Kes perkuburan cina atau lebih dikenali dengan panggilan Jirat Cina mula bergema kembali di Kedah.
Baru-baru ini terdapat segelintir penduduk melayu telah mengadakan perhimpunan haram bagi membantah tindakan kerajaan Kedah yang kononnya telah meluluskan satu kawasan untuk dijadikan Jirat Cina ini di kawasan Kampung Sungai Kob, Kulim.
Tanah seluas 190 ekar telah diluluskan untuk tujuan tersebut..DILULUSKAN PADA 2007 semasa kerajaan Kedah dibawah pemerintahan umno(Baru) Be End. Menteri Besar semasa tu ialah Dato; Seri Mahadzir Khalid (Umno(Baru)). Apabila telah diluluskan pada tahun tersebut,penduduk telah membuat bantahan terhadap kerajaan Kedah.Puak-puak pejuang Melayumno rasanya senyap je masa tu. Kemudian PRU 12 pada Mac 2008 dan umno(Baru) Be End pun kecundang.
Maka beban ditanggung pula oleh kerajaan dibawah pimpinan PR...lantas timbul le semula kes ni dengan puak-puak pejuang melayu yang senyap dulu mula berperanan aktif dengan isu perkauman yang dicipta sendiri.
Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian. Asalnya tanah milik orang Melayu tapi bukan berstatus Tanah Simpanan Melayu seperti yang ditohmahkan oleh pembangkang kerana tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Orang Melayu berpusu-pusu menjual tanah kepada pihak lain tidak pernah memikirkan bahawa hak mereka akan hilang selepas itu kerana yang penting bagi mereka ketika itu ialah wang tunai. Apabila tanah sudah berpindahmilik, terpulanglah kepada tuan tanah tersebut untuk melakukan apa-apa projek di atas tanahnya. Bekas pemilik tanah tidak berhak mengajar apa yang boleh dan boleh mereka lakukan di atas bekas tanahnya. ‘Kehilangan’ tanah orang Melayu itu berlaku di zaman kerajaan negeri diperintah oleh Umno yang mengaku menjadi pembela orang Melayu.
Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk. Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.
Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semua bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri. Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.
Puak-puak pejuang melayumno mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.
Puak-puak pejuang melayumno ni memang celakoi...la dok sibuk bab Jirat Cina ni...bab tanah perkuburan Islam pun masih ada yang tak dapat diselesaikan oleh umno(Baru) selama memerintah Kedah sebelum ni. Dulu,masa merdeka atau baru merdeka Umno juga yang menerima kaum Cina dan India sebagai rakyat Malaysia...La depa juga yang dok guna isu perkauman ni..Ada akal tak di TBEAS elok-elok..tu le jadinya. Masa kenyang hangpa tidur lena bagai nak mampuih..masa lapar hangpa nak khekah tak kira apa..last-last jari sendiri juga yang kena gigit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda