01 Januari, 2012

Terselaknya Tirai 2012 .



Tirai tahun masehi 2012 dibuka dengan tindakan mahasiswa yang mengadakan demontrasi aman di UPSI. Malah tirai 2012 ini juga memperlihatkan bagaimana pihak berkuasa (PDRM) menangani tindakan ini. Semuanya mendedahkan kepada umum yg mahu menggunakan Power minda masing-masing bagi menilai tahap demokrasi dan kematangan rakyat Malaysia.

Demontrasi Mahasiswa ini adalah rentetan daripada tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan AUKU.Akta ini merupakan satu sekatan terhadap para mahasiswa dalam mengembangkan minda mereka dialam kehidupan nyata. AUKU dilihat sebagai satu bentuk doktrin pemikiran terhadap gulungan pelajar institusi pengajian tinggi yg menjuruskan kepada sistem ala komunis atau diktator. Pelajar hanya dikehendaki untuk belajar..masalah politik atau masalah pemerintahan usah difikirkan. Habis belajar,lantak lah engkau..nak jadi apa..

Bagi pihak yang mempertahankan AUKU..mereka berpandangan para pelajar IPT hanya perlu belajar tentang ilmu dlm jurusan yang mereka ambil sahaja supaya mereka dapat menjadi pelajar yang berjaya disamping kerana ibu bapa menghantar mereka ke IPT dengan tujuan untuk belajar...Inilah bentuk pemikiran diktator yang ingin mengawal pemikiran rakyat..Apakah dengan mempunyai kelulusan demikian sudah terjamin seseorang itu dapat menjadi seorang yang berjaya ? Lihatlah berapa ramai orang-orang yang dikatakan terpelajar, lulusan Universiti yang menjadi pemimpin yang lebih teruk dari gulungan yang dikatakan tidak terpelajar ?..Apakah semua pemimpin yang korup,seleweng,kaki botol,kaki berhibur dan pemboros itu terdiri dari gulungan yang menentang AUKU atau semua bentuk Akta yang bertentangan dengan demokrasi ? Piiiiiirahhhhhhhhh..kata segolongan masyarakat yang lain.

Persoalan...?????

Adilkah..sekiranya para mahasiswa ini dikatakan mengganggu ketenteraman awam,sedangkan mereka juga tahu erti demokrasi ?.
 
Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan,” menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider.


“Ini isu lama, masyarakat selalu cuba menjadikannya isu, sama seperti perhimpunan Bersih 9 Julai lalu,” katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang bersih.

 
Apakah dengan tindakan ini dapat menjadi satu bentuk didikan kepada generasi muda untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka dimasa mendatang ?

Anak muda..dikaulah bakal pemimpin dimasa depan..suarakan pandangan anda asalkan tidak yang merupakan kemungkaran dan kemaksiatan...Kayuhlah sampan dan bahtera perjuangan anda selagi mana Islam tidak diperkecilkan.

Gunakan sepenuhnya Power muda anda bagi meniup dan membawa angin perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda