22 Januari, 2012

anak soleh..

Mandikan ibu, isteri setiap hari
Wartawan Sinar Harian
January 22, 2012
mandikan ibu& isteri
SEBERANG MARANG –Kehidupan seorang warga emas, Lijah Salleh, 91, dan menantunya, Romelo Ngah, 54, di Kampung Atas Bukit, Jalan Lama di sini, amat menyayat hati apabila mereka berdua hanya mampu duduk dan berbaring akibat uzur dan lumpuh.

Namun, kedua-dua wanita kurang bernasib baik ini amat beruntung kerana Nordin Ali, 54, anak Lijah dan suami kepada Romelo seorang yang bertanggungjawab dan sabar melayani karenah ibu dan isterinya itu.

Malah, Nordin bukan sahaja menguruskan keperluan isterinya yang lumpuh sejak lebih sebulan lalu malah turut perlu menjaga ibunya, Lijah, yang mengidap penyakit nyanyuk dan uzur sejak lebih kurang lima tahun lalu.

“Saya tidak sanggup meninggalkan ibu dan isteri tanpa perhatian dan penjagaan, walaupun keluar sekejap kerana bimbangkan mereka.

“Setakat ini belum ada jabatan atau agensi tampil memberi bantuan namun, bagi menambah pendapatan sesekali saya keluar juga bekerja untuk memperoleh pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga ini,” katanya yang hanya bekerja kampung.

Nordin berkata demikian ketika menerima kunjungan pihak Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang diketuai Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah.

Atas kasih sayang yang begitu mendalam, Nordin juga memandikan ibunya dan isteri selepas menunaikan solat subuh setiap hari seterusnya menyediakan sarapan sebelum melakukan rutin hariannya demi tanggungjawab yang terpikul di bahunya sebagai anak serta suami.


Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan pihak JKM daerah berjanji akan membantu keluarga itu melalui bantuan yang disediakan kerajaan sekali gus akan dapat mengurangkan beban tanggungan Nordin pada masa depan.

La ni ramai yg buang anak merata tempat..macamana anak nak bantu pula kemudian hari.? Dan ramai juga anak yg menyisihkan ibu bapanya setelah diberi pendidikan dan berjaya..Kembalilah kita kepada Islam dan ingatlah bahawa Syurga dibawah telapak kaki ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda