WISH

WISH

17 Ogos, 2010

Lagi lagi umnooo.....

ADUN Teja: UMNO rampas tanah rakyat lagi!

| Aug 14, 2010 06:50:21 pm
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11018
Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian.  Chang Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian.
Menurut Chang Lih Kang (gambar kanan), jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.
Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Bahagian Gopeng UMNO, Mejar (B) Roslan bin Zakaria!
Pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab.  Kerajaan negeri di bawah Zambry Abd Kadir (gambar kiri) tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.  Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya.  Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas!
Parti Keadilan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan Barisan Nasional ini.  Sekiranya perbuatan ini tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang.
Chang Lih Kang menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes ini. Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Bahagian UMNO Gopeng, Hamzah Mohd Kassim telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun.
Ini menunjukkan bahawa UMNO Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun dah rakus dan rasuah.
Untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku lagi, saya menggesa agar:
1. Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes ini dijalankan.
2. Batalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani.
3. Membenarkan wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud.
4 Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya exco bukan UMNO, perlu jelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes ini daripada berlaku?
*Kenyataan oleh Chang Lih Kang selaku ADUN Teja merangkap Naib Pengerusi Majlis Pimpanan Negeri Keadilan pada 12 Ogos 2010.

Apa punya sial...harapkan pagar, pagar makan padi..harapkan pengawal, pengawal jadi pencuri..harapkan umno,ditipu bangsa sendiri..harapkan BN, let BE END.

16 Ogos, 2010

kemarau isu..mai banjir..

Al-kisah banjir melanda lagi di Kedah. Saban tahun ada saja bencana yg berlaku diseluruh negara, ada yang teruk ada yang ringan.Ada yang melayang seperti kejadian di Melaka, ada yang hanyut seperti di Kedah baru-baru nii. Kepada penduduk yang terlibat harap-harap bersabarlah dengan dugaan Allah ini.Renung-renungkanlah akan kisah hidup sendiri. Mungkin musibah ini ada hikmah disebaliknya.

Rakyat Pakistan telah mengalami peristiwa banjir yang lebih buruk dari kita hinggakan terpaksa meninggalkan kampung halaman yg musnah.
Apa pun setiap kejadian itu pasti akan menjadi bahan cerita buat manusia dengan berbagai alasan dan matlamat..bukan pakai syok mulut je nak bercakap..lebih-lebih lagi bila ia keluar dari mulut orang politik.. 

"Kerajaan Kedah diminta membayar ganti rugi kepada mangsa banjir di Sik dan Baling baru-baru ini jika kejadian itu disebabkan kegiatan pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri. Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengawal kegiatan pembalakan dan tidak membiarkannya berleluasa sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat."

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, berkata, Kerajaan Negeri harus berhati-hati dalam meluluskan kawasan yang boleh melakukan aktiviti pembalakan.

Menurutnya, dia akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Kerajaan Persekutuan, dan kemungkinan mangsa-mangsa banjir akan menerima sedikit sumbangan daripada kerajaan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sementara itu, ADUN Jeneri merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Sik, Yahya Abdullah, menyangkal dakwaan kerja pembalakan dilaksanakan dalam kawasan tadahan hujan, sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku disebabkan hujan lebat berterusan dan di luar jangkaan.

Ni jawapan Setpol MB Kedah melalui laman blog beliau bagi menjawab beberapa tuduhan yg dilemparkan oleh pihak pembangkang: (http://sanusisetpol.blogspot.com/)

Ada pulak YB UMNO yang cari publisiti, tanpa usul periksa, cepat-cepat buat kesimpulan. Banjir ni puncanya kerajaan negeri punya pasai, lulus balak ikut suka. Esok, dia nak angkut mangsa-mangsa banjir pi SPRM nak buat laporan pembalakan haram di Rimba Teloi. Saya nak habaq, Jitra pun kena, tak ada pembalakan pun! Tahun lepas Jeddah bah besaq, ramai jemaah haji terkandas dan ada yang meninggal. Mana ada balak ditebang di Jeddah. Tak tau la kot-kot UMNO jadi kerajaan di Arab Saudi masa tu.
.
Saya alu-alukan langkah politiknya tu, kita tengok la apa hasilnya. Tapi mau ingat juga, sejak 2 tahun setengah kerajaan PR di Kedah, belum ada kelulusan pembalakan di Rimba Teloi, kalau ada pun, ia lulus di zaman bos dia jadi MB dan menguasai kerajaan. Kita boleh tengok lah sapa yang dapat kawasan tu, berapa depa bayaq masa tu, sapa nak kena jawab!

Makin menarik juga gendang tari dari kes banjir niii, sapa yang akan hilang rentak tarinya ? sama-sama kita tunggu fakta dan analisanya..Bercakap jangan pakai sedap mulut jee..
Apa pun ingatlah The Most Powerfull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...