAS dan PR.

Are you ready to Putrajaya ?...Rupanya jawapan yang nak diberi semakin bertambah yakin bahawa PR akan mengambilalih di Putrajaya. Mengundi belum lagi...tapi aku dengar rombongan ke Putrajaya sudah diatur...

Waduh..waduh...ada yang sudah menyewa bas untuk bertolak ke Putrajaya pada petang 5 Mei 2013 sebaik saja tempoh pengundian tamat..Depa kata nak sambut kemenangan rakyat di sana.

Mungkin harapan akan menjadi Kenyataan..kerana rakyat sudah bangkit untuk Undi Pakatan.
PAKATAN HARAPAN RAKYAT

30 April, 2013

INGAT : kita semua rakyat Malaysia

Siapa mereka ?
Siapa mereka ?

Siapa kami ?

RAKYAT MALAYSIA ?
Bukan MEREKA...bukan POLIS...bukan TENTERA..bukan KAMI
INGAT !!!!!!!!   WALAUPUN SIAPA KAMU..SIAPA PUN ANDA.
KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...