Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Fidlot Nasional
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini).
"Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. -BERNAMA
Sebelum ni bukan main heboh depa mempertahankan isu NFC ni. Begitu begini le..macam-macam dijawab tok-tok menteri. Nah sekarang apa dah jadi ? Baru nak tunjuk serius, sebelum ni kira main-main le.Nasib baik terheboh seantero dunia bab Lembu NFC ni. Tindakan sekarang ni aku kira macam nak tutup isu bagi menghadapi serangan masa PRU 13 nanti. Duit yang dulu dah dikebas,sekarang depa mau TEBAS otak rakyat supaya jadi macam lembu kena cucuk hidung ke ? Haiya cilakak punya bahasa..bukan cucuk hidung dengan tali tapi cucuh otak dengan BR1M. Lagi mau undi depa kaa ? Sendiri punya otak mau TEBAS maa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda