12 Oktober, 2020

TERUSAN WAN MAT SAMAN : SEJARAH SISTEM PENGAIRAN KEDAH

Hari ni terasa nak tulis secara ringkas tentang sejarah bagi negara ini, khususnya bagi negeri Kedah yang serata-rata yang terkenal dengan jolokan "Jelapang Padi" negara suatu ketika dahulu. 

Bagi aku ia merupakan titik permulaan sejarah sistem pengairan negeri Kedah yang dibina dengan kudrat tenaga serta semangat ingin maju anak bangsa disamping membuktikan sifat taat setia kepada raja dan negara . 

Ianya bertujuan untuk pengawalan air ketika itu dengan jaringan terusan yang dibina bagi mengawal aliran air antara air laut ketika pasang dengan air tawar dari sungai-sungai yang ada bagi usaha penanaman padi serta kawalan banjir tanpa empangan ketika itu.

Aku rasa ramai penduduk negeri serta negara generasi alaf kini tidak mengetahuinya,hatta generasi tua yang ada pun mungkin sudah lupa tentang sejarah ini. Inilah antara kelemahan kita yang perlu diatasi dalam mengingati sejarah termasuk tentang salasilah keluarga sendiri yang rata-ratanya mengetahui sulur galur yang terhad.



Terusan Wan Mat Saman kini dilihat seumpama parit kecil tanpa usaha gigih bagi dinaiktarafkan sejak sekian lama. Jika dinegara lain kebanyakannya akan mempertingkat dan memulihara warisan sejarahnya hingga boleh menjana satu sumber ekonomi untuk negara mereka.

Terusan Wan Mat Saman yang dibina menggunakan peralatan lama (seperti cangkul dan sebagainya ) serta kelurusannya berpandukan cahaya api dari "JAMUNG" yang dinyalakan  pada waktu malam telah menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun. Ia mula dibina pada 13 Ogos 1885 dan siap pada 12 Julai 1896 dengan jarak sepanjang 36 km,kedalaman 1.5 m dan lebar 7.5 m merupakan satu kejayaan yang unggul ketika itu yang perlu kita ingati.

 Terusan ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri Kedah (1870-1898) pada ketika itu iaitu Dato' Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dan Sultan Abdul Hamid Halim Syah.

Inilah antara bukti kegigihan dan ketamaddunan bangsa yang direndah-rendahkan oleh segelintir yang lain. Ketahuilah bahawa setiap bangsa dan generasi manusia itu ada tamaddunnya yang tersendiri disamping ada kehebatan serta kelemahannya. Semuanya ini merupakan lumrah kehidupan yang diciptakan oleh Allah kepada hambaNya. Kisah-kisah tentang manusia dari berbagai zaman dan generasi,semuanya telah diceritakan oleh Allah melalui Al-Quran yang perlu diambil iktibar. Hanya manusia yang mahu berfikir sahaja yang dapat mengambil pengajarannya serta beriman kepadaNya.

Aku TEBAS sikit-sikit saja..yang lain hangpa cari sendiri laa..antaranya boleh koqhek kat sini..https://ms.wikipedia.org/wiki/Terusan_Wan_Mat_Saman dan banyak tempat lagi.

Ingin aku sarankan agar Terusan Wan Mat Saman ini dipulihara dan dipertingkatkan agar ia dapat memberi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang serta membina minda masyarakat tentang sejarah,kebersihan dan lain-lain disamping dapat memberi manfaat yang lebih banyak kepada penduduk serta negeri dari sudut ekonomi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda