17 November, 2009

Kota Siputeh ...dan akademiknya.

Salam...ingin kusambung kepada perbicaraan berkaitan MINDA.

Kali ini bersangkut paut dengan kes Kota Siputeh..Kes ketidak hadiran ADUN tersebut ke sidang Dewan sebanyak dua kali berturut. Semua rakyat mengikuti kes ini dengan berbagai tafsiran. Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah tengah bertindak mengikut peruntukan Undang-Undang tubuh Negeri Kedah sendiri. Sementara SPR pula menggunakan haknya mengikut peraturan manapun entahlah...untuk mengisytiharkan bahawa kerusi DUN tersebut tidak kosong dan ADUN yg berkenaan masih lagi kekal sebagai wakil rakyat. SPR juga mengambil pendekatan dengan menggunakan perkataan PENGGAL yang ditafsirkan mengikut satu tafsiran mereka.

"Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 September lalu memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong. "

Berpandukan kepada kenyataan diatas, mereka (SPR) melihat seolah-olah tindakan Speaker tidak mengikut prosedur Dewan.

Dalam hal ini juga jelas bagi setengah rakyat bagi menilai kesahihan tindakan kedua-dua pihak. Bagi aku tindakan yang dibuat oleh "speaker" ini juga adalah betul, dengan menghantar kepada SPR supaya mengisytiharkan kerusi DUN tersebut kosong berpandukan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah kerana ini merupakan kesalahan yang melarang Undang-undang tubuh negeri secara jelas dan bukan melibat tindakan tatatertib lain seperti menghina DUN atau sebagainya.

Kini kes tersebut telah diberi keputusan oleh Mahkamah Tinggi pada 16 November 2009 yang memihak kepada "Speaker"..

:“Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah,” katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

Kesinambungan daripada itu SPR akan mengambil tindakan susulan seperti berikut:

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

“Kita perlu meminta nasihat Peguam Negara terlebih dulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

“Kita mahu lihat sama ada SPR mempunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan),” katanya, semalam.

“Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya.

Setelah diteliti,“Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti.. kita melihat bahawa tindakan pihak SPR sebelum ini jelas mengikut tafsiran mereka sendiri atau atas kepentingan tertentu.

Persoalannya..kenapa SPR sebelum ini tidak melihat dari berbagai sudut sebelum menyanggah keputusan Speaker ?. Adakah SPR juga mempunyai kepakaran atau sewenang-wenangnya mempunyai hak dalam mentafsirkan perkataan PENGGAL sebelum ini ?

Sekarang, apabila kes ini telah berlanjutan hingga kini barulah SPR menyatakan ia menjadi satu isu akademik...tu pun nak rujuk kat Peguam Negara...bukan kepada pakar bahasa yang ada didalam negara.

Pada mulanya SPR menggunakan perkataan PENGGAL sebagai hujjah mereka...kini dilihat SPR cuba menggunakan hujjah lain pula...kalau lee keadaan begini terus berleluasa didalam negara kita yang tercinta ni...alamat semakin haru le rakyat..ada institusi tertentu dengan haknya tak diikut atau tak digunapakai..semua boleh ditafsir atau lakukan mengikut tafsiran sendiri lee..aduhai rakyat Malaysia...nampak gayanya nak habiskan masa dan wang semakin banyak dalam kes yang mudah ni.

Ohhhh....rakyat Malaysia nan tercinta...bangunkan minda kita supaya merdeka dari kongkongan fikiran yang lapuk...dok asyik ikut jeee...fikir le sama...bahan rujukan punya banyak kalau tahu lebih banyak lagi tentang sesuatu...

Apa pun kita tunggu le pula keputusan Mahkamah rayuan pada 20 November nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda