Petang semalam hujan lebat dan angin kuat melanda dikawasan aku ni sampai kereta tua seorang sahabat aku yang Hand brakenya kurang mencengkam bergerak kedepan.Nasib baik dilihat oleh seorang sahabat lagi dan ditahan kereta tersebut dengan bata. Pakat tergelak habis semua yang ada disamping dok kata kalau dibiarkan kereta tu terus bergerak alamat akan masuk kedalam paya yang berada lebih kurang 20 kaki dihadapan tu dan jadi sampan la.
Situasi isu politik PAS Kedah dilihat hanya berlegar sekitar orang-orang kuat parti je samada PAS atau umno(baru). Bagi pimpinan PAS di Kedah dilihat cool je...apa yang penting gerak kerja untuk menghadapi PRU 13 semakin memuncak. Puak umno(baru) dan be end pun nampaknya dok intai-intai peluang nak menyusup mencelah dalam isu ni,tapi depa takut juga...entah betoi entah ka strategi je isu ni.
Silap-silap susup atau mencelah tersangkut kawat duri, maka bercalar atau berdarahlah belakang depa.Umno be end tengah dok tenat tambah lagi dengan luka dibelakang...alamat tak boleh tidur melentang le,ditambah lagi dengan masalah rumahtangga sendiri makin tidur tak lena le.
PRU 13 makin hampir TEBAS menebas sesama sendiri dalam umno be end dah jadi darah daging depa.Apapun berperang tetap kena berperang,kalau tidak mana boleh ada pemenang,lantas Pengerusinya pun mula bersuara dan cuba mengambil kesempatan yang ada dengan merencanakan program Pemukiman Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN dari seluruh negara selama tiga hari di Kedah akan bermula esok.
Peserta dijangka melawat 3,600 rumah di 34 daripada 36 kawasan DUN yang meliputi 14 daripada 15 kawasan Parlimen.
Katanya dua kawasan DUN di Parlimen Langkawi telah diliputi program itu lebih awal.
"Kita sasarkan lebih 120 Adun dari seluruh negara akan datang. Saya difahamkan semua Adun dari Sarawak diarah oleh Ketua Menteri untuk datang ke Kedah," katanya.
Kesemua Adun yang hadir ke program pemukiman itu akan ditempatkan di beberapa daerah mengundi bagi bertemu rakyat.
Wow...nak jadi sejarah ni..serang jangan tak serang. PAS pun tunggu apa lagi jangan dok layan isu ni sangat..ia ibarat gusi dengan lidah je..hari ni tergigit,esok lusa elok balik le..Kunyah macam tu juga malah akan lebih kuat selepas dua tiga hari tak boleh menikmati dengan sempurna makanan dalam tempoh tu.Janji TEBAS umno(Baru) dan BN hingga Be End.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda