18 Julai, 2010

Umnooo teraba-raba..

Dunia sudah maju..zaman sudah berubah..itu kata-kata dalam satu iklan kat tv..Perkembangan minda manusia juga seharusnya telah berubah bagi menjadikan dunia ini maju sesuai dengan zaman yg berubah mengikut generasi manusia yang ada.


Sejarah kemodenan kehidupan manusia telah berubah dari satu zaman ke satu zaman yang lain..dari zaman batu hingga kini yang dipanggil zaman moden. Dari hidup didalam gua dan berlari-lari didalam hutan dan padang pasir telah berubah menjadi hidup didalam bangunan batu dan berlari-lari di litar. dari berbogel kemudian bercawat kemudian berpakaian moden kononnya tetapi masih ramai yg bercawat dan berbogel. dari satu teori kesuatu teori tentang kehidupan telah digunapakai, malangnya semuanya gagal menguruskan kehidupan manusia kecuali dengan ajaran yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul.

Kini, Malaysia masih terkial-kial mencari formula dlm kehidupan..antara kehendak agama Islam atau memilih mengikut kehendak teori manusia...Politik menjadi pemangkin perubahan kepada kehidupan..Melalui politik bari boleh mencapai kuasa dalam kepimpinan. Pabila berkuasa barulah boleh melaksanakan dasar kehidupan seperti yang diperjuangkan.


Kini umno dilihat terkial-kial mencari formula kehidupan..penyatuan atau untuk kepentingan politiknya..PAS masih tetap dengan dasar Islam yang diperjuangkan..Bagaimana nak ikut UMno ?..tanya sesetengah orang.

Lihat saja kenyataan pemimpin Umno yang memperlihatkan bentuk pemikiran mereka sendiri..


KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak mahu isteri wakil rakyat berfungsi sebagai pelengkap suami dengan menguruskan keperluan rumah tangga secara baik, selain memberi dorongan berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
"Mungkin mereka boleh bantu dalam soal membasmi kemiskinan, pencemaran alam sekitar, usaha menghapuskan nyamuk aedes, masalah sosial dan pelbagai isu lain selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengaruh.
( Bagaimana para isteri mereka boleh membantu ?..merekalah yg mahu hidup penuh dgn kemewahan,penuh dgn aktiviti sosial konsert,nyanyian dan tarian. Apalagi dengan fesyen pakaian )

"Saya yakin barisan suami bergelar wakil rakyat amat menghargai sumbangan seperti ini," katanya berucap menutup Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan melaksanakan tinjauan kemasyarakatan bagi memperbaiki taraf hidup masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang, bermula di negeri Selangor.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tinjauan yang akan dilakukan dalam masa terdekat itu adalah salah satu cara untuk menjalin persefahaman yang lebih jelas dengan masyarakat dalam persekitaran perladangan.
"Kerap kali kita dengar bahawa masyarakat India berada dalam keadaan yang memerlukan perjuangan dan pertolongan, tetapi kita tak dapat melihatnya melalui jendela kemasyarakatan yang ada dan berbuat sesuatu mengenainya.
"Kami ingin melihat ini sebagai tinjauan yang boleh membuka beberapa jendela persefahaman yang baru selain melihat bagaimana kita boleh berinteraksi dan memperbaiki cara hidup mereka yang berada dalam persekitaran perladangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rapat 1Malaysia di dataran Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Batu Caves di sini pada Sabtu.

 ( Sudah memerinrah negara lebih dari 50 tahun belum terjumpa ke jendela kemasyarakatan ?..ini menunjukkan kegagalan mereka..masih teraba-raba..)

Ditanya mengenai gesaan ramai pihak termasuk golongan ulama di negara ini yang komited bahawa kedua-dua parti perlu bersatu untuk menegakkan Islam, Hishammuddin berkata, UMNO tidak meletakkan harapan perbincangan lanjut mengenai agenda perpaduan ini dengan hanya seorang pemimpin dalam Pas.
"Kita (UMNO) perlu melihat perkara ini secara menyeluruh termasuk dalam kalangan penyokong dan pemimpin Pas lain yang ikhlas mahu melihat perkara ini berjaya," katanya.
Malah katanya, UMNO sendiri belum membincangkannya secara mendalam sama ada melalui peringkat pengurusan parti atau biro politik.
"Jika betul-betul hendak duduk berbincang pasal kepentingan nasib Islam dan bangsa, mestilah ada titik persefahaman penuh jujur yang boleh membawa kepada satu usaha membina. Tiada sebabnya kita hendak berjumpa hanya untuk berbalah," katanya.

( Kalau umno tidak menaruh harapan kepada perbincangan ini..buat apa nak disibukkan saban hari..kalau kata PAS tidak ikhlah, apa guna sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN selama ini ?. Bukankan para pemimpin/wakil rakyat PAS sering mneyuarakan tentang perpaduan,kepentingan Melayu dan tuntutan Islam.?.. Kalau benar-benar umno ikhlas laksanakan saja apa yg menjadi kewajipan dan saranan dari pihak PAS sejak mula merdeka lagi..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda