16 Ogos, 2010

kemarau isu..mai banjir..

Al-kisah banjir melanda lagi di Kedah. Saban tahun ada saja bencana yg berlaku diseluruh negara, ada yang teruk ada yang ringan.Ada yang melayang seperti kejadian di Melaka, ada yang hanyut seperti di Kedah baru-baru nii. Kepada penduduk yang terlibat harap-harap bersabarlah dengan dugaan Allah ini.Renung-renungkanlah akan kisah hidup sendiri. Mungkin musibah ini ada hikmah disebaliknya.

Rakyat Pakistan telah mengalami peristiwa banjir yang lebih buruk dari kita hinggakan terpaksa meninggalkan kampung halaman yg musnah.
Apa pun setiap kejadian itu pasti akan menjadi bahan cerita buat manusia dengan berbagai alasan dan matlamat..bukan pakai syok mulut je nak bercakap..lebih-lebih lagi bila ia keluar dari mulut orang politik.. 

"Kerajaan Kedah diminta membayar ganti rugi kepada mangsa banjir di Sik dan Baling baru-baru ini jika kejadian itu disebabkan kegiatan pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri. Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengawal kegiatan pembalakan dan tidak membiarkannya berleluasa sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat."

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, berkata, Kerajaan Negeri harus berhati-hati dalam meluluskan kawasan yang boleh melakukan aktiviti pembalakan.

Menurutnya, dia akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Kerajaan Persekutuan, dan kemungkinan mangsa-mangsa banjir akan menerima sedikit sumbangan daripada kerajaan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sementara itu, ADUN Jeneri merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Sik, Yahya Abdullah, menyangkal dakwaan kerja pembalakan dilaksanakan dalam kawasan tadahan hujan, sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku disebabkan hujan lebat berterusan dan di luar jangkaan.

Ni jawapan Setpol MB Kedah melalui laman blog beliau bagi menjawab beberapa tuduhan yg dilemparkan oleh pihak pembangkang: (http://sanusisetpol.blogspot.com/)

Ada pulak YB UMNO yang cari publisiti, tanpa usul periksa, cepat-cepat buat kesimpulan. Banjir ni puncanya kerajaan negeri punya pasai, lulus balak ikut suka. Esok, dia nak angkut mangsa-mangsa banjir pi SPRM nak buat laporan pembalakan haram di Rimba Teloi. Saya nak habaq, Jitra pun kena, tak ada pembalakan pun! Tahun lepas Jeddah bah besaq, ramai jemaah haji terkandas dan ada yang meninggal. Mana ada balak ditebang di Jeddah. Tak tau la kot-kot UMNO jadi kerajaan di Arab Saudi masa tu.
.
Saya alu-alukan langkah politiknya tu, kita tengok la apa hasilnya. Tapi mau ingat juga, sejak 2 tahun setengah kerajaan PR di Kedah, belum ada kelulusan pembalakan di Rimba Teloi, kalau ada pun, ia lulus di zaman bos dia jadi MB dan menguasai kerajaan. Kita boleh tengok lah sapa yang dapat kawasan tu, berapa depa bayaq masa tu, sapa nak kena jawab!

Makin menarik juga gendang tari dari kes banjir niii, sapa yang akan hilang rentak tarinya ? sama-sama kita tunggu fakta dan analisanya..Bercakap jangan pakai sedap mulut jee..
Apa pun ingatlah The Most Powerfull.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda