05 Mac, 2012

Kedah terkini..moga awan mendung berarak berlalu

ALOR SETAR: Walupun kemelut kepimpinan PAS Kedah masih belum berakhir, pemimpinnya yang enggan menerima pelantikan semula sebagai exco, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat sokongan beliau.
Phahrolrazi bertindak demikian selepas Jawatankuasa PAS Pusat menolak permintaannya iaitu mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercuti serta-merta.
Phahrolrazi dan seorang lagi pemimpin yang memberontak, Dr Ismail Salleh telah mengemukakan satu syarat bahawa pemangku Menteri Besar perlu dilantik jika PAS mahu mereka menerima semula jawatan sebagai exco negeri itu.
Bagaimanapun, PAS Pusat menolak permintaan tersebut, sebaliknya mengarahkan mereka menerima semula jawatan yang disandang sebelum ini.
Difahamkan Phahrolrazi tidak berpuas hati dengan keputusan PAS Pusat dan kini dalam langkah terakhir untuk mendapat sokongan Nik Aziz terhadapnya.
Beliau turut meminta campur tangan Nik Aziz selepas Dewan Ulama PAS Kedah menasihatkan beliau supaya menerima apa jua keputusan PAS Pusat.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, mereka tiada kuasa untuk mengubah keputusan yang diputuskan PAS Pusat.
Dalam perkembangan lain, difahamkan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menyokong Phahrolrazi.
Sumber berkata, Mohamad tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang dan didakwa kecewa dengan keputusan itu.
Mohamad yang juga berasal dari Pulau Pinang mempunyai peluang tipis untuk bertanding di negeri itu.
PAS hanya mempunyai satu kerusi yang dianggap selamat dan sudah diisi calon sesuai.
Bagaimanapun, beliau pernah bertanding di Kedah sebelum ini dan mempunyai prospek di sana.
Sementara itu, sumber berkata, mereka tidak akan mengambil kira campur tangan daripada PKR dan DAP terhadap kemelut di Kedah.
"Komponen parti Pakatan Rakyat tidak selesa berbincang mengenai agihan kerusi dengan Azizan," katanya.

 KUALA LUMPUR: PAS Pusat pada Isnin optimis bahawa Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Ismail Salleh akan menerima keputusan parti untuk kembali menjadi exconegeri Kedah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, ia merupakan keyakinan parti terhadap keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar, Kedah pada lewat Sabtu lalu.
"Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Kedah seperti biasa."Manakala YB (Yang Berhormat) Phahrolrazi dan YB Ismail perlu kembali semula sebagai exco dalam pentadbiram kerajaan negeri Kedah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Isnin..Sumber dari mStar Online.
Kenyataan rasmi sila ikuti di http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8558-azizan-kekal-mb-2-exco-perlu-kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda