30 April, 2013

dakwat kekal yang tak kekal ?

Hari ini tanggal 30 April 2013 merupakan hari bagi Pengundian Awal PRU 13. Hari ini juga menjadi sejarah didalam pilihan raya kita dengan penggunaan dakwat kekal.. Pihak SPR telah memberi jaminan tentang penggunaan dakwat ini yang suci lagi bersih bagi kegunaan umat Islam dan juga tahan lama hingga 72 jam.

Hari ini para anggota keselamatan samada Polis, tentera dan penguatkuasa keselamatan lain telah mula mengundi di pusat-pusat pengundian masing-masing. Samada di Kem atau ibu pejabat mereka..Waktu pengundian bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 7.00 malam.
pakat dok beratur nak masuk mengundi.
Semua pengundi memang teruja untuk menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan penipuan...Mulai jam 10.00 pagi,aku mula menerima panggilan telefon tentang dakwat yang dikatakan kekal ni...panggilan dari selatan Kedah hingga yang mengundi di Perlis.. DAKWAT yang dicalitkan di jari mereka hilang setelah dicuci.Ada yang cuci dengan sabun..ada yang cuci dengan minyak masak dan jari mereka bersih dari tanda dakwat tersebut.
dari satu blog lain....baru dicuci sikit dengan air je..
Kalau gini..mana yang dikatakan kekalnya ? Jika perkara ini benar berlaku..maka akan hilang juga kepercayaan rakyat Malaysia terhadap pihak SPR. 
Macamana lagi nak TEBAS pengundi hantu dan yang menjadi hantu ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...