15 Mac, 2012

mai tangmana pula buku panduan nii..

KDN pantau buku panduan pilihan raya
ARHIZA AHMAD
14 Mac 2012(SINAR)
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
aku pantau 1 persatu sampai tinggal 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya agensi asing oleh PKR yang menerapkan ‘kempen kebencian’ untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik .

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

“Kami tahu mengenainya, dan pemantauan sedang dilakukan, terutama yang berkaitan dengan keselamatan orang awam dan negara, tugas kerajaan serta KDN adalah memastikan keselamatan terjamin.

“Walaupun PKR telah mengaku mereka menggunakan sebagai panduan tetapi sekiranya ia melibatkan keselamatan kami memandang serius mengenainya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, menegaskan bahawa mereka mengguna buku itu sebagai panduan bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Hishammuddin bila ditanya mengenai pengakuan Nik Nazmi itu, beliau berkata, walaupun pengakuan telah dibuat tetapi penelitian perlu dilakukan kerana tidak mahu berlaku ‘berbalas pantun’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda