16 Februari, 2012

gomba telaga...habeh pakat nak jadi Be End

Gabungan Wawasan Generasi Felda antara tiga pertubuhan diluluskan menjadi anggota bergabung Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga pengerusi BN berkata, dua lagi pertubuhan yang diluluskan ialah Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang diterima oleh BN untuk menyertai gagasan itu sebagai anggota bergabung, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam semalam.
Najib berkata, permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis Jawatankuasa Pengurusan BN.
Beliau berkata, mesyuarat malam semalam turut dimaklumkan bahawa program latihan dan penerangan yang disusun atur telah berjalan lancar, serta lawatan yang dibuat oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat sambutan sangat menggalakkan di peringkat negeri-negeri.....

 Habeh pakat nak jadi Be End dah...makin lama makin tak yakin dah puak umporno ni dengan yang dok ada. Mungkin akan ada pulak lepas ni kumpulan atau parti baru yang terdiri dari rakyat baru Malaysia nak ikut Be End. Parti ni mungkin ahlinya lebih ramai dari ahli umno(Baru) dan datang dari berbagai negara. Mungkin nama parti ni Persatuan Anak Pendatang (PAPEN) atau mungkin jadi nama Partai Rakyat Baru Malaysia (PRASIA). Haahhaha ..jadi macam telaga tengah bendang dah..bila kemarau semua ikan masuk dalam tu..lepas tu senang le orang pi gomba atau pam air dan kutip ikan-ikan tu.

Telaga tu kalau semak dengan kemeling, orang tak TEBAS dah..depa pakai angkat tauk naik atas darat terus..ikan..depa kutip.
kemeling tu biaq mampuih kering gitu jee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda