01 Januari, 2010

Tahun 2010 sudah naik...Gila..Gula..



Mai pula tahun baru Masihi...nak jadi apalah kita..


Gambar sambutan tahun baru atau barua ?

Ekonomi Negara Akan Lebih Kukuh Pada 2010 – Najib


KUALA LUMPUR: Malaysia akan mencatat pertumbuhan lebih kukuh dan positif pada tahun 2010 dengan inisiatif jangka panjang dan jangka pendek yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pastikah niiiiii...yang rakyat tau sejak merdeka...duit negara dok lesap je..yang senang lenang pemimpin jee...betoi kaaaa..
 
Khamis Disember 31, 2009


Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'

KUALA LUMPUR: Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya,Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.
Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah".
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.
Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Disember 2010.


Ni lagi bertambah haru......kata nak jaga keharmonian kaum..kalau berlaku macam ni akan tambah bercelaru leeeeee..


Harga Gula Naik 20sen


PUTRAJAYA: Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

http://www.mstar.com.my/

Pengumuman Selamat untuk Rakyat Malaysia...Rakyat didahulukan...untuk bayarrrrrrrr..


Rakyat puas hati cara Najib jalankan tugas sebagai PM


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Lebih separuh daripada 1,027 responden yang terlibat dalam kaji selidik Merdeka Center berpuas hati dengan cara Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.
Golongan India dan Melayu mencatatkan peratus responden berpuas hati yang paling tinggi iaitu 68 peratus responden India sementara 64 peratus responden Melayu berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri.
Sementara bagi responden Cina pula, 36 peratus bersetuju dengan cara Perdana Menteri berbanding 25 peratus tidak bersetuju dan 38 peratus lagi tidak memberikan sebarang respons.
Ini merupakan kaji selidik Merdeka Center bagi suku ketiga 2009 untuk mendapatkan pandangan umum di kalangan pengundi berdaftar yang ditemu bual melalui telefon.
Kaji selidik yang disiarkan dalam laman web Merdeka Center www.merdeka.org itu dijalankan pada 4 September 2009 sehingga 14 September 2009.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Seramai 1,027 responden yang terlibat dipilih secara rawak dan ia melibatkan 620 responden Melayu, 310 responden Cina dan 97 reponden India.

Nahhh...tengok...lepas ni PM kita tentu tersengih...mampus lee....oghang sokong aku beb...siap la hangpa..tahun 2010 ni jadi tahun baru kee.atau tahun barua..

Tahun baru dengan keadaan ekonomi baru...entah naik entah lagi merosot...yang pasti...harga gula dah naik..lepas ni..berbagai lagi akan naik....

Bila rakyat nak naik angin atau naik minyak...mengamuk le sekali secara total seluruh negara...mengamuk atas kertas undi jee...bukan payah manapun..


Fenomena gerhana bulan separa tarik 1,500 pengunjung


KUALA LUMPUR: Keunikan gerhana bulan separa yang berlaku awal pagi ini menarik perhatian kira-kira 1,500 orang untuk bersama-sama berkumpul melihat kejadian itu di pekarangan Masjid Negara di sini.
Bagaimanapun, pemandangan fenomena itu sedikit terjejas ekoran keadaan bulan yang dilitupi awan.

Ni pun berlaku pada malam tahun baru..fenomena alam ciptaan tuhan...apapun pakat fikir lee.
 



Jangan biarkan hidup kita jadi gerhana juga..kalau dok ikut pemimpin begitu je tanpa memikirkan untung baik dan rugi untuk hidup didunia dan akhirat.
Ada orang kata...jangan bagi Bulan PAS tuu  jadi gerhana juga.

Moga tahun baru Hijrah 1431 akan diberkati Allah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda