28 November, 2010

Sempadan Pilihan Raya..ikut otak atau peraturan..

Persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilakukan sebagaimana yg diperuntukan melalui perlembagaan. Dalam jawapannya didalam sidang Parlimen, Perdana Menteri telah menjelaskan seperti berikut;
Beliau berkata kriteria kawasan pilihan raya bagi sesebuah Parlimen di bandar ialah mempunyai pemilih berjumlah 60,000 orang ke atas, berkeluasan di antara lapan dan 49 kilometer (km) persegi manakala jumlah pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bandar ialah 25,000 orang ke atas.
Bagi kategori separuh bandar pula, beliau berkata ia perlu mempunyai keluasan di antara 50 dan 250km persegi dengan jumlah pemilih bagi kawasan Parlimen berjumlah 30,000 hingga 59,000 orang manakala jumlah pemilih DUN ditetapkan di antara 15,000 dan 24,000 orang.

Menurutnya, bagi kategori luar bandar dan pedalaman pula, ia terletak dalam kawasan kurang daripada 250km persegi dengan jumlah pengundi Parlimen di bawah 30,000 orang manakala jumlah pemilih DUN kategori itu berjumlah di bawah 15,000 orang. - Bernama
 Rakyat sudah semakin cerdik dalam menilai sesuatu perkara. Malangnya masih terdapat pegawai kerajaan yg diamanahkan bagi menjalankan tugas-tugas tertentu seolah-olah menjadi petugas bagi parti. Lantas banyak perkara yang perlu dilaksanakan utk kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan adil telah menjadi tempang.

Berkaitan dengan sempadan kawasan pilihan raya dan jumlah pengundi bagi negeri Kedah semasa PRU 12 yg lalu samada selari dgn peraturan yg digunapakai.

KEDUDUKAN PEMILIH NEGERI KEDAH PRU 12
Bil
DUN/Parlimen
JP
1
N 01 AYER HANGAT
16.072
2
N 02 KUAH
13.495

P 004 LANGKAWI
29.597
3
N 03 KOTA SIPUTEH
19.771
4
N 04 AYER HITAM
25.742

P 005 JERLUN
45.056
5
N 05 BUKIT KAYU HITAM
24.992
6
N 06 JITRA
28.331

P 006 KUBANG PASU
53.323
7
N 07 KUALA NERANG
18.037
8
N 08 PEDU
17.366

P 007 PADANG TERAP
35.403
9
N 09 BUKIT LADA
23.365
10
N 10 BUKIT PINANG
24.202
11
N 11 DERGA
22.064

P 008 POKOK SENA
69.631
12
N 12 BAKAR BATA
22.695
13
N 13 KOTA DARULAMAN
15.087
14
N 14 ALOR MENGKUDU
21.175

P 009 ALOR SETAR
58.957
15
N 15 ANAK BUKIT
26.213
16
N 16 KUBANG ROTAN
28.817
17
N 17 PENGKALAN KUNDOR
28.102

P 010 KUALA KEDAH
83.142
18
N 18 TOKAI
31.117
19
N 19 SG.TIANG
30.229

P 011 PENDANG
61.346
20
N 20 SUNGAI LIMAU
25.189
21
N 21 GUAR CHEMPEDAK
18.211
22
N 22 GURUN
22.339

P 012 JERAI
65.739
23
N 23 BELANTEK
19.016
24
N 24 JENERI
21.323

P 013 SIK
40.339
25
N 25 BUKIT SELAMBAU
34.977
26
N 26 TANJONG DAWAI
29.466

P 014 MERBOK
64.443
27
N 27 PANTAI MERDEKA
27.784
28
N 28 BAKAR ARANG
27.574
29
N 29 SIDAM
20.926

P 015 SUNGAI PETANI
76.284
30
N 30 BAYU
29.197
31
N 31 KUPANG
25.726
32
N 32 KUALA KETIL
23.861

P 016 BALING
78.784
33
N 33 MERBAU PULAS
26.832
34
N 34 LUNAS
32.386

P 017 PADANG SERAI
59.216
35
N 35 KULIM
28.598
36
N 36 BANDAR BHARU
23.397

P 018KULIM/BANDAR BHARU
51.995


Andaikata jumlah pemilih dan keluasan yg perlu diambilkira, maka perlulah dibuat persempadanan yang sesuai, kerana ia akan memberi kesan kepada seseorang wakil rakyat dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk didalam kawasan masing-masing.

Setiap rakyat mahukan keadilan didalam hal ini tanpa mengutamakan kepentingan politik parti yang memerintah. Ikutlah peraturan yg ada dan jangan diikut kemahuan pemimpin yang gila POWER sahaja....kerana rakyat juga mempunyai POWER.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda