26 Februari, 2012

Kedah : otak lalat dan langau

Sekonyong-konyong tersebarlah berita tentang negeri Kedah.Dalam sehari dua ni berdentam dentum didada akhbar samada sebagai berita utama atau sisipan. Wah hebat juga isu ciptaan kepimpinan negeri Kedah yang telah menghangatkan semula topik perbahasan politik terutama di Negeri Kedah. Samada benar atau tidak berita tersebut,semuanya turut dibahaskan dimerata tempat dengan berbagai persepsi.
Syabas rakyat Kedah..syabas rakyat Malaysia...syabas pencetus isu,....
Sebagai manusia yang dianugerahkan otak dan juga akal oleh Allah SWT..Ada otak kanan ada otak kiri..pasti ada fungsi masing-masing. Seharusnya kita menggunakannya dengan sebaik mungkin.Kerja TEBAS minda manusia ni kadangkala mengambil masa yang panjang.
Manusia yang cerdik akan melihat dari berbagai sudut sebelum mengambil sesuatu ketetapan terhadap sesuatu perkara yang diketengahkan. Nak menjadi hakim kepada sesuatu kes perlu dilihat dan didengar dari berbagai pihak yang berkaitan dengan kes. Jangan kita dok dengar sebelah pihak atau mengutip berita ditepi jalan dan terus memberi keputusan terhadap sesuatu kes itu.Allah menganugerahkan kita sepasang mata..kanan dan kiri...untuk melihat dari kudua-dua sudut atau lebih luas.Sepasang telinga ..kanan dan kiri..untuk mendengar dari kedua-dua pihak atau lebih..Sepasang hati yang nampak bentuknya dan nurani yang dapat berkata-kata...serta otak yang dianugerahkanNya AKAL untuk berfikir.

Untuk memberi keputusan perlulah mempunyai hujjah dan fakta sebagaimana Allah mencipta laut yang dilihat airnya bertemu tetapi mempunyai sempadannya tersendiri. bagi membuktikan hujjah ini maka para saintis telah membuat kajian mereka...
 Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; (Ar-Rahman :19)

 Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;(Ar-Rahman : 20)


Maka terbuktilah hujjah yang nyatakan oleh Allah itu benar apabila mendapati kandungan garam bagi sesuatu laut /lautan itu berbeza yang sekaligus menyebabkan air yang mempunyai kandungan garam yang tinggi menjadi berat lantas bergerak disebalah bawah air yang kurang kandungan garamnya.


Kesinambungan dari berita-berita yang ditimbulkan tentang kepimpinan negeri Kedah ini,perlulah juga kita mengkajinya dengan sebaik-baiknya...kerana para lalat dan langau pasti akan mengerumuni sesuatu samada ia berupakan makanan atau bangkai.

Lalat-lalat dan langau ini bukan hanya mengerumuni malah akan bertelur diatas makanan atau bangkai tersebut.Maka akan tinggallah telur-telur tersebut menunggu masa untuk menetas.
Telur yang menetas ni pun ada yang menjadi lalat dimasa yang sama menyebarkan pula kuman atau parasit seandainya ia hinggap atau bertelur dibekas-bekas luka...maka akan bertambah parah luka tersebut.Maka masa yang diambil untuk mengubatinya pun bertambah panjang dari luka yang biasa.

Ingatlah,hidangan yang lazat sekalipun jika dibiarkan dihurungi lalat dan langau pasti akan menjadi busuk dan tak berfaedah.Setelah habis hidangan tersebut tiada bersisa atau menjadi kering maka berterbangan pula lalat dan langau mencari hidangan yang baru. Begitulah riwayat kehidupan lalat dan langau yang tidak akan habis dengan yang menjijikkan.  Apatah lagi jika ia hidangan bangkai yang sudah pastinya busuk dan menjijikkan.Pasti ianya akan cepat ditimbus atau dilupuskan agar tidak terus mencemar kualiti udara dan bau serta untuk menghindarkan dari merebaknya penyakit yang mungkin terhasil dari bangkai tersebut.

Nak TEBAS otak mana ? Kanan atau kiri ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda