15 Julai, 2010

Tenggelam..Timbul..Tenggelam..Timbul..

Dalam dok sesat...tiba-tiba timbul lagi bab kerjasama umnoooooo PAS.Tu dlm PAS sesat..kata anak Semporna....



Kata Presiden umnooo pula..:


PUTRAJAYA 14 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menolak sebarang dakwaan bahawa UMNO kini berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga terpaksa mencari rakan baru termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pas.
Perdana Menteri berkata, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tiada sesiapa yang harus meragui bahawa parti itu juga memperjuangkan Islam sebagai salah satu teras perjuangannya selama ini.
Dalam hal ini, beliau yang juga Presiden UMNO mahu melihat perkembangan selanjutnya berhubung saranan pelbagai pihak agar parti itu menjalin kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk mengukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.
''Kita hendak juga Pas menghormati UMNO sebagai parti yang ada kekuatan dan sebagai parti yang juga memperjuangkan Islam sebagai salah satu teras perjuangannya selama ini dan tidak ada sesiapa yang harus meragui akan perjuangan kita.''Sama ada ia (kerjasama dengan Pas) menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya," kata beliau.....



Hishamuddin punya kata..

PUTRAJAYA 14 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha UMNO untuk menjalin kerjasama dengan Pas tidak akan menjadi kenyataan selagi kedua-dua pihak tidak duduk semeja untuk membincangkannya secara serius.
Menurutnya, Pas perlu mengetepikan kepentingan politik jika mahu duduk berbincang dengan UMNO dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.''Kalau tak duduk semeja, hanya memikirkan politik, hanya memikirkan diri sendiri, hanya memikirkan bagaimana ia dapat mengeruhkan keadaan, hanya memikirkan bagaimana untuk menambah kebencian dan hanya untuk melaga-lagakan kita sesama kita selagi itulah tidak akan jadi kenyataan....

Nampak gaya pemimpin umno ni dok gitu juga...dulu dok sibuk nak bersatu..lepas tu nak perpaduan...la nak kerjasama pula. Mana satu laa...dah 52 tahun lebih dok gitu jee..
Tenggelam..timbul..tenggelam timbul macam kapal selam kaa...
kalau otak jenis auta..tu auta juga kata orang.
Apa pun kena hati-hati..ingat The Most Powerful.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda