16 Februari, 2012

Ijat chow laa.


Dewasa ini, dalam banyak-banyak kes yang dok ada, kes NFC yang melibatkan dengan keluarga ketua Wanita Umno)Baru telah mengundang berita yang paling sensasi bagiku..Terkini...sifu umporno telah menyuarakan seperti berikut:


SERDANG - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar jangan 'sayang kepada jawatan'.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.
"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbulkan kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila sudah terlalu lama dan orang naik bosan, saya letak jawatan.
Sebelum ni,Nazri Aziz suarakan juga berkaitan kes tu.
 Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.
Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.


Malah dikalangan rakyat pun dok desak supaya Kak Jat ni letak jawatan, tapi dia dok buat pekak badak je..Kemudian dia pi bercuti dan tunaikan umrah.Balik mai dok gitu juga. Mentaliti menteri kita..sama juga macam mentaliti penyokong umporno...yang antaranya bila orang dok bercakap bahawa pemimpin depa dok TEBAS duit negara berjuta-juta, depa jawap macam orang bodoh je.." Depa buat depa tanggung le..atau pun "kalau hangpa pun dok tempat depa,hangpa tebas juga."
Inilah menunjukkan kejayaan umno  > umno(Baru) mendidik penyokongnya. Malu lah kalau dok gini,seolah-olah kita rakyat biasa tiada akal untuk digunakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda